Tuesday, April 15, 2014

Ikrar hadi - dengar boleh percaya jangan...

Hadi yg berikrar untuk meneruskan perlaksanaan hudud sebagai perlaksanaan parti melalui sokongan kepada kerajaan kelantan merupakan kenyataan terbaharu, tambahnya lagi pas tidak pernah ada perjanjian atau terikat dengan dap dan pkr untuk tidak melaksanakannya ????

Betul ke ni, setakat yg diketahui sebelum ini - dap dan pkr melalui pemimpin kanan masing2 telah berulang kali berhujah bahawa mereka sudah mempunyai satu persetujuan untuk tidak bersetuju pas melaksakan hudud sebagai syarat kerjasama dan perkongsian kuasa.

Siapa yg bercakap benar?
Tidak lebih masing2 cuba melepaskan tengkok masing2 dari disekeh oleh ahli parti sendiri. Nyata mereka tidak mempunyai satu keputusan pun tentang hudud sebelum ini, pending dan agenda utama ialah merampas kuasa - hudud belakang kira.

Depan penyokong masing2 - lain pula ceritanya!!!

Ini juga berjangkit dalam parti2 di BN yg melihat pertentangan MCA yg konsisten dan berterusan menentang perlaksanaan hudud. Apa yg sebenarnya MCA tentang sedangkan hakikatnya UMNO belum lagi membuat keputusan rasmi untuk menyokong atau tidak. Yang dengar hanyalah pemimpin peringkat negeri dan pemimpin yg kurang berpengaruh dari UMNO menyatakan sokongan.

Bagitu juga dengan orang melayu dan Islam sendiri - ada yg sokong, ada yg tidak dan ada yg berbelah bagi????

Kenapa tidak ada kejituan dalam hukum Allah !

Keraguan sebenarnya lebih kpd keraguan ke atas kemampuan pihak yg mahu melaksanakan hudud lebih- lebih lagi ia dikendalikan penggubalannya oleh parti, kenapa tidak digubal oleh kerajaan yg mempunyai kemudahan kepakaran? Atau badan Islam atau penubuhan Suruhanjaya DiRaja2 Melayu yg mempunyai kuasa mutlak di negeri masing2.

Kebimbangan menjurus kepada samada hudud itu kelak merupakan hudud pas yg disesuaikan dengan citarasa politik atau Hudud Islam sebenarnya?

Kebimbangan juga sejauh mana kemudahan, kepakaran, penguatkuasaan adalah tepat dan tidak bertindih atau saling merebut kuasa dng perundangan lain yg sedia ada. Hakikatnya mahkamah syariah sama taraf dengan mahkamah tinggi. Bagaimana pula kuasa mahkamah rayuan dan mahkamah Agong akan berperanan dalam kes hudud?

Sekarang ini pun ujud kekeliruan di mana dalam satu kes baru2 ini, bapa yg memeluk Islam telah diberi kuasa untuk menjaga anak2nya oleh mahkamah syariah tetapi selepas itu mahkamah tinggi pula menganugerahkan kuasa kpd ibunya yg bukan berugama Islam untuk menjaga anak2nya. Diberitakan juga keputusan penghakiman tersebut tidak pula menyatakan keputusan mahkamah syariah terbatal.

Tidak kah boleh dikatakan atau dianggap.
Mahkamah tinggi tidak punya kuasa untuk membicarakan satu kes yg sama di mana keputusannya telah dibuat awal oleh mahkamah lain (mahkamah syariah) yg sama taraf dengannya?
Bolehkah dianggap mahkamah tinggi telah menghina mahkamah syariah?
Setakat ini tidak diketahui kedudukannya???
Undang2 'silent' dalam hal ini dan rakyat menjadi mangsa dan keliru!!!

Ini belum lagi hudud dilaksanakan sepenuhnya !!!
Diperkatakan juga yang bukan Islam tidak akan dihukum dibawah hukum hudud"????? - ada Quran atau Hadis sebut?? Sedangkan dalam sistem percukaian di zaman Radulullah dan Sahabat - orang bukan Islam turut dikenakan malah lebih lagi kerana mereka menikmati keamanan di bawah pemerintahan Islam.

Elok juga dilaksakan di Malaysia sistem cukai ini?????

1 comment:

  1. Macam mana ni Bang,DUN Ktan dah lama luluskan Undangx ini tapi tak nampak langsong derafnya dan tindakan secara fisikal ke arah perlaksanaannya.UMNO cuma mengambil kesempatan untuk menunjukkan kepada penyokong PAS ianya OK saja sejak perkara ini diketengahkan olih PAS dan bukan sebagai batu penghalang saperti yang dilaungx kan olih PAS.Meluluskan nya di peringkat pusat tidak menjadi masaalah tapi melaksanakannya adalah satu perkara yang lain.Jika diamati betulx siapakah yang untung dalam perkara HUDUD ini.....fikirlah sendiri.

    ReplyDelete

6ANGKA