Saturday, October 7, 2017

CIKGU, CIKGI, PENJAWAT AWAM, MOKCIK² FELDA KATA U CAN RUN BUT U CANNOT HIDE


MAKIN LAMBAT PILIHANRAYA, MAKIN BANYAK ORANG KAMPONG TAHU..


ORANG KAMPONG DAH KURANG TENGOK TV3...


DI SELANGOR HANYA JAMAL YANG BERTUNGKUS LUMUS

Tak berbaloi tiga mantan MB Selangor dipakai semula baju perang umno sedangkan hakikatnya noh omar tak buat kerja dan zein isma meroyan promote diri.

Yang benar dan betul² bekerja sungguh² untuk rampas Selangor adalah Jamal. Minggu lepas pecahkan botol arak, dah kena cekup dengan polis.

Dah bebas, tak ada pendakwaan???

Minggu depan nak buat pesta ais kerim pula,  idea budak tadika..

Jika setiap minggu implement idea kepala hotak Jamal, Azmin memang bungkus..


JEBON DAN PEMBOHONG BESAR..

Pemimpin umno lebih baik upah tukang sihir, tok nujum untuk membuat pelbagai ramalan ke atas Tun, Lim kit siang, azmin dan lain² kalau benar² kemaruk bahan dan isu untuk memburukan.

Mempercayai tukang karut penulis fitnah tersohor sangat² melucu dan desperado tahap gaban, bahasa pasar yang sangat sesuai.

Semuanya gara² tak boleh tahan dengan realiti pendedahan Syed Saddik yang terkena batang hidung.

Bila dikatakan Tun bayar lim kit siang 1B, bagaimanapula sebelum ini kata Tun diperalatkan lim kit siang.
Logik ke Tun bayar Lim, lepas tu Tun di peralatkan??????

Memang jebon dan pembohong besar puak ni.




Friday, October 6, 2017

PEMBANGKANG PERLU BERTERIMA KASIH KEPADA KUNAN, ALIHAMSA....

Sistem pendidikan negara yang sering berubah setiap kali bertukar menteri makin menghampiri zaman rimba apabila politik dibenarkan.

Guru² akan hilang fokus, Pengetua akan pilih kasih pada yang sealiran politik dengannya dan sekolah akan berpuak puak seperti di parlimen.

Murid² akan dibekalkan homework mengsndungi risalah politik untuk disampaikan kepada ibubapa.

Tidak hairan kelak akan ada sekolah yang dibakar oleh murid darjah satu kerana ejek mengejek  perbezaan politik.

"Boleh berpolitik tapi jangan hentam kerajaan" - Satu dasar dan pendekatan yang membuktikannya dengan sendiri umno tahu dan sedar mereka banyak salah banyak masalah.

Di kementerian sendiri, banyak isu yang boleh di politik kan guru dan setiap arahan akan dilihat bermotif politik - sesuatu yang tidak sihat.

Terima kasih kunan, ali hamsa, mahadzir khalid dll - anda hanya mempercepatkan tarikh kematian sendiri dan menambah kekuatan kepada pembangkang.












Thursday, October 5, 2017

ALLAH SUDAH BERI PERINGATAN KEPADA FASTAQIM YANG LUPA DIRI

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

                      بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

        اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

┏💕🌿🌸━━━━━━━━━━━━┓
           FASTAQIM IMAN
┗━━━━━━━━━━━━🌸🌿💕┛

KENAPA KITA TAK NAMPAK ALLAH ❓

➡ Bila ALLAH sembuhkan kita daripada kesakitan melalui ikhtiar ubat yang kita ambil.. Kita nampak ubat.. Kita tak nampak ALLAH

➡ Bila ALLAH berjayakan kita dalam akademik melalui bijaknya kita dalam pelajaran.. Kita nampak kebijaksanaan kita.. Kita tak nampak ALLAH 

➡ Bila ALLAH bagi kita pekerjaan yang selesa melalui cemerlangnya kita dalam bidang yang diceburi.. Kita nampak kecemerlangan kita.. Kita tak nampak ALLAH 

➡ Bila ALLAH bagi kita kekayaan harta melalui asbab gigihnya usaha kita dalam perniagaan.. Kita nampak kegigihan usaha kita.. Kita tak nampak ALLAH 

➡ Bila ALLAH kurniakan kita pasangan yang soleh/solehah serta keluarga yang bahagia.. Kita nampak baiknya kita.. Kita tak nampak ALLAH 

➡ Bila ALLAH keluarkan kita daripada masalah melalui bantuan manusia disekeliling.. Kita nampak baiknya manusia tersebut.. Kita tak nampak ALLAH 

➡ Bila ALLAH masyhurkan kita di pandangan mata manusia di dunia melalui asbab kelebihan kita.. Kita nampak hebatnya kita.. Kita tak nampak ALLAH 

➡ Bila ALLAH bagi segala jenis nikmat yang tak pernah minta dibayar dan tak terhitung.. Kita hanya nampak indahnya nikmat itu.. Kita tak nampak ALLAH 

Sungguh, mata hati kita masih buta dan samar.. disebabkan keangkuhan seorang hamba atau kotornya segumpal darah bernama hati mungkin..

Untuk melihat Maha Mencipta disebalik kejadian..

Bukan senang untuk didik hati melihat ALLAH dalam setiap langkah kita..

Tapi itulah hakikat kehidupan kita di sini..

Datang dari ALLAH hidup untuk ALLAH dan kembali kepada ALLAH

Mudah2an Kita Semua Tergolong Didalam Golongan Orang-Orang Yang Diberkati Dan Dirahmati Serta Dikasihi Allah S.W.T Di Samping Orang-Orang Yang Kita Sayang

BILA DUIT NAK MASUK

*Bila Duit Nak Masuk ?*  Saya berkongsi diatas beberapa perkembangan terkini QM . InsyaAllah payment akan dibayar . Ada 3 kemungkinan bila p...