Saya tertarik dengan ulasan Ridhuan tee dibognya atas tajuk apakah Melayu terus Melayu? http://ridhuantee.blogspot.com/2010/05/apakah-melayu-akan-terus-melayu.html
Angka angka terhadap satu bangsa yang dinamakan Melayu, cukup menggerunkan.
Di Malaysia, Islam itu dimajoriti oleh Melayu dan inilah yang kita bimbang dan kesalkan bila Melayu itu lemah, mundur dan terus merosot kerana ia turut menjejaskan Islam, sehingga persepsi Islam itu sendiri bobrok.
Dalam perkembangan semasa, adalah lebih baik Islam menjauhkan diri dari Melayu, dalam lain perkataan perjuangan harus berteraskan 'Orang Islam'dan pengakuan ke atas mereka orang Islam itu sendiri berdasarkan 'kebaikan'.
Jika seorang itu Melayu dan berugama Islam tetapi mempunyai perangai yang buruk, ia tidak harus dikategorikan sebagai seorang Islam atau Muslim, ia wajar dilabelkan sebgai Melayu Munafik atau Melayu fasik. Kalau dulunya dia seorang ulama tetapi selepas itu digelar ulamat sesat, maka yang wajar dilabel bukanlah ulama sesat tetapi Melayu Sesat.
Dalam Islam, ulama tidak sesat, mereka pewaris Nabi.
Islam tidak harus melekat semata mata kerana dia Melayu. Islam harus melekat hanya kepada yang meletakkan ugama sebagai cara hidupnya.
Marilah sama2 kita perjuangankan Islam, perbanyakkan orang Islam di Malaysia hingga satu hari Islam di Malaysia bukan atas dasar bangsa tetapi Islam di Malaysia atas dasar maju dan baik.
Di Malaysia biarlah yang paling kaya, paling hebat, maju dan berjaya hatta seorang PM dan TPM pun adalah orang Islam walaupun dia berbangsa Cina atau India.
PAS walaupun di dalam perjuangan meletakkan Islam sebagai utama dan tidak mengutamakan bangsa tetapi hari ini, merekalah Melayu di dalam PAS yang telah menggadai ugama dengan begitu teruk sekali. PAS bukan lagi memperjuangkan Islam sebaliknya menjadi agenda peribadi orang tertentu. Pemimpin PAS adalah Melayu sesat sepertimana juga di dalam UMNO dan PKR.
Bersetuju atau tidak?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
BRIM bagipun berperingkat, slow macam siput babi, amaun ciput, tangguh satu hari ke satu hari, perlancaran belanja ratus ribu setakat n...
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...
1. bukti kan dimana PM dari kaum minoriti sentiasa menjaga hak asasi kaum majoriti.
ReplyDelete2. jika seseorang itu islam tp tidak membawa cara islam dan perangai buruk dan dia bukan melayu, patut kah dia di labelkan islam fasiq?
3. mengapa seorang melayu yg islam tapi fasiq atau penipu perlu di panggil melayu fasiq? mengapa tidak dipanggil islam munafiq atau fasiq. di mana justifikasi nya?
4. dlm islam ulama tidak sesat? di mana justifikasi nya? ulama yg mana dikatakan waris nabi? siapa yg menentukan ulama itu waris nabi? umat manusia ke atau allah?
5. islam itu adalah ad-deen atau cara hidup.
cara hidup dlm islam yg macam mana? adakah benar cara hidup dlm islam tidak becampur dgn adat org arab? a
Yes, itu sebahagian dari persaolan yang akan timbul, malah akan ada lebih banyak lagi soal jawab apalagi kalau hujah berlandaskan logik dan yang termampu dicapai akal fikiran sahaja.
ReplyDeleteIslam itu mudah dan indah, yang bercelaru adalah pemikiran kita sendiri yang tercari cari justifikasi.
Al Quran dan Sunnah adalah pegangan kita dan Nabi Muhamad s.a.w dan para sahabat adalah ikutan atau model kita.
Apabila kita mencari jawapan merujuk kepada selain dari di atas, kita akan sesat dan cemas sedangkan 3 perkara di atas sudah teruji dan sempurna sifatnya.
Kebangkitan agama tuhan telah bermula dan takkan melayu hilang di dunia kerana bangsa inilah yg akan menjadi pemacu kebangkitan tersebut. Telah terlalu lama bangsa hamba di tipu, dikhianati, di perbodohkan dan di pandang hina. http://1asalama.blogspot.com
ReplyDeleteIslam itu agama yang haq.
ReplyDeleteDah lama lengkapnya, hanya mereka yang tidak mahu mengikut "ALQuran dan Sunnah Nabi SAW", aje yang sentiasa mengarut.
Apabila seseorang itu Islam dengan lafadz syahadah, umumnya dia Islam, kerana kita tidak tahu niatnya. Hanya amal yang mengikut ajaran Nabi SAW sahaja yang diterima.
Jangan kita tersalah faham, kerana akhirnya apa yang kita ingat amal, tidak diterima dan tak pasal-pasal, rugi segala amalan.
Pastikan Ilmu yang jelas, kalau orang itu Arab, Cina, Melayu, atau apa bangsanya, amalan dan keimanannya yang akan menjadi perkara utama.
Nabi bersabda yang bermaksud "Barang siapa beramal sebarang amalan, bukan dari perkaraku (Nabi) maka amalan itu di tolak"
A.Alshukor
http://darul-haq.blogspot.com