Saturday, August 23, 2014

UMNO Kalau tambah tak senonoh..yang benci jadi meluat

Agak keberatan untuk menyentuh isu Hari Berkabung 22ogos MH17, ini takut disalahtafsir atau
menyinggung waris-waris mangsa MH17 kerana mereka tidak bersalah dan  bukan dipihak yg patut dipertikaikan sama sekali.

Tetapi sejak pujian melambung ke atas najib kerana  boleh bercakap dengan ketua pemberontak ukraine pro russia dalam kes MH17...maka ia sudah mula diambil kesempatan oleh kerajaan tanpa tentu arah, over.....pemergian beberapa menteri termasuk zahed dan KPN serta AG sudah masuk tidak logik dan aksi berlebihan.....lepas tu the worst Najib ke Belanda dan kemudiannya hilang bercuti..... sedih lepas tu gembira hingga lupa dunia - percutian mewah gilerrrr...

Balik Malaysia..Najib buat muka sedih semula, penghormatan negara, bendera separuh tiang pada mangsa kemalangan ?????????????

Untuk apa semua ini??? Tidakkah ia agak "over" untuk kes itu, Ini peradaban mana? Ini yang dituntut Islam ? bertafakur? Siapa punya idea? begitu banyak masa, tenaga dan kos terbuang...


Penghormatan negara dan bendera separuh tiang hanya wajar diberi kepada
#Seorang Perdana Menteri yang mati ketika sedang bertugas, kalau tengah berpoya poya pun tak layak juga, kalau mantan pun tak perlu juga terutama yang serabai mcm paklah.
#Kepada Sultan dan Raja Melayu dan
#Kepada Tentera yang mati di medan perang...

Selain dari itu, rasanya belum cukup layak.
Kalau penang meroyan ketum bagi state funeral pada karpal - janganlah ikut sama mabuk ketum, jangan direndahkan status state funeral itu sendiri, jangan diikut kerja songsang tu...

najib jangan cuba gunakan tragedi untuk simpati, jangan kononnya inilah perpaduan dan lebih penting mh17 tidak mampu memadamkan ketidakpercayaan rakyat kepada kerajaan atas kehilangan mh370.


Jika Najib and the gang ingin mendapat credit atas semua itu secara berlebihan, ia hanya backfire...ini bukan era Mahathir...ini era Najib..era rakyat sayang umno tinggal sedikit, sudah ada benci umno, janganlah buat tak senonoh, rakyat makin benci...meluat.




# diberitakan media arus perdana mula memboikot mahathir. !!!