Friday, March 27, 2015

Kita kategori bodoh atau taksub dalam menyokong atau membangkang..

Dalam kepelbagaian isu sekarang ada dua situasi yang menjadikan rakyat dan kerajaan berbeza. Dibezakan dengan jurang yang besar atas faktor politik yang sepatutnya sudah reda atau boleh duduk semeja secara rasional dan harmoni dalam menguruskan sebuah negara. Kerajaan dan pembangkang saling memerlukan untuk membina negara ini. tetapi ini tidak berlaku sekarang kerana masing-masing layan kepala sendiri.

Selepas pilihanraya umum, negara wajar diurus berdasarkan fakta dan realiti.

Sekali lagi, tuduh menuduh berlaku yang tiada kesudahan...

Sebagai orang atas pagar, perbezaan dilihat kepada dua situasi tanpa mengira samada mereka kerajaan atau pembangkang tetapi disatukan menjadi orang politik dan pemimpin.

Samada mereka sedang memperbodohkan penyokong yang taksub atau sebenarnya rakyat Malaysia rata-ratanya memang bodoh sombong.

5 comments:

  1. EXPLAINING AWAY THE TRUTH
    It is no good at all
    to conjure all sorts of reasons
    to explain away truth:

    One could subscribe to truth
    only when one has self-respect in the first place;

    When a man tells untruths,
    he has no respect for himself
    and little would he do better for others
    except for his own gain;

    And when a man tells lies,
    he has a tendency to forget:

    With one lie after the other,
    eventually he would be caught
    in his own tangled web:

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni adalah zaman malaysia tidak mempunyai ahli politik yang berkualiti , kalau ada amat sukar baginya utk naik keatas , tak kira dalam parti pemerintah atau pembangkang.

    ReplyDelete
  3. apa yang saya dapati golongan sekarang adalah taksub tanpa berfikir dengan apa yang dikatakan orang...terima aje....saya dulu-dulu pun terikut jugak dengan trend ni...terutama pada pertengahan 1980an...tetapi tak lak sampai menjerumuskan diri dalam mana geng atau parti....tetapi mengikuti perkembangan....sesuatu yang baik dibuat pada masa dulu tu telah dikecapi pada hari ini...golongan muda sekarang tak pernah melalui zaman tu...cara lain masa tu...sekarang ni pulak cara lain....terutama golongan lelaki melayu...minat dia org tidak ke arah politik,,,kata mereka tak minat dan tak membawa keuntungan ke atas mereka...yang terlalu taksub sampai gagal dalam pelajaran...itu pun kursus yang tak memenuhi keperluan pada hari ni...IT atau Kejuruteraan...pemimpin sekarang masih taksub dengan kedudukan parti yang masih diterima rakyat tapi suara majotiri dah hilang...kualiti tu mungkin ada...tapi tahap turun ke padang berjumpa dgn rakyat tu...yang penting....

    ReplyDelete
  4. pada anon 8.31PM...bukan senang nak jadi pemimpin tu betul...kenapa...sukar naik ke atas... kenapa...sebab ramai barisan sediada pun dah senior....pengaruh dan pengikut dah ada...kalau baru nak masuk memang payah nak ke atas...tapi kalau sedia menunggu dan ikut apa yang dia org buat maka akan dikenali org...baru le boleh naik....

    ReplyDelete
  5. 1. Dulu berapa ramai anak2 melayu kita yang belajar di menara gading? Boleh dikira dengan jari

    2. Sekarang, ramai anak2 melayu yang berijazah walaupun kemasukan sebilangan besar mereka ke IPTA atau IPTS atas bantuan kerajaan.

    3. Pemikiran mereka berubah dengan ilmu yang didapati. Malangnya pemimpim melayu dan islam kita masih pada tahap yang lama. Di situlah pertembungan yang sangat kritikal sekarang.

    4. Kepada pemimpin Najib dan KBU, berubahlahdemi rakyat. Even if you guys have to step down....be it.

    5. Untuk anak2 melayu, tak adakah sekelumit perasaan dalam hati anda untuk memajukan bangsa dan agama kamu. Naper perlu bergantung pada bangsa lain sehingga sanggup diperkuda dan diperguna?

    6. It takes 2 to tango. Najib dan KBU, please change for the sake of your race and religion. For orang melayu, bersatulah kerana bangsa dan agamamu.

    Wallahuaklam

    ReplyDelete