Wednesday, September 12, 2012

Pilihanraya March -Hasrat Pembangkang nak perlekehkan BN gagal

Hasrat pembangkang nak persenda Suruhanjaya Pilihanraya @ BN untuk tidak mmembubarkan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri serentak dengan Parlimen Malaysia mungkin tidak menjadi kenyataan kerana taktik basi mereka sudah berada dalam kocek Najib.

Najib sudah tahu mereka akan gunakan pelbagai isu termasuk tidak membubarkan serentak untuk mencipta pelbagai isu, helah dan taktik dalam pilihanraya kali ini.



Pembangkang sekadar katakan Najib takut bubarkan parlimen sekarang, kalau mereka yakin dan berani kenapa mereka sendiri tidak bubarkan DUN di negeri2 yang mereka kuasai ??


Oleh kerana jika Najib pilih March 2013 - pembangkang tidak mempunyai pilihan besar kerana tempoh yang dibenarkan sekitar march dan april 2013 sahaja.

Terdesak makin cemas nampaknya pembangkang kali ini - sebagai alternatif mereka akan cuba dedahkan 'kononnya' skandal demi skandal dan bas sarkas akan mencipta pelbagai drama untuk menarik simpati dihalang dan dizalimi.

Masa untuk melenyapkan suara jijik pembangkang sudah dekat.






Blogger UMNO juga kena tahu, jika pembangkang menang mereka akan kejar sampai ke lubang cacing dan akan membawa kes ke mahkamah dengan pelbagai tuduhan fitnah.

AWAS !!!

(DIBAWAH >>> ) NI BARU DIPERINGKAT CADANGAN..TAK TAHULAH WAYANG ATAU TEMBERANG..KALAU BETUL, BUBARLAH BESOK..TUNGGU APALAGI..KALAU HARGA PETROL BOLEH DITURUNKAN SEBELUM AYAM BERKOKOK APAHAL YANG LEBIH PENTING TANGGUH-TANGGUH.

Tapi kena ingat, janji petrol diturunkan adalah manifesto..dan manifesto pembangkang bukanlah janji..kahkahkahkah


Malaysiakini

Pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dijalankan secara berasingan daripada pilihan raya umum – memecahkan tradisi lama dalam sejarah pilihan raya Malaysia.

Majlis Presiden Pakatan Rakyat membuat keputusan itu dalam mesyuaratnya hari ini, dengan memetik “masalah yang tidak dapat diselesaikan” pada senarai pemilih di negeri itu yang dikatakan termasuk ribuan pengundi yang diragui.

Majlis itu juga mungkin mempertimbangkan permohonan Pulau
Pinang untuk mengadakan pilihan raya DUN berasingan, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, mereka bersetuju dengan pandangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya nasional kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal membersihkannya.

Menurut Anwar, terdapat ratusan ribu pengundi yang diragui yang berdaftar di Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) dan Pulau Pinang, dan pihaknya memandang berat perkara itu kerana SPR gagal memberi reaksi.

Di Kelantan, kata Setiausaha Agung PAS , Datuk Mustafa Ali, menteri besar telah bersetuju untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum akan datang.

“Bagi Kedah, kita belum mendapat maklum balas daripada menteri besar,” katanya.


No comments:

Post a Comment

6ANGKA