Monday, October 22, 2012

Silapnya kerana ia bukan sekolah cina...DAP mungkin boleh bantu !



lebih 8 tahun menunggu...
Yang Dipertua Persatuan Penduduk Taman Pelangi Semenyih, Abu Talib Ismail berkata, kelewatan pembinaan sekolah itu menyebabkan lebih 2,000 pelajar dari perumahan berkenaan bersekolah di sekolah berhampiran.
“Murid dari perumahan ini terpaksa menumpang di sekolah lain seperti Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Rinching, SK Semenyih dan SK Bandar Tasik Kesuma menyebabkan bilik sekolah terbabit sesak kerana bilangan murid yang terlalu ramai.
“Terdapat tapak sekolah seluas 5.2 hektar di taman perumahan kami tetapi malangnya ia belum dibina hingga kini. Oleh itu kami mohon jasa baik kerajaan untuk membina sekolah rendah di tapak ini,” katanya
SEMENYIH, 22 Okt. – Kira-kira 5,000 penduduk Taman Pelangi Semenyih di sini menggesa kerajaan menyegerakan pembinaan bangunan sekolah rendah di kawasan itu yang tertangguh sejak lapan tahun lalu

No comments:

Post a Comment

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...