Tuesday, September 5, 2017

TIADA TEMPAT BAGI HUJAH BOHONG DANGKAL UNTUK MENEGAK BENANG BASAH

Oleh kerana terlalu banyak tuduhan sembrono sesama sendiri hingga menjejaskan akidah, dakwaan tanpa asas dan maki hamun, blog ini akan menapis komen, suka masuk, tak suka no komen.



Bukan motif blog ini untuk mengembangkan pandangan dangkal, biadab dan tidak berakhlak.

Akan ada satu lagi tajuk terakhir sebagai penilaian.

Monday, September 4, 2017

BAKAL MB SELANGOR MENGAMUK



Selepas namanya tenggelam dan hilang dimedia beberapa lama, muncul kembali..
Setakat ini belum pasti namanya tercalon untuk PRU14.. Jangan sampai kempunan...
Kenapa melepaskan geram setakat korup pada mesin judi tidak kepada kecurian wang rakyat?

UMNO SUDAH MULA MASUK KE FASA GAGAL APABILA DAP SUDAH MULA DITERIMA MELAYU MELALUI PAKATAN HARAPAN..

Apa sudah jadi dengan kempen umno menakutkan 
Melayu dengan DAP (?)


Kenapa sudah tidak berkesan, kenapa sudah ditolak (?)

Pemimpin umno kena tahu, kena cari puncanya, kena cermin diri berkali kali...


Adalah pelik seorang Menteri Kabinet seperti Salleh Keruak bercakap dengan nada perkauman sedangkan hakikatnya dia perlu menjadi Menteri pada semua bangsa dan ugama.

Bercakap demi Melayu dan Islam secara tidak rasional di ambang PRU sangat jelik...lebih lebih lagi cuba mempertahankan dan bersekongkol dengan kemungkaran.



JANGAN PERASAN SOKONGAN RAKYAT SEPERTI PRU13

Ada dua asas simple yang perlu dihadam setiap penyokong.

2. Najib menang pru lepas tanpa 2/3 majoriti ketika 1mdb dan gst belum ujud sebagai isu serta Tun masih ahli umno dan sokong Najib.
Sekarang, ia sudah berbeza.

3. Kemenangan Pakatan Rakyat dengan menguasai 3 negeri adalah semasa PKR, DAP dan PAS berada dalam satu pakatan, jika tidak ada tikam belakang, lebih banyak kerusi akan di menangi.
Situasi sekarang berbeza..

4. PAS pecah kepada AMANAH, umno pecah kepada BERSATU, Anwar masih dipenjara tetapi gantinya Tun mengetuai.
Dijangka pendaftaran PAKATAN HARAPAN tidak diluluskan.

5. Banyak juga faktor² lain yang berubah seperti ujudnya sentimen kenegerian di Sabah, Sarawak dan Johor.
Kempen Shafie Apdal di Sabah harus diambilkira.
Umno juga dulunya dibantu Muhyiddin kini sudah berada di pembangkang dan tempatnya diambilalih oleh Zahid.

6. Setakat mana keserasian dan lancarnya kerjasama umno pas sangat sangat penting.

7. Kesepakatan yang jitu antara parti dalam PH sangat perlu untu menumbangkan BN+PAS.

8. Siapa yang gagal di 6 dan 7, risikonya sangat tinggi.

9. JASA anggap PAN dan BERSATU sekadar parti tumpang semangkuk tetapi lupa umno sendiri mengkuk hayun.

10. Perbezaan² ini akan banyak mempengaruhi keputusan PRU14 dan tidak sesiapapun boleh mendabik dada rakyat sokong mereka seperti sebelum ini.

11. Hanya parlimen dibubarkan dan PRU14 di adakan dapat mengukur sejauh mana kekuatan masing².





# Singkirkan dari minda anda umno itu melayu, pas itu Islam, SUDAH TAK BOLEH PAKAI.

Sunday, September 3, 2017

AMANAH DIUJI WANG DAN WANITA

3hb September 2017
CHERAS

Setelah selesai solat Asar di sebuah masjid di Cheras. Disebabkan takut jem. Aku bergegas ke kereta. Tetapi ketika diparking langkahku terhenti seketika. Ada sebuah dompet besar betul2 terjatuh di tepi kereta ku. Dengan hati-hati aku angkat dompet itu. Agak berat berisi.

Rasa serba salah, dengan terpaksa demi untuk mengetahui identiti pemiliknya, aku buka dompet itu dan menemukan sebuah envelop besar dari nama sebuah bank. Aku baca didalamnya juga ada nama dan alamat,  serta sejumlah wang. Duit note RM100.00 dalam 10 ikatan yang tebal. Aku panik. Antara keliru dan rasa amanah, aku kembali ke masjid. Wang ini harus aku cari pemiliknya. Tapi tanya semua jemaah,  tak seorang pun yang kenal.

Aku tidak ada pilihan selain mencari pemiliknya. Lantas aku bergegas memandu ke alamat yang ada dibungkusan wang itu. Ketika sampai, aku beri salam dan mengetuk pintu pagar rumah. Keluar seorang lelaki yang sudah berumur berperawakan tinggi, berkulit putih cerah kearab-araban yang menjawab salam dan  bertanya mahu mencari siapa? Aku bagitau dia, "Saya hendak berjumpa dengan Tuan Haji Salim,  betulkah rumah ni?"

"Saya Haji Salim. Ada apa encik?"

"Pak Haji tadi solat di masjid di Cheras' ?", tanya ku.

"Ya. Betul"

"Pak Haji tadi ada bawa apa2 waktu pegi solat?"

Dia menjawab, "Astaghfirullah.. iya. Saya bawa dompet besar coklat dan dari tadi saya mencari-carinya.. Saya lupa dimana letaknya." Pandangannya kearah saya penuh dengan tandatanya.

Aku pergi ke kenderaan dan mengeluarkan dompet besar yang aku jumpa tadi. "Dompet yang ini ke Tuan Haji?"

"Ya, ya. yang itu. Alhamdulillah. Terima kasih nak. Dalam tas ini bapa simpan wang yang bapa baru ambik dari bank tadi."

Tanpa banyak bicara,  aku serahkan dompet itu dan minta diri untuk pulang.

Tapi aku ditahan pak Haji Salim, "Tunggu nak, ada yang ingin saya hadiahkan padamu sebagai tanda terima kasih saya."

Haji Salim yang berwajah arab ini lalu memanggil nama seorang wanita. Tidak lama kemudian muncul seorang wanita berhijab. Mata bertentang mata. Cair hati tak terkata. Degup jantung kencang tak terkira.

"Nak ini anak saya. Dia belum menikah. Dia janji akan menikah dengan laki-laki yang baik dan jujur seperti kamu."

Aku terkejut bewak. Dengan tergagap aku berkata, "Maaf Tuan Haji, saya sudah beristeri. Saya kena bincang dengan isteri saya dan minta izin dengan dia tentang rancangan Tuan Haji ni."

Haji Salim tersenyum, dia kata, "Bertenang nak, nanti biar saya yang minta izin dari isterimu. Ada nombor handphonenya?"

Aku mengangguk lesu. Malu tapi mau. Mana tak maunya. Anak dia punyala cun. Lalu aku pun bagi la nombor handphone wife aku. Tuan Haji Salim terus dial nombor tu dan dia bagitau cerita sebenar.

Tubuh aku tiba-tiba menggigil, apa lagi saat telefon tu diberikan kepada aku. Katanya isteri ku mahu bercakap dengan aku. Terlintas di fikiranku. Apalah aku nak jawab.

Bagaikan halilintar membelah bumi. Di saat terdengar suara isteri ku bercakap dengan agak kuat.

Bang, bang. Abangggg bangun. Dah masuk maghrib ni.

Hari2 cerita politik pun boring gak.
😂😂😂😂😂😂😂😂

GAMBAR SEKADAR HIASAN.

RAKYAT VS NAJIB, TITIK.



Sangat bersetuju, tak perlu nak pening² kepala atau berhujah atau berfakta panjang.

PRU14 tidak seperti PRU² yang lalu, parti pembangkang lawan parti kerajaan, atas segala muslihat dan segala kemudahan yang sedia ada, parti kerajaan selalu menang tetapi lama kelamaan menang yang makin tipis, kenapa?

Parti berada dalam kedudukan baik dan dihati rakyat tentulah kerana memiliki pemimpin yang menjalankan dasar memakmurkan rakyat.

Lama kelamaan jika pemimpin parti kerajaan dilihat korup dan tidak memakmurkan rakyat malah menzalimi, sudah tentu PRU demi PRU parti kerajaan ditolak dan kemuncak serta penamat kezalimannya tentulah ditolak, perlu ditolak secara total pada PRU14.

Yang menolaknya kali ini bukan setakat parti pembang tetapi rakyat. Tidak ada lagi kompromi dari rakyat pada pemimpin dan parti yang korup. Titik.

Apapun perencanaan dan strategi umno, yang menentangnya di hadapan, dibelakang atau di sisinya tetap rakyat.





Rakyat tentunya mengharapkan pengganti yang lebih takutkan Allah dan menjaga kepentingan rakyat.

DAP YAKIN TANPA PAS

Liew chin tong dap mp kluang berpendapat pertandingan 3 penjuru lebih baik untuk ph.

Ini bertentangan dengan anwar yang merasakan pkr akan tewas tanpa sokongan pas.

Najib dan umno juga tinggal nyawa² ikan tanpa hadi dan pas.


Hanya AMANAH yang sangat yakin menumpaskan PAS di mana sahaja termasuk di kelantan dan terengganu.


Di Johor, pas akan tewas walaupun bertembung dengan BERSATU.


Hanya DAP yang paling bersedia bersama dengan PH atau bersendirian bila² masa.

MCA. GERAKAN dan MIC akan pupus terus selepas PRU14.

Bagi rakyat, adalah lebih baik tiga penjuru bagi mengukur kekuatan sebenar setiap calon, parti atau kumpulan.





# Melayu dan Islam akan lebih baik selepas singkirkan pemahaman kuno PAS itu Islam, umno itu Melayu..

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...