Sunday, November 1, 2009

Najib goyah..

http://kedahku.blogspot.com/2009/11/najib-hak-saya-lantik-tee-keat-koh-tsu.html
Tak ada siapapun yang mempertikaikan kuasa PM untuk melantik Menteri kecuali PM sendiri yang merasa goyah keputusannya itu lalu mempertahankan dan mengingatkan rakyat. Tetapi siapa pula yang memberi kuasa kepada PM untuk menjadi PM dan mempunyai kuasa tersebut.


Rakyat telah bersuara melalui wakil mereka dan hari ini suara wakil mereka dibakultongsampahkan PM dengan kata kata bahawa 'itu kuasa PM melantik Menteri'.


Najib mesti ingat bahawa bukan semua Melayu dan kaum kaum lain mahu Najib jadi Presiden UMNO dan PM dan Najib mesti sedar dia belum dipilih oleh rakyat secara mutlak tetapi sekadar melalui peralihan kuasa.


Najib jangan terlalu sombong untuk mempertahankan Menterinya yang sudah terbukti ditolak rakyat di kawasannya sendiri dan Presiden yang sudah dihalau keluar oleh partinya sendiri.


Najib perlu mempertimbangkan kehendak rakyat melalui suara wakil mereka. Najib kena sedar gelombang penolakan rakyat terhadap Bee End masih ujud walaupun kelihatan PAS dan PKR sedang bermasalah. Najib kena sedar UMNO dan BeeEnd belum banyak berubah sebaliknya kenyataan Najib tersebut adalah tanda tanda BeeEnd kembali kepada sikap awal, tidak memperdulikan sekali lagi suara rakyat.

1 comment:

  1. Pemimpin juga ada HAK tegur PM ... tak gitu. Tapi tulah apa juga parti yg memerintah perlu membahagi2kan jawatan ikut parti yg belum tentu boleh buat kerja...tapi kena juga bagi jawatan tersebut.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...