Tuesday, May 8, 2018

AKUJANJI MENGEMBALIKAN MARUAH RAKYAT DAN NEGARA ADALAH IKRAR PALING MAHAL UNTUK RAKYAT






Ya Allah, Ya Rabbi, Ya Kaaliq,  Ya Baari,  Ya Musawwir Ya Rahman Ya Rahiim... 
Ya Allah,  Jika PH Pasti Membawa Lebih Kebaikan Dalam Pengurusan Negara Demi Islam,  Negara Dan Bangsa, Engkau Berilah Bantuan Dan Kemenangan Kepada Pakatan Harapan Yang Di Terajui Insan Mu Yang Kerdil Tun Dr Mahathir bin Wan Tempawan. 



Aamiin.. 











Kertas undi baru,  tanda spot hitam sudah berada di petak pangkah Keadilan,  jika dipangkah Keadilan,  apakah undi dikira rosak (???)











DEBAT MUAR CALON BN MP RAZALI IBRAHIM TIDAK MUNCUL...


SISTEM DOWN ?????



Malaysia custom auto scanning system down.

Cannot out from Singapore for Malaysians

..AMANAT TUN LIVE

PRU, YANG UNTUNG ATAU RUGI ADALAH RAKYAT, BUKAN TUN..



TUN M DAN MASUK KUBUR

Oleh: Dr MAZA

Bukan semua perkara kita boleh setuju dengan YBg. Tun Mahathir. Banyak juga pendapat Tun M yang kita kurang setuju atau tidak boleh menerimanya. Beliau bukan maksum untuk kita terima semua pendapatnya.  Di samping, kita tidak boleh menafikan jasa, sumbangan dan kebijaksanaan beliau dalam banyak hal. 

Tokoh-tokoh politik seperti Tun M,  DS Najib, DS Anwar, DS Abdul Hadi dan lain-lain sering dikaitkan dengan pelbagai cerita positif dan negatif. Jangan kita telan semua yang dikaitkan dengan mereka tanpa penilaian yang matang dan jangan juga kita menerima segala apa yang mereka lontarkan tanpa berfikir dengan seimbang. 

Hari ini orang bercerita pasal Tun M dan kubur. Saya juga ingin berkongsi cerita pasal Tun M dan kubur. Walaupun cerita biasa, tapi mungkin ada sesuatu yang boleh kita belajar. 

Pada tahun 2014, ketika itu saya sabatical di SOAS London, Tun M datang ke London. Tun M tinggal di rumah Kerajaan Malaysia yang ketika itu sedang bocor bumbungnya. Saya dan Tun M bertemu empat mata membincang beberapa perkara. Tun M bertanya saya beberapa soalan berkaitan agama. Kami berdiskusi.  Kemudian Tun M membincangkan tentang YAB PM DS Najib. Masa itu beliau belum lagi menentang DS Najib secara terbuka. Beliau menyebut isu-isu seperti yang beliau sebut dalam kempen beliau sekarang. 

Saya bertanya beliau, "Habis Tun nak buat apa? Tun nak bersuara ke"? 
Ketika itu Tun M mengungkap satu ungkapan yang selalu saya ingat apabila terlihat wajah beliau. Kata Tun M kepada saya: "Nanti orang akan kata orang tua ni tak habis-habis asyik kacau orang lain jadi Perdana Menteri. Orang macam saya ini sepatutnya dah duduk bawah dah (masuk kubur). Tapi saya ni sayang kepada negara saya".
Saya lihat Tun M yang ketika itu dalam keadaan keletihan, lesu dan sedih. Saya sendiri tersentuh dengan ucapan beliau itu. Saya diam sahaja. Kami bincang beberapa tajuk lain. 

Semasa itu saya tidak sangka Tun M akan menubuhkan parti politik baru dan secara terang-terangan melawan DS Najib. Saya tidak sangka hari ini beliau yang menyatakan 'sepatutnya beliau sudah masuk kubur' berdiri atas pentas politik kempen pilihanraya secara besar-besaran. Ini kerana dalam ungkapan Tun M itu seolah-olah tidak banyak harapan dan beliau hanya menunggu masa untuk 'masuk kubur'. Apatahlagi semasa itu anak beliau masih memegang jawatan MB Kedah. 

Cumanya, dalam masa yang sama beliau kata 'saya sayang kepada negara saya'. 
Saya fikir beliau mungkin terpaksa pertimbang antara usianya, kedudukannya yang dihormati di sisi negara, kedudukan anaknya dan banyak lagi kelebihan lain yang beliau sedang kecapi ketika itu. 

Apabila saya balik ke Malaysia 2015 menjawat semula jawatan Mufti Perlis untuk kali kedua, beberapa kali juga saya berjumpa dengan Tun M secara empat mata. Beliau mengulangi cerita yang sama. Cumanya, tidak sangka sehingga hendak menubuhkan parti politik dan bertanding pilihanraya. Jika orang beritahu saya Tun M bertindak begitu sebab mahu bela anaknya, secara peribadi, saya mempunyai maklumat yang berbeza. Tun M telah menyuara bantahan itu sebelum anaknya terbuang. 

Esok saya akan mengundi. Dunia bagaikan mimpi. Tun M bertanding dan mahu jadi PM semula. Tidak pernah di Malaysia seseorang jadi PM dua kali. Cumanya, saya sendiri jadi Mufti sebanyak dua, walaupun tidak pernah terjadi sebelum itu. Pada awalnya saya sendiri rasa ganjil. Dunia politik pasti tiada apa yang mustahil. 

Saya tidak pasti sejauh manakah Tun M boleh bertahan dengan usianya itu. Tok Wan (lelaki) saya dahulu ketika dia berusia 100 tahun, orang sinis kepadanya bila beliau menanam pokok-pokok durian di tanahnya. Mereka kata: "Sempatkah nak makan durian orang tua tu"?! Ditakdirkan Allah, beliau meninggal pada usia 126 tahun menurut hitungan anak-anaknya. Beliau sihat. Hanya sakit pada penghujung hayat. Sempat makan banyak musim durian yang beliau tanam. 

Pastinya, menguruskan negara tidak seperti menanam durian. Namun, usia manusia dan apa yang akan terjadi di masa hadapan tiada siapa yang tahu. 

Kita semua tidak tahu apa yang akan terjadi. Kita mengundi untuk masa depan. Namun tiada siapa yang tahu masa depan melainkan Tuhan. Agama mengajar kita berusaha dan bertawakal. Kita berusaha untuk yang kita jangka lebih baik ataupun kurang buruk. Siapakah yang terbaik, ataupun kurang buruk memerlukan penilaian yang seimbang dan penuh kematangan.  Setelah berijtihad, kita serah kepada Allah. Berijtihadlah, dan buatlah penilaian terbaik. Selamat mengundi! 


Dr MAZA

LEPAS SATU, SATU PULAK...


KALAU TAK 100% TEPAT, MEMADAI 95%

Invoke 4/5/18

💖 PH yakin tawan Putrajaya pada 09hb Mei 2018.

Menurut Kajian dari Unit Khas setakat 30.04.2018 yg telah sofia bentangkan tempoh hari dan hasil kajian INVOKE setakat 04.05.2018.

Hanya 3 negeri yang sama 100% keputusanya dari segi kedudukan jumlah kerusi parlimen yg diperolehi oleh PH dan BN. Manakala negeri-negeri yang lain hampir 97% ada persamaannya. Kecuali Sabah dan Sarawak saja yg INVOKE tidak keluarkan lagi.

Berikut adalah keputusan kajian INVOKE setakat 04.05.2018.

👉 (1) NEGERI PERLIS 

🏛PARLIMEN:
💖 PH   : 1 
🤓 BN   : 2
😂 PAS : 0

🏠DUN:
💖 PH   : 6
🤓 BN   : 9
😂 PAS : 0

# Negeri Perlis kekal milik BN dulu kini dan selamanya 🤓

👉(2)  NEGERI KEDAH 

🏛 PARLIMEN:
💖 PH   : 11
🤓 BN   :   4
😂 PAS :   0

🏠 DUN:
💖 PH   : 21
🤓 BN   : 15
😂 PAS :   0

# Negeri Kedah jatuh kepada Pakatan Harapan 💖

👉 (3) PULAU PINANG

🏛 PARLIMEN: 
💖 PH   : 13
🤓 BN   :   0
😂 PAS :   0

🏠 DUN:
💖 PH   : 38
🤓 BN   :   2
😂 PAS :   0

# Negeri Pulau Pinang kekal milik Pakatan Harapan 💖

👉 (4) PERAK

🏛 PARLIMEN:
💖 PH   :  16
🤓 BN   :   8
😂 PAS :   0

🏠 DUN:
💖 PH   : 38
🤓 BN   : 21
😂 PAS :  0

# Negeri Perak jatuh kepada Pakatan Harapan 💖

👉 (5) SELANGOR

🏛 PARLIMEN:
💖 PH   :  22
🤓 BN   :   0
😂 PAS :   0

🏠 DUN:
💖 PH   : 56
🤓 BN   :   0
😂 PAS :   0

# Negeri Selangor kekal milik Pakatan Harapan 💖

👉 (6)  W.P. KUALA LUMPUR

🏛 PARLIMEN : 
💖 PH   :   11
🤓 BN   :     1
😂 PAS :     0

# W.P. KUALA LUMPUR kekal kubu kuat  Pakatan Harapan

👉 (7) NEGERI SEMBILAN

🏛PARLIMEN:
💖 PH   : 5
🤓 BN   : 3
😂 PAS : 0

🏠DUN:
💖 PH   : 20
🤓 BN   : 16
😂 PAS : 0

# Negeri Sembilan jatuh ke tangan Pakatan Harapan 💖

👉(8)  NEGERI MELAKA

🏛 PARLIMEN:
💖 PH   : 4
🤓 BN   : 2
😂 PAS : 0

🏠 DUN:
💖 PH   : 17
🤓 BN   : 11
😂 PAS :   0

# Negeri Melaka jatuh kepada Pakatan Harapan 💖

👉 (9) JOHOR 

🏛 PARLIMEN: 
💖 PH   : 21
🤓 BN   :   5
😂 PAS :   0

🏠 DUN:
💖 PH   : 39
🤓 BN   : 17
😂 PAS :   0

# Negeri Johor jatuh ke tangan Pakatan Harapan 💖

👉 (10) PAHANG

🏛 PARLIMEN:
💖 PH   :   6
🤓 BN   :   8
😂 PAS :   0

🏠 DUN:
💖 PH   : 15
🤓 BN   : 27
😂 PAS :   0

# Negeri Pahang kekal milik BN dulu kini dan selamanya 🤓

👉 (11) TERENGGANU

🏛 PARLIMEN:
💖 PH   :   0
🤓 BN   :   8
😂 PAS :   0

🏠 DUN:
💖 PH   :    1
🤓 BN   :  31
😂 PAS :    0 

# Negeri Terengganu kekal milik BN 🤓

👉 (12) KELANTAN 

🏛 PARLIMEN:
💖 PH   :    1
🤓 BN   :  13
😂 PAS :    0

🏠 DUN:  
❤ PH   :    3
🤓 BN   :  42
😂 PAS :    0

# Kerajaan PAS di Kelantan tumbang dan BN berjaya mengambil alih pemerintahan di Negeri Kelantan 🤓

👉 Manakala Jumlah keseluruhan PARLIMEN dan DUN di Semenanjung Malaysia ialah

🏛 PARLIMEN :-

💖 PH    :   111
🤓 BN    ;     54
😂 PAS  :       0

🏠 DUN :-

💖 PH    :  253
🤓 BN    :  192
😂 PAS  :       0

Kita hanya menunggu keputusan dari Sabah dan Sarawak yg dikatakan bakal memberikan 20 kerusi parlimen.

👉 Tahniah kepada pengundi-pengundi di negeri Kedah, Perak, N.Sembilan, Melaka dan Johor kerana berani membuah perubahan dgn mengundi Pakatan Harapan sehingga bakal tertubuhnya kerajaan negeri PH pada PRU ke 14 ini.

👉 Berganda-ganda tahniah kepada pengundi-pengundi di Negeri Pulau Pinang, Selangor dan W.P. Kuala Lumpur kerana berjaya mengekalkan kerajaan negeri dan kubu kuat Pakatan Harapan.

👉 Salam Takziah buat BN kerana kehilangan banyak negeri dan kerusi parlimen dan bakal menjadi pembangkang selepas PRU ke 14 ini.

👉 Al-Fatihah buat parti PAS yg khawarij dan takfiri kerana kehilangan negeri Kelantan. Salam takziah juga ingin diucapkan pada PAS yg bernafsu besar tapi lemah tenaga batin yg bercita-cita menjadi ' King Maker ' dengan 1 kerusi parlimen dan dun pun tidak berjaya diperolehi di seluruh negara pada PRU ke 14.

👉 Faktor utama kemenangan dan kekuatan PH sehingga berjaya menggerakkan tsunami rakyat Malaysia di seluruh negara ialah gabungan dua tokoh yg cukup disegani oleh pemimpin dlm dan luar negara iaitu Dato Seri Anwar Ibrahin dan Tun Mahathir. Manakala YB Rafizi Ramli diletakkan sebagai org yg bertanggjawab selaku Ketua Tentera perang PH PRU ke 14 dlm memastikan gerak kerja tersusun kemas dan rapi melalui INVOKE demi memastikan pada 09hb Mei 2018 menjadi kenyataan dgn tertubuhnya Kerajaan Persekutuan PH dan tagline #KitaMestiMenang.

👉 Faktor utama kejatuhan kerajaan PAS di Kelantan ialah disebabkan isu air, isu balak, isu rumah banjir terbengkalai, isu hiv yg plg tinggi dan isu peluang pekerjaan yg terhad dan gaji yg rendah. Malah mereka rakyat kelantan menolak slogan retorik agama yg dibawa oleh PAS selepas kematian almarhum TGNA.  Manakala faktor utama PAS tidak berjaya memperolehi 1 kerusi parlimen dan dun di seluruh negara ialah penolakan besar-besaran dari ahli PAS itu sendiri. Mereka beranggapan Isu Hudud dan RUU 355 adalah mainan politik PAS. Malah isu duit 90 Juta, isu audio #SumpahJadiAbu, isu RM 2.5 juta terima dari UMNO, isu mimpi jumpa Nabi yg tahyul lagi mengarut, isu pemimpin pas tunjuk kemaluan melalui messenger, isu pemimpin PAS yg lebih mesra bersama Najib Razak, isu pemimpin PAS yg tidak lagi dikatakan zuhud tapi lebih nampak kaya dgn kereta yg byk dan mahal, isu semua pemimpin PAS tidak lagi menyerang BN dan menjadi khadam UMNO utk serang PH, Isu pemimpin PAS yg asyik berkecuali dlm parlimen. Atas sebab-sebab utama inilah mereka merasakan PAS sudah lagi tidak relevan utk dipilih menjadi wakil rakyat dan mereka merasakan PH adalah lebih jauh kehadapan dari semua sudut.

👉 Faktor utama penolakan besar-besaran terhadap BN kali ini ialah isu 6% GST dan isu kos sara hidup yg terlalu tinggi, isu barang keperluan naik, isu minyak, isu 1MDB,  isu altantuya, isu warga asing, isu peluang pekerjaan yg terhad, isu rasuah, isu Rosmah Mansor, isu felda, isu tabung haji, isu Duit simpanan ATM, isu duit Tabung Simpanan Pesara Pencen dan beratus -ratus isu yg berjaya diketengahan oleh semua pimpinan pakatan harapan. Maka rakyat Malaysia keseluruhannya sudah tidak ada pilhan lagi selain mentalkinkan dan menguburkan BN dgn pada 09hb Mei 2018 ini.

👉 Akhir kata semoga kajian INVOKE ini menjadi kenyataan dan kita terjemahkannya dengan keluar mengundi pada 09hb Mei 2018 ini.

#MenangMenangMenang
#PutrajayaSudahDiKepung
#NajibRazakBaikSerahDiri
#TolakBNdanPas
#Inikalilah



Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...