Thursday, March 29, 2012

Wajah bakal MB Johor ..

Seperti yang diramalkan ramai Johor kubu kuat BN/UMNO kekal selamat dengan syarat Ghani Othman berundur. siapa pengganti, antaranya Jais Sarday... Ada sesiapa yang meragui kebolehan dan kelayakkannya?


Tuan Hj Md Jais Sarday merupakan Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan Negeri Johor bagi sessi 2008 - 2012. Disamping itu juga beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Kawasan Mahkota di daerah Kluang.



Rakyat Johor Masih Waras Untuk Ditipu Pembangkang- Jais Sarday


Ketua UMNO Bahagian Kluang, YB Haji Md Jais Sarday mengingatkan pembangkang agar berhenti menjadi saudagar mimpi menipu rakyat untuk merampas Johor.
“Johor bukan sahaja kubu kuat UMNO dan BN, malah kita akan merampas kembali semua kerusi yang kalah pada pilihan raya 2008,” tegasnya.
Menurut beliau, rakyat di negeri ini belum lagi terlepas pandang terhadap pentadbiran haru biru pembangkang di beberapa buah negeri termasuk kegagalan mereka menunaikan pelbagai janji.
Malah katanya lagi kegagalan wakil rakyat pembangkang di Johor berkhidmat untuk rakyat akan dihukum pada pilihanraya umum akan datang.
“Orang Johor terutama pengundi di sini masih waras. Kalau pembangkang mahu teruskan siri pembohongan rakyat mereka di sini, kita yakin pembangkang akan menerima padah.
“Tiada orang untuk parti yang suka bermain politik perkauman sempit di sini” ujarnya.
Beliau seterusnya menjelaskan, sikap pembangkang yang tidak peka dengan sensitiviti kaum menyebabkan masyarakat semakin muak.
“Pergolakan demi pergolakan yang berlaku di dalam parti pembangkang juga menyebabkan masyarakat dapat melihat bahawa hanya BN yang mampu menerajui pucuk pimpinan negara”, ujarnya.
Sehubungan itu, beliau amat yakin bahawa pilihan raya akan datang, UMNO dan BN mampu terus berdiri teguh malah di Johor sendiri akan terus dikuasai oleh BN.
Ketika diminta mengulas mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Tenang akan datang, beliau berkata, BN mampu mengekalkan kemenangannya.
“Pembangkang boleh tabur pelbagai fitnah tapi seperti yang saya nyatakan tadi pengundi negeri ini khusunya di Tenang masih lagi waras,” katanya. -MediaUMNO

1 comment:

  1. berdoa lah kita sama sama semuga seorang anak muda yang berwawasan ini akan jadi pemimpin untuk negeri kita johor darul takzim rezeki ALLAH yang tentukan amin amin amin amin amin yarabbal alaimin

    ReplyDelete

SATUS QM TERKINI

  Sejak Disember 2023 agak kecoh di medsos dan berlarutan hingga sekarang. Masing masing yang peka berkenaan perkembangan QM mungkin tidak p...