Wednesday, July 19, 2017

KALAULAH KITA BOLEH BANTU MEREKA..

N2h2 yang bakal dianjurkan armada bersatu akan menjemput Tun dan Najib untuk menjawab beberapa persaolan adalah gelanggang baik untuk menjelaskan beberapa perkara.

Sudah tentu penonton dan netizen mengharapkan jawapan yang benar,  telus dan takutkan Allah sahaja. 

Tetapi setiap kali gelanggang dibuka,  bertalu talu panglima najib 
menghalang dengan alasan,  samada mereka tahu najib tiada keberanian atau memang kebenaran tidak pernah ada di pihak mereka.
Kalau hadir,  mati katak. 

Tetapi kalau sehala,  di kelilingi orang sendiri,  mereka tetap jadi katak juga,  bukan main lantang.. Bukan main berapi rapi.. Tapi hakikatnya tin kosong,  bacul. 

Itulah persepsi yang terpaksa dilontarkan.

Benarlah kata orang,  apabila ketakutan menghantui,  mereka tidak dapat lagi mengawal diri...tidak dapat menyembunyikan.. 

Bagaimana agaknya kita boleh bantu mereka.

Tuesday, July 18, 2017

JAMAL LAYAK GANTI KJ

SEPINTAS LALU

Kedua duanya orang Zahid. 
Jika ada pertandingan,  sukar sikit Jamal nak menang kecuali ada backup oksigen yang besar. 
Jamal lebih kedepan dalam isu,  mulut dan fizikal. 
Kj lebih banyak guna mulut. 
Panjat pokok kelapa.. Kj tewas
Berdebat.. Jamal tak cukup fakta (jadi makanan Rafizi) 


Kelebihan Kj - menantu paklah, menantu manja
Kelebihan Jamal - anak jantan

Kelemahan Kj dan Jamal - dua dua dah kena belasah dengan TMJ

Rafizi sokong Jamal
Nazeri sokong Jamal

Rafizi orang kuat Anwar
Nazeri orang kuat Najib

Selepas Jamal jadi Ketua Pemuda
UMNO sokong demonstrasi jalanan 100‰
UMNO sertai BERSIH

# Masa tu umno sudah jadi pembangkang. 

WAJAR KENYATAAN AG DISAMBUT PDRM, SPRM, BNM

Saya hanya takut Allah sahaja,  tidak takut pada Mahathir,  tidak menyembunyikan apa apa tentang 1mdb. 

Pertamanya,  boleh percaya ke? 
Sangkabaik.. Yes

Takutkan Mahathir?  Bukan setakat AG,  tak ada siapapun takutkan Mahathir.. 
Tun dilantik jadi Pengerusi bukan sebab dia ditakuti tetapi atas hormat, keperluan,  kesesuaian,  pengalaman dan kepercayaan,  yang itu tidak boleh dibeli dengan duit. 

Atas kapasiti AG,  definasi saya hanya takut dengan Allah mesti dilihat takutkan Allah sahaja dan disertakan bukti dan saksi yang juga hanya takut kepada Allah sahaja. 

Atas kapasiti peribadi,  mungkin bersumpah di masjid antara menambah nilai pengakuan tersebut. 

Kalau benar semua orang takutkan Allah dibibir,  dihati dan melalui sikap dan perbuatan, Malaysia tidaklah sekecoh ini. 

KAMU TAKUT PADA ALLAH MASA SEBELUM ATAU SELEPAS KAMU BUAT SALAH(?)

Satu ungkapan spontan lazim manusia,  even kafir pun takut pada Tuhan kepercayaannya. 

Si pencuri pun takut,  pertama sekali dia takut kena tangkap,  kedua dia takut dipenjarakan, lepas tu baru dia terfikir dia bersalah melakukan dosa mencuri,  barulah akhirnya dia takut pada Allah... 

Bila ditanya,  kalau takut kenapa curi juga... Bla bla bla alasan. 
Jarang benar si pencuri yang berjaya mencuri dan tidak tertangkap akan takut pada Allah kecuali dia berhenti mencuri.. 
Kadang kadang ada juga alasan si pencuri,  dia terpaksa terus mencuri untuk bayar hutang????? 

Makin tinggi kedudukan seseorang,  makin banyak alasannya dan akhirnya kesalahan itu diletakan pada orang lain,  disandarkan kepada orang lain.. Demi rakyat,  demi negara...cantikkan! 

Tanya tok lebai, takutnya berapi rapi.. 
Tapi Allah akan adili mereka paling awal di padang masyar

Ungkapan saya takut pada Allah.. Adalah ayat tergantung,  ayat yang tidak lengkap.. Masih ada yang disembunyikan.. 

Apa bukti kamu takut kepada Allah? 
Kenapa kamu takut dengan Allah? 
Kamu takut pada Allah sebelum kamu buat salah atau selepas kamu buat salah??? 

Kalau kamu takut pada Allah,  kenapa benarkan kemungkaran seperti fitnah ke atas kamu berleluasa.. 
Kenapa kamu tidak hentikan dengan tangan (hak dan undang²) kamu? 

Takutkan Allah bukan sekadar kata kata,  bukan sekadar pengakuan tetapi mesti juga dilihat takut hanya kepada Allah.. 
Apakah kamu dilihat takut kepada Allah.. 
Apakah kamu dilihat amanah pada tugas dan tanggungjawab.. 


Monday, July 17, 2017

KITA BOLEH KENALPASTI PENGHASUT.. JELAS DAN NYATA

Alhamdulillah sejak merdeka hingga ke era Mahathir, majoriti rakyat,  melebihi dua pertiga (masih cerdik)  tidak termakan hasutan dan fitnah hingga mereka tidak diizinkan Allah menjadi kerajaan pusat. 

Dan insyaAllah kali ini pun majoriti melebihi dua pertiga tidak akan termakan hasutan sekali lagi selagi dia bersekongkol dengan lanun, musuh Islam.

Di Malaysia,  politik terbuka luas,  sudah tiada siapa yang pegang dua pertiga majoriti, yang simple majoriti atau yang kurang majoriti mempunyai sama peluang. 

NO WONDER UMNO TAKUT SANGAT BILA TUN DILANTIK PENGERUSI PH



# Tun bagaikan dapat darah muda..sudah tentu selepas ini pihak tertentu juga patut diberi peringatan akan amanah rakyat yang mereka pikul dan bukannya hanya menjaga kepentingan seorang dua dan membiarkan rakyat dizalimi dan etika serta undang² dicabul

TAHNIAH ORANG JOHOR - SEMANGAT TMJ DIHAYATI..

Saya dah bantu kamu,  kamu pula bantu saya,  boleh? Begitulah kata dan tanya Najib di Sembrong dalam proses membantu Hisham mempertahankan Parlimen Sembrong..


Kesian pula


Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...