Teori terbaru najib, itu statement utamanya walaupun sebenarnya rakyat dan dunia nak tahu segala tuduhan SR ke atasnya.
Statement itu mencerminkan betapa cemasnya Najib apabila mengetahui Tun memperakukan kesediaannya menerima Anwar sebagai PM.
Mukhriz mungkin tersenyum bangga bila martarbatnya dijulang tinggi dan hebat oleh Najib.
Apakah kalau Mahathir bercita cita nak jadikan Mukhriz sebagai PM satu kesalahan dan merupakan masalah utama kepada Najib (?)
Bagi aku, suka hatilah Mahathir nak Mukhriz jadi PM atau Anwar nak Nurul jadi PM, itu bukan urusan umno lagi.
Sebaik baik yang umno perlu buat sebenarnya ialah singkirkan najib sebelum terlewat untuk dipilih semula dalam PRU14, itu sahaja ubat dan penawar.
Banyak fakta boleh menafikan teori Najib, tetapi sia sia dan buang masa untuk sanggah kerana itu bukan agenda utama dan tidak sampai pun ke hati rakyat.
Hasutan dan cerita karut itu tidak akan disambut dan dipercayai rakyat. Tun tidak mempunyai agenda peribadi selain selamatkan Malaysia dari kemusnahan yang lebih teruk.
Masa depan Mukhriz bergantung kepada kekuatan dirinya sendiri dan perkembangan politik semasa, tidak ada apa yang perlu tergesa gesa.
# najib dah pukul gendang, besok mulalah pecacai dan pendedak joget lambak, kita tengok je lah, tak kan nak layanzzzz..