Sunday, March 29, 2015

DAP Kedah sifatkan Lim Guan Eng "palat"..

DAP terlalu dan terlebih demokrasi kah sehingga DAP Sarawak mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan PAS tanpa menghirau keputusan DAP Pusat yang sekadar memutuskan hubungan dengan Hadi. Adakah langkah mereka atas keputusan sendiri atau atas arahan Lim Guan Eng (?).

Jika kita mahu menerimanya sebagai demokrasi tulin, kebebasan membuat keputusan, perkara ini mungkin ada kebenarannya jika kita melihat keputusan DAP Kedah yang menempelak Lim Guan Eng sebagai bengong dalam membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Hadi. Bagi DAP Kedah, DAP hanya perlu menolak ususl persendirian Hudud PAS di Parlimen dan bukannya memperbesarkan isu.
 
"Dia (Lim) patut ada semangat Pakatan Rakyat (PR), jangan terburu-buru sebab dia perlu ambil kira penyokong PR pelbagai kaum yang banyak beri sumbangan," kata Law.

"DAP kena kalau betul-betul nak tolak hudud, tolak dalam Parlimen (Dewan Rakyat) melalui undi barulah demokrasi," - Law

Lim Guan Eng sekadar mempamirkan ego dan bodoh sombongnya serta kemarahan amat sangat apabila Hadi tidak dapat dijinakkan sepertimana dia dapat menjinakkan sekor dua PAS ke kandang ternakannya.
Bagi Lim, selepas Anwar tiada, sudah tentu dialah yang paling bagus dan paling ditakuti (?)

Bagi pengundi DAP, inikah jenis manusia yang anda sokong !!! Adakah ini jenis manusia yang rasional dan cerdik (?) Inikah jenis yang boleh harmoni dalam negara pelbagai kaum (?) Inikah jenis yang boleh dibawa berunding (?) dan bagi rakyat Pulau Pinang, adakah sudah tidak ada seorang Cina pun di Pulau Pinang yang boleh dipakai sehingga terpaksa menerima si palat ini yang licik dan tidak setiakawan (?)

# Palat-buat kesilapan atau berperangai teruk hingga orang lain menyampah

2 comments:

  1. bukan setakat palat tapi taik juboo

    ReplyDelete
  2. Palat - cuba rujuk kamus dewan. Sgt buruk maknanya, tetapi sgt sesuai digunakan kpd lge.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...