Monday, August 4, 2014

Anwar pula berdepan dengan Lawan-Tetap-Lawan

Lawan-Tetap-Lawan kini digunapakai oleh Khaled dalam mempertahankan dirinya untuk jawatan MB yang telah disandangnya melebihi lima tahun atas perkenan Tuanku Sultan Selangor dan kepercayaan itu setakat ini belum ditarik balik.

Jika bukan Wan Azizah, isteri Anwar yang dicalonkan, mungkin Khalid tidak mendapat sokongan moral malah tidak mempunyai sebab untuk mengengkari parti tetapi apabila ada unsur peribadi dan niat jahat, sebahagian rakyat Selangor di belakang Khalid.

Keberanian Khaled menentang cita-cita rakus Anwar nyata sangat menarik untuk menjadi sejarah politik Malaysia di masa hadapan. Anwar sendiri gagal secara bersendirian untuk menggertak Khalid dan ini memerlukan DAP dan PAS untuk bersetuju dengannya.

Pendirian awal Hadi menyokong Khalid cukup membuatkan Pakatan Haram goyah seketika sehinggalah satu pertemuan menjernihkan suasana tetapi PKR masih terikat untuk memberi kenyataan bertulis kenapa Khalid perlu diganti dengan Wan Azizah untuk diperhalusi PAS dalam mesyuarat tertingginya 10hb. Sehingga tarikh itu Anwar tidak akan senang duduk.

Jika pun PAS bersetuju, atau Khalid dipecat - itu bukan jalan mudah seperti yang dijangkakan. Khalid akan bertindak balas mendedahkan segalanya kepada rakyat Selangor untuk dinilai walaupun akhirnya dia akan tewas secara bermaruah.

Jalan terbaik, ada kompromi untuk Khalid turun secara terhormat dan Tuanku Sultan Selangor perkenan!!! 

7 comments:

  1. Ya Lawan tetap Lawan...ini ajaran PKR...

    ReplyDelete
  2. Pas....... AKU YAKIN SANGAT GERENTI TUNDUK PD ANUUUUWAR

    ReplyDelete
  3. PAS?...hiiii
    last sekali Pasti Aku Sujud (PAS) pd dap dan parti kelentong rakyat...

    ReplyDelete
  4. LAWAN JANGAN TAK LAWAN...APA PUN KLADIK DAH TAK ADA HARGA DI MATA PKR

    ReplyDelete
  5. Kenapa Khalid begitu berani...adakah dia terlalu terdesak atas kepentingan peribadinya juga? Kenyataan bertulis PKR kepada PAS dan DAP ada melondehkan beberapa perkara yg menjatuhkan integriti Khalid... sewajarnya khalid tidak sekadar menjawab sebaliknya perlu mengambil tindakan undang2 jika dia di pihak benar! !!!

    ReplyDelete
  6. Dia tidak buat kerja dan tindakan terburu buru macam Rafizi dan Pudin tu.Diamx orang tua ni berisi,percayalah apa jua tindakan yang beliau ambil kelak akan amat merugikan PKR.Banyak tembelang akan pecah dan segala perbuatan busuk akan terserlah dan pasti yang paling terok tempiasnya adalah PKR khasnya dan PR amnya.

    ReplyDelete
  7. 1998 Aljuburi dipecat kerana meliwat... 2014 TS Khalid dipecat kerana enggan meletak jawatan MB utk beri laluan kpd bini Aljuburi... semasa dipecat ALjuburi tuduh kerajaan amal kronisme,nepotisme, rasuah... padahal dia la sebenarnya bapak segala kronisme, nepotisme dan rasuah... yg bodoh adalah macai2 tegar dia tu...

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...