Friday, June 29, 2018

APAKAH MAT SABU MASIH PEMBANGANG... ?





Alasan meneruskan LPKN oleh Menteri Pertahanan sangat lemah dan memalukan,  tidak memahami semasa jadi pembangkang sekadar menunjukan diri sendiri yang daif. 

Apakah juga bermaksud yang selama ini,  apa yang dibangkang adalah membuta tuli dan langgar tembok termasuk 1MDB? 

Sewajarnya LPKN dikaji semula dan diberhentikan,  begitu banyak ketirisan berlaku dan matlamat tidak pun tercapai,  mana semangat patriot remaja.. Malah sesetengahnya menyumbang kepada gejala sosial termasuk melibat segelintir kakitangan pusat latihan?  Apakah di sana bersih korup? 

Remaja harus difokus kepada pendedahan dan tingkat kemahiran dan tanamkan semangat patriotik secara sampingan dan selari dalam course. 




......................

DALAM SATU PERKEMBANGAN LAIN... 



*✍️ 🇲🇾 Bekas menteri dan ahli politik veteran Umno Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar hari ini mengumumkan keluar dari parti itu selepas bersama selama beberapa dekad.*

*Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata Umno bukan lagi parti yang pernah dikenalinya suatu ketika dulu.*

*Bercakap kepada Malaysiakini Syed Hamid berkata juga berhasrat untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia.*

 *"Malah BERSATU Kota Tinggi juga sudah meminta bantuan saya," katanya*

*Menjelaskan alasannya meninggalkan Umno, Syed Hamid berkata parti itu sekarang pertubuhan yang mementingkan diri sendiri dan hanya mengutamakan kelangsungan peribadi berbanding mengambil berat hal rakyat.*

*Menurut bekas pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat itu menambah, beliau dilahirkan dalam keluarga pejuang Umno*.

*Justeru Syed Hamid melihat arwah ayahnya berkorban serta kecintaan terhadap parti dan negara menjadikan beliau benar-benar yakin kepada parti berkenaan*

*Selama beberapa dekad katanya lagi sebahagian besar hidupnya dihabiskan untuk Umno.*

*"Ini adalah parti yang benar-benar mengambil berat orang Melayu dan pada masa sama melayan bangsa lain secara sangat seimbang, adil dan pemurah.*

*"Parti ini bukan saja memperjuangkan orang Melayu tetapi begitu prihatin terhadap kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa atau agama," katanya.*

*Enggan berpura-pura*

*Malangnya kata Syed Hamid sifat itu tiada lagi dalam Umno.*

*Walaupun perit, katanya, beliay terpaksa mengaku ideologi serta falsafah parti tersebut sudah diselewengkan, menyebabkan ia tidak lagi dapat bertolak ansur, mementingkan diri sendiri, malah lebih parah - tidak demokratik.*

*Syed Hamid yang mempunyai latar belakang undang-undang serta pernah berkhidmat sebagai menteri menambah, pemimpin Umno sekarang menjadi elit dan terpisah daripada realiti rakyat*.

*Lebih buruk, katanya, pemimpin yang sama itu menunjukkan sikap penafian yang melampau, mengetepikan ketelusan serta kedaulatan undang-undang untuk kepentingan peribadi.*
🛂 
 *"Kepemimpinan Umno sejak beberapa tahun kebelakangan ini memusnahkah imej, reputasi dan nama baik parti apabila membenarkan amalan salah guna kuasa serta rasuah," katanya*.

*Untuk rekod Syed Hamid ialah anak kepada seorang tokoh terkenal, Allahyarham Tan Sri Syed Jaafar Hassan Albar, yang digelar Singa Umno.*

 *Dilahirkan di Kampung Melayu Air Hitam, Pulau Pinang, Syed Hamid pernah menjadi anggota Majlis Tertinggi Umno. Beliau juga diberi kepercayaan menjadi menteri di bawah tiga perdana menteri iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad.*

*Syed Hamid digugurkan daripada kabinet pada 2009.*

*Kata Syed Hamid, 74, selepas berpuluh tahun prinsip yang dipegangnya itu masih kekal di dalam dirinya.*

*Ironinya kata Syed Hamid keadaan itu menyebabkan beliau menyedari bahawa tidak ada sebab lagi untuknya kekal meneruskan perjuangan itu dalam Umno.*


*"Tidak pernah terlintas dalam kepala bahawa pada satu hari saya akan meninggalkan Umno, tetapi melihat apa yang ada pada hari ini, masalah yang sengaja diadakan, saya tidak mampu berpura-pura kononnya keadaan adalah terkawal," katanya*.

15 comments:

  1. Umno dah kalah cabut lah, cuba kalau menang mesti terus bertahan dlm. Umno pasal mesti dapat jawatan special kan, lidah bercabang

    ReplyDelete
  2. Mat sabu nii kadang2 tk bijak kawal keadaan.. Dulu lagii aku dh ckp hapuskan plkn ganti dgn sekolah wawasan.. Dh tua bangka baru nk bercampur buat apa ..Berselfie dn mkn itulah plkn ..Patut bercampur dari kecil baru tk kekok..mat sabu patut cari idea lain jikalau kos plkn meningkat sapa yg tanggungjawab ..Kata kerajaan nk jimat cermat..


    Kd..Melayu dah banyak korbankn kepentingan utk bangsa asing..harap tun dn kabinet tk layan lagii permintaan mengarut pihak2 tertentu. .

    ReplyDelete
  3. JUN
    29
    Tiada Tindakan Terhadap YDP Negeri Sarawak Sebab Tiada Laporan Rasmi Dibuat? Ini Apa?

    Perdana Menteri ketika menjawab persoalan wartawan kenapa tindakan tidak diambil terhadap Yang Di Pertuan Negeri Sarawak berikutan dakwaan rasuah, Tun Dr Mahathir menjawab ini disebabkan tiada aduan rasmi dibuat dan laporan juga tidak dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Baca di sini.

    Kita faham Tun Dr Mahathir mungkin terlupa atau terlepas pandang. Oleh yang berkenaan, kita sertakan keratan-keratan akhbar yang menunjukkan laporan dan aduan rasmi telah dibuat sejak 2007 lagi. Diharap Kerajaan PH tidak lagi memberi alasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud

    Tun nak lidongi Taib?

    ReplyDelete
  4. Adekah kenyataan oleh Mat Sabu tanpa melalui kelulusan mesyuarat kabinet?..

    ReplyDelete
  5. Seblm pru kenapa syed Hamid dan Rais yatim tak mao istihar masuk Bersatu?...dah menang baru nak masuk...orang lain berhempas pulas bak menang oru tiba2 Rais dapat jawatan...oelik jugak parti tun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko tu sape tak menyumbang dan tak educated. Bekas umno juga yang bijak.

      Delete
  6. 900 akaun bank ada kaitan dengan 1MDB dibekukan
    Diterbitkan: Jumaat, 29 Jun 2018 2:18 PM

    KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 900 akaun bank yang mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

    Sinar Harian ketika memetik laporan eksklusif New Straits Times yang memetik sumber tertinggi agensi itu, akaun Umno adalah salah satu yang dibekukan.

    “Mereka yang tidak lagi mempunyai akses kepada akaun mereka itu terdiri daripada beberapa individu yang dipercayai mendapat manfaat daripada 1MDB,” katanya.

    Semalam, Calon Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa SPRM telah membekukan akaun Umno Pusat dan Umno Selangor.

    Ahmad Zahid yang menjalankan tugas-tugas presiden menjelaskan beliau berkeyakinan hampir pasti akaun Umno Johor turut dibekukan SPRM.

    Beliau mendakwa Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk membatalkan pertubuhan parti itu.

    Katanya, tidak ada jaminan sesiapa yang menang jawatan Presiden Umno, anggota-anggota Majlis Tertinggi, Naib Presiden dan Timbalan Presiden yang menang tidak akan disiasat SPRM.

    ReplyDelete
  7. bangkang tahap longkang sampai la ni bangang ngang ngang ...

    ade bangang ada yg bangang tapi di tokohkan ada yang hujung nyawa buat fitnah gampang..

    akhirnya sepandai tupai lompat akhirnya telo krns clamping...

    ReplyDelete
  8. This I have to disagree with Bang Mat ni.

    PLKN ni memang tak ada faedah dan tujuan asal perlaksanaan nya tidak tercapai dan memang payah nak tercapai. Ini method komunis.

    Sports united us Malaysians. Try this pulak. It did much ealier on.

    ReplyDelete
  9. Empat 'Tan Sri' antara lebih 400 disiasat berhubung 1MDB
    29 Jun 2018, 7:21 malam (Dikemaskini 29 Jun 2018, 7:26 malam)

    A A
    Lebih 400 individu termasuk sekurang-kurangnya empat individu bergelar Tan Sri kini sedang disiasat berkaitan skandal 1MDB.

    Sumber polis memberitahu Malaysiakini bahawa senarai itu termasuk pemimpin Umno dan ahli keluarga mereka.

    Adalah dipercayai bahawa individu-individu ini telah menerima dana daripada syarikat pelaburan negara itu.

    Daripada empat Tan Sri itu, salah seorang daripada mereka merupakan ahli perniagaan dari Sarawak dan dipercayai sebagai rakan rapat Najib.

    Tiga lagi termasuk penasihat bekas perdana menteri, yang dipercayai telah mempengaruhi keputusan editorial media arus perdana sebelum ini, bekas pegawai kerajaan berpangkat tinggi dan pemimpin politik.

    "Individu berprofil tinggi ini berada dalam senarai untuk disiasat setakat 2014.

    ReplyDelete
  10. saya pun turut hairan mcm mana 'apparatchik' UMNO d ambil utk menjadi pegawai2 dokongan n sokongan para 2 menteri n mb2 PH.

    saya yakin ahli2 PH yg berkaliber bersepah n sedang menanti utk berkhidmat. sungguh pun mereka tiada pengalaman, namun tidak susah utk mereka mempelajari nya.

    PH tlh merayu kpd pengundi2 utk memberi nya peluang utk mempraktik kan kelainan dlm pengurusan Negara. FOR GOODNESS SAKE stick 2 it n do it wth their own support staff.

    saya ingin cadangakan agar ahli2 UMNO n penjawat2 yg berkhidmat dgn nya semasa mereka berkuasa, melalui 'cooling off period' selama lebih kurang 2 thn sebelum d benar bekerja dgn kerajaan PH.

    'kera d hutan d susukan tapi anak d rumah mati kelaparan'.

    'charity begins at home'.

    TUN M, HELP!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini bukan hal charity ini survival of the fittest. Tun mana da masa nak latih korang. It is time to do job, mission to be accomplished

      Delete
  11. Najib mungkin ditangkap minggu depan
    Faisal Asyraf
    29 Jun 2018, 7:36 malam (Dikemaskini 29 Jun 2018, 7:43 malam)

    A A
    Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dijadual mengadakan satu lagi sidang akhbar mengenai barang-barang yang dirampas dari kediaman yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak minggu depan, kata sumber.

    Ditanya jika ini menunjukkan Najib mungkin ditangkap pada minggu depan, sumber berkata: "Mungkin pada masa itu, bergantung dengan perkembangan siasatan."

    Malaysiakini telah menghubungi Amar bagi mendapatkan pengesahan mengenai sidang akhbarnya.

    Bercakap kepada media di Jakarta semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjangkakan Najib akan didakwa tidak lama lagi berkaitan skandal 1MDB.

    Hampir RM1 bilion

    ReplyDelete
  12. Pak Rahman JPC setuju dengan kupasan
    Apehal staf menteri PH Malas nk berpikir & cari sahabat dlm PH Yg selama ni kena aabotaj masa BN Berkuasa
    Ramai yg berkaliber cuma mereka bukan org politik
    Panggil je open interview buat mcm jobstreet job expo
    Jgn la semua org politik jer terlibat dlm pemerintahan hasil nya idea 2 yg tk berapa CERDIK & Kitar semula
    Aduh kt MANIFESTO INCLUSIVITY IN ALL
    Ramai rakyat yg patut diberi peluang utk bersama bina negara semula
    Kami semua pun undi PH
    BG Mat tlg la paham PLKN utk tujuan asal dirubuhkn utk mah & kroni bedal kontrek utk supply segala makneka keperluan bukan pasal patriotik
    Dkt bertahun lebih 6-7 tahun apa yg patriotik nya PLKN...
    Homework kena buat bg mat jgn ikut ckp penasihat politik yg malas nk pikir idea luar kotak

    ReplyDelete

6ANGKA