Thursday, June 28, 2018

KERAJAAN PH DILIHAT TIDAK LANCAR...

Apabila negara memiliki PM yang paling bagus di dunia tetapi jika di sekelilingnya dungus,  urusan negara dilihat bantut,  hinggakan kabinet lengkap pun belum mampu dilaksanakan kerana sudah tentu pilitiking plus sabotaj² yang sengaja untuk melengahkan. 

Kedudukan Tun dari segi kerusi BERSATU adalah tercorot di kalangan komponen PH tetapi sangat dominan.  Percaturan politik Tun untuk memperkuatkan sokongan ke atasnya sangat menyeluruh hingga seluruh teori yang mahu menggugatnya akan berakhir dengan jawapan GAGAL. 

Semua pihak tahu,  melengkapkan kabinet adalah juga percaturan Tun melengkapkan politiknya dan kerajaan.  UMNO boleh dibubarkan bila² masa jika dilihat mengancam. Kawan Tun boleh jadi musuhnya yang cuba menikam dari belakang dan musuhnya mampu jadi pelindung ketika kecemasan. 

Untuk lancar dan mengelak "abang perasan besar" sewajarnya Tun sudah ada strategi,  ini juga perlu sebagai sebahagian proses menyelamatkan Malaysia.  Jika tidak,  ketidakstabilan akan terus menghantui kerajaan dan parti PH sehingga PRU15 dan kemungkinan terbubarnya PH. 

Dan paling tidak selesa,  Tun berundur secara tiba² tanpa sempat melengkapkan agenda. 

TERKINI SURAT SIRUL KEPADA TUN, APA ISINYA?

*SYUKUR ALHAMDULILLAH SAYA DAPAT BERTEMU SERTA BERBUAL SECARA PANJANG LEBAR DENGAN SIRUL AZHAR UMAR DI KEM TAHANAN VILLAWOOD, SYDNEY!! BELIAU TURUT KIRIMKAN SURAT PERIBADI PADA YAB TUN DR MAHATHIR MOHAMAD!!*

*Setelah beberapa tahun terputus hubungan dengan sirul azhar umar; kini syukur alhamdulillah pada 28 jun 2018 saya telah dapat bertemu semula dengan beliau di villawood detention camp, sydney!!*

*Perjumpaan di bulan syawal ini amat bermakna dan kami telah berbual panjang lebar secara ikhlas dari hati ke hati selama lebih kurang sejam setengah.*

*Sirul azhar umar kelihatan sihat serta tenang di kem tahanan villawood yang mana beliau telah ditahan hampir selama 5 tahun sehingga kini*

*Insya-Allah, saya amat yakin kebenaran mengenai kes* *pembunuhan altantuya shaaribu akan menyebelahi pihak yang teraniaya akhirnya!!*

Hakikatnya, kebenaran yang hakiki pasti menjelma pada keseluruhan rakyat malaysia mahupun warga luar dalam sedikit masa lagi!! Insya-Allah!!

Dalam pertemuan ini juga; sirul azhar umar telah mengutuskan sepucuk surat kepada yab perdana menteri malaysia yang mana saya sendiri tidak tahu apa isi kandungannya!!

Surat peribadi tersebut telah diletakkan di dalam sampul yang tertutup dan akan saya sampaikan     kepada yab perdana menteri malaysia apabila pulang ke tanahair dalam beberapa hari lagi.

Beliau yang pernah bertugas sebagai     salah seorang anggota pdrm di bawah unit tindakan khas turut menzahirkan perasaan rindu pada ibu, ahli-ahli keluarga serta kampung halaman khususnya di saat kita meraikan bulan syawal yang indah ini.

Dalam pertemuan ini juga, sirul azhar umar telah membayangkan bersedia untuk memberi kerjasama yang sewajarnya kepada pihak penguatkuasa undang-undang malaysia kerana yakin secara sepenuhnya terhadap institusi kerajaan Pakatan Harapan yang amat telus serta professional.

Kini, sirul azhar umar kelihatan amat bersemangat dan tidak lagi dibelenggui oleh sebarang perasaan takut kerana beliau amat yakin dengan sistem perundangan baru di malaysia yang diterajui oleh Pakatan Harapan yang mampu membela kalangan yang teraniaya!!

Semoga kebenaran yang hakikat dapat diketengahkan seterusnya juga akan ditegakkan demi kepentingan warga tempatan mahupun keadilan manusia sejagat!!

Kes pembunuhan altantuya shaaribu ini juga harus diselesaikan secara sepenuhnya kerana ianya membabitkan isu pembunuhan kejam sesama manusia!!

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN 
28 Jun 2018

https://www.facebook.com/379029638934666/posts/984325745071716/

POSITIF SETUJU UMNO DIBATALKAN..

Ku Li mempunyai kepakaran daftar semula. 



UNTUK MENUTUP 1 PEMBOHONGAN KENA CIPTA 10 PEMBOHONGAN DAN UNTUK MENUTUP 10 PEMBOHONGAN PERLU PULA 100 PEMBOHONGAN..

Kalau dah tertangkap sekali dua bohong,  tunai saham unit.. Saya sign tapi saya tak tahu...memang kaki kencing,  siapa lagi nak percaya... 





X
Vedio tak ada kaita dengan tajuk di atas xixixixi

Wednesday, June 27, 2018

MESTI RASA JIJIK, HINA DAN BURUK ATAS KESALAHAN LALU UNTUK BANGKIT SEMULA SECARA HEBAT..

Kalau nak bangkit sekadar biasa², ala kadar,  isi kekosongan dan semata mata nak menang PRU akan datang dan buat lawak sentiasa,  lantiklah semula zahid komedi,  selesai masalah umno.

Ku Jay atau Ku Li, siapapun menang, tetap kena merangkak juga jumpa Tun.


PILIHLAH PRESIDEN TANPA DNA DAN VIRUS


Presiden Umno mesti luar legasi Najib
JANATUL FIRDAUS YAACOB
27 JUN 2018

Tengku Razaleigh Hamzah

KUALA LUMPUR - Presiden Umno yang akan dipilih pada 30 Jun ini mesti dari luar legasi Datuk Seri Najib Tun Razak dan calon yang sesuai ialah Tengku Razaleigh Tengku Hamzah.
Profesor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, Umno mencari satu figura dengan aura yang lain daripada legasi Najib.

"Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar terbit dari era Najib.
"Tapi Ku Li tidak. Beliau datang dari zaman Umno masih di puncak kegemilangan, Ku Li bukan legasi Najib," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau juga yakin Ahli Parlimen Gua Musang yang berusia 81 tahun itu akan dipilih kerana berpotensi membawa perubahan total kepada parti berkenaan.

"Perwakilan mahukan seorang Presiden yang mampu mengembalikan kepercayaan orang Melayu kepada Umno yang kini terpecah kepada beberapa kumpulan," ujarnya.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, pemilihan kali ini akan menguji kekuatan dalam Umno sama ada ingin kekal atau mahukan angin perubahan.

"Pemilihan kali ini menampakkan persaingan sengit, Zahid dilihat sebagai pemangku presiden yang menjalankan tanggungjawab presiden, manakala KJ pula dikatakan cuba membawa reformasi generasi muda dan mempunyai manifesto yang meyakinkan, Ku Li pula disifatkan sebagai pilihan untuk Umno berubah kerana tidak diikat dengan pasukan kepimpinan lalu.

"Ketua bahagian ramai dikatakan bersama bersama Zahid tetapi di peringkat akar umbi sokongan terhadap Ku Li dan KJ amat besar kerana pemilihan kali ini melibatkan 150,000 perwakilan seluruh negara.

"Kemampuan untuk sembuhkan Umno bergantung kepada siapa bakal menang dan perlu pastikan ada 'new deal for Umno' agar dapat rapatkan barisan dan membina semula parti itu, termasuk kesediaan bekerjasama dengan Bersatu dan PKR sekali pun," katanya.

Jawatan nombor satu Umno direbut oleh tiga tokoh politik yang mempunyai karektor dan lapisan usia berbeza, masing-masing memiliki kekuatan dan peluang tersendiri.

life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...