Friday, June 8, 2012

Tun M tidak dicalonkan dalam PRU13...

Desas desus menyatakan paklah dalam bahasa sepanyolnya 'menolak' untuk bertanding semula dalam PRU13 atau realitinya memang wajar dan time out untuk paklah berundur.
Kemungkinan juga Najib sudah maklumkan lebih awal kepada paklah bahawa dia tidak diplih semula kerana gagal memiliki ciri2 untuk menang disamping rekod buruk lampau terutama semasa menjadi PM yang banyak menyumbangkan 'kerosakan' dan membantutkan negara untuk terus berdayamaju.

( Sudahkah paklah mengesahkan atau menafikan 'isi kandungan dan perbualan' bahawa beliau ada bertemu Anwar seminggu sebelum menyerahkan jawatan kepada Najib - sumbangan macam tu pun tak boleh bagi ke untuk menyokong UMNO dalam keadaan sekarang - nak silent dot dot lagi ke )

Bukankah paklah penyumbang terbesar BN hilang duapertiga majoriti 2008?
Najib yang menggantikan paklah banyak membuang masa untuk 'repair' semula keadaan negara yang sudah hampir separuh huruhara.

Di zaman paklah Anwar Ibrahim 'dibebaskan' oleh 'mahkamah' dan secara pantas kilat mendapatkan paspotnya semula melalui KJ untuk terbang mendapat rawatan di German sedangkan pada hakikatnya dari gambar2 yang ditunjukkan anwar dalam keadaan cukup segar.

Hari ini siapa Anwar? Pejuang Melayu? Pemimpin madani? Pembelot negara? Perosak bangsa? Perogol bersiri? Pemimpin maksum? Pewaris Nabi?.... anda boleh jadi sebahagian dari anwar dengan membeli 'sahamnya' sekarang dan di PRU13 atau menolaknya dan gerombolannya  secara total !

Paklah yang meninggalkan 'anakhantunya' bagaimanapun dijangka masih terpilih untuk menjadi calon kerana dia sedang membina imejnya yang lebih baik di dalam BN dan antara 'kesayangan' pembangkang yang banyak berjasa kepada Anwar Ibrahim.
Inilah satu2nya calon yang paling berpotensi untuk menang kerana disenangi dan dihormati lawan - tiada sesiapapun patut cemburu atas keistimewaan manusia ini.

Walaupun paklah dan ramai lagi yang tidak terpilih pada PRU13 akan datang dengan risiko di antaranya 'disabotaj' oleh pemimpin yang tidak terpilih lagi tetapi adalah lebih baik UMNO kalah dalam keadaan bermaruah dari terus membiarkan 'puak' ini mehanyirkan keadaan.

Ada juga berpendapat Pahlah juga banyak jasa - tidak dinafikan.
Segala silap dan salah paklah dimaafkan, dilupakan dan tidak perlu diungkit semula - ye ke?

SEPERTI YANG KITA AKAN MAAFKAN ANWAR DI 10 TAHUN LAGI ???

Bukankah manusia akan dibangkitkan semula untuk menjawab di hadapan Allah tentang apa yang dilakukannya semasa hidup ?

.......................



SELINGAN
Saolan maut yang sangat ditakuti KM dan MB Pembangkang...
Apakah kerajaan pembangkang sekarang akan mulakan pendidikan percuma di semua IPTA dan IPTS milik kerajaan negeri mulai tahun ini?

Jawapan: ...a...aa....aaa...aa...ong..ong..ong

No comments:

Post a Comment

HUBUNGI KAMI

Assalamualaikum Dan Selamat Pagi, Anda Perlukan Khidmat Nasihat Perniagaan? Perlukan Peluang Perniagaan? Perlukan Duit Tambahan? Saya Sedia ...