Friday, June 29, 2018

APAKAH MAT SABU MASIH PEMBANGANG... ?





Alasan meneruskan LPKN oleh Menteri Pertahanan sangat lemah dan memalukan,  tidak memahami semasa jadi pembangkang sekadar menunjukan diri sendiri yang daif. 

Apakah juga bermaksud yang selama ini,  apa yang dibangkang adalah membuta tuli dan langgar tembok termasuk 1MDB? 

Sewajarnya LPKN dikaji semula dan diberhentikan,  begitu banyak ketirisan berlaku dan matlamat tidak pun tercapai,  mana semangat patriot remaja.. Malah sesetengahnya menyumbang kepada gejala sosial termasuk melibat segelintir kakitangan pusat latihan?  Apakah di sana bersih korup? 

Remaja harus difokus kepada pendedahan dan tingkat kemahiran dan tanamkan semangat patriotik secara sampingan dan selari dalam course. 




......................

DALAM SATU PERKEMBANGAN LAIN... 



*✍️ 🇲🇾 Bekas menteri dan ahli politik veteran Umno Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar hari ini mengumumkan keluar dari parti itu selepas bersama selama beberapa dekad.*

*Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata Umno bukan lagi parti yang pernah dikenalinya suatu ketika dulu.*

*Bercakap kepada Malaysiakini Syed Hamid berkata juga berhasrat untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia.*

 *"Malah BERSATU Kota Tinggi juga sudah meminta bantuan saya," katanya*

*Menjelaskan alasannya meninggalkan Umno, Syed Hamid berkata parti itu sekarang pertubuhan yang mementingkan diri sendiri dan hanya mengutamakan kelangsungan peribadi berbanding mengambil berat hal rakyat.*

*Menurut bekas pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat itu menambah, beliau dilahirkan dalam keluarga pejuang Umno*.

*Justeru Syed Hamid melihat arwah ayahnya berkorban serta kecintaan terhadap parti dan negara menjadikan beliau benar-benar yakin kepada parti berkenaan*

*Selama beberapa dekad katanya lagi sebahagian besar hidupnya dihabiskan untuk Umno.*

*"Ini adalah parti yang benar-benar mengambil berat orang Melayu dan pada masa sama melayan bangsa lain secara sangat seimbang, adil dan pemurah.*

*"Parti ini bukan saja memperjuangkan orang Melayu tetapi begitu prihatin terhadap kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa atau agama," katanya.*

*Enggan berpura-pura*

*Malangnya kata Syed Hamid sifat itu tiada lagi dalam Umno.*

*Walaupun perit, katanya, beliay terpaksa mengaku ideologi serta falsafah parti tersebut sudah diselewengkan, menyebabkan ia tidak lagi dapat bertolak ansur, mementingkan diri sendiri, malah lebih parah - tidak demokratik.*

*Syed Hamid yang mempunyai latar belakang undang-undang serta pernah berkhidmat sebagai menteri menambah, pemimpin Umno sekarang menjadi elit dan terpisah daripada realiti rakyat*.

*Lebih buruk, katanya, pemimpin yang sama itu menunjukkan sikap penafian yang melampau, mengetepikan ketelusan serta kedaulatan undang-undang untuk kepentingan peribadi.*
🛂 
 *"Kepemimpinan Umno sejak beberapa tahun kebelakangan ini memusnahkah imej, reputasi dan nama baik parti apabila membenarkan amalan salah guna kuasa serta rasuah," katanya*.

*Untuk rekod Syed Hamid ialah anak kepada seorang tokoh terkenal, Allahyarham Tan Sri Syed Jaafar Hassan Albar, yang digelar Singa Umno.*

 *Dilahirkan di Kampung Melayu Air Hitam, Pulau Pinang, Syed Hamid pernah menjadi anggota Majlis Tertinggi Umno. Beliau juga diberi kepercayaan menjadi menteri di bawah tiga perdana menteri iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad.*

*Syed Hamid digugurkan daripada kabinet pada 2009.*

*Kata Syed Hamid, 74, selepas berpuluh tahun prinsip yang dipegangnya itu masih kekal di dalam dirinya.*

*Ironinya kata Syed Hamid keadaan itu menyebabkan beliau menyedari bahawa tidak ada sebab lagi untuknya kekal meneruskan perjuangan itu dalam Umno.*


*"Tidak pernah terlintas dalam kepala bahawa pada satu hari saya akan meninggalkan Umno, tetapi melihat apa yang ada pada hari ini, masalah yang sengaja diadakan, saya tidak mampu berpura-pura kononnya keadaan adalah terkawal," katanya*.

Thursday, June 28, 2018

KERAJAAN PH DILIHAT TIDAK LANCAR...

Apabila negara memiliki PM yang paling bagus di dunia tetapi jika di sekelilingnya dungus,  urusan negara dilihat bantut,  hinggakan kabinet lengkap pun belum mampu dilaksanakan kerana sudah tentu pilitiking plus sabotaj² yang sengaja untuk melengahkan. 

Kedudukan Tun dari segi kerusi BERSATU adalah tercorot di kalangan komponen PH tetapi sangat dominan.  Percaturan politik Tun untuk memperkuatkan sokongan ke atasnya sangat menyeluruh hingga seluruh teori yang mahu menggugatnya akan berakhir dengan jawapan GAGAL. 

Semua pihak tahu,  melengkapkan kabinet adalah juga percaturan Tun melengkapkan politiknya dan kerajaan.  UMNO boleh dibubarkan bila² masa jika dilihat mengancam. Kawan Tun boleh jadi musuhnya yang cuba menikam dari belakang dan musuhnya mampu jadi pelindung ketika kecemasan. 

Untuk lancar dan mengelak "abang perasan besar" sewajarnya Tun sudah ada strategi,  ini juga perlu sebagai sebahagian proses menyelamatkan Malaysia.  Jika tidak,  ketidakstabilan akan terus menghantui kerajaan dan parti PH sehingga PRU15 dan kemungkinan terbubarnya PH. 

Dan paling tidak selesa,  Tun berundur secara tiba² tanpa sempat melengkapkan agenda. 

TERKINI SURAT SIRUL KEPADA TUN, APA ISINYA?

*SYUKUR ALHAMDULILLAH SAYA DAPAT BERTEMU SERTA BERBUAL SECARA PANJANG LEBAR DENGAN SIRUL AZHAR UMAR DI KEM TAHANAN VILLAWOOD, SYDNEY!! BELIAU TURUT KIRIMKAN SURAT PERIBADI PADA YAB TUN DR MAHATHIR MOHAMAD!!*

*Setelah beberapa tahun terputus hubungan dengan sirul azhar umar; kini syukur alhamdulillah pada 28 jun 2018 saya telah dapat bertemu semula dengan beliau di villawood detention camp, sydney!!*

*Perjumpaan di bulan syawal ini amat bermakna dan kami telah berbual panjang lebar secara ikhlas dari hati ke hati selama lebih kurang sejam setengah.*

*Sirul azhar umar kelihatan sihat serta tenang di kem tahanan villawood yang mana beliau telah ditahan hampir selama 5 tahun sehingga kini*

*Insya-Allah, saya amat yakin kebenaran mengenai kes* *pembunuhan altantuya shaaribu akan menyebelahi pihak yang teraniaya akhirnya!!*

Hakikatnya, kebenaran yang hakiki pasti menjelma pada keseluruhan rakyat malaysia mahupun warga luar dalam sedikit masa lagi!! Insya-Allah!!

Dalam pertemuan ini juga; sirul azhar umar telah mengutuskan sepucuk surat kepada yab perdana menteri malaysia yang mana saya sendiri tidak tahu apa isi kandungannya!!

Surat peribadi tersebut telah diletakkan di dalam sampul yang tertutup dan akan saya sampaikan     kepada yab perdana menteri malaysia apabila pulang ke tanahair dalam beberapa hari lagi.

Beliau yang pernah bertugas sebagai     salah seorang anggota pdrm di bawah unit tindakan khas turut menzahirkan perasaan rindu pada ibu, ahli-ahli keluarga serta kampung halaman khususnya di saat kita meraikan bulan syawal yang indah ini.

Dalam pertemuan ini juga, sirul azhar umar telah membayangkan bersedia untuk memberi kerjasama yang sewajarnya kepada pihak penguatkuasa undang-undang malaysia kerana yakin secara sepenuhnya terhadap institusi kerajaan Pakatan Harapan yang amat telus serta professional.

Kini, sirul azhar umar kelihatan amat bersemangat dan tidak lagi dibelenggui oleh sebarang perasaan takut kerana beliau amat yakin dengan sistem perundangan baru di malaysia yang diterajui oleh Pakatan Harapan yang mampu membela kalangan yang teraniaya!!

Semoga kebenaran yang hakikat dapat diketengahkan seterusnya juga akan ditegakkan demi kepentingan warga tempatan mahupun keadilan manusia sejagat!!

Kes pembunuhan altantuya shaaribu ini juga harus diselesaikan secara sepenuhnya kerana ianya membabitkan isu pembunuhan kejam sesama manusia!!

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN 
28 Jun 2018

https://www.facebook.com/379029638934666/posts/984325745071716/

POSITIF SETUJU UMNO DIBATALKAN..

Ku Li mempunyai kepakaran daftar semula. 



UNTUK MENUTUP 1 PEMBOHONGAN KENA CIPTA 10 PEMBOHONGAN DAN UNTUK MENUTUP 10 PEMBOHONGAN PERLU PULA 100 PEMBOHONGAN..

Kalau dah tertangkap sekali dua bohong,  tunai saham unit.. Saya sign tapi saya tak tahu...memang kaki kencing,  siapa lagi nak percaya... 





X
Vedio tak ada kaita dengan tajuk di atas xixixixi

life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...