Monday, November 3, 2014

versi paklah di ulangtayang najib... Alhamdulillah rakyat sudah berhenti gesa Najib turun

Tak berhasrat nak tulis panjang...

Kalau kita lihat rentetan versi paklah jadi PM hingga melepaskan jawatan, hampir semuanya di ulang tayang versi era Najib... bezanya Najib masih bertahan.

Sejarah tidak pandai berbohong...

Faktor yang merosakkan mereka hampir sama...orang sekeliling  !!!  Penasihat berbayar berkepentingan yang tidak ada latarbelakang patriotik Melayu dan Islam....kebanyakkanya bijak pandai dalam bab perabih pelingkup harta negara.

Menteri yang dilantik berfungsi menjaga rakyat 10%; 30% jaga dirinya sendiri dan baki 50% jaga boss  !!!!

Versi Najib sekarang masuk kepada era denial...

Kita sudah berhenti minta Najib lepaskan jawatan..
Kita cuma jadi pemerhati untuk lihat bagaimana dia diturunkan...

10 comments:

  1. Tahun pertama dia jadi PM kita dah nampak kebangangan beliau. Tak faham mengapa UMNO membiarkan lebih banyak kerosakan yg telah berlaku. UMNO juga patut diturunkan.

    ReplyDelete
  2. Aku minta yg pakai baju UMNO tapi sembang kencang sila blah la dari UMNO...
    UMNO tak perlu la orang jenis macam engkorang nii....

    Macam la bantu UMNO aku nak tanya la kau dok bahagian mana?
    Pegang jawatan apa ?

    Woii sudahlah ..buang karen je engkorang nii...

    Persidangan UMNO ni Ahli2 akan terus bersatu dan ubah perlembagaan agar Islam paling atas sekali.
    Raja akan dipertahankan..dan tanah hak melayu aka dikembalikan...

    Korang suka ke tak ni la UMNO akan pertahankan..Jangan marah ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau itu dilaksanakan ia adalah hasil orang yang macam kami..kritik sayang....bukan kaki bodek perabih beras mcm ko...umno lingkup pasal banyak orang mcm ko lah..kaki angguk..pegang beg bos..ikut buntut. Bos belanja sikit kat kopitiam..ko dah megah semacam.

      Aku tahulah pangkat kau tinggi dalam umno...Pegawai Pecacai

      Delete
    2. Ingat umno bapak kau punya?kalau kami x undi jangan harap kau Nak dapat projek!!dasar macan!!!

      Delete
    3. Setakat 5 orang mencacai UMNO tak hairan la beb....UMNO tak perlu undi pemaki boleh blah...macam aku kata la persidangan akan datang tak akan bincang macam yg korang cadangkan...

      Buang masa la geng ...aku harap undi pencacai tak lebih 5 orang ni sokong DAP lagi paedah..
      Bab projek besar jgn la jadi perangai Anwar Ibrahim tahu fitnah je ...
      Bawa la ke SPRM aku nak tengok pemimpin UMNO mana masuk penjara...woi kau ingat Malaysia ni bapak kau punya ke senang2 je tuduh Rasuah..

      Kritik sayang kunon ni semua perangai zaman TUN la tahu maki je,,Dulu Tun dikatakan Mahafiraun Najib plak altantuya...oiiii sudahlah boleh blah pi undi DAP jgn sibuk la...

      Delete
  3. Omar Ong Dan Shamsul merosakkan Petronas.
    PEMANDU (Idris Jala) menghancurkan polisi dan halatuju kerajaaan.
    Ahmad Maslan dengan ekonomi 1+1 yang bodoh tapi berlagak pandai.
    Cukuplah, bubuhlah PM lain pulak, yang ada visi tersendiri bukannya jadi pak turut.

    ReplyDelete
  4. Umno terus mara, untuk rakyat malaysia..tapi umno yg berketuakan pemimpin selain najib..

    najib perlu berubah!!

    kalau x..kita yg ubah dia..

    ReplyDelete
  5. ds najib sebenarnya tak layak langsung jadi presiden umno..atas belas kasihan pembodek pengampu ahli mkt masa itu yang dia masih beruntung dapat jawatan presiden umno. kalau ikut undian ahli akar umbi dah lama najib pencen. najib hanya sesuai jadi presiden kelab 1malaysia saja. malah kpi jadi pm malaysia pun setakat memuaskan saja. najib pandai menabur gula-gula pada orang melayu tetapi tidak mampu menjadikan orang melayu pembuat gula-gula. Pemberian kupon melanda bijih timah zaman british digantikan dengan br1m..sistem lapuk yang memabawa padah..

    ReplyDelete
  6. Tak suka tengok penghimpunan UMNO. Kebanyakan yang berucap membodek jarang yang kritik ikhlas danmembina. Lagi kuat bodeknya lagi banyak projeknya. Itulah dunia UMNO. Kami atas pagar pun bolih bagi satu undi. Pemimpin UMNO pun bolih bagi satu undi. Tak ada bezanya dan yang membezakan mereka dapat banyak projek dan kami kalau bernasib baik dapatlah abuk abuknya aje.

    ReplyDelete
  7. DAN SIAPAKAH YG LAYAK GANTI POK JIB,ADAKAH PAK NUAR?SELISEH MALAIKAT 44.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...