Saturday, September 26, 2009

Nik Aziz - paip sudah lama di pasang, airnya mana ???




Daerah daerah seperti Ketereh, Bachok dan Tanah Merah di Kelantan adalah diantara daerah daerah yang dipasang paip air sejak beberpa tahun lepas.. tetapi airnya di mana? Begitulah keluh penduduk setempat yang terpaksa berterusan bergantung kepada perigi yang berisiko air yang berkuman...




Nasib yang sama berlaku di Benta, Pahang..negeri kelahiran 'cerdik pandai' seperti Najib..... Mungkin Adnan leka kerana terlalu selesa dengan kerusi empok MB yang sudah lama dipegangnya.




Malah banyak lagi tempat tempat yang mengalami nasib yang sama dan tentu lebih teruk di pendalaman Sabah dan Sarawak.

5 comments:

  1. Salam Raya
    Ini lah akibat terlalu banyak berpolitik. Bila orang dah mula bising baru lah kelam kabut. Masa tu timbul lah tuding menuding, tuduh sama sendiri, yang sedihnya fitnah pun mula berleluasa. Tak bolehkah duduk semeja sesama Islam dan Melayu fikir sama-sama.

    ReplyDelete
  2. Memang pun!!..cakap memasing, berdegar2..nak tolong rakyat!! tapi habok pun tarak!!Pak janggut dan pak songkok ni, sama aje...terlalu taksub politik!!..patutle senang dikelentong ngan bangsa lain!! aair punya kes pun tak leh selesai!!!..apale punya bengap!!

    ReplyDelete
  3. dengar cerita kelantan water akan dijual kepada orang bukan bumiputera...projek kelantan water telah gagal..

    wallahualam

    ReplyDelete
  4. Di Kelantan bukan saja air yang jadi masalah, jalanraya, jambatan, perparitan, buangan sampah... sebut saja hal infra, semuanya masalah. EXCO Kerajaan Tempatan YB Takiyudin dah tambah bini... patutpun tak larat nak fikir hal kebajikan rakyat. Patut humban dlm sampah saja dia nie.

    ReplyDelete
  5. Sekurang2nya Pak Nik fikirlah sikit pasal Krajaan Perpaduan. Boleh jugak tolong sesame Melayu dan Islam. UMNO takkan rampas jawatan MB tu.
    Pak Nik munkin takut kalau UMNO masuk Kelantan, Kedudukannya tergugat. Nanti semua tembelangnya pecah. Yang akan paling kecut, menantu die la, yang pegang berjuta-juta harta rakyat Kelantan.
    Pada sy Kelantan adalah Muzium Bernyawa. Orang ramai melawat Kelantan sebab nak tengok macamana kehidupan Melayu 100 tahun dulu. Di negeri lain cuma ada dalam buku sejarah aje.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...