Saturday, August 5, 2017

MEROBEK MAHATHIR SEKADAR MELUMAT UMNO

Kelak umno menjadi padang jarak padang terkukur.

Begitulah pandangan sebahagian besar rakyat,  umno salah fokus dan salah urus untuk tangani Mahathir.

Nampak macam boleh menang tetapi tak menang menang walaupun seluruh jentera digunakan. Jika umno tidak sekat keemosian zahid,  ia sekadar mempercepat umno mati kerana kehabisan oksigen.

Mahathir masih menyimpan beberapa tom kimia menjelang PRU14 yang tidak mampu sempat disekat dan dikawal.

Bukan cakap kosong,  di Malaysia tidak ada dua tiga Mahathir,  hanya ada satu Mahathir, toleh sekejap ke belakang, sudah berapa ramai pemimpin umno didiamkan,  patah lidah,  hilang kuku,  hatta Najib sendiri..

Kerana Mahathir,  hari ini parti parti pembangkang menjadi relevan,  kuat dan makin diterima rakyat.  DAP lebih sederhana dan makin diterima Melayu sepertimana Melayu boleh terima mca. Malahan mengikut rekod,  DAP lebih baik kepada Melayu.. Lim guan eng 10 kali lebih baik dari anti melayu chua soi lek..

Kerana Mahathir juga,  PAS makin kuat,  hari ini kalau dua penjuru,  PAS jumpa umno di Pekan,  Najib akan tewas..

Antara petanda awal,  rakyat memihak pembangkang apabila lim guan eng
mengumpul dana 1 juta tidak sampai 24 jam,  terbaru,  rafizi kumpul 1.5 juta dalam tempoh 10 hari,  PAS setakat mampu kumpul dua ratus ribu dalam masa beberapa bulan..

Andai Najib,  boleh kumpul lebih dari itu tetapi ia lebih berdasarkan pengaruh "kuasa" dan ia datangnya dari dua tiga orang korporat,  dari segi jumlah menang, dari segi nisbah undi,  tercorot.

Derma 1.5 juta kepada Rafizi membawa berkat,  derma 2.6b kepada Najib membawa sengsara ke hari ini?

Bagaimana pula kalau Mahathir disaman,  berapa yang mampu dikumpulkannya? Cubalah..

BERAPA YANG MASUK DALAM AKAUN PERIBADI RAFIZI


ZAHID SEDIA BERSUMPAH LAKNAT..

Kenapa dan apa perlu dia mencabar dirinya sendiri.. Yang kita minta very simple.. 
1) ic biru Mahathir a/kutty dan
2) rakaman percakapannya dengan Tun selepas dilantik sebagai TPM.. 

Dalam hal ini, sumpah laknat tidak relevan. Malah sumpah laknat akan di anggap satu lagi pembohongan untuk menutup pembohongan. 

Satu cubaan yang sia-sia.

Kesediaannya disiasat oleh SPRM juga dipandang remeh dan hasratnya supaya SPRM turut siasat harta Tun dan anak2nya juga menambah kebudak budakannya. 

Apa yang nyata, samada pembangkang atau partinya sendiri,  zahid akan sendirian dan kesepian selepas ini. 
Zahid akan dilihat sebagai musuh yang sudah tiada taring dan dijauhi rakan daripada turut terpalit lumpur yang dibawanya. 

Bagi Ibrahim Ali,  Presiden Perkasa,  menyerang dengan peluru kapor,  musuh tak mati tapi sendiri yang setengah mati. 


Friday, August 4, 2017

GST ADAKAH ITU SATU PENIPUAN MAHATHIR

Demikian dakwaan najib,  kerajaan dan umno dan saran mereka lagi supaya rakyat tidak terpengaruh. 

Adakah rakyat peduli kepada Mahathir atau pembangkang? 

Jika gst tidak membebankan rakyat apakah Mahathir dan pembangkang akan berjaya? 


Kenapa najib sebok benar dengan Mahathir dan tidak sebok untuk mendengar suara rakyat, hapuskan gst.. 

Kalau gst kerajaan tidak boleh hapuskan kerana itu sumber hasil negara,  kenapa pembangkang kata boleh dan itu janji mereka? 

Kalau kerajaan kata mustahil itu boleh dibuat,  hapuskan gst.. Itu bukan masalah rakyat.. 

Rakyat berminat dan cenderung kepada pembangkang kerana janji mereka gst dihapuskan dan harga petrol distabilkan.. 

Kalau Najib boleh janji dan laksanakan seperti janji Mahathir.. Rakyat pilih najib.. 
Kalau tak boleh,  rakyat pilih mahathir.. 
Semudah itu.. 

Rakyat tidak mahu dengar alasan,  kalau tidak mampu laksanakan apa yang rakyat mahu,  sila berundur.. 

Kalau pembangkang tidak boleh offer yang lebih baik dari kerajaan,  sila lupakan sokongan kami.. 

Kerajaan dan pembangkang tidak boleh hasut rakyat.. 
Kami tidak sebangang itu. 

PAS DAN PKR MASIH SATU HATI DI KELANTAN DAN SELANGOR

Azmin kekalkan exco PAS dan lelain jawatan politik kuota PAS,  Di Kelantan, perkara yang sama berlaku.

Alhamdulillah,  penyatuan umat Islam.

Mungkin boleh diperluaskan di negeri negeri lain seterusnya di peringkat pusat. Dengan Tuan Ibrahim masih menjalankan tugas tugas Presiden kerja kerja menjernihkan semula PAS sangat baik dan sekaligus apa jua kesilapan Presiden dapat dipadam atau dibetulkan.

PAS mengenepikan kerjasama dengan DAP satu langkah tepat selari juga dengan pendirian PAS yang menjauhi Jho Low dan sekutunya,  seimbang.

BOLA TANGGUNG, KENA LIPAT, SALAH SIAPA?



Tun mungkin dipanggil SPRM kata Timbalan Pesuruhjaya SPRM berhubung kenyataan Tun bahawa Zahid dipervayai memiliki ratusan juta ringgit semasa memegang Ketua Pemuda. 

Elok sangat SPRM panggil,  biar Zahid bersihkan dirinya dimahkamah. Seperti kata zahid,  najib tahu dan ada rakaman pertemuan tersebut,  bawa sekali ic biru kutty. 

Kenapa zahid ambil masa yang agak lama untuk menjawab Tun? 

Thursday, August 3, 2017

BOLEHKAH WAK GENEGHE SELEPAS SALAH JOLOK

Setakat mana Mahathir jahat? 
Senaraikan.. 
Teringin sangat aku nak tahu dan biar mereka luahkan supaya tidak lagi diulang ulang akan datang.. 
Setiap dakwaan tolong tinggalkan nama penuh,  nombor mykad dan alamat penuh.. Mudah sikit kalau Tun nak saman.. 



# aku juga sekali lagi mohon maaf jika ada tulisan di sini yang membuatkan ada yang hilang akal dan sawan. 

3/5/2024 Hq Meeting Updates

 3/5/2024 Hq Meeting Updates Payment Update  - QM will begin to make payment from 10th May onwards up to July. ✅ - QM is committed to settle...