Friday, October 7, 2011

Pembangkang tolak kenaikan elaun ahli parlimen...

Pembangkang sewajarnya menolak kenaikan elaun dan kemudahan ahli parlimen seperti yang dicadangkan oleh Najib dalam belanjawan sebagai protes kepada satu belanjawan menggula-gulakan rakyat demi pilihanraya.

Dalam ketika semua pihak dan UMNO bantai Melayu kerana bergantung kepada subsidi tetapi di belanjawan kali ini Najib beri subsidi dan rasuah secara besar2an kepada rakyat termasuk kaum lain?

Kenapa tidak ada peruntukan khas untuk membina banyak lagi mahkamah syariah, tambahan perlantikan hakim mahkamah syariah dan peruntukan yang besar kepada jabatan ugama untuk  melancarkan lagi perlaksanaan hudud sekurang-kurangnya sebagai perauntukan sokongan kepada usaha PAS Kelantan melaksanakannya sebagai permulaan.


“Menyedari tanggungjawab, tugas dan beban kerja ahli-ahli Parlimen yang semakin bertambah dari hari ke hari dan perlunya kita memupuk budaya politik baru bersesuaian dengan program transformasi politik yang saya umumkan baru-baru ini, maka kerajaan dengan bercadang untuk mengkaji semula elaun dan kemudahan ahli-ahli Parlimen sekalian,” katanya ketika membentangkan Bajet 2012 di Parlimen petang ini.

Bagaimanapun kata Najib, “dengan syarat kedua-dua pihak... parti kerajan dan parti pembangkang mestilah seiya sekata bersetuju.”

Kata Najib, elaun baru itu akan berkuat kuasa pada 1 Januari depan.

Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan kadar kenaikan yang hendak dibawa.


Najib Goes After Voters With Fistfuls of Cash in Populist Elections Budget

Malaysia Chronicle
As expected, Prime Minister Najib Razak unveiled a Budget 2012 stashed with cash goodies aimed to lure voters back to the BN fold, but it was immediately shot down not just by opposition but also by financial experts who gawked at his overly rosy economic projections.
In Budget 2012, Najib forecast GDP growth of 5 to 6% while the deficit was to drop to 4.7% from a projected 5.4% in 2011.
“That’s a pretty bullish outlook relative to the street and relative to ourselves as well. We’re looking at 4 per cent this year and 4.2 per cent next year. Second-half growth has to turn up to 5.5 per cent to average even 5 per cent. So that looks a bit optimistic from my view,” Hak Bin Chua from Merrill Lynch Bank of America told Reuters

2 comments:

  1. Kalau pasal pitis siapa mahu tolak abang wooii. Lebih-lebih lagi wakil rakyat kerana mereka hanya bermodalkan air liok saja. Satu penggal pegang jawatan YB dah dapat pencen penuh sampai lingkup. Siapa mahu tolak bila elaun mahu lagi ditambah...pakat-pakat sokonglah weh tak kira YB kerajaan ke YB pembangkang ke pasti..... akan kata OK BOSS.

    Yang kita hamba rakyat ni dapat elaun atau naik gaji 5% hingga 10 % pun cukuplah...LABU......

    ReplyDelete
  2. Rakyat dah dapat, YB pun dapat.. kroni takkan tak dapat? lagi besaq deh...

    Najib sentuh tak pasal rasuah?

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...