Monday, August 24, 2015

ADA YANG DAH PANAS DENGAN UMNO JOHOR

Seorang ketua Umno bahagian menggesa Datuk Seri KhalId Nordin melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Johor berikutan pendirian bercanggah berhubung sokongan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos mempersoalkan keikhlasan Khaled apabila menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri ketika Persidangan Umno Bahagian Pasir Gudang.

Namun kata Jamal, pada masa yang sama orang kanan Khaled serta anak beliau sendiri, Akmal Saufi melancarkan serangan terhadap Najib yang juga Presiden Umno.

"Tindakan orang-orang kanan Khaled menghentam Perdana Menteri ini mengakibatkan Johor kini mula menampakkan penentangan terhadap Datuk Seri Najib.

"Kepada Khaled saya ingin berpesan, jadilah anak jantan. Jika mahu menentang Perdana Menteri, lakukanya secara terang-terang, letak jawatan dan lawan macam pendekar.

"Jangan main baling batu sembunyi tangan. Najib perlukan barisan yang sehati, sejiwa untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional," katanya menerusi kenyataan pada Ahad. /Mstar



# Pada yang panas kena ingat Khaled Nordin diperkenan Sultan Johor, datanglah bawa rombongan untuk memecat Khaled dan mencadangkan MB baru kalau ata "telor".
Buat perkara yang sama kepada Kedah, Perak, Pahang dan Negeri sembilan !!!

# Apakah Bicara Negarawan Tun 29Ogos akan menghadapi masalah atau dibatalkan jika tekanan berterusan ke atas Khaled Nordin (?)

14 comments:

  1. Dia ni lama dah tak ngam dengan Khaled. Kalau Khaled anti Najib, sah dia pulak pro Najib. Jamal ni tak boleh pakai. Orang tahu siapa dia. Janganlah melalaklah.

    ReplyDelete
  2. Rampas balik Selangor baru bercakap.. Loser.. Agak agak la.. Selangor sumbang berapa kerusi?

    ReplyDelete
  3. Dia dapat banyak juta dari Najib ke?

    Sharir, Ketua Bahagian Johor Bahru terang terang ngaku dia terima RM1 juta, Ahmad Maslan Ketua Bahagian Pontian di katakan terima RM2 juta untuk kendalikan Bahagaian. Tak tahu le semua untuk itu ke tak.

    Najib nampak nya kasi sejuta sini, dua juta sana, mcm beri kacang putih. Teruk le Melayu dan UMNO masa depan. Semua ngarap berjuta juta.

    Banyak unta le di negara sebab kena baik ngan ramai Arab daaaa.

    ReplyDelete
  4. Bangsa Johor tetap Bangsa Johor... Kita kata apa yang kita rasa benar. Sebab itu Johor maju, diberkati kerana mempunyai Pemimpin yang baik. Duli Tuanku, Tengku Mahkota, Memanda Menteri Besar.

    Kalau YB berhasrat nak menyuarakan sesuatu, sila lah ke Johor dan beritahu YB MB Johor Datuk Khaled sendiri di depan muka nya.

    Berani kerana benar.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Amacam bole rugi plak? Dia kasi ramai orang makan free ke? Pastu jumpa Najib, ngadu nasib, dapat selepuk dua dlam bungkus guni?

      Kalau dia tak dapat, masakan Shahrir dan Ahmad Maslan dapat, bodoh le dia.

      Delete
  6. Bukan tak boleh baca politik mamat ni...beriye bodek najib dgn harapan dapat habuan dr duit derma nak cover kerugian niaga ikan bakar...

    ReplyDelete
  7. Jaga dulu negeri selangor......baru lah blh ckp oasal negeri org lain....negeri sendiri lun komunis yg perintah ada hati sibuk pasal hal negeri lain.. .kata org tua2 jaga aje rumah tangga sendiri betulkan duku anak bini baru blh tegur org lain.....bodoh ke apa jamal ni....

    ReplyDelete
  8. Bangsa Johor la pulak..malula sikit bro main bola siap tunggu disegenap simpang nk hentam penyokong lwn.minda sebelum merdeka/lanun.

    ReplyDelete
  9. The worst of our faults is our interest in other people’s faults.

    Imam Ali bin Abi Talib

    ReplyDelete
    Replies
    1. The worst of our faults is NOT TAKING ANY interest in OUR LEADERS' faults. Dok diam je. Maka sial puaka laknatullah melanda landa, naik kepala kita, rosak bangsa dan negara.

      Aku (pengomen yang tak saperti nya ini).

      Delete
  10. Simply put, anger is the emotion we feel when something we love is threatened. If you want to understand what you love most, examine what angers you most…Examine anger. At its’ root is the seat of attachment.

    Yasmin Mogahed

    ReplyDelete