Thursday, October 18, 2012

Putrajaya terbelah dua... dua kontraktor berbalah

UMNO dikatakan terpesong dari perjuangan asal untuk membangunkan orang Melayu berugama Islam kerana pemimpin leka dengan kekayaan, kuasa dan kroni mereka. Mereka juga lalai hingga memberi ruang dan muka kepada bangsa lain yang mewakili parti kaum masing-masing. Semuanya beralasan 'tolak ansur dan menghormati kaum lain'.

Berasal sebagai pelarian dan pendatang, mereka diberi kerakyatan dengan harapan mereka berterima kasih untuk hidup menumpang secara harmoni. Malah kejayaan ekonomi mereka petanda mereka mendapat layanan yang adil.  Pada mulanya ya...tetapi akhirnya sudah naik kepala hingga lupa asal usul mereka sedangkan mereka tetap diberi layanan yang sewajarnya. Hari ini mereka sudah tidak terkawal, perangai lebih dari belanda, Belum berkuasa sepenuhnya mereka bukan sahaja menggugat bangsa tetapi sudah berani menghina ugama.

Hari ini Melayu dan Islam bukan sahaja menghadapi masalah dengan kaum lain tetapi bermasalah sesama sendiri, berpecah kerana perbezaan pendapat tetapi sebenarnya di satu pihak ingin mengekalkan kuasa bererti mengekalkan kekayaan dan pangkat mereka dan di satu pihak lagi berjuang merebut kuasa bererti 'berilah peluang pada aku pula untuk kaut kekayaan, pangkat tertinggi untuk memakmurkan kroni aku pula'. Kedua-dua pihak berbohong kepada rakyat bahawa perjuangan mereka demi Melayu dan Islam.

Adalah perlu rakyat memilih salah satunya, walaupun kedua-duanya sudah rosak, rakyat sudah tidak ada pilihan, itu sahaja yang ada, yang terbaik dari yang busuk lagi bernanah.
                                                                                                           Dalam ketika UMNO dikatakan melakukan kesilapan demi kesilapan kerana bersekongkol dengan MCA dan MIC kenapa pula PAS mahu ikut tauladan itu, mahu turut bersekongkol dengan DAP??? Apa jaminan PAS boleh mengawal DAP sedangkan belum ada seorang pun pemimpin PAS yang mempunyai karisma untuk berdepan dengan pemimpin DAP...Nik Aziz sudah tua..Hadi Awang setakat mana dia berilmu....Mat Sabu ? Jangan buat lawak...

Tolong jangan cakap DAP itu lebih baik dari MCA atau MCA itu lebih baik dari DAP..kedua-duanya adalah musuh Allah yang nyata, kenapa kamu mahu mengambilnya sebagai sahabat dan kawan untuk tidur dalam satu selimut???

Malulah sikit dengan bangsa Moro..selepas 40 tahun mereka kembali ke landasan yang betul sedangkan PAS dan UMNO makin matang makin lintang pukang !!!

Bagaiamana pula kalau harapan diberi kepada Anwar... maaf itu satu cadangan yang langsung tidak waras !

No comments:

Post a Comment

6ANGKA