Showing posts with label Islam.. Show all posts
Showing posts with label Islam.. Show all posts

Saturday, May 15, 2010

Melayu berugama apa?

Saya tertarik dengan ulasan Ridhuan tee dibognya atas tajuk apakah Melayu terus Melayu? http://ridhuantee.blogspot.com/2010/05/apakah-melayu-akan-terus-melayu.html

Angka angka terhadap satu bangsa yang dinamakan Melayu, cukup menggerunkan.

Di Malaysia, Islam itu dimajoriti oleh Melayu dan inilah yang kita bimbang dan kesalkan bila Melayu itu lemah, mundur dan terus merosot kerana ia turut menjejaskan Islam, sehingga persepsi Islam itu sendiri bobrok.

Dalam perkembangan semasa, adalah lebih baik Islam menjauhkan diri dari Melayu, dalam lain perkataan perjuangan harus berteraskan 'Orang Islam'dan pengakuan ke atas mereka orang Islam itu sendiri berdasarkan 'kebaikan'.

Jika seorang itu Melayu dan berugama Islam tetapi mempunyai perangai yang buruk, ia tidak harus dikategorikan sebagai seorang Islam atau Muslim, ia wajar dilabelkan sebgai Melayu Munafik atau Melayu fasik. Kalau dulunya dia seorang ulama tetapi selepas itu digelar ulamat sesat, maka yang wajar dilabel bukanlah ulama sesat tetapi Melayu Sesat.

Dalam Islam, ulama tidak sesat, mereka pewaris Nabi.

Islam tidak harus melekat semata mata kerana dia Melayu. Islam harus melekat hanya kepada yang meletakkan ugama sebagai cara hidupnya.

Marilah sama2 kita perjuangankan Islam, perbanyakkan orang Islam di Malaysia hingga satu hari Islam di Malaysia bukan atas dasar bangsa tetapi Islam di Malaysia atas dasar maju dan baik.

Di Malaysia biarlah yang paling kaya, paling hebat, maju dan berjaya hatta seorang PM dan TPM pun adalah orang Islam walaupun dia berbangsa Cina atau India.

PAS walaupun di dalam perjuangan meletakkan Islam sebagai utama dan tidak mengutamakan bangsa tetapi hari ini, merekalah Melayu di dalam PAS yang telah menggadai ugama dengan begitu teruk sekali. PAS bukan lagi memperjuangkan Islam sebaliknya menjadi agenda peribadi orang tertentu. Pemimpin PAS adalah Melayu sesat sepertimana juga di dalam UMNO dan PKR.

Bersetuju atau tidak?

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...