Friday, May 6, 2011
2 langkah awal baikpulih UMNO dan PAS...
Dua langkah segera membaikpulih UMNO dan PAS dikacamata orang Melayu dan Islam untuk mendapat sokongan dan kepercayaan semula. Malahan mana mana parti yang sanggup berubah jauh lebih besar dari itu akan mampu mendapat sokongan besar untuk menjadi parti yang akan mewakili Melayu dan Islam secara total dan yang gagal berubah akan jauh ketinggalan.
1) PAS tanpa Nik Aziz yang perlu berundur secara terhormat.
2) PAS keluar dari Pakatan Pembangkang di semua peringkat.
1) Rosmah tidak ditonjolkan berlebihan dari segi aktiviti dan paparan media.
2) UMNO mengujudkan Mursyidul atau Majlis Ulama bertaraf Senat seperti di Amerika.
Langkah awal ini mampu memberi nafas baru mengubah paradigma untuk dinilai oleh rakyat Melayu dan Islam sebagai keseriusan perubahan yang mahu dubawa oleh kedua dua parti bagi memenuhi selera rakyat.
Lupakan soal penyatuan kedua duanya kerana itu hanya akan berlaku 100 tahun lagi itupun jika kedua dua parti tidak segera mengorban dan mengkuburkan Melayu dan Islam dalam beberapa pilihanraya akan datang.
UMNO perlu mempertingkat kebajikan dan ekonomi di kalangan 1B1M dan PAS perlu melipatgandakan usaha dakwah untuk menarik seramai mungkin penyokong baru yang berugama Islam.
Kaum dan ugama lain harus diberi tempat, kebebasan, galakan seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan bagi menjurangkan prasangka.
Persaolannya bukan mampukah mereka, tetapi mahukah mereka?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
BRIM bagipun berperingkat, slow macam siput babi, amaun ciput, tangguh satu hari ke satu hari, perlancaran belanja ratus ribu setakat n...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
selagi berjuang untuk berkuasa tiada titik pertemuan dapat disimpulkn...idea kluangman amat bernas sekali...persoalan mahukah mereka hanya boleh terjawab setelah generasi lapuk dlm parti2 di atas sudah tiada...
ReplyDelete