Wednesday, May 25, 2011

Pembangkang sebagai petunjuk yang jelas..

Rata rata rakyat kurang menyokong UMNO dan BN lebih kepada pandangan dan kepercayaan umum dan persepsi UMNO/BN itu rasuah dan kroni, hakikatnya parti lain pun sama malah lebih teruk lagi kalau mahu dikupas.

Lihat PKR dan DAP - parti anak beranak dan menantu. Malah belum beberapa hari memerintah, DAP yang terpalit dengan isu rasuah di Selangor bersebab kematian beng hock belum dapat dijawab dengan meyakinkan hingga hari ini.

Begitu juga dengan pembohongan dan putar belit DAP dalam isu perhimpunan kristian di Pulau Pinang yang masih disiasat polis.

DAP juga dengan jelas membawa isu perkauman di Sarawak kerana terdesak untuk menang di sarawak.

Anwar yang dilibatkan dengan video seks sewajarnya berehat dan berusaha membersihkan dirinya secara serius untuk menjaga nama baik parti.
Azizah dan Nurul selaku Presiden dan Naib Presiden sewajarnya juga bertindak berkecuali dan menyerahkan kepada polis untuk siasatan tetapi sebaliknya berkongsi mempertahankan anwar. Apa sangatlah yang mereka tahu untuk mempertaruhkan masa depan parti dengan menyokong anwar secara membabi buta.

Hanya tinggal beberapa isu biasa dan semasa yang ketara untuk kerajaan atasi seperti permasalahan kenaikan harga barang. Itupun ada pendapat yang menyatakan kenaikan harga barang adalah disengjakan oleh pedagang cina untuk menaikkan kemarahan rakyat kepada kerajaan, ada logiknya? Isu pengangguran dan ketirisan antara beberapa perkara lain utama yang perlu diberi perhatian. Isu besar lebih kepada perpaduan yang menipis di mana 1Malaysia dianggap gagal malah sebaliknya menjadi faktor kepada mengujudkan pula perselisihan baru kerana salah tafsir dan definasi masing2. Satu mekanisme baru perlu dicari, masih belum terlambat.

Kerajaan wajar menjadikan pembangkang sebagai rujukan untuk mengenalpasti isu ketidakpuasan rakyat. Beri perhatian segera dan serius kepada semua permasalahan yang diutarakan oleh pembangkang. Isu isu ini ada kebenarannya apabila dimainkan oleh pembangkang untuk meraih sokongan rakyat dan dalam masa yang sama isu ini membuatkan kerajaan dilihat zalim dan tidak efisien.

Kerajaan hanya perlu mengambil semua pendekatan menyelesaikannya dan jika ada yang tidak dapat diselesaikan segera atau sesuatu yang mustahil dan karut, penjelasan terperinci dan berfakta perlu dibuat supaya rakyat faham.
Tuduhan secara am kepada pembangkang tidak memberi kesan kepada rakyat. Jemput pakar dalam bidang yang relevan untuk membantu kerajaan memberi penerangan. Mereka perlu mengupas semua isu dan jemput pandangan luar serta berdialog mencari titik persamaan dan penyelesaian.
Menteri dan pemimpin jangan terlalu banyak bercakap secara langsung tetapi lebih kepada perlaksanaan mengatasi rungutan rakyat.

Jika kerajaan mengambil tindakan proaktif, segera dan berkesan, lama kelamaan pembangkang sudah kehabisan peluru untuk menyerang dan menyalahkan kerajaan dan rakyat akan menilai dan melihat suara dan rungutan mereka di ambil perhatian dan tindakan.

Jika pembangkang melaungkan soal rasuah, kerajaan patut menjemput dan meminta mereka membuat aduan rasmi dan memberi bukti2..Semuanya mesti telus dan terang. Biar pihak berkuasa membuat siasatan dan tindakan. Parlimen pula memantau semua ini sebagai tanda kerajaan dan semua pihak serius dalam membasmi rasuah. Sikap menafikan secara am oleh kerajaan dilihat sebagai kerajaan bersekongkol dan melindungi pihak tertentu. Tindakan juga wajar dikenakan secara automatik kepada pemberi rasuah jika yang menerima rasuah didapati bersalah oleh mahkamah. Tindakan juga kena di ambil kepada yang membuat tuduhan palsu dan kurang berasas.

Sejauhmana kerajaan dapat memahami situasi ini?!

2 comments:

  1. pandangan yg bernas encik kluangman....

    ReplyDelete
  2. Salam, yg telah berapa banyak aduan di buat rakyat kpd macc ,apa dah jadi ? Semua menjadi bisu, inilah rakyat tak yakin dan tak percaya dgn kerajaan umno ? Pemimpin umno bn yg bukan calang kaya, rumah bah istana, mobil bak berapa biji, mana kerajaan yg mendakwa membawa perubahan yg rakyat tunggu selama ini, bokti yg nyata...semua cakap tak serupa bikin...cukuplha menyalah rakyat, rakyat bukan bododh, raKYAT menilai. ada hati , ada otak untumemikir...tq

    ReplyDelete

6ANGKA