Sunday, February 5, 2017

POLITIK MAT KILAU



Jika dilihat Sejarah Kerajaan Islam Melayu dari Zaman Kesultanan Kedah Tua,Kerajaan Melayu Melaka,Kerajaan Acheh,Kerajaan Johor-Riau-Lingga-Pahang,atau Kerajaan Mataram di Jawa sekalipun Kerajaan tersebut tumbang bukanlah disebabkan Kekuatan Armada Tentera Penjajah..

Kerajaan tersebut tumbang kerana "Senjata Makan Tuan" iaitu Budaya Menikam dari Belakang yang masih diamalkan orang Melayu hingga kini..

Budaya "Api dalam Sekam" yang menular dalam Pemerintahan akhirnya menjadi "Musuh Dalam Selimut" yang masih sukar dibendung..

Lihat sahaja kekalahan Dol Said di Naning pada tahun 1831..

-Rujuk Kisah Perang Naning 1 dan 2..

(Dol Said Dikhianati Oleh Pengikutnya Yang Berpaling Tadah Kepada Penjajah Setelah Diberi Ganjaran Beberapa Keping Wang Emas)

Dol Said bukanlah calang-calang Orangnya bukan sahaja hebat dari segi Kepahlawanannya bertarung dengan Musuh..tetapi ketinggian Ilmu Kerohanian Agamanya..

Beliau tewas bukanlah disebabkan Penjajah atau Musuh itu lebih hebat ketika berperang tetapi tewas disebabkan wujudnya orang-orang yang seBangsa dan seAgama yang menjadi "Talam Dua Muka" dan sanggup berpaling tadah terhadap perjuangan mereka sendiri..

Demikian juga masalah yang dihadapi oleh Dato Bahaman Orang Kaya Semantan,Mat Kilau dan Tok Gajah Imam Rasu yang pernah di serang Penjajah di Tembeling hingga dikatakan terpaksa berundur di sempadan Siam..Mereka berundur bukan kerana takut pada Penjajah tetapi berundur kerana tidak mahu lebih ramai rakan-rakan yang menjadi Korban akibat pengkhianatan Orang Melayu itu sendiri..

(Mat Kilau dikhianati segelintir Orang Melayu yang memberitahu Penjajah pegerakkan dan persembunyian Mat Kilau di Tembeling,Jerantut dan persembunyiannya beberapa Kubu penting hingga beliau terpaksa berlindung dengan Tok Ku Paloh Terengganu)

Semasa kemunculan Mat Kilau pada tahun 1969,beliau pernah ditanya oleh beberapa kenalan termasuk dari Guru Silat saya sendiri yang pernah berjumpa dan berhadapan dengannya..

Antara Soalan yang ditanya pada Mat Kilau adalah tentang Perjuangan Melayu menentang Penjajah..

Mat Kilau menjawab,

" Orang Melayu ini seperti Buah Manggis,
Diluarnya Hitam,
Dalamnya Putih..."

Bermaksud :

" Orang Melayu ini semangatnya hanya meluap-luap semangatnya pada Zahirnya sahaja..
Sedangkan Batinnya masih Lembut.."

Katanya lagi,

" Buah Manggis juga bergetah,
Sama seperti Buah Bacang,
Sayangnya Buah Manggis tidak BerBisa seperti Buah Bacang yang kalau ia disentuh boleh menyebabkan Kulit menjadi Kudis..."

Ia bermaksud luahan hati Mat Kilau ketika itu yang kecewa dengan Bangsa Melayu di zamannya yang mudah ditakutkan atau tidak berani melawan apabila terancam,hanya segelintir dari mereka sahaja yang sanggup berjuang hingga sanggup meninggalkan keluarga,harta benda,pangkat kekayaan dan gelaran serta kampung halaman untuk berjuang menentang Penjajah..

Mat Kilau juga menjawab Orang Melayu juga ibarat " Buntut Buah Manggis ",

 "Kalau Buah Bunganya Kembang Lima,
Maka Isinya juga Lima,
Kalau Bunganya Kembang Enam,
Isinya juga Enam..."

Maksudnya:

Orang Melayu di zamanya tidak dapat Menahan dan Menyimpan Rahsia-rahsia penting mengenai Strategi Perjuangan Sulit mereka..

Inilah sebabnya Bangsa Melayu di zamannya Gagal Menentang Penjajah...

Kesimpulannya,

Jatuhnya Kerajaan Islam Melayu itu sendiri atas Faktor :

-Kezaliman Diri Mereka Sendiri

-Budaya Rasuah(Dapat Ganjaran Wang Emas,Pangkat dan Harta dan Gelaran Dari Penjajah)

-Fitnah(Budaya Dengki Sesama Sendiri)

-Pengkhianatan(Tikam Belakang,Rebut Jawatan Pembesar)

Kesemuanya itu disebabkan Lemahnya Akidah mereka untuk memperjuangkan Pengorbanan Harta Benda, Nyawa dan Negara...

Bukan sahaja di Tanah Melayu sendiri tetapi juga di Era atau Zaman Khulafa Al Rasyidin,Umaiyah,Abbasiyah hingga Uthmaniah juga terkena Penyakit yang sama..

Persoalannya Wujudkah lagi " Budaya Talam Dua Muka" oleh Bangsa Melayu di zaman Moden ini ???

Jawapannya,

Ya ! .. Ia masih tetap wujud !

"Islam Melayu,Melayu Islam"

"JihadulBilNafsi JihadulBimal"

Walahualam..

#Akidah
#Syariat
#Akhlak
#PengorbananHartadanNyawa

PETRON VS PETRONAS

Satu Kenyataan!

Masa aku on the way ke KLIA, Aku nak singgah isi minyak di stesen minyak Petron Salak Tinggi, aku tengok bersusun kereta nak isi minyak. Aku tanya kat budak pam attendan,

"Dik..! Biasanya kat Petron ni tak ramai orang. Kenapa hari ni penuh sesak..? Minyak murah 20 sen ke kat sini?"

Jawab budak tu...,

"Harga sama je bang...! Tapi dia orang kata dari bayar 20 sen lebih kat Petronas untuk Najib balun, lebih baik bayar 20 sen kat Petron untuk Tun M balun Najib...!"

_#CnP jer




# Sketsa di atas menguji iq dan emosi.. Itulah kemungkinan realiti yang kena dihadap oleh 6.6%.

Moral of the story..  
Rakyat menzahirkan kesedaran dan bantahan dalam apa jua bentuk yang boleh diterjemahkan. 

Saturday, February 4, 2017

DUN PP WAJAR DIBUBAR BAGI MENJAWAB CADANGAN KUNAN

Kebencian melampau ke atas DAP yang cuba ditanam secara buat buat oleh sesetengah pihak makan diri. 

DAP bukan sahaja kini terpaksa mempertahankan diri tetapi mengambil langkah mesra Melayu. DAP sedar akan limitasinya. 

Kemasukan BERSATU dalam saluran pembangkang tambah menenggelamkan persepsi dan hakikat penguasaan DAP ke atas pembangkang. 

Jika diambilkira di Selangor,  Azmin sebagai MB mengekalkan exco PAS sangat stabil dan bebas dari campurtangan DAP. 

Malahan ketika lim guan eng bercadang bubar ADUN PP pun masih menghormati pandangan AMANAH dan PPKR untuk tidak melakukannya.

Tanyalah Melayu PP,  apakah mereka akan kekalkan kerajaan sekarang yang Ketua Menterinya sedang didakwa atau mahu berketuakan pemimpin yang menyusahkan hidup rakyat, berketuakan ketua yang menjual aset negara atau ketua yang kelepek duit rakyat. 

PRU awal untuk DUN PP mungkin sesuai dibuat bagi menjawab cadangan kunan yang bercadang mewilayahkan PP. 



# DAP hanya takut pada Melayu yang berakhlak. 
Melayu yang rasuah,  penyamun hanya jadi makanan dan mainan kaum cina dan China. 


MELAYU TAKKAN HILANG, YANG HILANG MARUAH..

PROTON ketika di Tun Dr Mahathir menjadi Penasihat,  selori fitnah yang dilemparkan... 
Rupanya si pengkhianat ada hajat... 


Trend menjual, menjual dan menjual kepada China nampaknya berterusan lagi. Setelah sekian banyak diserahkah kepada negara tersebut, kini kita dikejutkan lagi dengan berita syarikat kereta nasional, Proton juga mahu dijual kepada mereka.


Kali ini, syarikat pembuat kereta China, Geely dikhabarkan akan membeli 51 peratus pegangan dalam kilang pembuatan Proton di Tanjung Malim yang sebelum ini menjadi kebanggaan negara kerana kemampuan membinanya tanpa berhutang dengan sesiapa.


Dengan kata lain, kilang itu dibina dengan wang tunai milik Proton sendiri


Mahu tidak mahu dan walaupun cuba disembunyikan daripada orang-orang kampung serta makcik Felda, hakikatnya, inilah satu lagi bahana 1MDB yang menimpa kita.


Disebabkan hutang yang terlalu tinggi, tidak mampu membayarnya serta terdesak ingin mengambusnya sebelum tiba tarikh pilihanraya, maka cara mudahnya  ialah dengan pemimpin kita menukar gelaran mereka lebihnkepada "jurujual".


Sebab itulah, berita mengenai Proton ini tidak akan dijumpai dalam Utusan dan TV3. Kalau boleh biar orang kampung dak makcik Felda tidak tahu mengenainya.


Apabila China sudah menguasai 51 peratus pemilikan Proton, apakah nasib vendor-vendor Bumiputera yang selama ini "cari makan" di situ?


Mampukah mereka terus bersaing dengan vendor-vendor daripada China yang tentu lebih murah harganya?


Adakah juga kilang itu nanti, daripada memasang  dan mengeluarkan model kereta sendiri, akan bertukar menjadi tempat untuk hanya pasang pintu, bonet, cermin dan lain-lain model Geely daripada China?


Maka, apa jadi kepada Proton akhirnya?


Proton jadilah  Ploton jawabnya!!! (SH 04/02/2017).

Friday, February 3, 2017

TIDAK MUNGKIN UMNO JOHOR TERLIBAT



*APA PASAL....*

http://m.utusan.com.my/berita/terkini/ngo-buat-laporan-polis-terhadap-tun-m-1.439911#sthash.2RphSECG.dpuf

Perkara ini adalah di antara Tun Mahathir dan DYMM Tuanku Sultan Johor.

Adakah NGO yang membuat report polis terhadap Tun ini ingin menjadi batu api kepada rakyat dengan mengheret Istana ke dalam polemik politik.

Atau adakah NGO yang membuat report ini , ingin mencari peluang memburukkan pentadbiran Dato Sri Khaled Nordin selaku Menteri Besar Johor.

Perbalahan di antara Tun dan Tuanku rata-rata Bangsa Johor tidak mahu ianya menjadi perbalahan yang berpanjangan.

Tetapi apabila NGO tersebut membuat report polis , ini menunjukkan bahawa NGO tersebut inginkan isu tersebut berpanjangan.

Suatu perkara yang NGO itu terlepas pandang adalah dengan memanjangkan isu tersebut bermakna NGO itu cuba memburukkan pentadbiran MBJ.

Atau juga ini adalah satu lagi langkah untuk memburukkan pentadbiran MBJ secara tidak langsung.

Nasehat saya kepada NGO tersebut carilah isu lain yang lebih berfaedah , report polis itu bukan semakin menenangkan keadaan , malah ianya semakin mengusutkan suasana.

Sebagai Bangsa Johor kami menolak politik yang menghasut dan yang mengheret Istana.

*SHUKUR MOHAMAD*
(ahli *PPBM* seumur hidup)

BERANI GAGAL

Ada dua faktor kegagalan PAS dan BERSATU untuk lulus bersatu.

1) Selain dari sikap PAS sendiri yang bukan sahaja pihak luar tidak tahu dan memahami tetapi dalaman sesama mereka nampak tidak ada persefahaman dan penyelarasan.

Apapun perbezaan pendapat yang ketara antara Tuan Ibrahim dengan Hadi Awang terhadap umno kini nampak semakin senada,  sekapal.

Tuan Ibrahim yang dulunya menafikan PAS terima 90 juta pun kini membisu tanpa saman ke atas SR (?)

Who make PAS as the King Maker (?)

2) Setakat mana umno berperanan dengan berkesan menghalang persepakatan PAS dan BERSATU.




# Situasi terkini pecacai umno cukup takut untuk mengkritik PAS - tahap yes man tertinggi.
# Yang jelas terhegeh hegeh menatang pemimpin PAS bagai minyak yang penuh.
# Begitulah parahnya umno memburu hayat.

Thursday, February 2, 2017

KEMASKINI: Jom Pekena Hot Sup Pagi Jumaat / TAJUK ASAL: TAKKAN DAH TAK ADA SKANDAL MAHATHIR... SENYAP SUNYI JE

Di Malaysia ni, byk kepimpinan parti diwarisi turun temurun. Sejarah telah membuktikan kepimpinan yg terdahulu lebih unggul berbanding sekarang.

4 PM pertama telah berjaya memacu Malaysia ke era kegemilangan. Tapi yg kemudian2 ni makin tenggelam dalam keserabutan.

Berdasarkan kpd berita di akhbar2 dan media2 eletronik termasuk media2 sosial, berikut adalah apa yg dpt disimpulkan, mungkin tidak tepat tapi boleh digunakan sebagai panduan:-

Najib tidak setanding Tun Razak
Hishamudin tidak setanding Tun Hussein
Mukhriz tidak setanding Tun Mahathir
Nurul Izzah tidak setanding Anwar Ibrahim
Kj tidak gemilang sehari hari Paklah
Nik Abduh merapu,  tidak setanding Nik Aziz
Lim Guan Eng tidak setanding Lim Kit Siang

Hadi Awang tidak setulus Fadhil Nor
Ini sebahagian contoh2 depan mata yg nyata

Berdasarkan fakta diatas anda sepatutnya tahu siapa yg patut dipilih utk menerajui negara dlm PRU akan dtg.

Ramai lg mereka yg hebat di luar sana tetapi mereka diketepikan dek permainan politik kotor dlman parti masing2.

Mari ketengahkan mereka semula demi kebangkitan semula bangsa MALAYSIA yg CEMERLANG, TERBILANG & GEMILANG. Kita tidak mahu PM 1MDB (1 Malaysia Di Buang)



Che'ah


SUP PANAS


Thursday, February 2, 2017

*Breaking News : MOI's Stolen Bombardier Jet Seized In Singapore ! !*

Someone sent me this :




MO1's Bombardier Jet Bought By JoLo With Money Stolen From Malaysia



JET GLOBAL 5000 N689WM HAS BEEN IN A HANGAR IN SINGAPORE SELETAR AIRPORT WITH A RED NOTICE PASTED ON IT'S DOOR FOR THE PAST TWO WEEKS AND COUNTING.
ONE BOMBARDIER GLOBAL 5000 JET AIRCRAFT, BEARING MANUFACTURER'S SERIAL NUMBER 9265 AND REGISTRATION NUMBER N689WM, ITS TOOLS AND APPURTENANCES, AND AIRCRAFT LOGBOOKS

The Unites States of America brings this complaint against the above-captioned assets and alleges as follows : PERSONS AND ENTITIES

1. The plaintiff is the United States of America.
2. The defendant in this action is one Bombardier Global 5000 Jet Aircraft (hereinafter, the "Defendant Asset"), more particularly described in Attachment A.
3. The Defendant Asset is titled in the name of Wyton Aviation (Global 5000).

In 2010, Jo Lo used funds traceable to the $700 million wire transfer from 1MDB to the Good Star Account to acquire the BOMBARDIER JET, a Bombardier Global 5000 aircraft bearing manufacturer serial number 9265 and registration number N689WM, with two Rolls Royce engines bearing manufacturer's serial numbers 12487 and 12488, for approximately  US$35,371,335.

The above plane, a Jet Global 5000, N689WM is in a hangar in Singapore Seletar Airport with a "Red Notice"  pasted on the Jet door. 


This is one of the assets that the US Department of Justice is after.

The Malaysian Government is NOT doing anything to get back that Jet bought with OUR 1MDB money.
It is the United States Department of Justice that is trying to recover the billions of dollars fraudulently diverted from 1MDB by multiple individuals including public officials and their associates 


...of which the above Jet is but one of the assets purchased with OUR 1MDB money


...and the United States Department of Justice is doing it on behalf of the Malaysian Rakyat!  

What is the Umno led Barisan National Government doing about it?

And who is the numero uno of these Public Officials mentioned by the United States Department of Justice in their legal papers served upon those multiple individuals and public officials?


My comments : I just received this today.  They say that some announcements are expected in Singapore soon. Tick tock, tick tock.  


The mortal wound has already been inflicted. It is now death by a thousand cuts. Slowly but surely. Painfully too.


Posted by Syed Akbar Ali at 5:00:00 PM

life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...