Monday, June 2, 2014

" Dyana Bersedia Londehkan Agenda DAP!! "

Di awal perncalonan hinggalah ke tamat keputusan dan sampai sekarang nama dyana terus diperkatakan
dengan pelbagai pujian dan kejian dan di pihak pro dan blogger UMNO disarankan dyana dan keluarga disingkirkan dari UMNO kerana tidak bersyukur, belot dan keji....Ada juga yang menjangkakan dyana akan meninggalkan DAP suatu ketika kelak..

Persaolannya, kalau dia tinggalkan DAP, kemana tempatnya yang terbaik? 

Dyana hanya special jika dia terus berada bersama DAP, kalau setakat kelulusannya, pidatonya, orang seperti Dyana berlambak di Puteri UMNO, malah di puteri MIC dan MCA itu sendiri dan orang seperti dyana tidak akan mendapat tempat pun....
Seperti kata Nurul Izzah kalau dalam PKR, kalau dia dapat jadi tea lady pun kira dah cukup baik...means no class kot.
Atas faktor itulah juga dyana memang dicap boneka dan di peralatkan DAP semata-mata. Ini pun apek Lim tak boleh baca...old class punya mental.

Berbalik kepada pemecatan ibunya dari UMNO? Berbaloi ke...
Siapa Yammy Samat...majistret, lawyer...dia hanya seorang ahli umno yang telah menyumbang baktinya kepada UMNO sebelum ini dialah juga yang seperti kebanyakan orang lain menyebat apa yang UMNO boleh bagi...

Hari ini dia menyokong secara terangan keputusan anaknya yang diberi peluang oleh DAP? Apakah Melayu sokong DAP hari ini sesuatu yang luar biasa..bukankah sokongan dyana kepada DAP sama juga seperti sokongan undi yang DAP dapat dari pegnundi Melayu? 

Bagi dyana dia tidak merasa satu dosa pun sokong DAP kerana ramai ostat lebai yang berserban dan berjanggut pun berpeluk sakan dengan DAP.  Sudah pasti segelintir Melayu yang undi DAP juga terdiri dari ahli UMNO yang memberi undi kepada dyana berdasarkan rasis. Pecatlah semua tu..

Ramai bersetuju dyana di peralatkan DAP atas faktor ketidakmatangannya dan mungkin sokongan ibunya atas faktor materialistik.. 
( kalau terjadi pada you, apa tindakan you, sokong anak ke sokong UMNO? )

Pemecatan biarlah langkah terakhir, apa salahnya MB turun berjumpa, dengar dan pujuk. Apa salahnya Najib turun dan tunjuk prihatin...Najib perlu tunjuk kasih sayang bukan sahaja kepada panda tetapi juga kepada ahlinya.. Masa ni lah tunjuk pemimpin berhemah turun padang..bukankah elok buang yang keroh ambik yang jernih.

Jangan mudah tuding jari sebagai pengkhianat kepada mereka yang tidak berpura-pura sedangkan pengkhianat sebenar adalah pemimpin bertopeng yang masih akitif dan bercita-cita tinggi di dalam UMNO.

Keluarga dyana perlu dibawa masuk ke dalam UMNO untuk melondehkan agenda DAP !!

16 comments:


  1. Tak pecat salah,nanti tak ada telor.Apa kejadahnya sampai nak suruh Najib pujuk.Bengong ke.buka mata sikit,kalau erjadi pada parti sebelah sana belum pun serious baru beri kenyataan akhbar dah pecat,tak heboh pun.Ni dah terang terang lawan parti,nak pujuk lagi.Tak payah nak londehkan agenda DAP melalaui melaun dua orang,parti itu sendiri dah londehkan.Jangan seberangan menuduh tanpa bukti sahih,itu bacul namanya....beri nama.hebahkan melalui blog,lapor pada pihak berkewajipan,telanjangkan segala kesalahan,baru betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hasil dari penyertaan Dyana Sofia sebagai calon DAP dalam pilihanraya Teluk Intan yang baru selesai, ibu kepada Dyana menjadi isu besar kepada UMNO. Ramai dari dalam UMNO mahu Yammy diambil tindakan atau dipecat dari keahliannya dari UMNO. Yammy dituduh berkempen habis-habisan untuk anaknya calon DAP itu dan kata mereka (UMNO) Yammy patut dipecat dari parti kerana dikatakan sebagai ahli yang tidak setia kepada UMNO itu.

      Saya berpendapat kita wajar memberikan definasi ‘setia’ itu dahulu. Kita mesti memahami apakah dia yang dikatakan kesetiaan kepada UMNO itu sebelum kita menuduh Yammy sebagai tidak setia kepada parti.

      Bagi saya jika seseorang itu setia kepada parti ia perlu menjaga kebersihan perjuangan parti itu. Bagi saya seseorang ahli atau pemimpin UMNO yang rasuah dan salah menggunakan kuasa itu juga adalah ahli atau pemimpin yang tidak setia. Seseorang yang setia tidak akan melakukan rasuah dan menyalah gunakan kuasa. Seseorang yang setia kepada parti tidak akan membunuh partinya seperti yang berlaku kepada UMNO itu pada tahun 1988 dahulu.

      Bagaimana kita hendak menganggap setia kepada UMNO itu jika mereka berunding untuk membunuh parti itu dan menggantikannya dengan parti yang baru? Yang lebih mengelirukan parti yang baru itu menggunakan nama parti yang dibunuhnya. Katakan kepada saya, setiakah pemimpin yang saya maksudkan ini?

      Yammy tidak ada rekod meminta UMNO asal itu dibunuh, malahan beliau telah bertungkus lumus bersama saya semasa UMNO terbunuh itu untuk menghidupkan UMNO asal itu. Kami telah meminta rakyat menyokong Semangat 46 yang menjanjikan untuk menghidupkan UMNO asal itu jika mendapat mandat rakyat. Tetapi rakyat dikelirukan maka parti Semangat 46 tidak berjaya untuk memenangi pilihanraya 1990 dahulu untuk menghidupkan UMNO yang dibunuh oleh mereka yang mengaku setia kepada parti itu.

      Maka wujudlah parti baru yang juga diberikan nama UMNO dan terus memerintah negara sehingga hari ini. Sejak itu rasuah berluas-luasa dilakukan oleh pimpinan UMNO yang kini menuduh Yammy Samat sebagai tidak setia. Kita tahu jika pemimpin UMNO itu rasuah maka itu merupakan tindakan ‘insubordination’ terhadap UMNO kerana UMNO ditubuhkan untuk melaksanakan pentadbiran negara yang baik pada asalnya.

      Bagi saya apa sahaja tindakan yang menghasilkan beliau menjadi seperti hari ini adalah disebabkan beliau setia kepada UMNO dan menentang segala kemungkaran politik dan ekonomi yang dilakukan oleh pimpinan-pimpinan UMNO hari ini.

      Saya hendak memetik kata-kata Dr Mahathir yang mengkritik Yammy tidak mendidik anaknya untuk setia kepada UMNO. Dr Mahathir telah meminta semua orang memberikan cerita dan sejarah tentang perjuangan UMNO. Sebenarnya Yammy yang saya kenali begitu rapat, telah melakukan apa yang diminta oleh Dr Mahathir itu. Hasilnya apabila anaknya Dyana mengetahui segala cerita yang diceritakan oleh ibunya, maka anaknya mengambil tindakan menyertai DAP kerana Dyana tahu bagaimana parti UMNO itu dibunuh dan digantikan dengan parti baru yang senama dengan UMNO yang dibunuh itu.

      Lagi ramai orang mendengar nasihat Dr Mahathir untuk memberikan cerita sebenarnya tentang UMNO itu saya rasa lebih ramai anak-anak muda akan meninggalkan UMNO itu kerana mereka tahu cerita sebenarnya tentang kekotoran yang dilakukan oleh pimpinan UMNO itu.









      Delete

    2. Saya bersetuju dengan nasihat Dr Mahathir itu dengan memberikan segala cerita perjuangan UMNO itu terutamanya bagaimana UMNO itu dibunuh dan sebagainya. Tetapi Dr Mahathir jangan menyalahkan mereka meninggalkan UMNO itu kerana mereka terlalu marah dengan apa yang dilakukan oleh pimpinan UMNO seperti Dr Mahathir membunuh parti itu. Mahathir sepatutnya meminta ahli-ahli UMNO untuk tidak bercakap tentang sejarah UMNO itu kerana jika diceritakan sejarahnya bagaimana hendak mengelak dari menceritakan bagaimana UMNO itu dibunuh oleh beliau?

      Bagi saya, saya menulis posting ini untuk mempertahankan Yammy Samat dari tuduhan jahat setengah pihak dalam UMNO itu. Sesungguhnya Yammy lebih setia kepada UMNO jika dibandingkan dengan Dr Mahathir, Najib atau pun Muhyidin Yassin serta pemimpin lain dalam UMNO itu.

      Yammy tidak pernah mengambil wang kerajaan beratus juta ringgit untuk membela lembu yang akhirnya wang-wang tersebut digunakan untuk membeli kondominium mewah di merata negara dirantau ini.

      Yammy tidak pernah menggunakan wang rakyat berbillion ringgit untuk menyelamatkan perniagaan anaknya. Yammy tidak pernah terlibat dengan seks luar tabii dan tidak pernah membeli sebentuk cincin dengan harga puluhan juta ringgit.

      Bagi saya apa yang berlaku kepada UMNO sekarang ini adalah kerana pemimpin-pemimpin dan ahli serta kroni yang tidak setia kepada parti, malahan mereka adalah makhluk perosak yang telah menjahanamkan UMNO itu sejak tiga dekad yang lalu.

      Itu sebabnya saya selalu mencadangkan supaya UMNO memilih untuk mencari imej baru dengan meminta seluruh anggota majlis teringgi parti itu meletakkan jawatan dan memberikan kepada seorang pemimpin yang boleh dan berkemampuan untuk membawa imej dan aura baru kepada parti itu.

      Bak kata Tengku Razaleigh Hamzah jika Almarhum YTM Tunku masih hidup beliau akan membidas semua ahli politik negara kini, baik dari kerajaan mahu pun dari pembangkang.

      Sesungguhnya kita memerlukan seorang yang berpengalaman untuk membawa perubahan baru kepada sistem politik yang sekarang ini sudah reput dan akan pecah tidak berapa lama lagi. Keperluan ini adalah ‘urgent’ dan tidak boleh berlengah lagi.

      Jika perlu TR keluar untuk melakukan pembersihan kepada politik kotor yang ada pada hari ini, lakukanlah sekarang. Bagi saya TR lebih ‘magnanimous’ dari banyak pimpinan yang lain dan itu merupakan ‘attribute’ yang sangat diperlukan untuk mencapai matlamat dan ‘ultimate’ negara, iaitu untuk mencapai perpaduan kaum dengan kerajaan yang lebih bersih dari apa yang kita saksikan hari ini.

      Delete
    3. Who is Tunku? Who is TR? - Pendapat mereka relaven masa lalu tetapi bukan sekarang. TR jenis pemimpin yang mengharapkan bola bergolek ke kaki.
      Gunakan otak sendiri, sekarang dan masa hadapan untuk menghadapi situasi yang ada.

      Delete
  2. biarkan dia & mak dia si yummy tu lingkop.. jangan diberi muka!

    ReplyDelete
  3. Masa zaman Kesultanan Melaka dulu, hukuman pengkhianat cukup berat sampai kan rumah tempat tinggal pengkhianat tu dan tanah2 kat bawah tu semuanya dikorek dan dubuang kedalam laut lopas. Aku cop depa yang sokong DAPpigs tu pengkhianat melayu dan kalau tak silap ad lobih kurang 10,000-20,000 pengkhianat Melayu dalam DAPpigs tu. Jadi, tak payah lah buang maa nak layan si Gundik LK Sial dan Mak dia ni. Banyak perkara lain yang patu kita buat macam nak satukan balik bangsa Melayu dan Islam ni yang dah terpecah, nak lawan geng2 LGBT, nak patahkan fitnah siPeliwat dan Gay Tua tu, nak patahkan fitnah keluarga puaka si Gay Tua tu dan macam2 lagilah. Sigundik LK Sial dan mak dia can go fly kite.....

    ReplyDelete
  4. apa punya ideapun aku tak tahu. sekapal tapi tak sehaluan heh? besar mana si yammy samat dan anaknya dyana sofya ni sampai mintak najib turun pujuk? dorang dah kalah, kalahlah. apa jadah nak londeh2. susah sangatkah nak tahu agenda dap ni. tunku aziz dah banyak membebel pasal dap. cukup la tu. berapa banyak yammy samat sebat semasa aktif dalam umno, aleh-aleh bila dah nampak jelas khianat parti, lagi mau pujuk? pecat dari keahlian parti je, bukan suruh bunuhpun!!! si yammy samat dan keluarganya masih boleh terus hidup macam biasa sambil menghabiskan sisa2 kekayaan yang dia sebat melalui umno. okey?

    ReplyDelete
  5. GO TO HELL LAH DUA EKOK NI , DAH KAYA DGN UMNO
    THEN TENTANG , MEMENG ADA YG MELAYU PANGKAH DAP ,MUNKIN MELAYU NI SUKA GAMBAR ROCKET ,,, TAPI TAKLAH HINGGA JADI CALON PD DAP
    INI SATU PENGHINAAN PADA BANGSA MELAYU
    APA MEREKA NI BUKAN 100% DARAH MELAYU KOT,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
    AKU ANGGAP PENGKHIANAT BANGSA

    ReplyDelete
  6. Kenapa ramai sangat tunjuk garang kpd anak beranak ni...ikan bilis boleh le, apahal isu loan bank rakyat deepak...ada ko orang siang malam kejar hassan malek..tak berani sebab dia menteri, kroni najib?

    ReplyDelete
  7. Dah lapor kepada SPRM dah ,dan mereka kata tiada kes.Itu lah asyik baca Haramkah dan Keldaian Daily aja,kan dah jadi sewel.Tapi akan dijawab nanti SPRM alat UMNO...kan..kan..kan.Tak dapat nak tolong dah.

    ReplyDelete
  8. Tiada dkes atau kes ditiadakan? Cepatnya SPRM siasat dan jawab..

    ReplyDelete
  9. Lambat bising, cepatpun bising. Gini je beb, pg esok pakat pegi bank rakyat buat pinjaman tanpa faedah dalam 3-4 juta. Cakap jer hasan malek izinkan.

    ReplyDelete
  10. Biasalah perangai Cai ni tak akan terima hujah orang lain,Betul tu Usin,pergi sendiri ke Bank atau SPRM apa sebab tidak ada kes......Hairan juga apasal dia tak tanya Rafizi Ramli,kes macam ni minat no1 dia,Kalau betul ada kes dah seluruh dunia RR bunyi trumpet.

    ReplyDelete
  11. Jangan marah sangat pada Dyana,Mike Tayson lebih besar dosanya dari Dyana,lebih banyak songlapnya sampai tak pandaai kira wang yg di bawa masuk ke Australia,tapk pandai bahasa Inggeris pulak tu tapi wang banyak.Hantamlah cukup cukup tua kutok tu,dah nak mampus muka dah tak laku dalm Umno baru lawan Umno.Itu lagi sial.

    ReplyDelete
  12. Chua diampun, dyana dikutuk !!!

    ReplyDelete
  13. Siapa yang mengampunkan Chua. Cai jawab sikit......Bengong cakap berbelit,orang cakap lain dia cakap lain.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...