Wednesday, March 22, 2017

23.3.2017 FAM MASIH DITAKOK LAMA


NAZRI MASIH DI SKRIP TERBAIK SETAKAT INI

Siri : 768

SEMATA-MATA UNTUK TUTUP PEKUNG NAJIB RAZAK BERKAITAN SKANDAL 1MDB - MENTERI NAZRI AZIZ DILAYAN LEBIH BURUK DARIPADA PEMBANGKANG OLEH KERAJAAN NAJIB RAZAK !!!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalaamualaikum dan Salaam Sejahtera :

1. Rentetan perkembangan peristiwa, pada hari semalam, 21.03.2017, berkaitan DEBAT antara TUN DR MAHATHIR vs NAZRI AZIZ yang sebelum ini dijadualkan berlangsung di MRSM KUALA KANGSAR pada 25.03.2017, dan keputusan pihak POLIS untuk tidak benarkan DEBAT itu berjalan seperti dijadualkan (walaupun atas alasan yang TIDAK SAH di sisi undang-undang, yang tidak dihasratkan untuk dibincangkan di tahap ini), telahpun saya sentuh dalam Siri : 765 pada hari yang sama.

2. Perkara pokok yang perlu diteliti oleh kesemua Rakyat yang prihatin adalah, bagaimana sifat Kerajaan NAJIB RAZAK yang sanggup melayan seorang MENTERI dalam ahli Jemaah Menteri NAJIB RAZAK sendiri, dengan begitu KEJAM dan BIADAP, sehinggalah terZAHIR keTAKUTan dan keBACULAN NAJIB RAZAK, akan hakikat bahawa SALAHLAKU KEWANGAN dan SALAHLAKU KUASA oleh NAJIB RAZAK dalam isu "SKANDAL 1MDB" semestinya akan menjadi "terang lagi bersuluh", jika DEBAT itu dibenarkan untuk diteruskan, hatta percubaan untuk diSABOTAJ akan DEBAT itu secara salah melalui POLIS !!!

3. Kenyataan NAZRI AZIZ, dalam nada penuh kekecewaan, seperti yang dipetik dalam Video KINITV (di Ruangan Bawah Kiri) mengatakan :

"Jadi saya tidak faham mengapa pihak polis menolak hak saya ?",
(Tempoh - 2:00 hingga 2:06)

"Semenjak bila kita jadi 'police state' ini ? Semenjak bila satu hak seorang individu boleh dihalang kalau sekalipun dia tidak melaku kesalahan, boleh dihalang oleh orang-orang lain ? Jadi saya amat dukacita sekali, I am very disturbed. ", dan
(Tempoh - 2;17 hingga 2:37)

"I am a Minister dan Tun adalah  bekas Perdana Menteri."
(Tempoh - 3;00 hingga 3:04)

4. Juga sebagai respons terhadap keputusan, dalam percubaan untuk diSABOTAJ akan DEBAT itu oleh Kerajaan NAJIB RAZAK secara salah melalui POLIS itu, TUN DR MAHATHIR telah dipetik dalam Video SINARTV (paparan di Ruangan Atas) sebagai berkata :

"Kalau saya nak jumpa dengan dia seorang saja, tak ada maknalah, Ini seperti menyembunyi kebenaran daripada rakyat. Kita mahu 'open' ... ", dan
(Tempoh - 0:14 hingga 0:25)

"Saya bersedia untuk mengadakan 'debate', bukan saja nak pergi situ untuk bertemu dengan Nazri, kalau dia nak bertemu dengan saya dia boleh buat permintaan, dia boleh datang ke pejabat saya."
(Tempoh - 0:47 hingga 1:00)

5. HAKIKAT SEBENAR percubaan untuk diSABOTAJ akan DEBAT itu oleh Kerajaan NAJIB RAZAK secara salah melalui POLIS, adalah disebabkan keTAKUTan dan keBACULAN NAJIB RAZAK, bahawa SALAHLAKU KEWANGAN dan SALAHLAKU KUASA oleh NAJIB RAZAK dalam isu "SKANDAL 1MDB" semestinya akan menjadi "terang lagi bersuluh", jika DEBAT itu dibenarkan untuk diteruskan !!!

6. Walau apa sekalipun, di tahap ini, nampaknya semacam NAZRI AZIZ masih bertegas hasrat untuk berani teruskan dengan DEBAT itu walaupun di tempat dan tarikh yang berlainan !!! Syabas NAZRI AZIZ, sekiranya pendirian anda ini terus berkekalan sehingga DEBAT berlangsung !!!

7. Dalam memetik NAZRI AZIZ yang memberi respons kepada cadangan TUN DR MAHATHIR sekiranya NAZRI AZIZ tidak dapat selesaikan permasalahan dengan POLIS berhubung dengan jadual asal DEBAT pada atau sebelum tengahari Rabu, 22.03.2017, maka DEBAT itu boleh diadakan di tempat yang tidak akan diSABOTAJ oleh pihak Kerajaan NAJIB RAZAK melalui POLIS lagi, Laporan FREEMALAYSIATODAY pada tarikh yang sama di bawah tajuk " Nazri cadang 7 April, mahu Khalid Samad jadi moderator", telah memetik NAZRI AZIZ sebagai berkata :

"Sinar Harian menghubungi saya, untuk bertanya boleh ke buat di Karangkraf, Shah Alam pada 29 Mac ini. Saya setuju dengan lokasi dan Dr Mahathir ada kata buat pada tarikh dan masa yang lain ... ", dan

"Cumanya, pada 29 Mac ini saya tidak dapat kerana mengikuti rombongan dengan perdana menteri ke India. Saya minta Sinar Harian adakah pada 7 April, sehari selepas Dewan Rakyat selesai bersidang, pada jam 9.30 malam.”

(Screen shot Laporan : Ruangan Bawah Kanan)
(Link Laporan : http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/03/21/nazri-cadang-7-april-mahu-khalid-samad-jadi-moderator/)

8. PERSOALAN HAKIKI : Apakah lagi jalan salah yang akan direncanakan oleh Kerajaan NAJIB RAZAK untuk SABOTAJ pengadaan DEBAT tersebut di mana-mana tempat, ataupun tarikh mahupun masa yang dipersetujui kedua-dua pihak, TUN DR MAHATHIR dan NAZRI AZIZ, kelak ?? !!!! 

9. Walau apa sekalipun, adakah NAZRI AZIZ akan meneruskan dengan 'keJANTANan' untuk hadir di DEBAT itu kelak, dan jikapun dihalang lagi oleh Kerajaan NAJIB RAZAK, adakah NAZRI AZIZ berani untuk  LETAK JAWATAN sebagai MENTERI untuk teruskan 'keJANTANan' hadir berDEBAT kelak, ataupun akan munculnya program "NOTHING TO HIDE -2", di mana NAZRI AZIZ pula mengambil alih watak NAJIB RAZAK untuk GAGAL hadir kelak?? !!!!

KEPUTUSAN 'KEJANTANAN' ADALAH  DI TANGAN NAZRI AZIZ !!!!

TURUNKAN KADAR GST 1% KEPADA 5% LEBIH MULIA BERKALIGANDA DARI PEMBENTANGAN RUU355

Semua bangsa,  ugama dan pelbagai parti akan sokong dan tidak perlu rapat umum di padang merbok,  kapir mengkapir.

Semua pihak dapat kepentingan dan political mileage masing-masing.


# Dalam lain perkataan,  tukarkan kerajaan sekarang lebih afdhal dan dapat menyelesaikan banyak isu rakyat. 

Tuesday, March 21, 2017

DENYUT NADI RAKYAT SANGAN DEKAT DI HATI NAJIB


Kalau tak cukup juga,  ia bukan salah kerajaan lagi. 

Takkan semua benda nak di bebankan atas nama najib sahaja. 

Ini kemungkinan juga hasutan atau sabotaj ekonomi dari pembangkang yang irihati dengan pencapaian PM. 

Salah rakyat yang tidak mengubah cara hidup,  masih bermewah mewah dan boros. 

Kemungkinan besar ada yang salah guna duit BRIM  fengan membeli kereta mewah atau makan di restoran bertaraf lima bintang

LEPAS NAZRI, JOHARI PULA JADI MANGSA

Selepas rasa simpati dan kasihan dengan nazri yang gagal berdebat kerana dihalang oleh pihak kerajaannya sendiri. 

Kini nasib malang menimpa pula Johari yang tidak mampu menjawab saolan pembangkang sekadar untuk mempertahankan pekung yang seluruh dunia sudah tahu



https://m.youtube.com/watch?v=dqQt89BQf_A



NAZRI SEPOSEN




Perbahasan tidak akan menentukan siapa menang atau kalah tetapi lebih kepada keberanian berhujah secara berdepan dan bagaimana petah mematahkan hujah lawan.

Tetapi malangnya debat Tun Mahathir dan Nazri yang dihalang polis menjadikan Nazri kalah secara lebih memalukan.

Blog ini tidak memerlukan dua biji kelapa muda untuk meneropong jauh,  dari awal lagi sudah diberitahu,  asalkan namanya umno,  memang tak ada ada kerandut berbiji.



# Nazri wajar letak jawatan jika berprinsip


Monday, March 20, 2017

AMBIK TAU, BUAT SIKIT KAJIAN, BERSATU GANTI UMNO, AMANAH GANTI PAS, PKR GANTI GERAKAN, DAP GANTI MCA, MIC KEKAL LALANG.

*POPULATIONS, RACES AND RELIGIONS IN MALAYSIA*

*POPULATION*
Largest *population* in Malaysia  by state

1. *Selangor* ( 5,411,324 )
2. *Johor* ( 3,233,434 )
3. *Sabah* ( 3,120,040 )
4. *Sarawak* ( 2,720,009 )
5. *Perak* ( 2,258,428 )
6. *Kedah* ( 1,890,098 )
7. *F.T Kuala Lumpur* ( 1,627,172 )
8. *Penang* ( 1,520,143 )
9. *Kelantan* ( 1,459,994 )
10. *Pahang* ( 1,443,365 )
11. *Terengganu* ( 1,015,776 )
12. *Negeri Sembilan* ( 997,071 )
13. *Mallacca* ( 788,706 )
14. *Perlis* ( 227,025 )
15. *F.T Labuan* ( 85,272 )
16. *F.T Putrajaya* ( 67,964 )

Largest *Cities and Towns* in Malaysia by population

1. *Petaling, Selangor* ( 1,812,633 )
2. *F.T Kuala Lumpur* ( 1,627,172 )
3. *Johor Bahru, Johor* ( 1,386,569 )
4. *Hulu Langat, Selangor* ( 1,156,585 )
5. *Penang* ( 940,642 )
6. *Klang, Selangor* ( 861,189 )
7. *Kuching, Sarawak* ( 817,887 )
8. *Ipoh, Perak* ( 767,794 )
9. *Gombak, Selangor* ( 682,226 )
10. *Seremban, Negeri Sembilan* ( 555,935 )
11. *Mallacca City, Mallacca* ( 503,127 )
12. *Kota Bharu, Kelantan* ( 491,237 )
13. *Muar, Johor* ( 471,148 )
14. *Kota Kinabalu, Sabah* ( 462,963 )
15. *Kuantan, Pahang* ( 461,906 )
16. *Kuala Muda, Kedah* ( 456,605 )
17. *Batu Pahat, Johor* ( 417,458 )
18. *Sandakan, Sabah* ( 412,375 )
19. *Tawau, Sabah* ( 409,056 )
20. *Seberang Perai, Penang* ( 667,944 )
21. *Alor Setar, Kedah* ( 366,787 )
22. *Kuala Terengganu, Terengganu* ( 343,284 )
23. *Taiping, Perak* ( 334,073 )
24. *Miri, Sarawak* ( 300,543 )
25. *Kluang, Johor* ( 298,332 )
26. *Kulim, Kedah* ( 287,694 )
27. *Kulai, Johor* ( 253,394 )
28. *Sibu, Sarawak* ( 247,995 )
29. *Sitiawan, Perak* ( 247,603 )
30. *Kangar, Perlis* ( 231,541 )
31. *Kuala Langat, Selangor* ( 224,648 )
32. *Jitra, Kedah* ( 220,740 )
33. *Sepang/KLIA, Selangor* ( 211,361 )
34. *Kuala Selangor, Selangor* ( 209,590 )
35. *Teluk Intan, Perak* ( 208,570 )
36. *Lahad Datu, Sabah* ( 206,861 )
37. *Hulu Selangor, Selangor* ( 198,132 )
38. *Kota Tinggi, Johor* ( 193,210 )
39. *Segamat, Johor* ( 189,820 )
40. *Pasir Mas, Kelantan* ( 189,292 )
41. *Bintulu, Sarawak* ( 189,146 )
42. *Alor Gajar, Mallacca* ( 182,666 )
43. *Parit Buntar, Perak* ( 179,706 )
44. *Tanjung Malim, Perak* ( 179,494 )
45. *Keningau, Sabah* ( 177,735 )

*TOP 10* Largest Cities and Towns in *West Malaysia*

1. *Petaling Jaya, Selangor* ( 1,812,633 )
2. *F.T, Kuala Lumpur* ( 1,627,172 )
3. *Johor Bahru, Johor* ( 1,386,569 )
4. *Hulu Langat, Selangor* ( 1,156,585 )
5. *Penang* ( 940,642 )
6. *Klang, Selangor* ( 861,189 )
7. *Ipoh, Perak* ( 767,794 )
8. *Gombak, Selangor* ( 682,226 )
9. *Seremban, Negeri Sembilan* ( 555,935 )
10. *Mallacca City, Mallacca* ( 503,127 )

*TOP 10* Largest Cities and Towns in *East Malaysia*

1. *Kuching, Sarawak* ( 817,887 )
2. *Kota Kinabalu, Sabah* ( 462,963 )
3. *Sandakan, Sabah* ( 412,375 )
4. *Tawau, Sabah* ( 409,056 )
5. *Miri, Sarawak* ( 300,543 )
6. *Sibu, Sarawak* ( 247,995 )
7. *Lahad Datu, Sabah* ( 206,861 )
8. *Bintulu, Sarawak* ( 189,146 )
9. *Keningau, Sabah* ( 177,735 )
10. *Kinabatangan, Sabah* ( 117,728 )


*RACES*

Largest *types of races* in Malaysia by population

1. *Malay* ( 6,916,000 )
2. *Kedah Malay* ( 3,095,000 )
3. *Malay, East coast* (Orang Pantai Timur) ( 2,448,000 )
4. *Han Chinese, Hokkien* ( 1,903,000 )
5. *Tamil* ( 1,796,000 )
6. *Han Chinese, Hakka* ( 1,679,027 )
7. *Han Chinese, Cantonese* ( 1,396,000 )
8. *Han Chinese, Teochew * ( 1,004,000 )
9. *Han Chinese, Mandarin* ( 986,000 )
10. *Minangkabau* ( 901,000 )
11. *Indonesian* ( 796,000 )
12. *Iban* ( 786,000 )
13. *Javanese* ( 640,000
14. *Filipino, Tagalog* ( 456,000 )
15. *Han Chinese, Hainanese* ( 396,000 )
16. *Han Chinese, Northern Min* ( 384,000 )
17. *Brunei Malay, Kedayan* ( 350,000 )
18. *Malay, East Malaysia* ( 280,000 )
19. *Han Chinese, Eastern Min* ( 256,000 )
20. *Straits Chinese* ( 244,000 )
21. *Nepalese* ( 224,000 )
22. *Tausug* ( 209,000 )
23. *Kadazan Dusun* ( 197,000 )
24. *Malayali, Malayalam* ( 170,000 )
25. *Bugis, Buginese* ( 139,000 )


*REGILION*
Largest *Islam* religion in Malaysia by state

1. *Selangor* ( 3,161,994 )
2. *Sabah*  ( 2,096,153 )
3. *Johor* ( 1,949,393 )
4. *Kedah* ( 1,504,175 )
5. *Kelantan* ( 1,465,388 )
6. *Perak* ( 1,301,914 )
7. *Pahang* ( 1,124,909 )
8. *Terengganu* ( 1,004,152 )
9. *Sarawak* ( 796,239 )
10 *F.T Kuala Lumpur* ( 776,958 )
11. *Penang* ( 696,846 )
12. *Negeri Sembilan* ( 615,235 )
13. *Mallacca* ( 542,433 )
14. *Perlis* ( 203,476 )
15. *F.T Putrajaya* ( 70,522 )
15. *F.T Labuan* ( 66,065 )

Largest *Christian* religion in Malaysia by state

1. *Sarawak* ( 1,952,986 )
2. *Sabah* ( 853,726 ) 
3. *Selangor* ( 209,745 ) 
4. *Johor* ( 111,124 ) 
5. *Perak* ( 100,463 ) 
6. *Pahang* ( 97,940 ) 
7. *F.T Kuala Lumpur* ( 97,241 )
8. *Penang* ( 80,035 ) 
9. *Mallacca* ( 24,863 ) 
10. *Negeri Sembilan* ( 24,523 ) 
11. *Kedah* ( 15,074 )
12. *F.T Labuan* ( 10,788 )
13. *Kelantan* ( 4,375 )
14. *Terengganu* ( 2,269 )
15. *Perlis* ( 1,380 )
16. *F.T Putrajaya* ( 627 )

Largest *Buddhism* religion in Malaysia by state

1. *Selangor* ( 1,330,989 )
2. *Johor* ( 989,316 )
3. *Perak* ( 597,870 )
4. *F.T Kuala Lumpur* ( 597,770 )
5. *Penang* ( 556,293 )
6. *Sarawak* ( 332,883 )
7. *Kedah* ( 275,632 )
8. *Negeri Sembilan* ( 216,325 )
9. *Pahang* ( 215,815 )
10. *Mallacca* ( 198,669 )
11. *Sabah* ( 194,428 )
12. *Kelantan* ( 57,792 )
13. *Terengganu* ( 25,653 )
14. *Perlis* ( 22,980 )
15. *F.T Labuan* ( 7,795 )
16. *F.T Putrajaya* ( 273 )

Largest *Hinduism* relogion in Malaysia by state

1. *Selangor* ( 631,980 )
2. *Perak* ( 255,337 )
3. *Johor* ( 221,128 )
4. *F.T Kuala Lumpur* ( 142,130 )
5. *Negeri Sembilan* ( 136,859 )
6. *Penang* ( 135,887 )
7. *Kedah* ( 130,958 )
8. *Pahang* ( 60,428 )
9. *Mallacca* ( 46,717 )
10. *Sarawak* ( 4,049 )
11. *Kelantan* ( 3,670 )
12. *Sabah* ( 3,037 )
13. *Terengganu* ( 2,509 )
14. *Perlis* ( 1,940 )
15. *F.T Putrajaya* ( 708 )
16. *F.T Labuan* ( 357 )
------------------------------------------

BILA DUIT NAK MASUK

*Bila Duit Nak Masuk ?*  Saya berkongsi diatas beberapa perkembangan terkini QM . InsyaAllah payment akan dibayar . Ada 3 kemungkinan bila p...