Saturday, March 30, 2013

Anwar sendiri dah tahu..

Ramalan pembangkang - rakyat menyokongnya - dan mereka akan menubuhkan kerajaan - merampas  Putrajaya.

Kalau dah rasa nak menang - perlu ke mencetuskan huru hara sebelum mengetahui keputusan pilihanraya?

Untuk jadi PM di Permatang Pauh pun Anwar tak pertahankan kerusinya, dah rasa dirinya akan ditolak, bagaimana nak jadi PM di Putrajaya.




Thursday, March 28, 2013

Bob Lokman Merperlekeh mat sabu?


SHAH ALAM 26 Mac - Pelawak, pelakon dan penulis lirik yang kini menjadi aktivis Pas, Bob Lokman mengakui, penampilannya di pentas ceramah politik pembangkang selama ini untuk memancing kehadiran orang ramai.
Beliau atau nama sebenarnya, Mohd. Hakim Lokman mendakwa, orang ramai yang hadir ke setiap ceramah politik Pas juga lebih tertarik untuk mendengar apa yang keluar dari mulutnya berbanding penceramah politik dari parti itu sendiri.
“Apabila saya pergi ceramah orang ramai tertunggu-tunggu bila Bob (Lokman) hendak bercakap, masing-masing penceramah akan bercakap dahulu memberi maklumat dan hasrat parti.
“Saya menjadi penceramah terakhir untuk memancing orang ramai yang datang untuk terus mendengar ceramah, kalau saya yang dahulu bercakap sudah pasti penceramah-penceramah yang lain tiada siapa nak dengar kerana orang sudah balik," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program wacana bertajuk Artis dan Politik: Populariti atau Kredibiliti' di sini hari ini.
Kenyataan Bob Lokman itu merujuk kepada soalan apakah penyertaan beliau dalam parti politik pembangkang disebabkan penghijrahannya atau kerana popularitinya.
Selain Bob Lokman, tiga lagi ahli panel wacana tersebut ialah pengarah filem, Datuk Paduka Shuhaimi Baba; Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Mohd. Zaidi Jamil atau Zed Zaidi dan pelakon yang kini aktivis Pas, Hairie Othman.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130327/po_11/Bob-Lokman-mengaku-dijadikan-alat-pancing-undi#ixzz2OnWrGYZX
© Utusan Melayu (M) Bhd 


apakah bermaksud..kalau mat sabu jadi penceramah pun, mereka masih tunggu dia buka mulut?

Wednesday, March 27, 2013

Orang PAS akan syok sendiri...

Bagai pucuk dicita ulam mendatang - itulah harapan DAP agar partiya dibatalkan ROS supaya menjadi isu baru untuk menaikkan perkauman cina di Malaysia bagi melambangkan melayu umno perkauman dan menindas kaum cina di Malaysia.

Keterpaksaan dap kononnya untuk memakai lambang pas di pru adalah satu gimik untuk menunjukkan dap sangat menghargai pas dalam pakatan dan lebih mudah untuk menarik melayu menyokong pas walaupun diwakili ahli dap.

Adalah lebih mudah untuk dap meletakkan calon dap menggunakan lambang pas dengan memperbanyakkan poster-poster nik aziz untuk dijadikan bahan mengelirukan pengundi melayu.

Jika sesuatu kawasan mencalonkan mca dan dap (menggunakan lambang pas) sudah pasti ramai melayu akan undi lambang pas yang diwakili oleh calon dap.

Malah disesuatu kawasan tertentu, ahli dap akan bertanding menggunakan lambang pkr.


Sunday, March 24, 2013

nik aziz sakit bila tun m aktif

tidak dapat dinafikan tun m masih aktif membuat beberapa siri penjumpaan dng ahli2 d seluruh pelusuk negara, sama aktif dng najib dan muhyiddin...media utama kerap melaporkan kegiatan dan suaranya, setiap hari.

tun m kata - balas budi.

ada yg berpendapat - tun m sekali kagi terpaksa aktif untuk selamatkan umno, melayu dan Islam.

inilah jadi masalah kpd pembangkang yg merasakan laluan mereka semakin pudar utk ke putrajaya dng tun m masih di belakang

Thursday, March 21, 2013

papagomo dan anwar buat umno makin tenat

apabila seseorang yg dimalukan secara bertalu talu samada perkara itu benar atau tidak, tetapi hasilnya orang yg kena malu sudah lali, imune, kebal dan tidak rasa malu lagi. kalau dari hujung rambut sampai hujung kaki org dah tengok, satu dunia dah tonton, apa lagi 'malu' yg ada untuk dia malukan.

apabila dia masih bertahan dengan segala kemaluan yg ditanggungnya ditambah sumpah laknat tentulah seseorang itu begitu istimewa kebalnya.

seolah tiada penghujung, seolah watak ini sukar dimatikan.

dlm politik, krisis lahad datu dijangka dapat memberi kelebihan politik kpdnya tetapi kerana salah jangkaan dan perancangan, ia memberi kesan yg kurang baik kpd anwar, lahad datu dijangka puncak segala percaturan tetapi kini menemui jalan buntu.

anwar yg muflis idea melancarkan serangan baru, kini papa gomo adalah sasarannya. nampak sekali 'kerjasama' mereka membuahkan hasil untuk meletakkan umno semakin tenat.

Wednesday, March 20, 2013

nik ajih nak pencen..

perkabaran menyatakan nik aziz kini sakit dan dirawat, sebab serius masuk wad...

lari masuk wad boleh ke menyelesaikan semua masalah rakyat kelantan dan kemungkaran dalaman pas?

lari masuk wad boleh ke terhapus segala keceluparan dan fatwa songsang sebelum ini?

lari masuk wad dan kalau mati? syahid dunia atau syahid aqirat atau sekadar status mati katak?

realitinya bila nik aziz lari masuk wad - pastinya ada sebahagian pemimpin pas kelantan yg sedang senyum.


nik aziz wajar tidak lari masuk wad untuk lepas tangan atau menutup sesuatu.


Tuesday, March 19, 2013

kenapa anwar saman papa gomo

kurang pasti siapa pelakon utama adengan ini cuma dikatakan si bangsat ini adalah org yg sama jadi dalang ceroboh lahat datu
untuk elak dijadikan sasaran berpanjangan aku percaya si bangsat ini sendiri tayangkan gambarnya untuk dijadikan isu bahawa dia sentiasa difitnah umno utk menimbulkan simpati

tetapi yg peliknya apa kaitan si bangsat ini dng anwar ibrahim, kenapa atas gambar yg sama si anwar pula yg saman papa gomo?

aku akan respek kalau anwar saman najib, obama atau mahathir....tapi once dia saman budak mentah seperti papa gomo nytalah anwar cukup terganggu, resah dan gelisah -- why?

Monday, March 18, 2013

ahli umno perlu ada senjata menjelang pru

sudah sampai masanya umno mula membuat majlis bacaan Yassin dan doa di seluruh negara setiap hari sebagai satu persiapan pilihanraya memandangkan pilihanraya akan datang bukan sekadar bertembung dengan pembangkang tetapi juga ada campurtangan asing berunsurkan anti Islam, anti Melayu dan anti negara yg begitu bersungguh menghancurkan kekuatan umno dan secara langsung melemahkan Islam di malaysia sekaligus Islam di dunia kerana Malaysia satu-satunya negara Islam yg cukup tinggi moralnya.

tidak perlu doakan untuk k.o atau t.k.o mana2 parti tetapi memadai meminta kekuatan dan kemenangan serta perpaduan ummah. serahkan kepada Allah untuk memporakperandakan musuh sepertimana terjadinya tentera gajah abrahah yg cuba menyerang kota Meka, insyaAllah.

sejauhmana pun kepandaian strategi umno untuk menang tetapi menjadi begitu sukar kerana musuh bukan sahaja di luar tetapi juga di dalam, beberapa ekor tedung berbisa yg sedia mematuk pada saat akhir. usaha mental dan fizikal yg telah dibuat mesti disusuli dengan doa secara rasmi untuk memberi roh kekuatan yg luarbiasa.

selepas mencapai kemerdekaan, perjuangan kali ini adalah perjuangan kpd pengisian kemerdekaan itu sendiri, perjuangan hidup mati Islam dan Melayu dari tangan komunis moden, pengkhianat bangsa dan pelacur ugama.

itu jihad umno.

Sunday, March 17, 2013

saolan bodoh untuk difikirkan pengundi....

kepada semua rakyat, semua penyokong parti, terutama pengundi marilah kita muhasabah dan muhasarawak demi neara tercinta, di antara najib yg bertungkus lumus mempertahan dirinya sebagai pm yg diserah paklah dan dng ketua pembangkang, anwar yg tergila melolong ceruk kampong nak sangat jadi pm maka wajarlah ciri2 yg patut pengundi utamakan iaitu yg mampu bekerja untuk rakyat.

adakah anda percaya anwar mampu lakukan jauh lebih hebat dari najib dalam membela rakyat?

adakah anda yakin faktor usia dan kesihatan tidak menghalang anwar aktif minda dan badan untuk tadbir negara ?

adaka anda yakin anwar tidak mempunyai kepentingan diri, keluarga, kroni
 dan 'balas budi' pada mana2 projek dan peluang?

adakah anda tidak kesah negara malaysia kelak mempunyai seorang pm bekas banduan jenayah, masih ada pertuduhan terhadapnya dan paling kerap turun naik mahkamah?

adakah anda tidak kesah jika rakyat bakal disaman jutaan ringgit sekadar bertanya saolan ulangan?

adakah anda tak kesah mempunyai pm yg mempunyai hobi dua alam?


apakah anda percaya najib telah mengundang dan berpakat secara rahsia dng pengganas kiram untuk menceroboh sabah dan mengorbankan tentera kita?

saolan terakhir - apakah anda yakin saiful akan termakan sumpah laknatnya sendiri - apakah sudah ada tanda2 sumpahan di muka saiful?

banyak lagi saolan, dipendekkan kesimpulannya -

pengundi harus bijak menilai, undilah kepada calon yg kemaruk sangat nak jadi pm, semakin kemaruk dia nak jadi pm semakin banyaklah jasanya nanti kepada rakyat.

Saturday, March 16, 2013

anak kedah tak sokong mahathir

perhimpunan anak kedah 16 march di stadium juara, bukit kiara, kuala lumpur bersama mukhriz dan mahathir...... GAGAL......tak berapa kerat yg hadir

ada pemimpim umno kedah berbisik untuk menggagalkan perhimpunan itu atas faktor mukhriz bakal mb kalau bn menang di kedah....nyata pengaruh mukhriz belum cukup kuat.

jika inilah lagunya...kedah kekal milik pas sepenggal lagi.
baik untuk mengajar org2 umno supaya jng masih leka untuk pentingkan diri sendiri dan kroni, masih berangan nak duduk di jawatan tinggi untuk apa? merompak harta rakyat?

tuduhan 7 dosa besar - najib khilaf 2 perkara

najib kata ada 7 dosa besar pembangkang termasuk pas, akibatnya:

siapa najib? apa kelayakannya untuk becakap pasal dosa dan pahala? mana ada bukti....begitulah lebih kurang tempelak@melentingnya pembangkang...

kesilapan najib ada dua pekara:
pertama -najib hanya merujuk kpd Al Quran sahaja....dan tidak kpd lain-lain kitab kuning atau jingga.
kedua - najib terus bercakap tanpa kebenaran tokong pulau pinang

Tun Musa Hitam Balas Dendam Pada Tun Mahathir Dengan Buku Jingga?

Tun Musa Hitam Balas Dendam Pada Tun Mahathir Dengan Buku Jingga?:

Tun Musa Hitam pastinya satu-satunya personaliti dari luar Pakatan Pembangkang yang menyokong Buku Jingga.  Sekurang-kurangnya itulah yang dijaja oleh PR mengenai Musa Hitam berikutan kenyataannya di dalam program  'Bicara Minda ‘Survival Ekonomi Melayu’ yang berlangsung di Karangkraf baru-baru ini.  

Setelah diselidik teks asal, ternyata Tun Musa bukanlah ‘membela kitab suci Pakatan Rakyat’ itu secara langsung, tetapi Tun Musa hanya ‘membela Pakatan Rakyat’. 

Pakatan Rakyat juga menganggap kenyataan Tun Musa mengenai politik perkauman merupakan sindiran langsung terhadap Tun Mahathir.  Dan terbahak-bahaklah mereka, suka mendengarnya.

Sebenarnya, bukan baru kali ini Tun Mahathir dituduh sebagai bersifat rasis, tetapi sejak dari awal penglibatannya di dalam politik lagi Tun Mahathir telah digelar ‘Ultra Melayu’ oleh kaum Cina.  Semuanya kerana beliau begitu prihatin dan lantang membela Melayu yang dilihatnya ketinggalan dalam semua bidang.  Keprihatinan dan kasih sayangnya terhadap bangsanya telah ditafsir oleh kaum Cina sebagai ancaman terhadap kaum mereka dan kaum lain.  Kaum Cina menyangka bahawa kerana sayang pada bangsanya, maka Tun Mahathir pasti membenci bangsa lain. 

Namun, setelah beberapa tahun memerintah negara, kaum Cina mula mengenali diri Tun Mahathir yang sebenar, iaitu sayangnya pada bangsa sendiri, tidak bermakna yang beliau bersifat rasis dan membenci kaum lain.  Malah, beliau begitu adil, cuba memastikan yang bahagian kek ekonomi yang dijana oleh kaum Cina tidak dirampas tetapi sebaliknya berusaha membesarkan kek tersebut, agar turut dinikmati oleh kaum Melayu. 

Harapan beliau, kaum Melayu akan berusaha untuk menjana bahagian mereka juga.  Akhirnya semua kaum memahami strategi beliau dan persoalan mengenai sifat Ultra Melayu beliau tidak lagi timbul.  Malaysia berkembang pesat dan semua kaum hidup dalam harmoni serta turut menyayangi Perdana Menteri yang bijaksana tersebut. 

Namun, itu dulu.  Hari ini, kita lihat sikap segelintir generasi baru kaum Cina tidak lagi membawa semangat perpaduan dan keharmonian yang sama seperti dahulu. 

Semuanya kerana wujudnya kumpulan ekstremis seperti Dong Zong yang berdegil ingin memisahkan kaum Cina dari arus pendidikan kebangsaan.  Lebih buruk lagi apabila DAP turut mengambil kesempatan menghasut menuduh dasar-dasar kerajaan yang telah terbukti berkesan membawa keharmonian dan kemakmuran kepada negara ini, sebagai bersifat perkauman.  Media-media berbahasa Cina juga langsung tidak membantu menyemai semangat perpaduan, tetapi gemar sekali memburukkan keadaan dengan menuangkan minyak kepada api yang dinyalakan oleh DAP. 

Maka, lahirlah manusia-manusia seperti Namewee yang jiwanya penuh dengan kebencian terhadap kaum Melayu.  Mereka biadap, angkuh dan langsung tidak menghormati kaum Melayu.   Mereka juga memusuhi Institusi Raja-raja, kerajaan, pihak berkuasa dan apa saja yang dikaitkan dengan Melayu.   Alasan mereka mudah iaitu UMNO rasis dan perlembagaan berat sebelah!   Kemewahan yang mereka kecapi tidak lagi dilihat sebagai bukti keadilan kerajaan, tetapi dilihat sebagai hasil dari usaha kaum mereka semata-mata.  

Sikap biadap dan angkuh ini tidak boleh diterima sebagai identiti rakyat Malaysia.  Sikap menentang sistem dan perlembagaan, memburukkan segala-galanya tentang negara ini serta membanding-bandingkan pula dengan negara lain membuktikan tiadanya rasa cinta dan bangga dengan negara ini. 

Justeru, tidak hairanlah mereka sering ‘dihalau’ keluar dari negara ini dan digelar pendatang. 

Tun Mahathir sebagai bekas pemimpin tentunya tidak senang dengan sikap generasi baru ini kerana ia jelas merosakkan Malaysia yang telah dipupuk, dididik dan dibinanya dengan penuh kasih sayang sehingga berjaya dan cemerlang.  Oleh itu, beliau berkali-kali menegur sikap kaum Cina yang tidak memahami asas penubuhan dan kunci keamanan dan kemakmuran negara ini.  Di masa yang sama juga berkali-kali menempelak sikap kaum Melayu yang masih di takuk lama. 

Jika menegur kaum Cina dianggap rasis, maka bagaimana pula dengan menempelak kaum Melayu?  Bukankah itu menunjukkan beliau melayan keduanya sama saja?  Sebenarnya, Tun Mahathir hanya bercakap yang benar kepada rakyat Malaysia tidak mengira bangsa apapun mereka.  Jika sikap mereka tidak membantu atau memberi manfaat kepada negara, maka sikap itu harus ditegur dan dibuang.  Jika perlu, teguran harus dilakukan dengan keras demi memastikan kesinambungan negara ini. 

Sikap terus terang Tun Mahathir ini jarang dimiliki oleh masyarakat Asia, terutamanya Melayu.  

Oleh itu, beliau sering dimusuhi hanya kerana berkata benar.  Sikap orang kita ialah, tidak boleh ditegur, enggan menerima kebenaran dan kebaikan yang dibawa oleh orang yang kita tidak suka, selain dengki dengan mereka yang disanjung serta berdendam hanya kerana orang yang kita benci itu tidak membalas dengan kebencian yang sama terhadap kita.  Lebih sakit hati lagi, jika orang itu terus berjaya dan dihormati manakala kita masih jauh di belakangnya. 

Dan inilah yang berlaku antara Tun Mahathir dan Tun Musa, malah dengan entah berapa ramai lagi ‘bekas’ rakan-rakannya, termasuk mereka yang pernah terhutang budi dengannya  yang enggan menerima hakikat bahawa beliau bukannya berada dalam liga yang sama dengan mereka, tetapi di liga manusia hebat pemimpin dunia.  

Sifat dengki, iri hati dan pendendam umat Melayu ini amat sukar untuk dijelaskan mahupun dihapuskan kerana mereka yang mempunyai sifat ini tidak mampu menerima kenyataan. 

Kerana itu, walaupun Tun Mahathir telah bersara, beliau terus menerus diserang di segenap arah.  Namun, berkat keikhlasan dan doa berjuta-juta umat manusia yang telah menerima manfaat dari kebijaksanaan dan keprihatianannya, beliau terus gagah mengharungi cabaran mereka. 

Kita pasti Tun Musa lebih tahu bahawa Buku Jingga Pakatan Rakyat adalah sampah semata-mata kerana itu beliau enggan mengulas secara terperinci mengenainya.  Malah, hanya menyatakan secara umum bahawa tidak mungkin PR akan membiarkan negara bankrap tanpa mengaitkan secara spesifik kepada sebarang cadangan  di dalam buku tersebut seperti penghapusan tol, PTPTN, penurunan harga barang termasuk minyak, dan lain-lain. 

Jika puak PR berfikir lebih sedikit mereka akan mendapati bahawa keengganan Tun Musa mengulas Buku Jingga secara spesifik dalam membincangkan subjek ‘tidak akan dengan sengaja membankrapkan negara’, menunjukkan yang beliau tidak yakin dengan perancangan di dalam buku tersebut. 

Hakikatnya, permainan kata-kata Tun Musa untuk menunjukkan sokongan kepada PR hanyalah untuk menyatakan penentangannya terhadap Tun Mahathir dan mengharapkan cara itu akan dapat menyakitkan hati negarawan tersebut. 

Dendamnya pada Tun Mahathir adalah bertitik tolak dari keinginannya untuk menggantikan tempat negarawan tersebut sebagai Perdana Menteri.  Ia menjadi parah apabila Allah SWT telah mentakdirkan konspirasinya terdedah dan Tun Mahathir berjaya mematahkannya.  Ketika itu, Tun Musa sanggup bergabung dengan sesiapa saja, antaranya Ku Li untuk menjatuhkan Ketuanya.  Malangnya Ku Li juga turut tergilakan jawatan yang sama, selain Anwar Ibrahim. 

Namun, kesemua perancangan mereka telah tidak disertai Allah SWT lalu kecundang di tengah jalan.  Bagaimanapun, Tun Mahathir tetap memaafkan kedua-dua Ku Li dan Tun Musa dan tidak terus membuang mereka selama-lamanya, tetapi tetap memberikan mereka jawatan yang sesuai dengan kebolehan mereka di dalam kerajaan atau parti. 

Dan inilah yang amat menyakitkan hati mereka. 

Terdapat juga khabar angin yang Tun Musa merupakan agen barat kerana pegangannya yang liberal berdasarkan cara hidup keluarganya, tetapi itu adalah cerita lain. 

Perlu diulang bahawa Tun Musa sanggup bergabung dengan sesiapa sahaja asal dapat melegakan dendamnya pada Tun Mahathir.  Oleh itu, jika dulu beliau sanggup bergabung dengan Kuli, dan kemudiannya menghimpit Tun Abdullah Badawi sekadar ingin menyertai koir memburukkan Tun Mahathir, maka beliau juga tentu tiada masalah untuk bergabung dengan Anwar atau PR hari ini. Mungkin bukan untuk jawatan kerana beliau sebenarnya cukup arif akan ketidakmampuan PR, tetapi seperti yang dikatakan tadi, iaitu sekadar mencari ruang biar pun kecil, untuk melampiaskan dendam. 

Justeru, tidak perlulah pencacai PR terkinja-kinja sangat dengan sokongan yang ditunjukkan Tun Musa terhadap PR.  Ingatlah bahawa beliau tidak menyentuh langsung mengenai butir-butir perancangan di dalam Buku Jingga kerana beliau tahu ianya tidak masuk akal.  

Pendek kata, Tun Musa cuba memberitahu bahawa jika PR memerintah, Buku Jingga itu juga akan masuk tong sampah kerana tidak mungkin PR akan melaksanakan perancangan yang bakal membangkrapkan negara. 

Namun, walaupun PR tidak mungkin akan dengan sengaja membiarkan negara bankrap, itu tidak bermakna yang negara tidak boleh bankrap di bawah pemerintahan graduan Pengajian Melayu merangkap boneka pihak Neo-con, yang hampir membangkrapkan negara pada tahun 1997/98.   Tidak mustahil sumber negara akan disedut keluar untuk kepentingan ketuanya di barat.  

Apatah lagi dengan sikap DAP yang rakus merampas hak-hak Melayu dan bertuhankan keuntungan, manakala PAS pula langsung tidak punya hak bersuara dan tidak punya pengetahuan langsung mengenai ekonomi negara untuk mempertahankan suara rakyat miskin dan sederhana. 

Kesimpulannya, PR mungkin tidak akan membankrapkan negara dengan sengaja, tetapi mungkin melakukannya dengan tidak sengaja. 

Klik Sumber:

MEDIA SHAH ALAM

umno dan dap wajar bekerjasama...

sudah tiba masanya umno dan dap duduk semeja berbincang tentang masa depan politik malaysia khususnya melibatkan kepentingan org melayu dan china.

umno sudah tidak perlu menaruh harapan kpd mca yg sudah ditolak oleh org chîna dan harapan utk menang di pru sangat tipis, memahami sentimen ini, mca sendiri sudah lama mendiamkan diri dari menggerakkan jentera pilihanrayanya..
.
tanyalah pd bahagian dan cawangan umno, mana ada mesyuarat yg benar2 di hadiri oleh wakil mca? mic sendiri culas, yg rajin hanya ppp

dap juga mampu melakukan sesuatu faedah dan kebajikan untuk kaum china jika bersama umno, pkr memang tiada harapan di pru, anwar samada kalah kalau bertanding atau sudah bersiap sedia 'ke luar negara' bila2 masa.

pemimpin pas sukar dibaca, pelbagai keputusan dan semuanya bertindih dan bercelaru, hadi awang bagai presiden tanpa kuku, nik aziz selalu berdolak dalik, majlis syura juga sesuatu yg lebih sukar untuk dap telah dan kontrol.

dengan kekuatan kerajaan di tangan umno dan kekuatan pembangkang di tangan dap, bukanlah sesuatu yg mustahil untuk dap dan umno mencari titik persamaan.

semasa bn menguasai pulau pinang, umno serahkan jawatan km pada gerakan, jadi apa salahnya tradisi itu diteruskan dng km dari kalangan pemimpin tempatan dap...lim guan eng tarik ke pusat sebagai menteri.

Friday, March 15, 2013

agbimuddin dan hishammuddin - apa kaitan?

org kiram ceroboh lahad datu - katanya dalang d kalangan pembangkang
agbimuddin sudah terbang ke filipina - dalangnya dari kalangan mana pula? dalam kerajaan? atau memang sengaja dilepaskan untuk tidak berpanjangan?

apa kaitan hishamuddin dng agbimuddin...tolong jelaskan?

org umno suka org pas mati syahid...

bab mati syahid.....ramai bersemangat dan berkobar-kobar nak sertai anggota keselamatan untuk hapuskan pengganas dan penceroboh bangsat.

orang umno juga patut mempunyai semangat yg sama, sanggup berkorban untuk hapuskan dalang penceroboh, kalau panjat tiang nak pasang bendera umno, tiba2 terjatuh dan maut, mungkin boleh juga dikatakan mati syahid...

kalau penyokong pas bakar gambar tian chua tiba2sakit jantung dan meninggal, pun mungkin boleh dikira mati syahid....

tapi kalau dok nganga dengar temberang anwar, tiba2 jatuh tergolek meninggal dunia, ini kategori mana pula....

mati...belang dan bala nya tertinggal....

berbanding dng mulianya wira2 negara yg gugur di medan peperangan mempertahankan maruah negara, bangsa dan ugama...

ada pula yg mati meninggalkan bala, penghormatan taik kucing....

KEMASKINI:

Ini pula senarai pemimpin yang sangat ditakuti pembangkang... kalau 8 ini tersenarai, pembangkang memang tak ada peluang...


Shahrizat Jalil, Ketua wanita Umno
Musa Aman, Ketua Menteri Sabah
Nazri Aziz, Menteri di Pejabat Perdana Menteri
Mohamad Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan
Taib Mahumud, Ketua Menteri Sarawak
Ahmad Said, Ketua Menteri Terengganu
Awang Adek Hussin, Timbalan Menteri Kewangan
Shafie Apdal, Menteri Pembangunan Luar Bandar

Thursday, March 14, 2013

persepsi pd polis...ada kebenaran?

cikgu di kelantan kena gari....
tian chua di kl kenggang mak limah....

kenapa? double standard? takut?

menteri auwwwww...any komen?

Latih menangis..pilihanraya dah nak dekat..

Saban pilihanraya, drama ini akan diulangtayang...

aku tak sabar nak lihat, orang yang bongkak dan sombong merasa begitu kerdil dan terhina, merayu diselamatkan...

Biasanya dia lah yang keluar 'hukum' sana sini...

Saturday, March 9, 2013

gelaran dari sultan sulu....nak simpan lagi ke

kepada penerima segala gelaran pingat dari sultan sulu aku seru supaya buang je lah ke perigi atau sungai...nak simpan, nak bangga lagi ke dengan kurniaan dari pengganas dan penceroboh yg membqunuh anak bangsa hingga ada yg jadi balu dan yatim..

anda semua tidak pernah berjasa pun pd sultan sulu kerana perlu membayar untuk dapatkannya dng pelbagai tujuan dan antaranya glamour dan syok sendiri...

dan paling menarik faktanya itu bukanlah sultan sulu yg sah...melarat dng wang ehsan kerajaan filipina tetapi masih bernafsu nak tawan negara.

apapun siapa dalangnya pasti meroyan kerana yg dirancang tidak diizinkan Allah..

jadi pada 'kawan2' saya yg masih bertitle dato' dari sulu dan kebanyakkan remaja tua yg aktif atau sokong umno, tolonglah campak benda tu ke longkang...

tanpa nik aziz dan pas pun... anwar mampu bersih dan suci

nyata lah percaturan anwar sangat tepat...berganding rapat dengan karpal dam lim kit siang lebih baik dari berapat dengan nik aziz dan pas..

tanpa nik aziz, anwar mampu membersihkan dirinya dari 'fitnah liwat' hasil pengakuan si azlan, bapa saiful, tidak pula dapat dipastikan samada ini pengakuan secara prepaid atau postpaid, tetapi dan sekaligus menemplak dan menolak keputusan majlis syura yg sebelum ini menolak anwar sebagai pm.

perkembangan terbaharu ini disamping saman berjuta ke atas utusan yg  melabelnya dalang dlm pencerobohan sulu di lahad datu adalah satu petanda bahawa anwar sudah tidak mampu disekat secara fizikal atau moral untuk dirinya sebagai pm jika putrajaya dapat ditawan

apapun hanya ada satu cara lagi untuk nik aziz dan pas untuk mempertahankan maruah mereka dari dibuli anwar iaitu meminta anuar bersumpah laknat di dalam masjid dng menjunjung AlQuran dalam isu liwat dan beberapa isu moral lain....

apapun umno dan pas jangan leka bahawa anuar mampu melakukan lagi bebebeberapa kejutan untuk memperlekehkan umno dan pas 'demi' putrajaya dan jawatan pm

hanya anuar yg mampu 'halalkan' apa yg 'haram', lebih hebat dari nik aziz yg sekadar mampu 'menjanjikan sorga'

apapun keputusan mahkamah rayuan pada 22hb julai sudah tidak terkesan untuk anuar...mungkin masa tu dia sudah pm atau sudahpun berhijrah ke luar negara?!

cerita bongok umno dan pas

satu cerita di satu tempat di johor dan aku jangka sdg berlaku di seluruh malaysia.

aku ada seorang member berniaga di sebuah pekan kecil di satu tempat stragik, di hadapan persimpangan yg sebok dan jalan utama, member aku pun buatlah signboard yg besar sebagai strategi menarik pelanggan.

di hadapan kedai nya juga ada sebatang tiang letrik dan dipendekkan cerita parti unggul melayu dan islam yg tersohor telah mengambil kesempatan berlumba memasang poster dan banner masing2 dng pelbagai aktiviti mereka' silih berganti setiap hari, berlumba membesarkan banner dan saling tindih menindih, tinggi meninggi....hingga tenggelamlah pemandangan kedai dan signboard member aku ini.

banner dan poster umno dan pas ini sudah tentu tak punya pemit dan setakat ini majlis pebandaran tidak membuat apa2 tindakan merampas atau buang, tak cekap dan tak efisien mcm bandaraya penang.

moral of the story

kedua dua parti bongok ini berlumba utk pasang banner dan poster hingga merosak pertniagaan anak bangsa sendiri..

itu agaknya yg Islam pas lakukan untuk tabur pasir di periuk nasi saudara Islamnya?

ini agaknya cara umno nak tolong ekonomi org melayu?

pernahkan anda lihat susana bongok ini antara mca dan dap dlm perang banner dan poster.....

Friday, March 8, 2013

anwar sudah tidak jijik lagi....

aku baca sepintas lalu pengakuan bapa saiful dan kenyataan balas saiful dan atas kedua-dua pernyataan tersebut maka anwar ibrahim dengan sendirinya gugurlah ia dari manusia paling jijik di dunia ini.

kini yg paling hina dan paling jijik adalah bapa saiful.

dan saiful masih kekal paling unggul dan benar....

Thursday, March 7, 2013

kdn dan kpn berundurlah jika masih ada maruah...

menteri kdn dan kpn adalah individu yg sepatutnya bertanggungjawab dan wajar mengundurkan diri jika masih ada maruah dan juga sebagai tanda penghormatan kpd wira negara yg gugur.

pengunduran hishammuddin mampu memberi kemenangan besar kpd bn di pru13 dan pengunduran kpn akan mengembalikan kewibawaan pdrm di dalam dan luar negara.

hingga ke saat ini, kpn masih ketara dlm dunia yg tidak menentu dan terawang dng operasi keselamatan di lahat datu dalam sidang akhbar yg dibuat, nasib baik dibantu oleh panglima atm

hishammudin juga tenggelam di belakang zahid hamidi

keduanya kena ingat sejarah musa hitam dalam kes mamali yg akhirnya musa hitam juga kehilangan anak yg dikasihinya dlm runtuhan kondo...

Wednesday, March 6, 2013

Cacing lahad datu masuk ke jubuq anuaq...kepanasan beb

aku copy and paste...
http://klboyzwangsa.blogspot.com/2013/03/bukti-anwar-berbohong-isu-lahad-datu.html

Manusia sebegini yang bakal dilantik oleh Pakatan Haram Jadah PR untuk dijadikan PM Malaysia kelak..?? Cukup sifat kurang ajar, biadap dan kurang sopan apabila menjawap soalan yang diajukan oleh wartawan.

Beginikah ciri-ciri manusia terpilih oleh Pakatan PR untuk dijadikan peneraju dan pemimpin bakal memimpin Malaysia..??

Nasib baik bukan KBC yang bertanyakan soalan, jika sayalah Anwar haram jadah ni buat macam tu, akan aku ludah muka dia terang-terang depan semua wartawan. Tak cukup dengan itu, nak KBC baling kasut tepat kearah muka Haram Jadah bangsat bergelar Anwar ni..!!!

Apabila di soal oleh wartawan, sepatutnya jawaplah dengan jelas dengan sikap bertanggung jawab memberikan penerangan kepada setiap rakyat Malaysia agar semuanya tahu hal yang sebenarnya.

Tahulah kau kaya Anwar, sikit-sikit nak saman apabila diajukan soalan..!!! Kata orang tua-tua apabila manusia sebegini mampos nanti janganlah bunga yang diletakkan dikuburnya tetapi siramlah air kencing biar hancing busuk dihidu orang ramai.

Manusia paling jijik di Malaysia ni adalah Anwar yang terserlah dengan sikap biadap dan kurang ajar...!!!

Gambar Mayat Penceroboh - Benar atau Palsu?

Kita tunggu apa kata pakar2 pembangkang tentang beberapa gambar mayat penceroboh dan lain-lain gambar berhubung pencerobohan orang sulu.



Mereka ini memang pakar pusing... Bukankah apa sahaja yang kerajaan buat semuanya salah, mereka sahaja yang betul dan benarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...

Sunday, March 3, 2013

tingkatkan ekonomi org sabah dlm isu penceroboh

kerajaan elok tawarkan satu kepala penceroboh akan dibayar dng nilai rm50ribu kpd penduduk tempatan sabah yg boleh membawa kepala penceroboh yg dipancung. cara ini lebih menjimat masa,mengelakkan ramai lagi anggota keselamatan terbunuh, keselamatan org awam dan sekaligus meningkatkan ekonomi org sabah.

bagaimanapun sesiapa yg tersalah memancung kepala bukan penceroboh maka kepala si pembawanya pula akan dipancung.

org tempatan lebih tahu siapa penceroboh dan talibarut mereka. dan jangan lupa kepala dalangnya juga !

mudin oh mudin...lancau

hishamuddin, kpn, najib mewarisi paklah.....

sampai ketahap wira negara terkorban pun mereka masih syg dng kerusi empuk...

elok sangat kalau mereka diturunkan dng kertas undi dan pencenkan segera kpn lembab...

siapa anak jantan - lahad datu

peristiwa berdarah akibat 'sikap' yg tidak betul dan menunjukkan kelemahan 'otak' dlm membuat perancangan dan keputusan telah mengorbankan nyawa anggota bawahan.


yang patut terkorban sewajarnya najib kalau tidak pun hishammudin, atau ketua polis negara kalau tidak pun panglima angkatan tentera.

tidak terkorban bererti maruah mereka belum terhapus - apakahmereka sanggup letak jawatan??

chaiittt...tak mungkin puak ni sanggup meletak jawatan, mengacah atau berpura pura nak letak jawatan pun jangan haraplah...

alasan untuk menyalahkan 'anwar' sebagai dalang bukanlah alasan kukuh, itu alasan cari makan politik, benda ni pun gomen dah tahu awal tapi apa tindakan yg telah dibuat...

apakah kerajaan mengharapkan ini semua berlaku untuk modal politik?memang banyak dah kebaikan yg dilakukan oleh kerajaan tetapi oefistiwa menunjukkan kerajaan kemah dalam isu keselamatan

6ANGKA