Friday, November 6, 2009

Tirulah macam saya...nyanyian Biduanita Saloma


Kerabat Arab beri Rosmah RM7 juta hargai kejujuran

06/11/2009 3:57pm

PUTRAJAYA 6 Nov. — Semasa bercuti dengan keluarga di selatan Perancis pada Ogos lepas, Datin Seri Rosmah Mansor terjumpa sebuah kotak milik Putera Saud Al-Saud dari Arab Saudi dalam sebuah bot dan memulangkannya kepada kerabat diraja itu.

Sebagai balasan kerana kejujurannya itu, isteri Perdana Menteri diberikan US$2 juta untuk rakyat Malaysia yang memerlukan.

Hari ini, Rosmah mengagihkan sebahagian wang itu berjumlah RM20,000 setiap satu kepada 13 persatuan amal termasuk Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Majlis AIDS Malaysia, Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia, Persatuan Orang Cacat Anggota Malaysia dan Persatuan isteri wakil rakyat Barisan Nasional di setiap negeri.

Beliau berkata, US$1 juta lagi akan diserahkan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia yang menguruskan Sekolah Permata Pintar bagi menampung pembelian keperluan sekolah manakala baki RM2.98 juta akan disimpan dalam tabung khas Bakti bagi membiayai kos rawatan kanak-kanak dan wanita yang berpenyakit kronik yang tidak berkemampuan. - Bernama

Macamana pula dengan yang ini. http://mummyrokiah.blogspot.com/2009/11/saranan-rosmah-jangan-sampai-rakyat.htmlRakyat lantik siapa sebenarnya jadi wakil rakyat mereka di dewan undangan negeri dan parlimen, kenapa perlu ada pihak ketiga???

3 comments:

  1. tauladan yg baik untuk rayat malaysia

    ReplyDelete
  2. Kapada Datin semoga dimurahkan rezaki dan dipanjang kan umur untuk berbakti

    ReplyDelete
  3. ya...kalau baik, maka baillah, jangan pula diburukkan.

    ReplyDelete

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...