Friday, March 10, 2017

PEMIMPIN KEKAL MEWAH WALAU BERSALAH!!!

Apabila kita bercakap tentang rasuah,  penyelewengan dan salahlaku,  ia tidak terlibat hanya kerajaan atau penjawat awam. 

Ia meliputi semua,  kalau lembu pun rasuah,  tangkap dan sembelih. 

Kalau Mukhriz rasuah, tangkap dan dakwa. 

Kalau Zahid seleweng,  tangkap dan dakwa. 

Kalau Najib kelepek,  today or tomorrow siasat tangkap dan dakwa. 

Kalau Tun Dr Mahathir korup,  apa yang ditunggu lagi,  tangkap dan dakwa. 

Anwar dah kena di era Ghani semasa dia sudah tidak berkuasa,  takkan orang lain ada kekebalan (?)

Jangan jadi biol sokong rasuah walaupun ianya dari kumpulan yang kamu sokong,  sokong mesti berlandaskan kebenaran.. Kalau benda betul,  sokong walaupun pemimpin itu kamu tidak sokong sepenuhnya. 

Kalau kamu sokong dan mempertahankan mereka yang salah, samada kamu pemakan dedak atau selama inipun banyak sangat benda haram yang masuk.

Tiada siapa yang tahu cuma tanpa sedar,  sikap dan cakap kamu yang akan memberi gambaran. 

Jangan rasa kalah jika yang kena tangkap adalah dari kumpulan yang kamu sokong, jiwa kena besar. 

Kita rakyat,  masa depan anak cucu kita. 
Sokong yang salah kamu turut subahat. 

Samada Najib atau Mahathir,  mereka tidak kenal kita, mempertahankan satu yang lain dengan memaki yang lain. 

Besok,  "dia" hantar beras ke rumah kita kah (?)

ASTARGHFIRULLAH...



Sebab itu kalau ada yang menceritakan tentang keborosan dan kemewahan melampau pada individu atau pihak tertentu terutama pemimpin pemimpin parti politik yang di amanahkan rakyat...


Tidak ada peliknya kalau berdasarkan siasatan ini...

Pemimpin pemimpin seperti inilah harapkan pagar,  pagar makan padi dan seperti inilah juga yang tidak mahu hilang kuasa hilang jawatan dan sanggup berikrar untuk terus menyokong pemimpin atasan sejenisnya.

Kalau diambil langkah menilai semua exco di setiap negeri,  pasti majoriti hidup bermewah di luar kemampuan,  baru sepenggal jadi exco rumah dan harta bertambah 3.4 kali ganda.  Mana datang puncanya...


Tetapi, kalau tiba tiba dibebaskan. Jangan pelik pula... 

Kalau Melayu,  golongan rakyat bawahan terkenal dengan juara rempit dan dadah,  di peringkat atasan juara pula salahguna dan rasuah.. 



NAZRI NI ORANG MANA


Kalau dari umno,  memang tak jadi... 

Thursday, March 9, 2017

SIKIT SIKIT NAK BANTAH, BANGKANG..



Aku paling pantang,  rasa bacul sangat kalau ada gesaan takutkan DAP.

Kalau dah tahu DAP itu jahat serba serbi, yang patut dibuat ialah "lawan". Bukan lari atau sembunyi.

Kalau DAP ajak lawan bolasepak, apa yang patut dibuat?  Lari atau sembunyi?

Otak yang tersumbat dengan dedak,  tolonglah uraikan sikit,  pi berubat..

Konvensyen Felda anjuran pembangkang,  apa sangat takut dan nak bantah secara melalak, macam tak sekolah.

Kalau ada asas dan locus standi, pi mahkamah dapatkan injunction,  itu nampak le sikit cerdik.

Biarlah pembangkang nak berkonvensyen,  ada sebahagian peneroka dan generasi peneroka adalah penyokong mereka yang mempunyai sama hak.

Dan janganlah bimbang,  yang paling memahami denyut nadi felda hanyah DS Najib sahaja.

Jangan tak yakin.

Wednesday, March 8, 2017

KEMASKINI: EXCO PULA DITAHAN. ASAL:KETUA PEMUDA BAHAGIAN DIREMAN




Ketua Pemuda Umno Bahagian di Johor dan rakan wanita direman 3 hari
8 Mac 2017



JOHOR BAHRU - Mahkamah Majistret, di sini, hari ini membenarkan tahanan reman selama tiga hari terhadap seorang Ketua Pemuda Umno Bahagian di negeri ini bersama rakan wanitanya untuk membantu siasatan bersabit kes penipuan tawaran memiliki Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ).




Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias membenarkan kedua-dua suspek yang berumur 41 hingga 43 tahun ditahan reman bermula hari ini sehingga Jumaat ini.

Ini bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


Lelaki bersama peniaga wanita berkenaan tiba di pekarangan Mahkamah Majistret kira-kira jam 3 petang dengan berpakaian lokap berwarna unggu dan diiringi beberapa anggota polis.

Terdahulu, kedua-dua suspek ditahan selepas dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri kira-kira jam 5 petang semalam untuk diambil keterangan.

Kedua-dua suspek dipercayai terbabit dalam penipuan tawaran memiliki RMMJ melibatkan empat mangsa dengan jumlah kerugian RM120,000 sejak tahun lalu.

Difahamkan penipuan itu terbongkar selepas mangsa mendapati namanya tidak terdapat dalam rekod permohonan selepas membuat semakan di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.



# Blog ini kurang berminat dengan isu tempatan seperti atas cuma secara kebetulan ia sedikit sebanyak jadi bahan, petencah dan nasi tambah politik Khalid Nordin 

Tuesday, March 7, 2017

KRISIS DENGAN KOREA UTARA SEKADAR SATU BALA BARU


Yang tak dapat brim bukan salah kerajaan, salah rakyat. 

Merayulah... 

MASA UNTUK BEREHAT

Malam ini sebenarnya tak nak tulis apa apa,  banyak deraf tersedia awal dari pelbagai tajuk boleh diguna untuk malam ini,  tetapi rasanya tidak adil untuk menambah beban sesetengah pihak lain.

Pembangkang pun boleh berehat dalam seminggu ini, tak perlu buat ceramah, tak petlu buat statement.

Biarlah umno berdepan dengan kekusutan perlaksanaan brim ciptaannya.

Biarlah umno belajar bahawa jika brim jadi alat politik dan kepartian dia perlu berdepan dengan pengundi yang sudah matang.



# Sebelum tu sempat juga membelek artikel orang PAS tentang ucapan hadi awang di parlimen pagi tadi.  Biarlah yang bijak pandai sahaja mengulasnya.

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...