Sunday, May 13, 2018

PERINGATAN PERANG UHUD, MENANG PUSINGAN PERTAMA, DAH BEREBUT HARTA RAMPASAN...






Untuk mendapatkan kemenangan mengalahkan monster seluruh keikhlasan dan tenaga perlu digembeling,  tetapi untuk memusnahkan kejayaan tersebut,  cukuplah dengan satu dua bisikan. 


HISHAMUDDIN WAJAR JUMPA TUN UNTUK MANTAPKAN LAGI PEMBANGKANG DI PARLIMEN???

Khabarnya zahid jumpa anwar 11 malam tadi...
Zahid jumpa Tun sebaik sahaja dilantik Najib sebagai TPM..
Pastikan zahid buat rakaman dalam perjumpaan dengan anwar!!!
Tak salah kalau Kj nak jumpa Muhyiddin..
Taib Mahmud juga ada berjumpa Tun?

Sebelum tu Tun sendiri jumpa Anwar dengan 4 orang saksi.

Cuma King Maker masih bertahan untuk membuat keputusan kerana cubaannya di Perak dan Kedah boleh dikatakan dalam status "gagal"

Saturday, May 12, 2018

PH KINI LIMA BINTANG.. SATU PERMULAAN YANG BAIK




# Laporan Audit 1MDB bukan lagi di bawah OSA.

Senarai 5  individu yang dilantik oleh Tun Mahathir untuk menganggotai ‘Council of Elders’.
Sedikit info latarbelakang dan tugas yang akan mereka pikul selepas ini.

a) Tan Sri Dato' Sri Dr. Ungku Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz - (bekas Gabenor Bank Negara Malaysia ke-7)
- berperanan dalam mengatur Debt Restructuring.

b) Tun Abdul Daim bin Zainuddin - (bekas Menteri Kewangan Malaysia dari tahun 1984 hingga 1991)
- berperanan untuk Foreign Direct Investment (FDI).

c) Tan Sri Dato Sri Mohd Hassan Marican - (bekas Presiden dan CEO Petronas)
- berperanan menstabilkan harga petrol.

d) Robert Kuok - (Orang terkaya di Malaysia, no-40 terkaya di dunia.)
- memainkan peranan untuk menurunkan harga barang & hubungan dengan negara China.

e) Profesor Jomo Kwame Sundaram (Malaysian Prominent Economist)
- berperanan untuk merangka new economy model negara Malaysia.

Meletakkan orang yang betul-betul pakar dan profesional dalam bidang kewangan. Diberikan peranan sebagai ‘think-tank’ untuk mengatasi masalah ekonomi yang melanda.




Paling penting, semuanya orang Malaysia.

RALAT MENARIK PERHATIAN LALAT



Harap maaf,  tiga posting terakhir saya ditarik balik bagi memastikan ukhwah dalam sokongan kita kepada PH berterusan. 

Tiga posting tersebut, ada kesilapan saya sendiri hingga mencetus sedikit kocakan,  harap maaf,  elok kita fokus membantu PH. 

Terima kasih. 

Friday, May 11, 2018

INI KALILAH

Banyak perkara banyak benda banyak isu banyak luahan yang boleh dilepaskan kepada najib dan pemimpin umno termasuk maki hamun kata kasar penghinaan dan apa saja yang melintas. 

Berbaloi kah! 
Ujian ketika berjuang almost berlalu dari segi memenangkan PH  dan ujian ketika menang,  lebih mencabar supaya kita jangan jadi melampau dalam semua perkara,  menghina apatah lagi memfitnah. 
Stop it.. 
Raikan kemenangan dengan doa titik hitam sejarah politik tanahair tidak berulang.. 
Bantu Tun mengisi kemenangan ini. 

Yang kalah,  kekalahan itu sendiri sudah cukup pahit dan jangan lupa fitnah tidak terpadam begitu sahaja selagi tiada permohonan maaf. 

The best.. 
Yang kalah minta maaf
Yang menang maafkan semua.. 

YANG BERSALAH (JENAYAH)  BIARLAH UNDANG² MEMBURU MEREKA. 



# Sangat positif jika MP dan ADUN UMNO mahu menyertai BERSATU. 

UNTUK KEKAL RELEVAN, UMNO MESTI TERIMA KEKALAHAN SECARA TERBUKA. JIKA DIBUBAR. DAFTAR SEMULA KERANA YANG PENTING ADALAH BANGKIT SEMULA..

PAS MENGOTAKAN JANJI


life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...