Tuesday, May 3, 2011

Siapa Pemimpin Berbangsa Melayu, Berugama Islam, Berwibawa, Diterima Semua?!

Kes Video Seks "hantu raya' Anwar Ibrahim telah berlanjutan begitu lama dan pihak PDRM menjadi kambing hitam kepada Pejabat Peguam Negara dan Kerajaan kerana sampai sekarang belum ada apa apa keputusan yang nyata.

Berapa lama mau siasat? Apakah PDRM Malaysia sudah tidak punya Penyiasat yang berwibawa atau kerana campurtangan politik? Ketua Polis Negara nak 'please' siapa sebenarnya?

Cukup cukuplah Kerajaan dan Pembangkang main politik, itu memang kerja mereka, jangan pula PDRM pun terikut juga - rakyat yang pening.

Hari ini negara bergolak kerana kepimpinan Melayu bercakaran (PKR,UMNO,PAS) sedangkan kaum lain sedang merancang dan menghitung waktu. Kepimpinan PAS menggadai ugama untuk undi, UMNO menggadai bangsa untuk undi dan PKR menggadai negara untuk cita cita dan dendam politik Anwar. Masing2 sudah tidak ada keyakinan kepada bangsa sendiri, sudah tidak ada keyakinan kepada janji Allah dan sudah tidak ada keyakinan kepada diri sendiri lalu menagih dan menyembah kepada musuh ugama dan bangsa.

Rakyat yang menggelar diri mereka bijak juga sekadar jadi kayu api menyokong menyemarakkan lagi kemusnahan bangsa dan ugama. Sudah tidak ada seorang pun pemimpin berbangsa Melayu, pemimpin berugama Islam yang dihormati, disegani, berwibawa di kalangan bangsa sendiri apatah lagi kepada bangsa lain. Tunjuk dan buktikanlah jika ada?

Bolehkah orang Melayu menerima kepimpinan negara ini di tangan bangsa lain, berugama lain tetapi berwibawa? Siapa jika ada?

Apakah wajar PM dipilih dan diundi oleh rakyat seperti pemilihan Presiden Amerika?? Kita tidak memerlukan pemilihan PM oleh rakyat seperti di Mesir atau Libya? Kita tidak perlu PM hasil dari lompat katak? Dan kita tidak perlu PM boneka?

Masadepan Malaysia bergantung kepada seseorang pemimpin yang bukan berbangsa Melayu tetapi berugama Islam untuk memacu negara menjadi harmoni dan maju! Siapa?

No comments:

Post a Comment

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...