Tuesday, June 3, 2014

Melayu malaysian dan liberal sedang menguasai..

Di bawah adalah sebahagian petikan airtikel yang diubahsuai tanpa menghilangkan maksud sebenar. Satu pemikiran untuk menyatakan Melayu ke depan dalam soal keterbukaan ke arah satu bangsa. Berlaku konflik di antara realiti dan harapan tersebut terutama berhubung apakah mereka yang lain juga ikhlas atau sebenarnya agenda mereka hampir sama tetapi apabila sampai masanya 'melayu' dijadikan korban atau dengan sendirinya tertinggal. 

Satu bangsa adakah menepati 'social justice' dan menikmati kek yang adil.

Setakat mana Melayu terjamin atas dasar dilindungi Perlembagaan dan atas faktaor majoriti.

BERFIKIRAN SEBAGAI BANGSA MALAYSIA

Orang Melayu bersedia berfikiran sebagai satu bangsa Malaysia secara rasional dalam hal ini kerana mereka sedar kedudukan dan kepetingan mereka sudah dijamin oleh undang2 dan oleh majoriti Melayu itu sendiri.
                                   
Orang melayu sedar – terdapat banyak safeguards menjaga kepentingan mereka- struktur kerajaan , Sultan dan Raja-Raja Melayu, struktur pentadbiran kampung, dan sebagainya.


Adanya jaminan2 ini, menyebabkan Melayu sudah berani melakukan perubahan fikiran.

Mana-mana pihak atau parti boleh menerangkan kepada orang Melayu- datanglah apa sahaja, kepentingan mereka tetap terjamin. Kenapa? Sebab ada peruntukan perlembagaan dan undang2, kerajaan yang dimonopoli oleh orang Melayu, pegawai kerajaan, polis, tentera, pengarah2 jabatan, hampir semua nya didominasi oleh Melayu. Dalam keadaan begini, bagaimana kepentingan Melayu terancam? Semua levers kuasa di pegang oleh Melayu.

Melayu adalah 60% penduduk negara ini, bagaimana 60% boleh digugat oleh jumlah yang kecil? Cina kalau bergabung semua hanya 24% penduduk negara ini- bagaimana mereka menakluk orang Melayu?
Dalam keadaan demikian, orang Melayu lah yang merupakan bangsa yang receptive dan bersedia untuk mengubah sikap politik mereka.
Maka nyatalah, segala ancaman  terhadap orang Melayu hanya ciptaan UMNO untuk kekal berkuasa.


12 comments:

  1. hanya ciptaan UMNO? tak baca ke artikel kajian universiti berkenaan pengambilan kerja dari segi bangsa..tak perasan selain dari UMNO masing2 cuba nak jejaskan segala yg termaktub dalam perlembagaan. Keselesaan kerana jaminan dalam perlembagaan kerana ada yg berusaha memeliharanya..jgn ambil sambil lewa..jangan ambil mudah..sesuatu yg tak dijaga dengan baik, ianya akan musnah

    ReplyDelete
  2. Malangnya ada segelintir Melayu yang tak tahu bersyukur dan mengenang budi yang bersengkokol dengan Bangsa lain mengancam hak hak Melayu yang telah tercatit di dalam Perlamnbagaan.Saya kuarang faham apa saja yang mendatangkan keburukkan kepada negara atau bangsa selalunya semua salahkan dan ada kaitan dengan UMNO.Malah DAP kalah di Tk Intan Tokong tu salahkan UMNO.Terok atau buruk ke sangat UMNO ini.Saya tidak faham.Salam

    ReplyDelete
  3. "Mana-mana pihak atau parti boleh menerangkan kepada orang Melayu- datanglah apa sahaja, kepentingan mereka tetap terjamin. Kenapa? Sebab ada peruntukan perlembagaan dan undang2, kerajaan yang dimonopoli oleh orang Melayu, pegawai kerajaan, polis, tentera, pengarah2 jabatan, hampir semua nya didominasi oleh Melayu. Dalam keadaan begini, bagaimana kepentingan Melayu terancam? Semua levers kuasa di pegang oleh Melayu"

    SAYA TAHU DI MANA PETIKAN INI DI AMBIL, IA DILAFAZKAN OLEH PEMIMPIN MELAYU DAP..INILAH RACUN UNTUK ORANG MELAYU, DIBUNGKUS CANTIK SEPERTI UBAT DAN GULA-GULA.

    ReplyDelete
  4. saudara pengarang
    anda sebenarnya berkiblat kemana?.....sungguh dukacita...apakah tembelang mulai terburai??

    ReplyDelete
  5. Nak tanya sikit....kalau musibat melanda Tanah Melayu ni teruk yang teramat teruk sehingga tak boleh diduduki lagi, seolah olah telah dijatuhi bom nuklear......apa akan berlaku....

    Senang la, orang India boleh balik India. Tentu diterima. Orang cina nak ke mana kalau tak balik ke Tanah besar atau pun jajahan baru mereka, Singapura(Singapore).

    Orang Melayu nak ke mana????????? Kita dah takde Tanah lain.....Tolong buka mata!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kena bom nuklear, semua tak kemana, semua dah mampus...yang tinggal hanya cina sebab mereka dah sediakan terowong. Melayu ada?

      Delete
  6. kena bezakan antara petikan dan pendapat saya, terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Melayu besedia berfikiran sebagai satu bangsa Malaysia....' Kalau satu bangsa Malaysia ,ertinya setiap org di beri peluang yg sama ,bersaing diatas padang yg sama rata.Alahai Melayu cerminlah diri dulu,mampukah Melayu menghadapi cabaran kalau sistem meritokrasi di laksanakan dalam setiap bidang kehidupan.!0% dari pada Melayu mungkin mamp[u bersaing,90% lagi 'bungkus'.Yang mampu bersaing 10% tu pun bukan dapat tempat macam sekarang,tapi jauh kebawah.Kalau ada Melayu yg kata mereka boleh,itu adalah individu yg hanya memntingkan diri sendiri,tidak memandang Melayu terbanyak..Untuk permulaan nya saya cabar Meloayu Pas,Melayu PKR minta mereka di pertimbangkan secara bersam dgn bangsa lain dalam permohonan utk ke IPTA tahun ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. anon 18:00... itu bukan cabaran, itu saranan yang nak hancaurkan Melayu.

      Delete
  8. Melayu adalah 60% penduduk negara ini,bagaimana 60% boleh di gugat oleh jumlah yg kecil?...Ini satu lagi pandangan yg tak menunjukan penulisnya seorang Melayu yg mampu bersaing,terlalu simple dan tak masak.kalau pandangan begini di anggap sebagai satu pandang bernas dan perlu di beri perhatian ... ertinya kita pun 2X5 saja dengan yg memberi idea,tak matang.Sekarang pun kita dah dapat lihat siapa menguasai siapa dalam kebanyakan bidang.Buta ke?.

    ReplyDelete
  9. Tahukah kamu ? sebenarnya orang kafir itu benci kepada siapa ?. Lagi banyak orang UMNO dan Orang PAS itu bermusuh dan bergaduh, lagi banyaklah mereka itu suka. kerana apa ?. kerana... kedua-dua ( UMNO dan PAS ) itu adalah dari satu bangsa dan agama yang sama !. Kamu ingat mereka itu sukakan kamu ?. Apakah jika kamu ( orang PAS dan Orang Umno ) bersatu, Apakah mereka ( Kafir ) itu tidak merasa takut ? Kenapa mereka akan rasa takut dan bimbang ?. Apakah kamu akan diperalat dan jadi bodoh untuk selama-lamanya, kerana atas dasar kepentingan politik dan nafsu dunia yang Allah pinjamkan hanya sekajap ini ?. Muhasabahlah... susungguhnya azab Allah sangat pedih. Kekayaan dan kemenangan politik serta kehebatan nafsu kamu di dunia ini tidak akan dapat dibayar @ ditukar ganti dengan azab Allah di Neraka.

    ReplyDelete
  10. Persoalan di atas harus ditujukan pada Melayu PKR dan PAS......agakx apa jawab mereka.

    ReplyDelete