Saturday, July 15, 2017

TIDAK KAH UMN😡 MEMBERI TERLALU AWAL KEMENANGAN KEPADA MAHATHIR...

Perlantikan Mahathir sebagai Pengerusi PH merupakan satu lagi tambahan rasa cemas dan takut yang ada pada umno. Seluruh kepimpinannya memberi tanggapan negatif dan membuat pertikaian demi pertikaian semata mata untuk memporak perandakan kesatuan hati pemimpin PH. 


Di dalam negara demokrasi sepatutnya umno mengalu ngalukan kewujudan organisasi yang hebat seperti PH dan patut menjadikan alasan untuk umno meningkatkan lagi usaha dan membetulkan kesilapannya. Memburukan PH bukan persaingan yang sihat dan hanya mengundang kepada persepsi umno sedang cemas. 

Gabungan 12 pemimpin tertinggi dengan kemampuan dan pengaruh yang sangat besar sukar dinafikan oleh mana mana pihak sebagai yang terbaik. Di atas kertas BN sudahpun tewas. 

Salleh kruak sendiri tidak keruan dengan pendirian sebelum dan selepas pengumuman. 



#N2H-2 anjuran Pemuda BERSATU yang mengundang Najib pada tempat dan tarikh yang belum ditentukan untuk menjawab semua persaolan wajar jadi medan untuk Najib menebus kesilapannya.. 


PEMBANTU ROSMAH MELATAH KEPOH

Pusing kot mana pun aku tak tahu apa kaitan pembantu rosmah dengan perkembangan politik tanah air lebih lebih lagi politik atasan,  apa kapasiti budak pasar ini mencampuri. 

Terbaru dia bertanya kepada Dr Wan Azizah, Presiden PKR @ Presiden PH adakah masih percaya kepada Tun Dr Mahathir, Pengerusi BERSATU @ Pengerusi PH (?) dalam keazaman menjadikan Anwar sebagai PM. 
Mungkin Rosmah yang suruh bertanya  kalau tidak,  masa kan dia begitu biadab dan bodoh mencampuri...

Adalah lebih baik qaplah ni tanya majikannya,  samada Rosmah masih percaya kepada Najib atau bertanya kepada Najib adakah masih percaya isterinya??? 
Agak²nya apa reaksi mereka terhadap mamat kepoh ni.. 




Aku rasa lebih baik dia tumpu kepada esok ke pasar nak beli ikan apa sebab kembong dah mencecah RM20 sekilo atau apa kasut yang Rosmah nak pakai esok pagi dari merapu kepada perkara bukan bidangnya.. 






Muhyiddin diberi sambutan hebat di Kota Tinggi, sah majoriti peneroka felda,  semalam. 

SPRM KEKAL JUARA KEMPEN

BPR mahupun nama baru SPRM dan kalaupun diberi imej baru,  tukar namanya atau tukar bossnya tetap masih seperti dulu, kekal Juara Kempen Anti Rasuah.

Dari segi prestasi,  masih tangkap ikan bilis,  jerung terlepas..kata orang banjar,  seumuran!

PP  merupakan negeri yang belum tandatangan IBR,  elok SPRM tunggu kes rasuah  lim guan eng diselesaikan dulu dan sementara itu elok tumpukan ke lubuk lubuk dan pemimpin yang mudah dikenalpasti rasuah.

Jangan amalkan,  kuman seberang laut nampak,  bangkai gajah depan mata tak hidu tak nampak.

Banyak lagi kes belum selesai,  siasatan ke atas anuar musa,  macam siput naik pokok. Kes FGV dan Felda mungkin akan menerima nasib yang sama,  Bagaimana kes sorro di Melaka.. Bagaimana kes Peguam Shafiee Abdullah  dan Ketua Perisikan Tentera,  elok siasat dan bersihkan nama mereka..

Jangan berdegar dengan istilah intipan berbulan, serbuan, siasatan berbulan tetapi hasil tiada.

Kita faham bukan senang nak membuktikan tetapi jangan lagi disukarkan dengan pilih bulu.
Jangan disukarkan dengan takut pada tangan ghaib,  jika ada tangan ghaib,  jika takut, mohon bertukar ke bahagian lain.

Hi



Nak tunggu sampai bila...

Friday, July 14, 2017

BUATLAH PUSINGAN U KE JALAN YANG LURUS

Marilah kita sama sama berusaha dan berdoa agar umno tewas di PRU14, selamatkanlah pemimpin dan ahli umno serta penyokongnya dari kemungkaran kepimpinan mereka yang mengkhianati perjuangan asal umno. 

Selamatkanlah mereka dari rasa megah diri,  bongkak dan sombong konon kuat dan mustahil dikalahkan. Sesungguhnya umno juga bersifat baru,  akan mati. 

Selamatkanlah juga ilmuan ugama di kalangan mereka yang terpesong mengikut nafsi upah dan kemewahan harta benda.

Ya Allah,  bukalah pintu hati mereka yang di amanah kuasa untuk berani menjalankan tugas secara jujur membawa penjenayah ke muka pengadilan. 

Berilah keinsafan kepada mereka yang menzalimi rakyat sebelum azab menimpa kerana sesungguhnya doa rakyat yang dizalimi sangat makbul. 

Ya Allah,  kurniakanlah  petunjuk dan hidayah,  kembalikanlah (u-turn) mereka ke jalan yang benar, mendapat redha dan keberkatanMu. 

Buntukanlah perancangan jahat mereka dan balasan yang setimpal kepada mereka yang mengejek ngejek akan nasihat ke arah kebenaran. 


Berilah kekuatan kepada kepimpinan baru kami untuk bersatu,  bersikap adil dan amanah. 

Sesungguhnya Allah,  engkau Maha Mendengar dan Maha Berkuasa semesta alam.  Kun fa yakun,  Engkau kata jadi,  jadilah. 

Aamiin. 





# Kalau setiap hari ada seorang pun yang kembali bersama kita pun sudah cukup bersyukur. 

UMNO SALAH KOREK

Penubuhan RCI Forex BNM yang ditubuhkan di tengah² kemelut skandal 1MDB yang belum kesudahan tetapi makin berduri dan beronak adalah satu kesilapan. 

Kalaulah aku pecacai dan pendedak,  pun aku tidak akan bersetuju dengan perancangan ini, satu lagi projek bodoh BN. 

Dalam ketika umno sedang bermasalah dengan pelbagai isu terutama skandal 1mdb, sedang sakit,  pendekatan yang sesuai ialah pi berubat,  cari ubat,  cari penawar,  bukan pi cari dan tambah penyakit dengan penubuhan RCI Forex.

Satu dunia tahu itu motif politik untuk memburukan parti pembangkang dan Tun yang menerajui pertentangan terhadap Najib dan umno. 

Apakah RCI itu menjadikan Tun takut,  gentar dan terjejas??? Atau sekadar mengukuhkan lagi perjuangan Mahathir dan sebagai Pengerusi PH,  sudah tentu menjadi tanggungjawab pakatan mempertahankannya. 

Saolannya,  jika RCI untuk forex kenapa tidak RCI untuk 1mdb ??

Mungkin juga boleh tanya Hadi,  Mufti,  Majlis Fatwa,  antara Forex dan 1mdb mana satu yang lebih afdhal (?) untuk RCI. 

Apakah Mufti Pahang buat² lupa untuk nasihatkan Pekan (?)

RCI Forex sekadar pembuka jalan, lambat laun 1mdb juga akan melalui pelbagai proses siasatan dan tidak mampu jalan² tikus dihapuskan.. 














Thursday, July 13, 2017

MEREKA PERLU HIBURKAN HATI ... SENDIRI NYANYI SENDIRI TEPUK

Dilaporkan entah betul entah tidak,  Mukhriz kata di mahkamah, Tun dan Muhyiddin sudah rancang undurkan Najib sejak 2014...


Dari tidak sampai sepuluh perkataan tersebut,  tukang spin dari bilik cermin pun ulas hingga ratus atau ribu ayat.. 

Apakah duit 2.6B masuk akaun peribadi Najib pun dirancang olehbTun dan Muhyiddin????? 

Aku tak lah nak jadi baghal macam mereka untuk buat perkara yang sama, kerana bagi aku,  apabila sesuatu kes itu sedang dimahkamahkan di depan hakim oleh peguam masing2 maka janganlah tunjuk bodoh mendahului mahkamah. 
Nak spin sampai dunia kiamat pun,  tunggulah kes selesai. 

Apapun kita simpati,  mereka kehausan isu.. 
Mereka perlu hiburkan hati sendiri. 



# PAKATAN HARAPAN
Pengerusi: Tun Dr Mahathir
Ketua Umum: DS Anwar
Presiden: DS Dr Wan Azizah
Timbalan Presiden: Muhyiddin,  Lim Kit Siang & Mohamad Sabu
Naib Presiden: Azmin,  Chong Chien Jen,  Salahuddin,  Mukhriz
Ketua Setiausaha: Saifuddin
Bendahari: Kula Segaran




Wednesday, July 12, 2017

SAKA JHO LOW SEDANG MERAYAU MENCARI MANGSA

Sudah ramai individu yang dikaitkan dengan Jho Low mendapat musibah,  denda dan ke penjara,  paling tidakpun nama tercemar. 


Setakat ini Jho Low masih bebas,  bermewah dan sukar dikesan kerana lebih banyak hidup atas air dari darat. Sedangkan mereka yang ada kaitan dengannya secara langsung atau tidak sedang merana. 

Bagi mereka yang ada kaitan secara langsung atau tidak,  berwaspadalah,  nasib buruk dan sial just around the corner,  anytime akan ketuk pintu rumah anda.. 

life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...