Monday, November 17, 2014

Hikmah MH370 dan MH17 sudah nampak...

Setiap harga tiket MAS termasuk bayar arak

17 November 2014.

KUALA LUMPUR:Dewan Rakyat minggu lalu dikejutkan dengan pemakluman bahawa harga setiap tiket yang dibeli penumpang adalah termasuk dengan kos hidangan yang disediakan dalam peswat MAS termasuk arak.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Abdul Aziz Kaprawi sebagai menjawab soalan Khalid Abdul
Samad (PAS-Shah Alam) yang bertanyakan sama ada minuman keras diberi secara percuma atau sebaliknya.

"Tuan Pengerusi, memang apabila kita membeli tiket kapal terbang, maka ia termasuk dengan hidangan yang disediakan dalam kapal terbang," katanya.

Jawapan itu mengundang satu lagi kekhuatiran daripada Khalid yang mendakwa ia bermakna setiap orang yang membeli tiket MAS adalah bersubahat menyumbang kepada kos hidangan arak, sekalipun tidak meminumnya.

"Jadi maknanya tiket yang saya beli saya subsidikan air arak untuk orang. Ini yang tidak betul ini. 

"Saya rasa kebanyakan daripada syarikat-syarikat penerbangan antarabangsa kalau ada penumpang yang hendak minta arak ini pun kena bayar. Kalau tidak, akhirnya sama ada kita sedar atau tidak, kita bersubahat," katanya.

Kuasa menteri

Dalam pada itu Mohamed Hanipa bin Maidin (PAS-Sepang) mendakwa isu hidangan arak ini adalah lebih kepada kuasa menteri.

Menurutnya, jika menteri boleh memberi arahan dan kata putus, ia boleh diselesaikan dengan mudah.

"Saya rasa dari segi isu menghidang arak ini, dia lebih kepada kuasa Menteri. Menteri ada kuasa. Kalau Menteri boleh bagi arahan, saya rasa tidak ada masalah. 

"Saya mendengar jawapan Menteri ini, kita makin takut. Kita ingat selama ini tiket itu tidak ada kena-mengena dengan pembelian arak.

"Yang Berhormat Menteri menyebabkan orang Islam yang mendengar jawapan itu menjadi takut hendak naik MAS lagi dah. Maknanya kita ada saham pula. Selama ini kita tak jangka benda macam ini berlaku," katanya.

Abdul Aziz bagaimanapun berkata MAS sedang dalam proses penstrukturan semula dan akan membuat model perniagaan baharu yang mungkin akan menukar sistem sedia ada yang dipertikai itu.

Terdahulu, isu pakaian menutup aurat oleh pramugari dan hidangan arak di dalam pesawat MAS dibangkitkan oleh Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Bachok) ketika membahaskan Bajet 2015 peringkat Kementerian Pengangkutan.

Marzuk meluahkan kekecewaan terhadap jawapan pihak kementerian yang mendakwa hidangan alkohol dalam pesawat sebagai meraikan kepelbagaian pelanggan dan kehendak pelanggan antarabangsa.

"Kalaulah ini sebagai hujahnya, maka apa akan jadi kepada orang yang duduk di sebelah penumpang yang minum minuman keras yang akhirnya mabuk dan mengganggu penumpang sebelah yang tidak minum minuman keras. 

"Kita bukan hendak menafikan privasi penumpangpenumpang non Muslim yang menaiki pesawat-pesawat antarabangsa ini. Akan tetapi kalaulah privasi mereka diutamakan, bagaimana pula dengan privasi kita?" soal beliau. 

Pandangan oleh ahli-ahli parlimen PAS itu turut disokong aleh ahli-ahli parlimen Umno termasuk Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis), Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub (BN-Machang) dan Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah).

Kesemua mereka bersetuju agar hidangan arak dihentikan dan pakaian pramugari ditetapkan supaya menutup aurat.

Timbalan Menteri, Datuk Ab. Aziz Kaprawi dalam penggulungannya berkata beliau akan mengambil maklum akan perkara-perkara yang dibangkitkan termasuk tiket yang siap dengan makanan yang sudah lama diamalkan.

"Maka sebab itu saya yakin dengan penstrukturan MAS nanti, ia akan membuat pendekatan new business model yang lebih rapi dan lebih Islamik," katanya.

Berikut adalah petikan perbahasan 11 Nov 2014 mengikut penyata rasmi (Hansard) parlimen.

Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Adakah benar bahawa minuman-minuman keras ini dibekalkan secara percuma?

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi: Tuan Pengerusi, memang apabila kita membeli tiket kapal terbang, maka ia termasuk dengan hidangan yang disediakan dalam kapal terbang.

Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Jadi maknanya tiket yang saya beli saya subsidikan air arak untuk orang. ........

6 comments:

  1. Selama ini menteri ada mulut tp zip org lain pegang kot. Nk habaq bagi, yg kemaruk nk mabuk2 dlm flight ni bukan org eropah dan bukan muslim. Dorang heran apa, kt dapur dorang belambak berpeti-peti arak. Yg teringin sgt ada benda mabuk dlm flight ni ialah muslim yg beragama Islam masa atas darat je....

    ReplyDelete
  2. Arak di jual dalam mas sebab Nak jaga hati cina....maklumlah cina kan bangsa turun Dari langit mengikut pandangan pemimpin bangsat umno!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. Balik-balik orang Islam jugak yang kena beralah pada orang kafir.

    ReplyDelete
  4. Ini dasar menjilat kafir terutama org putih dan Cina.
    Pemimpin Melayu UMNO jiwa tak merdeka
    Takut kafir cina dan orang putih tak naik MAS sebab takdak arak?
    takut MAS rugi sebab kafir tak naik maka arak dihidangkan?
    Merdekakah pemimpin Melayu UMNO?

    Mereka tak yakin dgn Allah, jiwa dijajah oleh Mat Saleh.. nak untung MAS kena tarik dengan arak?
    Nah sekali Allah SWt tunjuk MAS rugi bertingkat2.. xde maruah punya pentadbir MAS dan Menteri Melayu..

    tapi aku juga hairan macam mana Munafik PAS jadian- Khalid Gereja boleh risau pulak soal arak?
    Sbb bgnya kilang arak besar di Selangor satu industri yg perlu disokong kukuh.
    Malah anjing arak dan babi itu soal remeh..
    tp munafik Khalid ni bila ada ruang yg boleh cari pasal dgn UMNO.. xkira sama ada betul atau salah maka ruang ini mesti digunakan sepenuhnya

    Kesimpulannya rakyat dibodohkan oleh org2 Politik.. dari PAS dan UMNO.
    Bab hukum Agama ni hanya celah kelangkang mereka.. terutama PAS. Mana kala UMNO pulak menterinya sgt taut dgn CINA.. walaupun CINA makan BABI dan KENCING BERAK TAK BASUH, tanpa mereka MENTERI UMNO terutama NAJIB rasa hilang kekuatan dan semangat

    Itulah senario politik Melayu Malaysia.. tipu menipu.. munafik dan rakyat pun turut sama.

    MAS sebagai company milik Malaysia yg kunun negara Islam.. menteri xboleh pikir ke hukum apa?

    ReplyDelete
  5. Termasuk juga Khalid & Mujahid yg menjilat bontot LGE tanpa dibayar..

    ReplyDelete
  6. Laaaa….baru tau ka..? Chockelat, goodies,cenderati,toilet paper,kacang putih, ayak oren, ingat dapat free ka..?

    Brader.., other Airlines "ONE WORLD" pun charge juga daaaa….

    Tu sebab tiket AA murah tapi HIDDED COST dia lebih kurang Jee,kekadang lagi mahal..!
    Pilihan KU tetap MAS..! aku bayaq duit arak,aku tak minum. Minum oren atau apple jus. kalau nak kata subahat.? kata lah…
    Dulu aku naik A.Asia asyik dok maki hamun kat 'pelayan gedik' dan dok jamu mata. Itu pun dosa juga.. ini dah SAH.
    Kalau aku pi 'OVER THE SEA' Aku naik MAS,Cathay Pacific,Thai Airway atau KLM tapi A.Asia MAAF..!!!

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...