Thursday, June 8, 2017

SEPERTI TIKUS MEMBAIKI LABU, SENTUHAN KECUNDANG

Serbuan SPRM mendahului idris jala di alu-alukan tetapi serbuan tidaklah membawa maksud ada pihak yang "bersalah", kadangkala sekadar menyelamatkan.

Serbuan SPRM ke Menara Felda hwndaklah juga dibezakan dan tidak sampai melupakan 9 5juta yang dibayar kepada Shafee seperti yang dilaporkan SR.

Ia lebih mencurigakan apabila tiba tiba muncul Musa Hassan melalak tidak pada masa dan tempat yang sesuai.

Majoriti projek sentuhan Najib kecundang dan itu petanda buruk buat umno dan bn di pru.

Nasib Isa akan sama seperti Annuar Musa.

ISA VS ZAKARIA


Wednesday, June 7, 2017

LEGAAAA.. AKHIRNYA DAH DAPAT TUKANG JAWAB...


Musa Hassan jangan lupa nasihatkan mereka supaya saman SR,  tuntut gantirugi hingga SR bankrap dan dipenjarakan.  
SR bukan sahaja berbohong kali ini,  tetapi sudah berbelas kali,  kenapa tak saman juga (?)
Apakah saman tidak dibuat sebab mahkamah itu tidak terletak di Malaysia (?)

Ribut tidak hujan tidak tiba tiba Musa buat press statement yang tidak ada kaitan dengan dirinya langsung  (pelik bin ajaib) dan adakah ini akan membolehkan PDRM classifiedkan sebagai NFA (?)

Sisatan akan dibuat kepada yang melaporkan (?)

CALON PM AZMIN, TPM MUKHRIZ

Nak tanya PAS,  ok tak gandingan ini (?)

Nak tanya Hadi,  ok tak calon² ini yang tidak perrnah terhegeh hegeh atau ampusini ampusana meminta-minta jawatan.

Azmin sebagai MB Selangor juga atas cadangan PAS.

Tuesday, June 6, 2017

MENGGANAS WALAUPUN BUKAN PENGGANAS

Belum layak dilabel Raja Fitnah kerana 99% pendedahannya tidak berani disanggah,  dinafi atau tindakan undang undang. 

Dua perkara pokok gesaan Rafizi 
1) Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja
2) Perincian agihan dan pecahan 9.5J 



Jika ini dilakukan,  sudah pasti tidak ada sebab Puterajaya tidak bergegar. 

Lebih menarik pendedahan terbaru Rafizi (infonya cari sendiri) lebih kepada merujuk kepada kononya dari kebocoran dokumen SPRM tetapi setakat ini tidak pula SPRM dan badan² lain menafikan. 

Info terbaru ini juga (9.5J) boleh dijadikan asas atas perkara baru untuk memohon mahkamah membuka dan membuat semakan semula kes anwar liwat (2).

Cash Is King akhirnya akan menemui jalan gagal atas dua faktor
1) masa
Kebatilan tidak boleh berbohong pada semua orang,  semua masa dan semua tempat dalam satu masa.
2) Bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru. 

Kerja mulia Rafizi wajar disokong dan melalui invoke,  puluhan Rafizi dilahirkan dan bukan perkara mudah untuk mana mana pihak tanganinya. 

Monday, June 5, 2017

APAKAH SHAFEE ABDULLAH MASIH TERCARI CARI SEORANG PEGUAM HANDAL UNTUK MEMBELANYA

Setakat ini SHAFEE ABDULLAH belum lagi membuat pernyataan rasmi atau penafian apabila namanya dikaitkan dengan penerimaan 9.5J oleh SR.

SR dan Shafee Abdullah bagai buku bertemu ruas.

Sunday, June 4, 2017

ANWAR INGATKAN MAHATHIR

Anwar ingatkan Mahathir bahawa dia tidak boleh menawarkan dirinya sebagai PM kerana ia bergantung kepada keputusan konsensus PH. 

Kalau disemak kenyataan Tun,  ia berdasarkan cadangan dan Tun hanya pertimbangkan jika itu keputusan PH..pertimbangkan boleh membawa maksud terima atau tidak terima. 

Peringatan Anwar hanya mengesahkan lagi dan selari (konsensus)  bahawa kematangan politik di PH dan penelitian calon PM sedang berlaku prosesnya. Sekaligus menolak anggapan PH bercakaran sesama sendiri kecuali mereka yang sudah muflis hujah dan putus harapan kepada puak sendiri. 

Apabila faktor umur diambilkira,  Anwar sendiri,  Tun,  Dr Azizah dan Muhyiddin tertolak dengan sendirinya.. 

Yang tinggal adalah Mukhriz,  Sallehuddin dan beberapa nama lagi dan puluhan pelapis lain yang sedang meningkat naik. 

Anwar dan Tun sedang mencatur politik supaya lebih ramai anak muda terlibat dan PH adalah pentas terbaik untuk mereka yang ingin berjuang. 




Kita hanya mampu senyum melayan mereka yang kecewa dan gagal mereputasikan diri dan habis idea membangun negara. 
Rakyat tidak terpedaya lagi dengan hipokrik zuhud dan manis bibir menjelang PRU. 

Negara tidak boleh maju berdasarkan gadaian dan hutang melampau. 

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...