Monday, July 10, 2017

BAHAGIA TIDO MALAM YANG LENA

Malam ni tak nak cerita pasal politik.. 
Kalau cerita pun,  asyik sebelah pihak je yang kena, isu bertimbun,  tak larat nak tulis.. 

Kalau setiap isu dibayar dedak macam gang sebelah sana,   dah lama aku jadi JUTAWAN, pakai alpard,  audi...tapi lebih takut kalau Allah hantar SAWAN. 

Bila tulis pun,  penat buat tajuk.. Cai tak ada hujah,  tulisan merapu,  info sewel..penat melayan,  penat membaca-buang masa.. Low class standard. 

Malam ini cerita pasal kebahagiaan.. 
Bahagia walau duit kurang.. Lebih lebih lagi amal 5 waktu solat.. Jiwa tenang

Jangan derhaka atau biadap kepada ibubapa atau orang yang lebih tua.. Tegur nasihat mereka sapa dengan baik...tiada bapa yang mahu melihat anaknya sesat,  munafik, masuk neraka jahanam...

Orang Jawa tak ajar anaknya songsang,  warning bapa,  ugut bapa.. Nak buka aib si bapa? 
Anak apa macam tu?  Tak guna ada nama pangkal Dr kalau adab pun tak ada.. Sendiri sakit jiwa,  rawat dulu.. Pi berubat. 

Tidor malam,  lena,  jenere.. 

Tak banyak benda nak fikir.. 
Hutang tu ada le sikit sikit.. 
Rezeki pun halal.. Tak siapa persoalkan.. 
Barang kemas bini.. Ada le seurat dua.. Kalau ada yang besar² tu zhulian,  emas celup, buat bergaya je... 

Minggu lepas,  bawa anak bini makan angin. Pi bukit bendera,  bersih,  nyaman.. 
Pakai duit tabung.. Kami memang menabung sejak kecik.. Hidup atas kemampuan..
Tauladani cara Pak Jokowi,  bercuti ke German guna duit sendiri.. 

Bila tidor cukup..
Bangun pagi segar.. 
Muka berseri.. 
Tak ada le macam singa lapar.. 

Alhamdulillah, di pejabat sekarang dah jadi Pengurus.. 
Amanah jadi amalan.. 
Staff dah cukup tempoh dipencenkan,  jangan suka suka tambah lanjut tempoh untuk kepentingan peribadi... Ada udang sebalik mee.. 

Duit keluar masuk memang banyak,  kalau songlap pun boleh.. Tapi Allah nampak, sepandai pandai tupai melompat,  akhirnya tersungkur ke tanah.. Ayah selalu pesan tu. 

Nak kaya,  berhenti kerja, bersara politik.. Berniaga,  tak pandai, belajar dengan Sultan Johor... Bermewah sampai ke bulan pun tak ada orang kesah... 

Kais pagi makan petang hidup kami.. 
Tak adalah gali lubang tampal lubang.. 
Tak adalah terfikir nak pau orang sana sini untuk bayar hutang.. 
Tak adalah terfikir nak gadai tanah pusaka untuk bayar hutang.. 
Tak ada lah nak kenakan orang itu orang ini untuk nak kaberap tunjuk diri sendiri baik.. 

Jom kita bahagia.. 
Sederhana.. Ukur baju di badan sendiri.. 
Berkawan dengan orang baik baik.. 
Tak adalah kawan makan kawan.. Jangan sampai dia sedap berkapal mewah,  kita sedap dibalun dari bawah... 

Hidup tak lama.. 
Tarbiah anak bini jumpa tok guru yang baik..
Jangan harapkan lebai,  bagi sekali nak berkali kali.. 

Hidup tak lama
Al Quran dan Hadis jadi pengimbang.. 
Sedekah, ilmu yang manafaat dan doa anak yang solleh yang akan iring.. 

Pergi ke alam barzah dengan kain kapan (bukan dengan jet peribadi) dan dakwa dakwi di padang masyar (no AG,  no pak arab,  no selfie) 

Kongsi kesedaran, politik rehat sekejap. 
Jangan stress,  panik... 

Happy Birthday To My Daddy.. 



Ada rezeki,  jadi boss sekali lagi.. 




PALING KELAKAR BILA TMJ KATA, YANG BELUM PANDAI MENUNGGANG KUDA PUN DIPILIH MAIN POLO WAKILI NEGARA (?) Menteri Sukan kena beri teguran pada persatuan tersebut.

Dalam ketika rakyat bergembira menyambut Syawal,  ratusan ribu menghadiri rumah terbuka MO1, kenapa tiba tiba TMJ kata Malaysia sedang sakit (?)

Tidak stabil (?)
Yang kaya bertambah kaya..  (?)
Rasuah telah menjadi budaya..  (?)
Media melindungi rasuah.. (?)
Si hipokrik disanjung.. (?)
Pemimpin politik nak jadi selebriti dan ahli sukan,  yang tak pandai berkuda pun dipilih main polo wakili negara.. (?)
Jet peribadi pun disebut.. (?)
....

Jika lah yang bertanya khabar ini pak tua di hujung kampong.. (?)
Tentulah besok pagi ayam betina,  babi hutan,  anjing kurap bersahut sahutan.. 




# Satu open house perdana akan berlangsung 12-15/7/2017, 3 hari di T6, di kw asan parlimen Sembrong dengan peruntukan RM3 juta. 

Sunday, July 9, 2017

SETAKAT MANA MAHATHIR BERANI MENJAWAB SAOLAN MAUT.. ANON ADA BERI CADANGAN


SERANGAN BERGANDA KEPADA PEMBANGKANG

Sesuatu yang boleh diambilkira sebagai berita gembira,  baik dan kemajuan bagi pembangkang dalam seminggu dua ni. 





Sejak Tun beraya di London,  Nurul Izzah ke London juga, Tun setuju Anwar sebagai PM jika melepasi halangan, Azmin kata Pakatan Rakyat masih ujud si Selangor dan kemuncaknya DAP diarah ROS buat pemilihin jawatankuasa semula selepas 3 tahun. 

Sejak itu,  Tun,  Anwar dan Lim. lim kit sing diserang bertubi tubi. 

Najib kata perjuangan Mahathir mahu Mukhriz jadi PM ..
Kj suruh anwar,  Tun dan lim kit siang bersara.. 
Zahid suruh Tun diam,  ugut .dedah keburukan.. 
Shahrir kata tanpa Anwar PM pun Malaysia sudah maju.. 
Semakin banyak pemimpin mengeluarkan kenyataan yang hampir sama setiap hari termasuk yang baru bertatih... 



Semua serangan berganda itu terpaksa dibuat kerana dalam masa yang sama SR mendedahkan lagi beberapa skandal yang belum terjawab dengan sempurna. Pembangkang juga menghampiri kesepakatan dan PAS yang diketuai Tuan Ibrahim tidaklah semesra Hadi. 

Jika pembangkang tidak menunjuk kemajuan sudah pasti serangan tidak berganda. 
Malangnya serangan itu tidak mengurangkan sedikit pun hutang 1mdb...dan tidak pula di saat ini ada lagi tok arab yang mahu menderma.. 





Saturday, July 8, 2017

LOW CLASS, NO CLASS..

Dari mula hingga sekarang,  persistency Tun terhadap Najib sangat jelas,  its about 1mdb yang kini diiktiraf dunia sebagai skandal,  bukan calang² skandal, skandal seorang PM kelepek duit rakyatnya sendiri. 

Isu pokok yang perlu difahami... 

Dalam istilah penggubahan wang haram,  fokus kepada dua persaolan utama. 
Pertama,  sejumlah wang yang luarbiasa banyak,  sudah ada bukti dalam akaun peribadi najib.
Kedua,  dari sumber mana wang tersebut,  dari derma.. Apakah pihak berkuasa dijelas secara 100% sah terbukti.. 

Persaolan kedua inilah yang dipertikaikan kerana ada keraguan manasabah (prima facie)  yang sepatutnya dibuat pensahihan melalui mahkamah.

Sebaliknya AG membuat KEPUTUSAN TIADA KES.. tiada kesalahan,  maka pertikaian telah meningkat dan diangkat menjadi skandal. 

Salah siapa??? 

Lain lain isu selepas itu turut menyokong memang ada keraguan manasabah. Isu pokok inilah yang sedang membelengu dan belum pun sempat mensucikannya,  bertali arus bertimpa isu² cabang dan ranting yang didedahkan. 

Pembangkang menang atau kalah pilihanraya PRU14 adalah satu isu berasingan, tetapi 1mdb yang diangkat sebagai skandal kekal untuk berhadapan dengan pelbagai siasatan,  kajian menjurus kepada siapa penjenayah. 

Lambat laun,  setahun,  sepuluh tahun,  seratus tahun,  selagi belum kiamat isu ini akan terus diperkata dan diburu. 
Akan ada pemimpin umno masa depan akan mencari penjenayah sebenar untuk mensucikan partinya daripada turut dikaitkan secara memalukan. 

Jika pembangkang menang,  ia sekadar mempercepat isu ini ke mahkamah dan ramailah musang dan lebai yang sangkut. 

Tun telah mengorbankan segala kepentingan peribadi dunia untuk isu itu dan tiada patah baliknya sehingga ke hujung nyawa.

Yang mengkritiknya tidak korbankan apa apa pun,  mereka masih mengepung kepentingan peribadi dunia. 

Tun turun sebagai panglima perang,  memimpin dan berada di barisan paling hadapan.. Di mana Najib? sebagai PM, kenapa duduk di barisan belakang,  bersembunyi,  hantar pecacai tolong jawab.. 

No class,  low class.. 
Kat situ je,  awal awal lagi, pembangkang dah menang. 



# Ramai yang otak masih berfungsi akan sokong Najib jika dia bangun mempertahankan dirinya secara jantan,  jelas dan benar demi maruah bangsa,  ugama dan negara.
Najib patut mulakan dengan.. 
1) Laporan Audit Negara didedahkan..
2) Penubuhan RCI 1mdb..
3) Membenarkan pendakwaan dibuat ke atasnya.. 

Anda sudahpun tahu jawapannya kann.. 






YANG SORANG TU TAHU TAK LAMA LAGI DAH NAK MATI

Yang sorang tu perasan lambat lagi nak mati.

Sebab tu perbezaan keduanya macam langit dengan bumi.

PROSES UNTUK ANWAR SEBAGAI PM SEMUA ORANG TAHU

Ketelitian Dr Mahathir dalam sesuatu perkara walaupun ketika usia 92 jelas membuktikan beliau sangat prihatin,  berwaspada,  tegas, jauh dari myanyuk dalam sesuatu perkara. Tun akan bercakap without fear or favour samada untuk kawan atau lawan. 

Dalam isu Anwar untuk menjadi seorang PM,  Tun sangat jelas dengan peraturan, terma dan syarat. 

Pertama PH mesti menang dulu.. 
Mesti ada PM sebaik sahaja memenangi.. Penting untuk mentadbir negara.. 
Mendapatkan pengampunan untuk Anwar dari YDP Agong... jika lulus
Mengadakan pelihanraya kecil parlimen untuk anwar,  kemungkinan di kawasan dr azizah atau nurul yang menang..jika menang
Mendapat perkenan YDP Agong sebagai PM.. 

Tidak timbul isu Tun membuat pusingan..


Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...