Monday, April 28, 2014

Siapa Gigit Jari Najib?

Ahmad Zahid Hamidi, menyangkalnya. Malaysian Insider memetik beliau sebagai menyelar Barack Obama kerana menyifatkan Malaysia tidak berlaku adil dalam konteks agama kepada semua kaum.
“Kita berikan peluang yang sama kepada bukan Islam dan kerajaan Malaysia berlaku adil kepada semua agama.
“Saya tidak fikir ada halangan untuk mengamalkan agama di sini. Berat sebelah dalam agama perlu dijauhi kerana kita perlu menghormati agama lain supaya agama lain menghormati agama kita,” katanya pada satu sidang media selepas merasmikan Bengkel Keadilan Jenayah Penyeludupan Manusia kali ke-4 Asean di Kuala Lumpur hari ini.



Apa sebenarnya faedah atau keseronokan yg malaysia dapat dari lawatan obama????? pendapatan rakyat meningkat 2 x ganda? (tentunya ini saolan bodoh)

apakah political mileage umno akan meningkat? populariti najib bertambah? atau sebenarnya untuk najib berseronok, bergambar, bergurau senda seperti suasana hari raya dan menjadikan kemegahan yg dipamerkan kpd dunia bahawa najib mempunyai kredibiliti untuk dilawati oleh seorang presiden amerika? Benarkah dilawati atau sebetulnya diliwati?

apakah dunia melihat obama tidak mahu jumpa ketua pembangkang di parlimen atas kerelaannya sendiri atau sebenarnya kerajaan malaysia yg menghalang? cukup kredibiliti kah najib di mata dunia untuk menyatakan atau memperjelaskan isu ini sedangkan najib sendiri akui kerajaannya terkial-kial atau gagal memahamkan rakyatnya sendiri dalam sesuatu isu.

Takkan malaysia berani menghalang obama untuk berjumpa anwar? Memang tidak !!!! tetapi berapa 'harga' yg perlu dibayar untuk lakonan tersebut????

Yang Terakhir: Bagaimana biadapnya sikap tetamu seperti yg

ditunjukkan oleh al gore, begitu juga diulang oleh obama dalam memberi kata dua kpd malaysia supaya tidak mendiskriminasikan ugama lain jika mahu maju.


berapa juta rakyat malaysia yg dihalang untuk menyembah tuhan mereka di gereja, tokong atu kuil? 
sedangkan kerajaan sebenarnya mendiskriminasikan Islam dengan tidak berusaha secara bersungguh untuk melaksanakan hudud walaupun sudah memerintah puluhan tahun, malah digunakan sebagai modal untuk mendapat undi bukan Islam.

najib ditinggal obama dengan katadua, apa jenis tetamu tu? berbanggakah kita, berdaulatkah negara kita?

14 comments:

  1. Tak jemput salah,dah datang salah,tak tahulah yang mana betul betul memuaskan hati,Bagi saya biarlah pemimpin kita uruskan permasaalahan dan mentadbir negara agar kita hidup aman.Lain lah kalau hidup kita sengsara,susah nak makan,beramal dan memenohi hidup seharian kita macam di Sgor sekarang,air dicatu,memang patutlah kita marah.Adalah baik jika kita berfikiran positif dan bersikap sederhana dan jangan cepat melatah dengan menimbul persepsi yang hanya bersifat negatif tanpa dibuktikan dengan fakta.Salam.

    ReplyDelete
  2. Yup semua kerajaan betul, biar dia uruskan negara, jangan tegur, jangan kritik, mampuih mahadey-najib nak hidup sorang..apa lagi?

    ReplyDelete
  3. Aku ingatkan selepas nik ajis bersara dari politik, malaysia sudah bebas dari pemimpin politik yang maksum.
    Rupanya masih ada.

    ReplyDelete
  4. KJ dapat glamor! Tu lah kecik kecik tak hendak rajin belajar. Apa yang kau tau pasal perhubungan antarabangsa.

    Maki hamun, cerita seks dan fitnah je yang pandai.

    ReplyDelete
  5. setuju betul... mana maruah orang melayu islam???? mana???

    lebih 50 orang cina terkaya di Malaysia boleh miliki billion-billion ringgit.

    berjuta orang cina malaysia miliki kekayaan ber million-million ringgit masih dikatakan di marginalized!!??

    80% orang kaya cina india kata mereka di marginalized oleh 80% orang melayu yang miskin !!!?

    ReplyDelete
  6. Anon 10.06,
    Kita tidak menyatakan apa Kjaan buat semuanya betul,tetapi kita ada nyatakan biarlah pemimpin yang kita pilih melaksanakan tugas mereka dan jika mereka gagal ,jangan pilih mereka pada PRU akan datang,tak kiralah dari parti mana mereka wakil.Tidak timbul masaalah untuk mengendalikan pemeritahanan sebab PM mempunyai Menterix di dalam Kabinet untuk melaksanakan tugas bukan beliau sorang sahaja yang bekerja.Salam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tidak perlu menunggu PRU untuk 'membetulkan kerajaan' takut sudah terlambat, nasi sudah jadi bubur. Rakyat harus bangkit membantah untuk memastikan kerajaan yg dipilih memerintah ikut acuan kehendak rakyat. Jika dibiarkan banyak aset negara terutamanya dijual untuk penuhkan kocek mereka sendiri.
      Jika kerajaan betul sudah pasti rakyat majoriti sokong.

      Rakyat adalah majikan kpd kerajaan !!!! Yang dipilih adalah YB - Yang Bekerja.

      Delete
  7. Lawatan Obama sebenarnya agenda America yang takut dengan baying-baying sendiri. Zaman muthahir ini China telah Berjaya membuka pintu Negara sehingga mendapat ramai kawan-kawan dari Asia Tenggara. America rasa tergugat dengan kepentingan mereka, terutama nya Japun dan Korea Selatan. Itu saja pun. Malaysia tak jemput. Memang betul pun. Obama datang tak ada bawa faedah. Susah kan rakyat menghadapi trafik sesak ada lah. Datang setakat jual ayor lioq jer. Ntah2 ada contract diberi kepada syarikat America.

    ReplyDelete
  8. X payahlah diberi penerangan kerana bila hati dah tertutup. Segala kebaikan takan nampak dimata....

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2x5... Pemimpin berpelukan..penyokong bermaki-makian.

      Delete
  9. Menyapu terus kekayaan Negara ialah UMNO, kalau org Cina kerja kuat nak jadi kaya dia punya pasal. Yang dibincangkan di sini ialah songlapan duit kerajaan oleh Bangsawan Melayu yg terdiri dari UMNO, kroni dan Raja2.

    ReplyDelete

6ANGKA