Tuesday, August 14, 2018

MAAF LE TAK JEMU UNTUK BUAT CATITAN..SUKA BACA, TAK SUKA PUN BACA LE.JUGA, TAK SETUJU, DIAM..






aku da ckap & aku ulang lg...

Leadership Tun Mahathir

Dia lead kerajaan, BN menang.

Dia lead pembangkang, PH terus menang.

Dia naikkan Pak lah, dan dia juga turun kan Paklah
Dia naikkan Najib, dia juga mampu jatuhkan Najib... dia lingkupkan sekali BN

Dia jatuhkan Anwar, dia juga mampu naikkan Anwar.

Dia berani keluar dari parti yang menjadi sejarah sepanjang hidup dia, dan dengan hati kering masuk dalam parti yang dicipta untuk menjatuhkan dia.

Dia pernah buat rakyat marah giler, dan dia boleh jadikan rakyat yang sama, gilerkan dia semula...yes memang giler

Pemimpin, dia bina pengaruh paling besar

Dia tak paksa orang buat, tapi dia buat orang buat sebab mereka sendiri mahu buat.

Perdana menteri ke-7.

Perdana menteri tertua Malaysia. Perdana menteri pertama memegang jawatan Tun. Perdana menteri pertama naik dua kali.

Tun M the Legend
the Living Legend
respect Tun M

# Jangan lupa print dan frame gambar tu

PDRM MAJU SETAPAK



Tentunya Menteri KDN di era Tun wajib cekap dan lancar dalam BI. Pengalaman lepas yang tidak seronok perlu tidak berulang.

Di Parlimen, wakil PAS, Tuan Ibrahim mahu PM memberi penjelasan tetapi malangnya jawapan Tun tidak memuaskan dan.Ini tentunya akan menimbulkan polemik baru dan bahan pembangkang yg dahagakan isu.

Bagi Tun.mungkin ini sekadar mengalih isu lgbt yang sedang hangat diperkatakan.

Politik hanya hidup kalau ada isu.

SIAPA DALAM.PKR YANG JADI BARUA UMNO..

Mudah sahaja untuk kenalpasti..

Kalau penegasannya menjurus serang Tun dan melagakan Anwar Mahathir itu tidak lain dan tidak bukan itulah barua umno.

Untuk menjadi barua umno memang tidak lagi perlu ddak tetapi cukuplah JIKA ada habuan selepas itu.

Tidak kurang juga pengaruh umno dalam PKR, seolah ada amalan dedak, walau sikit, dedak tetap dedak.

Sejarah NAJIB, apabila dia diserang, siapa yang jadi tukang mempertahankan, antaranya annuar musa dan ahmad mazlan.

Hari ini kedua dua mereka muncul senada meminta Anwar jadi PM SELAMATKAN bangsa dan UGAMA?? UMNO sudah tidak mampu...

Ada budak hingusan pkr sudah terpesona dengan umno???

KERUSI TERBANG BIAR SETAKAT DALAM RUMAH SENDIRI...

Rakyat berpuashati apabila Anwar kunjungi Tun salam suasana mesra dan berterima kasih kepada kepimpinan tertinggi PKR meminta calon, teaM calon, penyokong calon dalam pemilihan PKR supaya kunci MULUT dan berdisiplin, jangan libatkan.pihak luar dalam pertandingan dalaman.

Bertanding dan menanglah cara JANTAN, budiman dan bukan nyah dan fitnah.

Andai nak bertumbuk, kerusi terbang, patah riuk biarlah di kalangan mereka sahaja..

Haaah apa lagi, tepukkkk...lah

ANAK BUAH MULUT JAHAT, PAK SHEIKH MENGADAP TUN...?




Monday, August 13, 2018

MUJAHID PERLU DIPANGGIL UNTUK DIBERI PERINGATAN DAN AMARAN SERTA MENDENGAR PENJELASANNYA...

"SAY NO TO LGBT"

"LGBT DILARANG MASUK TANDAS AWAM"

"LGBT ANCAMAN KEPADA LELAKI DAN WANITA"


Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan

Setelah meneliti pelbagai isu dan juga pendapat para ulama dan cendiakawan serta pengamal undang-undang, kami berpendapat seperti berikut:

Perlunya rayuan dibuat dan kesungguhan dari semua pihak untuk mendaulatkan hukum dan fatwa yang telah diputuskan sementelahan lagi ianya berdasarkan nas syarak yang sarih lagi nyata. Alhamdulillah, tahniah kepada badan-badan yang terlibat hingga mampu mempertahankan Islam.

Memuliakan syara’ dan mematuhinya hendaklah mengatasi segala-galanya. Ia sekali-kali tidak boleh dihukum kepada hukum syara’ kerana ia datang daripada Rabb al-‘Alamin.

Islam telah menetapkan bahawa lelaki hendaklah menjadi lelaki begitu juga perempuan hendaklah menjadi perempuan mengikut sunnatullah yang telah ditetapkan. Hikmah Allah dalam penciptaan sudah pasti membawa pelbagai rahmat dan rahsia-Nya kepada makhluk seperti manusia.

Beralasan dengan penyakit tertentu tidaklah boleh diterima dengan begitu mudah apatah lagi ia merupakan kesongsangan jiwa dan watak yang sepatutnya dihalang untuk menjadi golongan yang ketiga dalam masyarakat.

Kami berharap agar rasa takut kepada Allah dan perasaan dalam hati untuk mentaati perintah Allah SWT dengan sami’na wa ata’na (kami dengar dan kami taat) hendaklah sentiasa terpahat di dalam sanubari setiap umat Islam.

Hukum bukanlah diasaskan kepada logik akal semata-mata atau merasakan sebagai kebebasan hak setiap manusia tetapi dalam Islam hendaklah berpandukan wahyu Ilahi dan hadyun nabawi (petunjuk nabi). Inilah yang mesti difahami oleh umat Islam.

Jangan sesekali mencabar fatwa yang diputuskan oleh para ulama kerana mereka bukan mengeluarkan hukum sesuka hati mereka dan juga mahu kepada pengaruh atau harta benda dunia tetapi fatwa yang diberikan mempunyai asas sandaran dan sumber yang muktamad daripada Al-Quran, al-Sunnah, qiyas dan juga ijma’.

Menghormati para ulama adalah salah satu daripada ciri muslim dan mukmin yang baik. Kalaulah kita tidak menghormati ulama maka siapa lagi yang patut kita hormati.


Saya berharap dengan keputusan yang telah dikemukakan, marilah sama-sama kita menginsafi diri dengan melihat bahawa ini bukanlah lagi isu menang atau kalah tetapi sama-sama menghayati nas Ilahi dan Nabawi mengikut neraca syara’. Semoga dengan ini, hati kita dapat tunduk dan patuh kepada perintah-Nya dengan penuh keredhaan dan berjanji setia dengan kalimah karamah sami’na wa ata’na (kami dengar dan kami patuh).

Semoga kenyataan ini menjadikan kita bermuhasabah sebagai seorang mukmin yang taat dan patuh kepada perintah Allah. Marilah sama-sama kita mencari mardhatillah.



Akhukum fillah,

S.S. Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

http://www.muftiwp.gov.my/v4/index.php?option=com_content&view=article&id=1820:siri-5-isu-transgender-tasyabbuh-atau-penyerupaan-hukumnya-edisi-kemaskini&catid=82&Itemid=408&lang=ms

MAHATHIR SEKOLAHKAN PEMIMPIN.PKR




Pemimpin PKR kena ingat, Mahathir bukan macam NAJIB..

NAJIB kalau ditanya tahun.ini, tahun depan baru dia jawab..
Tun akan jawab spontan, sharp shooter..sekarang kau orang terkangkang nak jawab balik.

life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...