Tuesday, November 11, 2014

Isu JPJ bertebaran.. Najib oh Najib


Di bawah antara luahan rakyat yang bertebaran di media maya. Samada betul atau tidak luahan itu, persaolannya itulah yang sudah ada di kepala majoriti rakyat yang bagaimana mahu diurus dan dibendung.

Lebih malang kalau ada menteti atau pemimpin pula membuat statement bodoh.

Kejadian merosakan kenderaan JPJ dan menebalikannya di satu kawasan kaum India sangat keterlaluan walau apapun alasannya. Ia akan menjadi wabak yang akan diambil kesempatan oleh pemimpin politik yang sedang desperate.


ISU SEMASA - PEMERIKSAAN JPJ :

Apabila rakyat dah marah, kemarahan terhadap parti memerintah lebih meluap2. Tindakan ini hanya merugikan orang melayu, dan boleh menjejaskan pentadbiran negara ini menjelang PRU 14.

Apakah ini TIDAK DAPAT di fikirkan oleh YB2 Menteri, termasuk lah YAB PM / YAB2.. Di tambah lagi dengan kenyataan bodoh pegawai JPJ, sehingga meramalkan angka kematian.

Nampak sangat pentadbiran negara sekarang ini TIADA KUALITI. Pendekatan sebaiknya 3M - MENDIDIK, MENASIHAT DAN MENCEGAH.

Contoh cermin gelap yang di bawa masuk dari luar negara (kereta recond), sepatutnya JPJ sebelum mengeluarkan roadtax pada pendaftaran pertama kenderaan,

MENSYARATKAN PUSPAKOM mengeluarkan pengesahan, yang satu salinan akan di simpan oleh pemilek kereta, dan BOLEH MENGELUARKAN SAMAN, jika ianya di ubahsuai MELEBIHI daripada kelulusan tersebut ( Jika perlu, laporan bergambar).

Isu plet number, PUSPAKOM / JPJ yang bekalkan semasa pendaftaran kenderaan (pelbagai kaedah - Mengenalpasti kedai2 yang mengikut spesifikasi JPJ, salah satu cara).

Cogankata KEPEMIPINAN MELALUI TELADAN juga tidak di pratikkan, apabila ada pihak VVIP / VIP / YAB / YB / Agensi Kerajaan, juga TIDAK MEMATUHI UNDANG2 yang telah di tetapkan.Perkara perlu DI BENDUNG daripada peringkat AWAL, bukannya dah HUJUNG2, yang membuat masyarakat MARAH, dan akhirnya KERAJAAN MEMERINTAH yang menjadi MANGSA. Pemimpin MASYARAKAT / YAB / YB, FIKIR2KAN LAH. PRU 14 PUN DAH TAK LAMA LAGI DAH !!!!

9 comments:

  1. Tuan, berkenaan dgn cermin gelap pada kenderaan import, sebenarnya puspakom telah menjalankan pemeriksaan yg wajar. Apa yg berlaku, sebelum ke puspakom ...dealer kereta terpakai terlebih dahulu menukar cermin gelap kepada cermin cerah ...lepas, balik kedai ... dia tanya owner kereta samada mau cermin gelap balik atau cermin cerah. Owner macam biasalah ... mau gelap punya. So. JPJ dan PUSPAKOM tak salah dalam hal ini.

    Sama juga dgn plet nombor ...semua owner yg punya hal ...saja mau tukar kasi cantik . Dealer sudah bagi yg standard punya ...tapi owner gi tukar juga ikut suka mereka.

    Sekarang, bila pihak penguatkuasa mau kasi kuat kuasa undang-undang .... inilah yg berlaku ....

    ReplyDelete
  2. penguatkuasaan oleh jpj, malangnya kp jpj sendiri lupa nak ikut spesifikasi sebagaimana yang dikuatkuasakan kepada orang awam. habis camane? orang awam kena ikut, kp jpj dan staf2 jpj tak ikut, mau orang tak mengamuk? kepimpinan melalui teladan kena ikut la bro. (ini ayat sabar ni, kalau ikut hati, kena maki hamun la jpj & kroni).

    ReplyDelete
  3. apa shj kelam kelibut ni adalah berpunca dari wang@duit@pitih, bila kena saman kat JPJ kena settle dgn wang. So bila ada lompang dlm penguatkuasaan atau peraturan maupun cara dikuatkuasaan maka mudah di ekploitasi/ dijadikan alasan utk menentang/melawan balik. Dlm pada itu kita mengharapkan integriti pihak berwajib kita juga mesti ada kejujuran dlm mengikut undang2 barulah aman dan bertamadunnya negara kita@negara maju. Kalu tidak anarki selalu mengintai masuk kedlm segenap kehidupan kita, lalu akhirnya jadi arang atau abu. Setengah org ckp biarlah jadi arang atau abu asalkan puas@klimaks aku.

    ReplyDelete
  4. Jabatan ini sepatutnya dah terima siasatan SPRM sepertimana Jabatan Kastam baru-baru ini.
    Kalau tak, boleh sembang sajalah nak buat itu dan ini.
    Hakikatnya habuk pun tarak.....
    Ingat! Rasuah boleh berlaku dimana-mana.....
    Lagi banyak undang-undang dan peraturan, lagi lebat rasuah berlaku.....

    ReplyDelete
  5. Biasalah manusia menoleh kesalahan orang lain kesalahan diri sendiri tak nampak.misalnya pemakaian talipinggang keselamatan dan topi keledar untuk motosikal.ramai penunggang dan pemboceng serta pengguna kenderaan tak pakai pada hal pemakaian ini demi keselamatan diri sendiri tak perlu pun JPJ/Polis kuatkuasa tapi bila kena saman JPJ/Polis dipersalahkan.pasal cermingelap ketelusan cahaya 70% cermin depan,50% cermin sisi depan dan 30% cermin sisi belakang.JPJ/Polis perlu menguatkuasa dan menguji % ketelusan cahaya ini mungkin memberi peluang dan ruang bagi sebilangan kecil penguatkuasa 'dirasuah' sekiranya melebihi % ketelusan cahaya.di pasaran terdapat kaca biasa(clear glass) yang tidak boleh ditembusi cahaya jadi sebab-sebab kesihatan tak relevan lagi.dari segi keselamatan sepatutnya diberi kelulusan kepada YDPAgong/Permaisuri Agong,DDYM Sultan,YDPBesar,TYT,Hakim-Hakim,kenderaan PDRM,ATM,KDRM,JPJ,JIM dll agensi penguatkuasaan sahaja.orang-orang korporat boleh pakai cermin kalis (bukan gelap)peluru.Oleh itu,selain daripada mereka yang berjawatan kerajaan tidak boleh menggunakan kenderaan bercermin gelap.jadi tak perlu kuatkuasa cermin gelap peralatan tak perlu dibeli,kemungkinan rasuah tak berlaku ATAU benarkan sesiapa sahaja bercermin gelap tidak timbul orang tertentu jer dapat kelulusan.

    ReplyDelete
  6. isu no plat ini menampakkah kebebalan dan kebodohan sebahagian rakyat Malaysia.
    Cuba tgk plat kenderaan Thailand, Singapore atau USA.. mereka pakai satu bentuk piawai.
    Di malaysia org Malaysia ni besar kepala.
    Sampai no plat pun nak fancy2.
    Bodoh bertingkat2 bila JPJ buat operasi terhadap undang2 yang sedia ada sekian lama
    ada yg bertukar jd lembu dan berok.. level otak semata2 utk menegakkan aksi bodoh mereka

    Siapa yang beli kereta, no plat yang dipasang selepas dikilang tiada masalah.
    Yag gatal nk tukar diamond lah.. europe lah.. so negara ni nk pakai undang2 negara mana?

    JPJ tak salah dlm hal ini. No plat mungkin tiada kaitan dengan kemalangan maut tetapi itu salah satu petanda awal mengajar pemilik kenderaan di Malaysia supaya PATUH UNDANG-UNDANG!

    Kalau takmau undang2 silalah duduk dlm hutan yang tiada tuan atau pemilik..

    JPJ mesti tegas dan jangan u-turn. Sikap U-turn akan menampakkan JPJ dayus lembik dan blurr seperti PM 1MDB kita.. ok.

    ReplyDelete
  7. rasanya JPJ tak u-turn yg arah JPJ u-turn Menteri pasai kwn2nya ramai tak ikut spesifikasi no plet yg ditetapkan oleh undang2.JPJ sepatutnya ikut peraturan yg dilaksanakan di UK hanya satu jenis plet no jer.di Malaysia biar JPJ sbg pembuat/pengeluar plet no punyai ciri2 keselamatan tapi Menteri takut pembuat no plet yg bersepah di negara ni hilang mata pencarian.sape mereka ni???.

    ReplyDelete
  8. No plat sama saya pon boleh buat, saman guna kamera kerja bodoh jpj.puspakom senang jee jangan beli keta potong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada nano cip infra red, cip pon boleh rosak, nasib kau la jpj

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...