Monday, May 30, 2011

Kalah atau menang pilihanraya, pemimpin UMNO sudah kaya...

Sejauhmana dan berapa lama agaknya blog2 pro kerajaan dan pro UMNO khususnya dapat bertahan untuk mempertahankan kerajaan yang diungguli UMNO.

Tidak bertahan bukan kerana pembangkang hebat, tidak juga kerana blogger pro pembangkang yang bagus2, ulasan mereka lebih banyak ****** dari logik dan rasional. Mereka juga tidak berdaya tahan, jatuh moral kerana sikap pemimpin mereka sendiri. Mereka sendiri sudah patah dan lemah semangat. Yang segar dan makin galak hidup ialah blogger2 yang belot kepada UMNO atau yang mengkritik keras UMNO, mereka bersikap menentang UMNO kerana UMNO tidak berubah.

Jelasnya blogger pro UMNO yang bertungkus lumus selama ini mempertahankan UMNO tanpa didbayar sesen dua pun kini mula sudah 'fed up' dengan sikap UMNO sendiri, sikap pemimpin yang masih tidah faham2, tak reti bahasa, bodoh sombong dan ada yang masih syok sendiri merasakan rakyat sokong kerajaan sekadar pemimpin pembangkang diburukkan.

Sudah tentunya 'fed up' datang dengan merujuk kepada sikap Najib sendiri sebagai Presiden UMNO, Presiden BN dan Perdana Menteri Malaysia yang sudah hilang hormat, hilang kuasa, hilang kawalan dan kelihatan tidak konsisten, tidak tegas dan mula 'merapu' dengan ungkapan2 yang hilang kawalan dan maksud. Najib sudah mula menampakkan gohead gostan, flip flop dalam ucapan dan janjinya. Saya sendiri malas mahu merujuk atau membuktikan apa apa sikap tersebut, memadailah kita sudah sering membacanya seperti yang terpapar di semua media sejak dahulu hingga sekarang. semuanya menyakitkan hati dari hari ke sehari.

Semak bagaimana kerajaan tangani isu Allah, isu Kristian, isu petrol, isu gula, isu harga barang, isu sensitif, isu perkauman, isu projek, isu biasiswa, isu ahli UMNO yang belum mendaftar sebagai pengundi, kegagalan 1Malaysia, isu hak Melayu, isu anwar, isu rsuah, isu video seks, isu Dato T dan banyak lagi dan belum nampak sesuatu yang meyakinkan di dihadapan untuk rakyat bergantung harap melainkan kerajaan dilihat lemah dalam pengurusan dan kepimpinan, lembap, berlembut tidak kena tempat, tiada kecekapan dan ketepatan dalam isu keselamtan melainkan dilihat meleret dan tiada kesudahan menyebabkan rakyat makin gelisah dan bertanya tanya.

Ditambah pula dengan Ketua Pemuda UMNO yang hilang arah perjuangan, Menteri Dalam Negeri yang menikus dan banyak lagi kabinet yang meneruskan dasar 'separuh masak'.

Tidak ada gunanya sesiapa pun mempertahankan kerajaan hari ini kalau kerajaan sendiri dilihat sudah sukar berubah, tidak mahu berubah dan paling minimum, tidak 'mendengar' pun.

Apalah sangat blogger kecil dan individu kerdil mahu memmpertahankan UMNO, kalah atau menang dalam pilihan raya, mereka sudah kaya, anak mereka terlebih makan, rumah mereka terlebih mewah, kereta mereka terlebih menjalar.

Rakyat tetap sama, kena cari makan sendiri walau sesiapun perintah.
Dan tadi kerajaan sekali lagi hadiahkan rakyat dengan mendahulukan rakyat dengan kadar kenaikan kadar letrik sebanyak 7.12% dengan terkesan kepada penggunaan 300kw/j sebulan...tahniah pada semua blogger proumno.



Saturday, May 28, 2011

BN sudah sedia jadi pembangkang...


Najib akan pertahankan Putrajaya dari dilelong Kerajaan Pakatan - ikrar di perhimpunan sejuta belia di Putrajaya.

Satu lagi projek BN di PP

28/05/2011 4:09pm

GEORGE TOWN 28 Mei — Paderi Gereja St. George berterima kasih kepada kerajaan kerana membiayai kos membaik pulih rumah ibadat yang dibina pada kurun ke-19 itu.

Projek baik pulih Jabatan Warisan Negara yang melibatkan kos RM1.8 juta itu dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan.

Paderi Charles Samuel berkata, anggota gereja juga amat menghargai usaha dan sumbangan kerajaan untuk membaik pulih gereja Anglican tertua di Asia Tenggara itu, yang siap sepenuhnya pada November tahun lepas.

Samuel berkata, sepanjang tempoh sembilan bulan kerja membaik pulih itu dijalankan, anggota gereja berkenaan menjalankan upacara keagamaan mereka pada setiap Ahad di sebuah dewan di gereja itu.

Gereja di persimpangan Lebuh Farquhar dan Jalan Masjid Kapitan Keling itu diisytiharkan warisan negara pada 2007. — Bernama

Wednesday, May 25, 2011

Pembangkang sebagai petunjuk yang jelas..

Rata rata rakyat kurang menyokong UMNO dan BN lebih kepada pandangan dan kepercayaan umum dan persepsi UMNO/BN itu rasuah dan kroni, hakikatnya parti lain pun sama malah lebih teruk lagi kalau mahu dikupas.

Lihat PKR dan DAP - parti anak beranak dan menantu. Malah belum beberapa hari memerintah, DAP yang terpalit dengan isu rasuah di Selangor bersebab kematian beng hock belum dapat dijawab dengan meyakinkan hingga hari ini.

Begitu juga dengan pembohongan dan putar belit DAP dalam isu perhimpunan kristian di Pulau Pinang yang masih disiasat polis.

DAP juga dengan jelas membawa isu perkauman di Sarawak kerana terdesak untuk menang di sarawak.

Anwar yang dilibatkan dengan video seks sewajarnya berehat dan berusaha membersihkan dirinya secara serius untuk menjaga nama baik parti.
Azizah dan Nurul selaku Presiden dan Naib Presiden sewajarnya juga bertindak berkecuali dan menyerahkan kepada polis untuk siasatan tetapi sebaliknya berkongsi mempertahankan anwar. Apa sangatlah yang mereka tahu untuk mempertaruhkan masa depan parti dengan menyokong anwar secara membabi buta.

Hanya tinggal beberapa isu biasa dan semasa yang ketara untuk kerajaan atasi seperti permasalahan kenaikan harga barang. Itupun ada pendapat yang menyatakan kenaikan harga barang adalah disengjakan oleh pedagang cina untuk menaikkan kemarahan rakyat kepada kerajaan, ada logiknya? Isu pengangguran dan ketirisan antara beberapa perkara lain utama yang perlu diberi perhatian. Isu besar lebih kepada perpaduan yang menipis di mana 1Malaysia dianggap gagal malah sebaliknya menjadi faktor kepada mengujudkan pula perselisihan baru kerana salah tafsir dan definasi masing2. Satu mekanisme baru perlu dicari, masih belum terlambat.

Kerajaan wajar menjadikan pembangkang sebagai rujukan untuk mengenalpasti isu ketidakpuasan rakyat. Beri perhatian segera dan serius kepada semua permasalahan yang diutarakan oleh pembangkang. Isu isu ini ada kebenarannya apabila dimainkan oleh pembangkang untuk meraih sokongan rakyat dan dalam masa yang sama isu ini membuatkan kerajaan dilihat zalim dan tidak efisien.

Kerajaan hanya perlu mengambil semua pendekatan menyelesaikannya dan jika ada yang tidak dapat diselesaikan segera atau sesuatu yang mustahil dan karut, penjelasan terperinci dan berfakta perlu dibuat supaya rakyat faham.
Tuduhan secara am kepada pembangkang tidak memberi kesan kepada rakyat. Jemput pakar dalam bidang yang relevan untuk membantu kerajaan memberi penerangan. Mereka perlu mengupas semua isu dan jemput pandangan luar serta berdialog mencari titik persamaan dan penyelesaian.
Menteri dan pemimpin jangan terlalu banyak bercakap secara langsung tetapi lebih kepada perlaksanaan mengatasi rungutan rakyat.

Jika kerajaan mengambil tindakan proaktif, segera dan berkesan, lama kelamaan pembangkang sudah kehabisan peluru untuk menyerang dan menyalahkan kerajaan dan rakyat akan menilai dan melihat suara dan rungutan mereka di ambil perhatian dan tindakan.

Jika pembangkang melaungkan soal rasuah, kerajaan patut menjemput dan meminta mereka membuat aduan rasmi dan memberi bukti2..Semuanya mesti telus dan terang. Biar pihak berkuasa membuat siasatan dan tindakan. Parlimen pula memantau semua ini sebagai tanda kerajaan dan semua pihak serius dalam membasmi rasuah. Sikap menafikan secara am oleh kerajaan dilihat sebagai kerajaan bersekongkol dan melindungi pihak tertentu. Tindakan juga wajar dikenakan secara automatik kepada pemberi rasuah jika yang menerima rasuah didapati bersalah oleh mahkamah. Tindakan juga kena di ambil kepada yang membuat tuduhan palsu dan kurang berasas.

Sejauhmana kerajaan dapat memahami situasi ini?!

Promosi hero rakyat... KJ



SUARA KJ DI AMBILKIRA KERAJAAN....

KJ layak dipertimbangkan kekal untuk mempertahan parlimen rembau sekaligus mempertahankan ketua pemuda?!!





25/05/11

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Dato Seri Ismail Sabri - tidak akan ada kenaikan harga bagi Minyak Petrol RON 95, Disel dan Gas Memasak LPG untuk kali ini (?)

24/05/11
Dulu, dia dengan pak mentua dia kaki penaik harga petrol...

“My call to not reduce the subsidies for RON95 at this time does not conflict with my views that subsidies should eventually be restructured so that it can accurately target those that are eligible and reduce deficit spending by the government.

“What is wrong with any politician changing their stance or approach if it will benefit the public? Saifuddin should support my stance against the reduction of subsidies for RON95 rather than attack me personally,” he said.

Tuesday, May 24, 2011

Dosa lama 'kira' langsai...kini hero rakyat !!?


Dulu, dia dengan pak mentua dia kaki penaik harga petrol...

“My call to not reduce the subsidies for RON95 at this time does not conflict with my views that subsidies should eventually be restructured so that it can accurately target those that are eligible and reduce deficit spending by the government.

“What is wrong with any politician changing their stance or approach if it will benefit the public? Saifuddin should support my stance against the reduction of subsidies for RON95 rather than attack me personally,” he said.

Peniaga sabotaj??

Mohd said...

Kaum Cina di Malaysia ini sungguh licik dlm usaha mereka utk merebut kuasa pemerintahan dpd UMNO.
MCA dan Gerakan adalah ireleven sudah dlm BN. Cina MCA dan Gerakan sedang berkerjasama dgn Cina DAP - MCA dan Gerakan menyerang dan mensabotaj BN dari dalam dgn meminta perkara2 yg lebih2 utk kaum Cina dari dlm BN. Cina DAP pula menggasak dari luar.
Dgn sokongan orang Melayu yg bodoh dari PAS dan PKR, nampaknya kerajaan BN akan tumbang di PRU13 nanti kpd Pakatan Rakyat.
Kita semua maklum bahawa ekonomi negara ini dlm genggaman kaum Cina. Kenapa barang2 keperluan naik mendadak sejak akhir2 ini? Ini adalah muslihat yg dimainkan oleh golongan peniaga Cina dlm menaikkan harga barang2 keperluan, supaya rakyat akan marah kpd Kerajaan BN yg ada sekarang dan mengundikan Pembangkang sebagai tanda protes spt yg telah berlaku di PRU12 dahulu.
Cadangan saya kpd Najib adalah:
1. Di PRU13 nanti, jangan sekali2 letakkan calon2 dari MCA dan Gerakan di kawasan2 majoriti Melayu. Mereka hendaklah bertanding hanya di kawasan2 majoriti Cina.
2. PKR bolehlah diabaikan kerana Anwar sudah menghampiri Sg. Buloh.
3. Haruslah diusahakan kerjasama dgn PAS dari golongan Ulamak yg nampaknya sedang merebut kuasa daripada puak Erdogan. Kenapa PAS sanggup berkerjasama dgn DAP dlm Pakatan Rakyat? Hanya kerana mahu merebut kuasa memerintah. Oleh itu jika UMNO menawarkan kuasa memerintah bersama kpd PAS, sudah tentulah PAS mahu pulak berganding bahu dgn UMNO dlm Kerajaan Perpaduan. Ini adalah utk kepentingan masa depan kaum Melayu di Malaysia. Kalau kuasa politik di Malaysia dah terlepas ke tangan kaum Cina, tak usah haraplah nak dapat apa2 lagi. Orang Melayu akan mengemis di tanah air sendiri spt yg berlaku di Singapura.
4. Najib janganlah mendengar sangat nasihat2 yg selalunya kurang bijak dari cedik-pandai2 (kononnya aje) yg berkerumun di sekeliling Najib utk kepentingan agenda mereka sendiri.
5. Mula2 tambahkan subsidi kpd barang2 keperluan rakyat supaya paras harga barang2 akan turun. Sekat permainan harga dari kaum peniaga Cina yg selalu menangguk di air yg keruh. Dlm sebulan dua, apabila mood rakyat adalah happy dgn tindakan Kerajaan, adakan PRU13. Gerenti, BN akan menang besar dgn mendapat majoriti 2/3 majoriti di Parliamen.
6. Kemudian, subsidi barang2 bolehlah dikurangkan perlahan2 supaya tidak membebankan sangat rakyat.
7. Kemudian buatlah pindaan kpd Perlembagaan Malaysia spt contohnya adakan hanya Satu Sekolah utk menjamin perpaduan rakyat Satu Malaysia.
8. Adakan Ops Lalang dan tangkap semua orang2 yg selama ini menjadi duri dlm daging. Masukkan mereka ke dlm ISA utk selama2nya. Singapore boleh buat, kenapa Malaysia tak boleh?
Kita kaum Melayu haruslah berlaku kejam sebelum kaum Cina berlaku kejam terhadap kaum Melayu!
9. Semuanya adalah sangat mudah.
10 Janganlah tersorong tersentap sehingga menang sorak, kampung tergadai.
11. Melayu mudah lupa ?????????

Monday, May 23, 2011

Nasihat pakar di abaikan...

Niat PM dan Isteri untuk balik sebentar ke Malaysia dari Amerika sebelum ke Jepun semula untuk menziarahi keluarga anak yatim yang mati dan tercedera tragedi tanah runtuh di Hulu Langat adalah sesuatu yang baik.

Pakar Cerun sebelum ini telah menasihatkan supaya kawasan tersebut dibiarkan sementara supaya keadaan tanah menjadi stabil semulajadi tidak dihiraukan apabila ribuan telah mengunjunginya semula dengan kemah2 dipasang bagi menyambut Najib. Apakah malapetaka akan berlaku lagi apabila 'politik bodoh' tidak menghiraukan nasihat pakar tersebut.Kenapa kawasan 'sedih' itu dijadikan seolah tapak pesta dengan kunjungan ribuan manusia yang ingin menunjukkan 'politik' mereka.

Apakah ini yang dikatakan mendekati rakyat, inikah cara yang paling bijaksana. Apakah kunjungan Muhyidin selama ini tidak cukup berkesan untuk menyaatakan UMNO prihatin rakyat. Apakah ini akan jadi satu lagi agenda politik murahan dan kesempatan atas tragedi yang menimpa orang lain. Apakah negara ini 'one man show' hingga semuanya memerlukan dan menanti 'najib dan rosmah' sahaja.

Bagaimana tragedi seperti ini berlaku saban minggu, apakah termampu najib dan rosmah lakonkan setiap minggu???

PAS mempunyai pakej yang lebih meyakinkan...

Situasi UMNO di mana calon pilihanranya disokong dan diundi oleh kaum Cina (MCA/Gerakan) kini telah berlaku kepada calon PAS yang kini diskong dan diundi oleh kaum Cina (DAP/PKR). Situasi ini tidak pernah berlaku pada PAS sebelum ini.

Hari ini calon UMNO dipilihanraya mempunyai harapan yang sangat yang tipis untuk dipilih dan diundi oleh mana mana kaum Cina (MCA/Gerakan) dan tidak mungkin dari kaum Cina (DAP/PKR). Situasi ini tidak pernah berlaku pada UMNO sebelum ini.

Sejarah belum pernah terjadi secara ketara ahli PAS belot kepada parti dan menyokong parti atau calon dari parti lain. Tetapi situasi ini ujud pada UMNO dalam tahun 2008 dan akan berulang lagi pada PRU13 akan datang atas dasar penolakan di atas kepimpinan UMNO.

Di dalam PAS, Presiden sangat mudah didekati dan selalu mendengar pandangan bawahan dan melaksanakannya, berbeza dengan UMNO, Presiden sukar didekati dan arahan datang dari atasan kepada bawahan dengan begitu rakus dan keras sekali...Pemimpin UMNO minta ahli berubah sedangkan mereka sendiri tidak berubah, tuli untuk mendengar pandangan bawah.

Di dalam PAS suara Pemuda, Suara Setiausaha, Suara Naib2 Presiden, Suara Mursyidul, Suara Majlis Ulama jelas sealiran dan kolektif dengan Presiden malah kadang2 mendahului Presiden tanpa rasa kekok.

Di dalam UMNO, suara Presiden akan dijadikan panduan atau dinanti untuk melihat coraknya, kalau 'hijau' kata Presiden, maka selepas itu berebut rebutlah pula pemimpin bawahan meng'iya'kan saranan Presiden. Sikap mengampu yang sangat ketara.

Di kalangan ahli PAS, kurang sekali kritikan tertutup atau terbuka dilemparkan kepada pemimpin mereka, berbeza dengan UMNO, pemimpin bukan sahaja dikritik tetapi jadi bahan lelucu dan sendaan. Sikap hormat pemimpin UMNO sudah berkurangan kerana pemimpin diselaputi, dikelilingi ampuan dan kroni.

Najib sudah berulangkali ditegur untuk gugurkan KJ dan Nazri sebagai makhluk yang sangat tidak digemari akar umbi? Apakah Najib dengar? Najib sudah berulangkali ditegur untuk mengurangkan penonjolan Rosmah yang dianggap tidak pernah dilakukan oleh mana2 PM sebelum ini dan tidak juga mana2 Presiden parti sebelum ini. Apakah Najib dengar? Banyak lagi contoh isu2 nasional yang akar umbi suarakan? Apa yang Najib kekal dan tambahkan hak Melayu dan pribumi? Apa yang Najib kekal dan tambahkan hak Islam?

Dengan segala kepincangan, kekurangan UMNO atas kelemahan dan ketandusan kepimpinannya yang sedia ada - UMNO dilihat sudah tidak mampu berubah, angkuh untuk berubah, takut untuk berubah, tidak tegas dan tidak berani untuk membuat perubahan drastik, reform hanya dimulut untuk ahli dan bukan dihati dan di diri pemimpin - sudah sampai masanya UMNO wajar ditolak secara maksimum oleh orang Melayu keseluruhannya.

Orang Melayu tidak boleh memilih UMNO sedikit dan PAS sedikit jika mahu orang Melayu dan Islam masih relevan dan kekal kuasa politik di Malaysia. Pemilihan orang Melayu kena jitu dan jelas. Dalam hal ini PAS adalah pilihan terbaik untuk mewakili orang Melayu dan Islam secara total kerana kepimpinannya yang masih lagi bersih, baru dan boleh berubah, PAS juga dihormati dan lebih dipercayai di kalangan parti dan kaum lain.

PAS walaupun pada masa ini seperti menjadi alat dan diperkudakan oleh DAP dan PKR sebenarnya masih dalam kedudukan 'menguntungkan' dari segi politik walaupun agak tercaalar dari segi moral dan maruah. UMNO pula dilihat walaupun tidak diperkudakan oleh sesiapa tetapi barisan kepimpinannya tetap dilihat takut dan tunduk kepada desakan kaum lain yang sangat tidak dapat diterima oleh akar umbi dan pro UMNO .

Sebab itulah sokongan padu Melayu kepada PAS sangat diperlukan untuk mengembalikan PAS sebagai kuasa yang kuat dan stabil dalam Pakatan Pembangkang untuk dihormati dan disegani kawan dan lawan. PAS akan jadi dominan dalam Pakatan Pembangkang menggantikan UMNO yang dominan dalam BN.

Perjuangan PAS yang berteraskan Islam dan bukan berkonsep bangsa mampu untuk menjadi parti yang berbilang bangsa keahliannya dan ini mampu mengurangkan pergeseran sentimen perkauman.


Tetapi tidak dinafikan PAS juga perlu melupuskan beberapa pemimpinnya yang bersikap diktator serba maksum dan PAS perlu dilihat tidak bersubahat dan menolak kemungkaran di pihak kawan atau lawan secata total tanpa kompromi dengan menjadikan Al Quran sebagai pegangan utama.


Sunday, May 22, 2011

Melayu mesti sokong PAS...peralihan realistik secara besar2an..

(Tajuk dah ada, isi masih dalam kepala, awal pagi ni saya dalam perjalanan ke Pantai Timor, pasti banyak idea datang semasa memandu...akan digarapkan nanti.
Bagi berminat yang nak bagi idea pro dan kon...boleh juga dahulukan
)
Perlu ke ada syarat2 tertentu buat PAS untuk mengajak Melayu yang pro UMNO sebelum ini dan yang atas pagar untuk beralih kepada PAS

Dengan perkembangan terkini...

lupakan perbezaan politik seketika...

TRAGEDI TANAH RUNTUH RUMAH ANAK YATIM HULU LANGAT


Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..

sedih dari jauh, lebih tersentuh dan duka bila melihat sendiri...

Saya berpeluang ke sana pada hari kejadian, tiada yang lebih bererti selain dari kita sedekahkan Al Fatehah buat roh yang telah pergi..

Lupaakanlah politik seketika dalam keadaan seperti ini, yang menghulur apalagi kepada anak2 yatim tentu banyak barokahnya. Yang belum, masih belum terlewat....

Friday, May 20, 2011

UMNO reaches out to Chinese online..

Ooooooppsss...sorry, UMNO tidak terbuat, tidak terfikir macam tu...

Suka atau tidak, jika DAP mampu buat sebegitu jauh, taktikal dan strategik...ada apa lagi halangan untuk mereka ke Putrajaya walaupun mungkin tanpa PAS dan PKR.
Tidak mustahil, DAP juga mampu ,mengadakan dan menghantar 'ulama' ke tengah masyarakat Melayu dan Islam untuk berdakwah dan mengajar apa itu 'Islam' yang sebenarnya menurut kacamata DAP.

Logiknya - syabas dan tahniah untuk DAP.

DAP reaches out to Malays online

By Shannon Teoh
The Malaysian Insider
May 21, 2011

KUALA LUMPUR, May 21 — Unable to shake off its tag as a Chinese chauvinist party, DAP is now hoping to make a splash in the Malay online media landscape with a news portal, a step it says it should have taken “a long time ago.”

Just days after vice chairman Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim’s admission that the party has failed to attract Malay support, DAP will launch a Bahasa Malaysia language website — Roketkini.com — in the hopes of making itself heard among Malays.

“Right now, there is a huge void for us in the Malay media. You don’t hear anything about DAP except for us being attacked,” said political secretary to the party’s secretary general Zairil Khir Johari.

Antara Perpaduan Negara dan Harga Barang - mana lebih utama


Ramai orang sudah terlupa bahawa kejayaan Malaysia sebuah negara majmuk banyak bergantung kepada sejauh mana perpaduan itu ujud di kalangan rakyat. Perpaduan akan lebih stabil jika digandingi dengan sosio ekonomi yang adil dan jurang kemiskinan yang tidak ketara. Itu adalah tulang belakang negara yang perlu dijaga oleh sesiapa sahaja yang mahu memerintah negara. Apakah situasi perpaduan hari ini di Malaysia jauh lebih baik dari perpaduan di era 1980-2000?

Hari ini ramai yang melihat harga barang sebagai faktor utama untuk menilai kebaikan sebuah negara. Pagi petang siang dan malam mereka momokan rasuah dan ketirisan negara tetapi dalam masa yang sama mereka menggoncang perpaduan dengan unsur perkauman dan keugamaan. Mereka menggugat perlembagaan negara semata mata atas ketamakan dan rakus tanpa mengambilkira sosio ekonomi yang seimbang dan perpaduan sebagai senjata utama kesejahteraan Malaysia. Mereka anggap apabila kuasa ada di tangan, perpaduan dapat dibina semula dengan sekelip mata sedangkan niat mereka lebih kepada ketamakan fizikal dan kuasa.

The Sarawak DAP has called on the police to issue immediately permits to allow the people of the state to hold street demonstrations to force long-serving Chief Minister Abdul Taib Mahmud to step down.

“They have their constitutional right to stage peaceful street demonstrations and the police should not stop them,” Sarawak DAP secretary Chong Chieng Jen said yesterday.

Peaceful street demonstrations should be allowed, he said, adding that DAP would consider joining the protesters if the police issued the permits allowing the people to assemble in the streets.

“We fully support the plans of the Movement for Change, Sarawak (MoCS) to hold peaceful street demonstrations to force Taib to step down,” the Bandar Kuching MP said.

ADAKAH INI DAP YANG AKAN MENJADI HARAPAN NEGARA?? TAIB DIPILIH OLEH DEMOKRASI MELALUI PILIHANRAYA..APA HAL NAK DEMO MINTA LETAK JAWATAN??? INI AGAKNYA KEBANGGAN SESETENGAH PENULIS TUA AHLI UMNO SUKA?? TINDAKAN SEBEGINI BOLEH MENJAMIN HARGA BARANG TURUN KE??? - if you pay peanuts then you get monkeys

Kepercayaan bahawa penukaran parti yang memerintah atau penukaran pucuk pimpinan UMNO secara total mampu merubah negara kepada suatu tahap yang lebih baik dari sekarang sedang dimainkan dengan rancak oleh pembangkang termasuk beberapa blogger tua. Inspirasi sesetengah blogger tua ahli UMNO a bahawa mereka lebih sanggup untuk membaiki UMNO selepas UMNO menjadi pembangkang kelak sangat ironis dan melucukan.

Ketika hari ini mereka tiada toleransi kepada kepimpinan yang ada, yang mengkritik keras sekarang, yang begitu yakin pembangkang lebih berkeupayaan secara hipokrik mengaku pula akan menyokong parti selepas parti jatuh adalah sebenarnya permainan halus yang termakan dakyah dan sogokan janji pembangkang. Mereka ini adalah ahli UMNO yang kecewa dan diketepikan secara semulajadi dan tidak lagi mendapat tempat di dalam UMNO sedangkan mereka rasa mereka jauh lebih hebat daripada yang ada.

Bukan dikatakan kerajaan yang sekarang ini cukup baik tetapi 'alternatif' yang disediakan tidak cukup mantap.
Siapa pemimpin hebat yang akan memacu negara ke arah yang lebih cemerlang? Senaraikan untuk kita buat penilaian?
Negeri pembangkang mana yang tampak lebih maju dari sebelum? Kedah, Selangor dan Kelantan - masalah air paip pun belum dapat di atasi sepenuhnya? PP dengan pembangunan datangnya dari sumber Pusat - apa nak dibanggakan? LEG sendiri kekakuan untuk menjawab beberapa saolan pembangunan di PP.
Senaraikan juga ketirisan dan rasuah di zaman Najib yang baru memerintah 2 tahun jika betul2 mahu menyangkal keupayaan Najib.
Apakah ada jaminan Kerajaan Pembangkang sekarang tidak menaikan harga barang jika dapat memerintah sedangkan semua tahu harga barangan di Malaysia jauh lebih murah dari negara2 Asean dan harga pasaran tertakluk kepada ekonomi dunia.

Bukan juga untuk dikatakan orang lain tidak boleh memerintah negara selain dari kerajaan sekarang tetapi saolan yang sama, apakah Negara kita mampu senaraikan kepimpinan penggantian yang lebih hebat. Sejauh mana dan apakah bukti kehebatan mereka dalam mentadbir begitu juga kepakaran ekonomi? Sebagai contoh kalau kita ambil Mat Sabu - apakah ini contoh terbaik untuk kita letakan masadepan Negara di tangannya????

PAS, PKR dan DAP sendiri terdiri dari muka2 lama dan kuda2 tua yang sudah lemah lututnya dan tidak kuat berlari. Mereka hanya menggunakan strategi pecah dan perintah untuk menawan beberapa kerusi. Strategi ini hanya sementara akan berjaya tetapi ia akan lebih membawa kepada kancah krisis perkauman dan ugama yang sangat dasyat. Apakah suasana perpaduan rakyat Malaysia hari ini lebih baik dari masa pemerintahan 1980-2000? Ada sesiapa ingin menegak benang yang basah? Kecuali seorang dua blogger tua yang ada 'masaalah' jiwa. Siapa yang memainkan peranan sehingga perpauduan hari ini begitu rapuh kalau bukan pembangkang yang ketandusan undi dan kebetulan kepimpinan kerajaan yang lemah pada masa yang sama.

Janganlah percaya cakap cakap sesetengah pihak bahawa mereka akan jadi penyokong kuat parti selepas parti tewas sedangkan mereka sekarang menjadi tikus membaiki labu. Halatuju UMNO perlu ditentukan oleh generasi baru dan muda dalam ketika kita melihat barisan yang ada sudah ketandusan idea dan kepimpinan.

1Malaysia yang digarap oleh Najib sebenarnya ke arah perpaduan telah dipesongkan dengan beberapaa tafsiran dan persepsi masing2 sehingga dijadikan landasan untuk mengaut keuntungan dan meminta yang bukan2. Najib perlu mendefinasikan semula 1Malaysia sebagai membina jatidiri bangsa Malaysia yang bersatu hati dan bukannya kepada definasi yang lain2 hingga menyebabkan hak2 Pribumi terhakis dan berkurangan.

UMNO dan kerajaan kembali segar jika Najib berani membuat rombakan kabinet besar2an dengan melempar keluar pemimpin Gerakan dan MCA yang menumpang dan melupuskan beberapa pemimpin UMNO yang hanya jadi ulat buah. Rakyat sudah bersedia untuk reform secara drastik kecuali Najib sendiri yang masih berlenggang lenggang kangkong.

Tuntut perubahan besar perjuangan ahli-ahli UMNO

PADANG TERAP 20 Mei – Perubahan landskap politik nasional yang berbeza selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 menuntut ahli-ahli UMNO untuk membuat perubahan yang besar dalam perjuangan mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, disebabkan senario politik yang sudah bertukar juga, ahli-ahli UMNO perlu meletakkan cara pemikiran mereka dalam keadaan yang betul.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah beberapa kali berpesan kepada saya untuk memberi peringatan ini kepada ahli-ahli UMNO.


PEMIMPIN SENDIRI TIDAK BERUBAH MACAMANA AHLI NAK BERUBAH? KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN.

Thursday, May 19, 2011

PERLIS SUDAH, GANU BILA LAGI?


19 MEI 2011: Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu (kiri) berpelukan dengan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim selepas majlis penganugerahan Tauliah Penasihat Paduka dan Paduka Utama Pekida, di Kangar. -

TERENGGANU BILA LAGI?

BUKIT KAYU HITAM, May 19 (Bernama) -- PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang on Thursday expressed confidence that the party will retain Kedah in the next general election as it has administered the state well since the last general election.

Penjaga Blog pun dah diktator..apalagi kalau pegang jawatan

Aspan Alias said...

kluangman,

minta maaf saya tidak siarkan kritikan personal sdr terhadap saya.

You have gone too far to the extend of attacking me personally.

So sorry for arguing with you and I am not much time to debate on your personal vendetta on me.

Lets forget each other and just leave this blog alone. That is my request from you.

I hope you understand that I am just as human as you are.

Let us respect each other. kalau terjumpa kita berslaman sahaja.

Bye.

19 May 2011 14:31:00 GMT+08:00

DI ATAS ADALAH JAWAPAN ASPAN di blognya TANPA MENYIARKAN BEBERAPA TULISAN SAYA


Aspan Alias veteran UMNO di blognya yang banyak memberi pandangan yang baik kepada UMNO untuk berubah, kritikannya menghampiri suara pembangkang tetapi nyata ada kebenaran, yang boleh diterima dan dibincangkan. Gaya persembahannnya menjurus kepada pilih kasih dan cukup pantang dengan beberapa nama seperti Madey, Ibrahim Ali serta juga Utusan lewat kebelakangan ini dalam isu kristian.

Saya pernah tanya Aspan - sejauhmana jasa Aspan untuk mempertikai Mahadey yang tentu ada silapnya? Macam tu pun tidak disiarkan.

Ada saja yang tak kena di mata dan hatinya. Lebih kepada isu UMNO baru dan UMNO lama, lebih kepada Perkasa. Macam ada sesuatu yang terbuku, tidak salah mengherokan KuLi, memang dia pun hero juga, tak salah memenangkan KJ, dia pun hero juga. Tak ada masalah berbeza pendapat.

Saya terpaksa memilih blog ini untuk sedikit ulasan (sebagai catatan peribadi dan bukan bermaksud untuk meneruskan perdebatan) tentang Aspan kerana beliau gagal, tidak memberi ruang, tidak menyiarkan beberapa tulisan saya atas alasan serangan peribadi?

Saya telah dihubungi beberapa kenalan melalui email dan ada yang menelefon secara peribadi meminta penjelasan, mereka juga mempunyai sedikit situasi yang sama tetapi saya minta supaya mereka meneruskan di blog tersebut, UMNO perlu dipertahankan di situ walaupun apa kerenah yang kedapatan. UMNO tidak boleh dipertahankan dengan 'budi bahasa' kalau yang menyerang itu kurang ajar didukung pula oleh fasilitator yang berat sebelah.

Apa personal yang saya serang? nyatakan? saya hanya menegur sikapnya di dalam ketidakadilan kepada penulis pembangkang dan pro kerajaan. Kalau penyokong pro pembangkang memaki hamun seguni pun disiarkan, kalau penulis pro pembangkang, hampeh!! Itu personal attack ke namanya?? Saya tanya Aspan...tak siarkan..

Aspan menjawab tulisan saya yang tidak siarkan, kenapa dia tak siarkan dan kemudian menjawab - nampaklah sikit adil.

Siarkan dan bagitau pendapat saya saya salah, bukan satu masalah pun. Saya pernah dikritik hebat oleh A.Kadir Jasin dan Sakmongkol selepas tulisan saya disiarkan di dalam blog mereka. Hujah lawan hujah. Saya akur di mana kesilapan saya.

Saya tidak kesah kalau rakan rakan di blog sampahkan tulisan saya, mereka berhak berbuat demikian sebab mereka menilai dengan pandangan yang lebih adil tapi kalau Aspan tidak siarkan dengan alasan kebudak2kan, itu tidak adil, itu diktator.

Memang blogg Aspan, itu hak dia..tapi mana dia kredbilitinya, Kritik UMNO macam nak rak, bila kena diri sendiri terberak?!!

Pada Aspan - janganlah tenggelam punca, hilang toleransi dan kewarasan serta kredibiliti hanya pada seorang penulis mentah dan picisan seperti saya.


Jumpa dan salam adalah adat.




Wednesday, May 18, 2011

Jangan merasa diri sahaja hebat..

Saya mengalu ngalukan sesiapa jua untuk memberi pendapatan di sini samada sealiran atau tidak, jika tidak dapat bersopan, itu masalah mereka, bukan masalah saya.

Kadang2 ia diluar tajuk, itu perkara biasa.

apa yang penting setiap tulisan ada nilai dan tanggungjawab mengikut lunas undang2 yang perlu ditanggung sendiri oleh penulis tersebut.

Saya tidak menganggap saya serba tahu, serba betul dan tidak juga serba salah dan janganlah ego sekadar pengalaman, status atau terasa diri lebih hebat - kita berbeza pendapat tetapi semuanya ke arah yang dirasanya betul. Betul pada tuan tidak semestinya betul pada saya. Betul pada saya tidak semestinya betul pada tuan.

Apahal nak melenting, jangan jadi orang tua yang baran seperti sesetengah penulis tersohor !!!!

Monday, May 16, 2011

Sumbangan Anwar kepada PAS


Antara sumbangan terbesar Anwar kepada PAS ialah meruntuhkan martabat dan akhlak Nik Aziz yang sebelum ini dihormati, dipandang tinggi serta saranannya ada nilai.

Sebagai pakar rujuk parti, Mursyidul Am yang di amanahkannya telah terburai dan tergelincir semata mata dipergunakan untuk mempertahankan Anwar dan DAP.

Siapa Nik Aziz kalau dia tidak diangkat menjadi Mursyidul dan Menteri Besar? Siapa Nik Aziz untuk tidak akur dan overuled kepada Hadi selaku Presiden parti? Siapa Nik Aziz yang MENGAIBKAN Timbalan Presiden PAS di khalayak ramai? Siapa Nik Aziz yang berlagak seperti Nabi dan Penjaga Pintu syrga? siapa Nik Aziz yang memberi syurga kepada ahli dan penyokong PAS?

Sebagai MB Kelantan, Nik Aziz gagal memberi sejahteraan kepada rakyat Kelantan malah ada yang dianggap sebagai pengkhianatan kepada rakyat Kelantan dalam isu2 tanah, prasarana, projek dan bazaar.

Nik Aziz setakat dilantik Mursyidul telah banyak melangkahi dan mencampuri banyak urusan parti yang sepatutnya di bawah bidang kuasa Presiden. Nik Aziz mempamerkan individu yang tidak boleh ditegur dan tidak boleh dibawa berbincang.


Hari ini Nik Aziz dilihat sebagai beban berat yang terpaksa dipikul oleh PAS dan penghalang kepada penyatuan ummah.
Tanpa Nik Aziz, PAS di bawah kepimpinan Hadi sepatutnya sudah mampu mengantikan UMNO bila2 masa.

Masa masih ada untuk PAS membetulkan keadaan.


Petikan dari laporan kenyataan Nik Aziz terbaru:

“Orang yang terbabit dalam komplot video berkenaan akan teruk nanti, selagi tak jilat kaki Anwar atas dunia ni, tak boleh masuk syurga dan ini sudah sah (tak masuk syurga).

“Hanya Allah saja yang dapat mengampunkan dosa mereka,” kata Menteri Besar Kelantan di Kota Baru, dipetik Berita Harian Online hari ini.

“Walaupun orang itu menteri ke, tindakan berkenaan (mengaibkan itu) tetap tidak boleh. Malah kini televisyen dan Internet sudah menayangkan (video seks) ke seluruh dunia, pihak berkenaan akan menerima bahana nanti,” kata Nik Aziz lagi.

Adakah dosa mendedahkan Anwar lebih besar dari melakukan zina? Maqasid memelihara zuriat campak ke mana, Tok Guru?

SESUATU YANG NIK AZIZ KENA FAHAM, KALAU UMNO YANG KONSPIRASI UNTUK BUAT VIDEO SEKS DAN LIWAT ANWAR, KENAPA TIDAK UMNO JUGA BUAT PERKARA YANG SAMA KEPADA NIK AZIZ???

Saturday, May 14, 2011

Ini pendirian Kristian terhadap BN..



Ini adalah haikatnya, ada betulnya, ada relevannya, ada kemungkinan besar, apa yang dilaporkan oleh Utusan dan dua blog mempunyai ketepatan fakta berdasarkan keberanian mereka di atas.

DAP yang sedang kegilaan ke Putrajaya tidak musstahil menggunakan dan memperalatkan Kristian untuk cita2 mereka selepas fanatik perkauman mereka nampak berjaya di Sarawak. Kesempatan ketika PKR masih ada saki baki sokongan rakyat dan PAS masih mahu berada bersama Pembangkang, DAP melihat ini satu peluang untuk meningkat penguasaan, peluang ini jika terlepas sudah sukar untuk kembali lagi.

ISA akan dimansuhkan...

ISA akan dimansuhkan, lagak dan gaya kerajaan Najib selari ke arah itu.

Tanpa ISA, kebebasan bersuara, kebebasan berugama, keterbukaan untuk meminda Perlembagaan Negara semuanya akan menjamin kepada kestabilan ekonomi, politik, keadilan sosial, kesamarataan status dan hidup harmoni pelbagai kaum.

Peristiwa 13Mei1969 tidak akan berulang lagi kerana rakyat Malaysia sudah bijak pandai sekarang ini dan pemimpin2 politik semuanya berkualiti, berhemah, bertanggung jawab dan tidak perkauman.

Tanpa brain drain, Malaysia akan mencapai negara maju sebelum 2020.

Najib layak menjadi Ketua Pembangkang yang pertama era baru selepas pilihanraya ke 13 kelak. Tahniah UMNO.

Wednesday, May 11, 2011

Ahli UMNO berpaling tadah...

"Kalau kita bersatu, tiada politik puak-puak dalam Umno, kita merupakan parti yang lebih kuat daripada parti-parti lain. Apakah semua (perjuangan) kita sudah selesai? Belum... kenapa masih ada cakap-cakap, masih ada lagi politik puak-puak, apa guna kita sambut ulang tahun 65 tahun kalau kita tidak bersatu? - UMNO 65 tahun

Najib mengharapkan kesetiaan kepada UMNO bermula daripada ahli2nya sebelum berharap orang Melayu amnya akan menyokong. Bermula pada pilihanraya yang lepas, atas sebab benci kepada Presiden UMNO pada masa itu yang gagal mendengar keluhan umum orang Melayu, ramai ahli UMNO berpaling tadah dengan memangkah pembangkang atau merosakkan undi seperti yang ketara di johor.

Ketidaksetiaan ini akan berterusan pada pilihanraya akan datang dan ini paling merbahaya jika ahli sendiri menikam belakang, sebesar dan sekuat manapun empayar dibina, ia tetap akan runtuh jika ada gunting dalam lipatan. Di manakah kumpulan Bloggers yang ditubuhkan UMNO dulu untuk memantau dan memberi penjelasan? Mereka sudah berkubur? Dimusnahkan oleh UMNO kerana percaya dan yakin facebook dan twitter Najib dapat mengatasinya?

Saya selalu juga memberi komen dalam blog Anwar dan seperti biasa tidak akan disiarkan kerana tidak ada yang untung padanya jika dksiarkan tetapi segala persaoalan dan kritikan saya dijawab oleh kumpulannya ke email saya, mereka cuba memberi penjelasan walaupun kadang2 tidak masuk akal, lain ditanya lain dijawab. Tetapi sebagai pengkritik yang mendapat jawapan, kadang2 ini boleh mempengaruhi untuk menyokong selepas 'puas hati' dihargai dan dilayan. Inilah psikologi yang dijalankan oleh Anwar dan dianggap berjaya.

Di dalam beberapa blog yang agak anti atau kritikal terhadap UMNO, kedapatan agak ramai ahli UMNO yang bangganya mengistihar akan memangkah pembangkang dengan rasa tidak bersalah, mereka rasa berbaloi kerana itulah sahaja cara mereka mahu mengajar UMNO? Mereka menganggap pemimpin UMNO rasuah dan sudah tidak boleh dipercayai.

UMNO harus melihat perkara ini sebagai serius, ahli UMNO yang berpaling tadah seperti ini sebenarnya tidak mempunyai isu besar, mereka sekadar terpengaruh dengan dakyah pembangkang, mereka mengambil pendekatan menyokong pembangkang selepas gagal mendapat jawapan dari UMNO dan selepas mereka gagal memberi jawapan kepada rakan2 yang mengejek. Apabaila mereka tidak boleh 'lead' mereka akan 'follow'.

Mereka ini sepatutnya diberi jawapan dan penerangan, UMNO wajar menjadi pendengar yang baik untuk kembali menawan mereka ini yang haus dan dahaga perhatian UMNO. Jika mempunyaui maklumat tetapt UMNO bahagian dan Cawangan wajar membuat lawatan dan berjumpa mereka. Ahli adalah aset utama UMNO.

Blog terpencil ini sekadar meluahkan, sesiapa yang mempunyai hubungan rapat di peringkat atasan harap dapat bawa keluhan ini untuk perhatian, terlambat asal jangan terlewat.

Friday, May 6, 2011

2 langkah awal baikpulih UMNO dan PAS...


Dua langkah segera membaikpulih UMNO dan PAS dikacamata orang Melayu dan Islam untuk mendapat sokongan dan kepercayaan semula. Malahan mana mana parti yang sanggup berubah jauh lebih besar dari itu akan mampu mendapat sokongan besar untuk menjadi parti yang akan mewakili Melayu dan Islam secara total dan yang gagal berubah akan jauh ketinggalan.

1) PAS tanpa Nik Aziz yang perlu berundur secara terhormat.
2) PAS keluar dari Pakatan Pembangkang di semua peringkat.

1) Rosmah tidak ditonjolkan berlebihan dari segi aktiviti dan paparan media.
2) UMNO mengujudkan Mursyidul atau Majlis Ulama bertaraf Senat seperti di Amerika.

Langkah awal ini mampu memberi nafas baru mengubah paradigma untuk dinilai oleh rakyat Melayu dan Islam sebagai keseriusan perubahan yang mahu dubawa oleh kedua dua parti bagi memenuhi selera rakyat.

Lupakan soal penyatuan kedua duanya kerana itu hanya akan berlaku 100 tahun lagi itupun jika kedua dua parti tidak segera mengorban dan mengkuburkan Melayu dan Islam dalam beberapa pilihanraya akan datang.

UMNO perlu mempertingkat kebajikan dan ekonomi di kalangan 1B1M dan PAS perlu melipatgandakan usaha dakwah untuk menarik seramai mungkin penyokong baru yang berugama Islam.

Kaum dan ugama lain harus diberi tempat, kebebasan, galakan seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan bagi menjurangkan prasangka.

Persaolannya bukan mampukah mereka, tetapi mahukah mereka?

DAP pula ugut PKR dan PAS...

Kabinet Bayangan Gila Kuasa DAP di sarawak secara terang terangan meminggirkan PKR dan PAS bukan sahaja tidak mendapat jawatan utama malah langsung tidak dibawa berbincang. Tanpa campurtangan DAP Pusat pun DAP Sarawak secara berani dan mentah mentah menolak campurtangan Anwar di Sarawak.

Azmin yang sebelum ini melenting, garang menerkam Mustaffa dalam isu vedio seks anwar nampaknya kali ini menikus, membisu seolah olah hilang kemaluan dan daya ingatan.

Bayangan kabient gila kuasa ini sebenarnya bayangan, peringatan, amaran dan katadua DAP kepada PAS dan PKR bahawa mereka perlu 'perform' di PRU13 akan datang kalau mahu menduduki jawatan utama. DAP tidak kurang 'pengkhianat' Melayu untuk dicalonkan bertanding dan jika menang boleh dinobatkan sebagai Menteri Besar (Boneka) hatta PM (Boneka) sekali pun. Jika Anwar cuba mebantah, dia akan dilondehkan habis habisan oleh Karpal Singh bagi tidak melayakkan duduk sebagai PM.

PKR sudah tidak ada pilihan dari terus beresekongkol dengan DAP walaupun sudah terasa penat dikudakan. PAS masih ada masa untuk segera berfikir dan menarik diri selagi pintu hidayah belum tertutup.

Sebagai balasan kepada Anwar yang akur dengan percaturan DAP di Sarawak, Lim Kit Siang dalam blognya bersetuju jika itu adalah Anwar (So What?) dalam video seks tersebut, DAP akan tetap sokong dan menerima Anwar kerana zina bagi DAP bukan satu kesalahan di bawah mana mana undang Malaysia dan yang patut kena dakwa ialah penyebarnya,bukan Anwar.

Wednesday, May 4, 2011

DAP takut kaum cina kesal..


Lim Kit Siag mengaku orang cina taakkan dapat apa apa samada ada wakil atau tidak ada wakil dalam kerajaan pusat.


Tegasnya lagi kalau MCA dan Gerakan yang ada dalam kerajaan sekarang pun tidak dapat bagi apa apa pada orang cina, apalagi kalau sudah tidak berada di dalam. Nada Lim sebegitu sebenarnya cuba memujuk kaum cina supaya tidak menyesal kerana sudah tersalah pilih DAP sebelum ini yang nyata tidak dapat membela atau memainkan peranan untuk mereka, lalu disalahkan MCA dan Gerakan.

Apa yang mereka dapat sekarang lebih kepada ehsan dan budibicara BN, sekaligus sebenarnya suara MCA dan Gerakaan masih laku jika berada di dalam BN. Kalau tidak masakan SRJC mampu mendapat ratusan juta peruntukan.

PRU13 bukanlah sesuatu yang sangat bagus untuk DAP. Mereka cukup bimbang PKR akan kehilangan sokongan orang Melayu dan paling bimbang PAS keluar dari pakatan di saat menjelang pilihanraya. jika ini berlaku, DAP akan kehilangan kuasa untuk menawan mana mana negeri pun, hatta Pulau pinang juga akan terlepas.

Kekuatan DAP hanya pada kekuatan strategi, kekuatan memperkudakan kawan, kekuatan menghasut, kekuatan memfitnah, kekuatan fanatik perkauman, kekuatan super kroni dan super rasuah...Tanpa sokongan Melayu PAS, Melayu PKR, DAP ibarat seekor babi sawan menunggu masa disemebelih.

Seterusnya dalam blognya atas tajuk with or without, Lim menghina 'lembu' yang dianggap suci oleh kaum India apabila Lim mempersoalkan samada masyarakat cina mahu dilembukan (dibodohkan) jika terus memilih MCA dan Gerakan.

Tanpa sedar, Lim memberitahu kaum cina bahawa DAP, MCA dan Gerakan adalah senasib dan tidak ada bezanya, mereka tidak ada kekuatan politik jika tanpa sokongan Melayu dan India, tanpa sokongan jika tidak tahu memutar, menipu dan menabur janji manis.

Kekuatan ekonopmi sahaja tidak dapat bertahan lama jika tidak ada kekuatan politik, ekonomi yang berkait dengan untung dan kaya bila bila masaa boleh ditiru, diambil dan dirampas oleh kaum lain dalam sekelip mata. Orang cina lebih rugi jika terus menyokong DAP kerana mereka hanya tahu menabur janji tetapi belum tahu bagaimana mahu membantu dan melaksanakan. Apakah Pulau Pinang dan Selangor super kaya di tangan mereka???

Dengan strategi, DAP telah dapat memperdaya MCA untuk keluar dari BN di masa akan datang sekaligus MCA dilihat tersingkir dan bermusuh dengan orang MelaYU. apa matlamat DAP sebenarnya, pengganti MCA di dalam BN????

Apabila tanpa diduga DAP boleh sekatil dengan PAS dalam pakatan maka tentulah tidak menjadi mustahil kalau DAP menjadi komponen BN kalau itu kehendak kaum cina. Apakah ada beza cina gerakan, cina mca dan cina dap? cina tetap cina.. 1Malaysia.

Tuesday, May 3, 2011

Siapa Pemimpin Berbangsa Melayu, Berugama Islam, Berwibawa, Diterima Semua?!

Kes Video Seks "hantu raya' Anwar Ibrahim telah berlanjutan begitu lama dan pihak PDRM menjadi kambing hitam kepada Pejabat Peguam Negara dan Kerajaan kerana sampai sekarang belum ada apa apa keputusan yang nyata.

Berapa lama mau siasat? Apakah PDRM Malaysia sudah tidak punya Penyiasat yang berwibawa atau kerana campurtangan politik? Ketua Polis Negara nak 'please' siapa sebenarnya?

Cukup cukuplah Kerajaan dan Pembangkang main politik, itu memang kerja mereka, jangan pula PDRM pun terikut juga - rakyat yang pening.

Hari ini negara bergolak kerana kepimpinan Melayu bercakaran (PKR,UMNO,PAS) sedangkan kaum lain sedang merancang dan menghitung waktu. Kepimpinan PAS menggadai ugama untuk undi, UMNO menggadai bangsa untuk undi dan PKR menggadai negara untuk cita cita dan dendam politik Anwar. Masing2 sudah tidak ada keyakinan kepada bangsa sendiri, sudah tidak ada keyakinan kepada janji Allah dan sudah tidak ada keyakinan kepada diri sendiri lalu menagih dan menyembah kepada musuh ugama dan bangsa.

Rakyat yang menggelar diri mereka bijak juga sekadar jadi kayu api menyokong menyemarakkan lagi kemusnahan bangsa dan ugama. Sudah tidak ada seorang pun pemimpin berbangsa Melayu, pemimpin berugama Islam yang dihormati, disegani, berwibawa di kalangan bangsa sendiri apatah lagi kepada bangsa lain. Tunjuk dan buktikanlah jika ada?

Bolehkah orang Melayu menerima kepimpinan negara ini di tangan bangsa lain, berugama lain tetapi berwibawa? Siapa jika ada?

Apakah wajar PM dipilih dan diundi oleh rakyat seperti pemilihan Presiden Amerika?? Kita tidak memerlukan pemilihan PM oleh rakyat seperti di Mesir atau Libya? Kita tidak perlu PM hasil dari lompat katak? Dan kita tidak perlu PM boneka?

Masadepan Malaysia bergantung kepada seseorang pemimpin yang bukan berbangsa Melayu tetapi berugama Islam untuk memacu negara menjadi harmoni dan maju! Siapa?

Pemimpin Negara Kapir pun belum tentu buat kenyataan seperti itu....

Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan anggota OIC sangat tidak bijak dan tergesa gesa memberi respon berhubung kematian Osama yang senada dengan Amerika. Kenapa begitu?? Apa motifnya?? Dikesalkan kerana perjuangan Osama lebih kepada perjuangan menentang ketidakadilan dan kekejaman dunia terhadap orang Islam dan Negara Islam.


Kematian Osama juga diragukan apabila wajah Osama selepas kematian didapati palsu dan US menghilangkan bukti kematian dengan membuang 'mayat osama' ke dalam laut.

Pengumuman kematian mungkin atas strategi Obama untuk kekal sebagai Presiden bagi penggal kedua kerana itu janjinya untuk menghapuskan Osama semasa kempen penggal pertama.

Apabila keganasan kembali merebak oleh pembela Osama maka US mempunyai sebab untuk menggunakan ketenteraan memasuki negara yang kononnya dituduh pelindung kepada pengganas. Tuduhan yang sama mungkin dibuat ke atas Libya untuk menghalalkan serangan di masa akan datang.



Hishammuddin Hussein as saying he hoped Osama's death would bring about global peace and harmony but warned that international terrorism was not centred on an individual.

“I hope Osama's death will lead to greater peace and harmony in the world, which is our collective responsibility,” he told reporters after attending Semberong Umno's annual delegates' meeting yesterday.

Najib: “The attack on the World Trade Centre masterminded by Osama 10 years ago cannot be accepted by anyone who is civilised and in Islam.

“It should be a lesson that violence will not bring any good but harm and the world has to be aware that violence is not the way,”

Asked if the death would help revive Islam's image, he said Osama, who had been using the faith for his own struggle, had brought a negative perception of the religion.

Sunday, May 1, 2011

Al Fatehah...osama syahid




Jutaan osama sudahpun dilahirkan...

Jika obama menyatakan osama bertanggungjawab ke atas ribuan yang terkorban maka setiap Presiden Amerika juga adalah Pembunuh No.1. WAJIB DIBURU DAN DIBUNUH.


Ada juga rakyat Amerika yang mencerminkan pemimpin mereka menunjukkan sikap barbarian, babirian dengan bersorak, terhegeh menari merayakan kabar berita kematian Osama. Apakah mereka merasa cukup selamat selepas kematian Osama??? Sikap kurang ajar rakyat Amerika ini juga ditegur oleh pihak Vertican.

Dah lama tak dengar pemimpin UMNO bercakap pakai kepala otak...

Dah lama rasanya tak dengar pemimpin UMNO cakap pakai kepaala otak seperti di bawah, kembali kepada perjuangan asal...

Lama sangat dah sebelum ini mereka bercakap pasal nak jaga hati kaum lain, nak adil, nak samarata dan kalau boleh dalam kain pun nak bagi pada kaum lain..hebatnya 1Malaysia.


PAPAR, May 1 (Bernama) -- International Trade and Industry Deputy Minister Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir has suggested initiating an 'Umno scholarship' and establishing an 'Umno College' to project the role of the party in youth development.
He accentuated 'Umno' in both proposed endeavours in order that Bumiputras, in particular, could see and appreciate the party's contributions.

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...