Thursday, May 10, 2018

JIKA UMNO DIBUBARKAN, SABAH, PERAK, KEDAH, PAHANG, PERLIS AKAN DIKUASAI SEMULA..

Li






Seperti yang dikatakan Tun sendiri,  sebelum lagi menjadi PM,  beliau sudah pun mempunyai penyusunan agenda untuk menguruskan negara sebaik sahaja mengambilalih kerajaan terutama spa yang dijanjikan dalam 100 hari. 

Tubuhkan kabinet baru dan singkirkan Ketua Jabatan harus menjadi keutamaan. Dalang² ini lah yang berperanan membantu kemungkaran pemimpin umno. 1mdb dan jho low harus ditangani apabila kerajaan mempunyai maklumat yang lebih lengkap sebelum bettindak. 










# Wassap ini keluar dalam group umno. 
Sekadar peringatan : Mana2 pejabat yang masih gantung gambar PM lama, sila turun cepat2.. Giler ape gantung gambar ketua Pembangkang..😅

KEMENANGAN BERTINGKAT TINGKAT

Banyak untuk dipaparkan,  antaranya... 





ALHAMDULILLAH SUBHANALLAH ALLAHUAKBAR

Syukur di atas kebesaranMu Ya Allah.



Tun Dr Mahathir Mohamad secara rasmi dilantik menjadi Perdana Menteri ke-7 hari ini sekali gus mencipta sejarah tersendiri buat Malaysia selepas memegang jawatan nombor satu negara itu buat kali kedua.

Pengerusi Pakatan Harapan berumur 93 tahun itu juga mencipta sejarah menjadi ketua negara paling tua dilantik dalam dunia melalui proses demokrasi.

Mahathir dipilih sebulat suara sebagai Perdana Menteri oleh presiden parti dalam komponen Harapan selepas parti itu menang 122 kerusi parlimen daripada 222 kerusi yang dipertandingkan dalam PRU14.

Ahli Parlimen Langkawi itu mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang Di-pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara dalam Istiadat Angkat Sumpah Perdana Menteri ke-7, kira-kira jam 9.45 malam tadi.

Selain isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, kesemua pimpinan tertinggi Harapan yang terdiri daripada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu hadir dalam majlis tersebut

            *ALLAH SELAMATKAN TUN DR MAHATHIR DAN TUN DR SITI HASMAH



GRASSROOT UMNO SUDAH MULA MENUDING JARI KEPADA KEPIMPINAN BAHAGIAN NEGERI DAN PUSAT SEBAGAI SOMBONG RIAK TIDAK BOLEH DI TEGUR DAN KORUP SEBAGAI PUNCA UMNO TEWAS TERUK..

Ada yang sedar dan ada yang belum sedar bahawa parti mereka berkemungkinan besar dibubarkan oleh ROS dalam masa terdekat dan jika berlaku,  semua yang menang di PRU atas tiket BN akan gugur secara otomatik dan pemenangnya adalah calon yang mendapat undi kedua terbanyak. Majoritinya adalah calon PH.

Itu antara satu versi pandangan.

Jika umno masih bernafas,  jumpa lagi 2023.


SABOTAJ MASIH BERGENTAYANGAN???

Pilihan rakyat mahu diremeh atas dosa lalu dan ketakutan persekongkolan...


Ada satu pendapat..

Tun M begitu pandai ..... Dia mengumumkan dua hari cuti bukan kerana perayaan. Maksud utamanya adalah memastikan semua bank ditutup pada saat sensitif ini sehingga tidak ada transaksi wang keluar negara dalam 4 hari ke depan. 

Pejabat-pejabat kerajaan BN dinyahaktifkan supaya tidak banyak bukti yang akan dimusnahkan.

Dr Ramesh Crystal Creek: Ia bukan semata-mata meraikan kemenangan

Dr Ramesh Crystal Creek: PH mengesyaki UMNO akan cuba untuk memindahkan sejumlah besar wang di luar negara .. dengan bank ditutup selama 4 hari mereka boleh menghentikan semua transaksi ....

Megan CHEW CRYSTAL CREEK: Dia terpaksa memanggilnya kerana banyak alasan yang baik

Megan CHEW CRYSTAL CREEK: Hindari kejatuhan pasaran saham, mengelakkan wang dari mengalir keluar negara, kami bank-bank semua berdiri dengan mengawasi aliran keluar dana dari negara kita. Bank perlu ditutup

Megan CHEW CRYSTAL CREEK: Dia pintar dan dia menyelamatkan Malaysia semasa krisis Asia pada tahun 1997. Ramai orang berfikir dia gila ketika itu untuk memukul myr ke dolar tetapi kita tahu mengapa perlu melakukannya. Dia menyelamatkan Malaysia 2 kali sekarang

Megan CHEW CRYSTAL CREEK: Dan dia membuat sejarah besar bukan sahaja untuk rakyat Malaysia tetapi juga seluruh dunia. Kami mempunyai PM yang tertua dan paling lama berkhidmat di dunia. Dia akan menjadikan Malaysia hebat lagi! Insya Allah


SELAIN DARI TEORI ITU,  APAKAH ADA INDIVIDU LAIN YANG MEMPUNYAI JUMLAH WANG YANG BANYAK DALAM AKAUN MEREKA UNTUK DISELAMATKAN DARI TERHIDU KERAJAAN BARU DAN INI MEMERLUKAN ANGKAT DUMPAH TUN DI DELAY??? 


sumber:wassap

life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...