Sunday, August 23, 2015

BERSIH TAK PERLU DENGAN SYARAT...

AGENDA TERSEMBUNYI DISEBALIK DEMONSTRASI HARAM BERSIH

Assalamualaikum wbt buat semua saudara Islam yg dihormati lagi dikasihi.

Saya bukan ahli kpd mana-mana parti tetapi saya adalah seorg pensyarah di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yg telah membuat kajian dlm bidang sosial dan politik. Kajian saya telah bermula sejak thn 1998 sehingga hari ini. Daripada demonstrasi Reformasi, HINDRAF sehingga BERSIH.

Setelah beberapa kajian mendalam dilakukan akhirnya kami telah mendapat maklumat beberapa agenda tersembunyi yg amat membimbangkan disebalik semua siri demonstrasi ini. Kumpulan ini sebenarnya diwujudkan oleh kelompok ketiga dari luar negara dgn diberikan plot dan dana yg banyak. Negara-negara Arab telah berjaya mereka hancurkan dan kini sasaran utama mereka adalah Asia Tenggara yg mana Malaysia merupakan negara yg menjadi sasaran utama (main target list). Sesuatu yg harus kita ingat ialah Malaysia termaktub dgn syarat Negara Komanwel kerana Malaysia pernah dijajah oleh British. Antara klausa ialah...

"...apabila berlaku huru-hara dlm sesebuah negara di bawah Komanwel dan pihak kerajaan yg memerintah gagal mengawal keadaan sehingga berlakunya darurat merah melebihi 7 hari maka negara itu akan dikembalikan kpd pemerintahan Ratu....."

KEMPEN BERSIH

Agenda utama kempen BERSIH yg dilancarkan oleh Ambiga adalah utk sabotaj ekonomi terhadap org Melayu.

1. Setelah peniaga Cina menipu barangan di Plaza Low Yatt, pemboikotan oleh org Melayu yg dianiaya telah berkesan & melumpuhkan bisnes mereka di sana. Org Melayu mula membeli di kedai milik Melayu sehingga beberapa kedai gadget milik org Melayu spt Gadget World 666, Kedai Ustaz dan lain-lain mengatasi kedai-kedai milik kaum Cina.

2. Pihak Pembangkang bersusah payah cuba mempromosikan kembali Plaza Low Yatt dgn pelbagai sambutan Hari Raya di mana peniaga Cina yg menipu itu memakai pakaian baju Melayu dgn cubaan utk menipu lagi kepada Melayu namun gagal apabila tidak mendapat sambutan.

3. Setelah kempen mereka ini gagal, mereka mula bertumpu ke Kompleks Pertama milik GLC Melayu iaitu UDA. Lokasi yg sangat strategik berdekatan Jln TAR dan Bangunan MARA, menjadikan kawasan ini amat strategik bagi peniaga Cina utk menipu Melayu lagi.

Apabila Dato Seri Ismail Sabri Yaacob memberi cadangan agar Aras 3 di Bangunan MARA dijadikan Pusat Barangan Electronik dan Telefon, maka sekali lagi ianya menjadi tamparan hebat kepada peniaga Cina yg menipu.

Kerana terdesak, walaupun PRU masih ada 3 tahun lagi, maka Pembangkang dengan peniaga Cina yg menipu MESTI MENGHANCURKAN kawasan strategik peniaga Melayu di sekitar Jalan TAR.

Terdapat kebih kurang 2 Ribu org peniaga Melayu dari Chow Kit ke Jalan TAR sehingga ke Masjid India dan 90% drp peniaga ini adalah Melayu & Islam.

Maka tindakan Demo BERSIH 4.0 ini BUKAN kerana mahu menjadikan PRU itu Bersih, namun semata-mata sabotaj :

1. Kawasan Peniaga Melayu

2. Tahun Melawat Malaysia

3. Merosakkan Kuasa Beli Melayu.

Secara logiknya, jika mereka tidak percaya dengan SPR, mengapa sekian lama mereka Mengangkat Sumpah sebagai Ahli Parlimen & menerima habuan spt Gaji & Pengecualian Cukai jika PRU itu tidak benar? Kenapa Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang masih kekal diperintah kerajaan PR? Kenapa sewaktu usul kenaikan gaji ADUN dan Ahli Parlimen mereka juga bersetuju dgn usul tersebut?

Apa jadi dgn penipuan pembangkang yg mengatakan puluhan ribu warga asing mengundi?

Kenapa tidak dibuat Demo BERSIH di Petaling Street, Bukit Bintang, Low Yatt Ataupun di Little India Brickfields atau ke Batu Caves?

Bukankah Stadium Shah Alam sesuai utk Pembangkang menyuarakan hak mereka?

Ambiga & Pemimpin Pembangkang yg menganjurkan BERSIH 4.0 WAJIB ditangkap kerana cuba utk sabotaj Ekonomi Malaysia, peniaga Melayu & menimbulkan keadaan yg tidak tenteram kepada keselamatan rakyat Malaysia.

Ikhlas,
Sayangkan Malaysia
Kasihkan Ummah
Dr. Hj. Muhammad R.A.






# Benar, kita tak perlu bersih, tak perlu demo, tak perlu sabotaj ekonomi melayu, tak perlu polis cedera, tak perlu pemedih mata, tak perlu kena tangkap, tak perlu tenaga, tak perlu buang masa, tak perlu korbankan 30 juta rakyat untuk selamatkan seorang.

Najib sila undur, satu orang selamatkan 30 juta.

28 comments:

  1. Rosmah x bagi pm yang disayangi segenap lapisan masyarakat letak jawatan....

    Nek tempoyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko silap cakap, Nek -

      bukan "pm yang disayangi segenap lapisan masyarakat", tapi

      pm yang Rosmah sayangi

      Delete
    2. Najib tak mau resign sebab Rosmah tak kasi le, tau tak. Kalau boleh dia nak Najib pegang jawatan sampai mati. Sebab dia nakkan taraf FLOM. Dia jenis yang never take no for an answer, apa dia nak mesti dapat. Cuba fahamkan watak Rosmah tuh.

      Siapa yang kuat nakkan Najib berundur, cari siapa yang rapat dgn Rosmah, mintak dia cuba pujuk Rosmah. Bila Rosmah setuju aje, aku yakin Najib cepat letak jawatan. Tak payah heboh Bersih berterabur di jalanan.

      Tak salah minta pujuk. Nak mintak Najib berundur, bukan nak jatuhkan Kerajaan. Kita semua nakkan UMNO/BN terus merintah sampai bila bila. Kalau Najib terus mimpin sampai PRU14, alamat lingkup le UMNO/BN di PRU14.

      Delete
  2. Taraf penulisan pensyarah Dr tu amat rendah sesuai untuk orang berpolitik sahaja. Macam mana dia dapat jadi pensyarah dengan hujah-hujah tidak berpandukan fakta dan statistik?

    Kesian, pelajar-pelajar di IPTA yang diajar beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kisah lah traf penulisan dia. Yang penting bagi aku dia hentam pihak pihak yang aku tak suka.

      Termasuk Bersih yang amat kotor. Sebab kasi Anwar Al Juburi masuk belakang diorang. Dulu kata ha nya isu pilihan raya. Pastu macam macam isu Pembangkang di sondol Al Juburi masuk belakang depa.

      Delete
    2. Bak mai sini hujah kau pulak kalau hebst sangat puihhh

      Delete
  3. Mcm tak kena gaya kajian pensyarah ni. Fakta pun lari. Bersih dah lama wujud, sebelum kes low yat lg. Dekat bangunan pertama tu mmg dah lama cina berniaga alat komunikasi di situ. Kat jln tar ni bukan org melayu saja berniaga. Sama juga bukan org cina saja yg berniaga di low yat.

    Bersih mmg tak sesuai dibuat di jalanan. Tempat yg sesuai hanya dlm stadium. Tidak menggangu aktiviti perniagaan rakyat msia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju bebenor apa kamu cakap. Sokong 100% pasal Bersih tak semenggah tuh.

      Delete
  4. Confirm pensyarah tu bukan org kl.

    ReplyDelete
    Replies
    1. .Takpa. Dia hentam Bersih yang benarkan pertubuhan itu di sodok dek Anwar dan parti parti Pembangkang. Bersih mesti ikut undang undang kalo nak berhimpun. Kalo tak. sumbat pemimpin2 nya ke dlm lokap.

      Delete
  5. Najib jangan undur... lantaklah depa nak menyalak.... kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak undur kna belasah dek rakyat tiap tiap hari. Dia Internet savvy, mesti baca komen orang sikit sebanyak. Kalu tak baca semua pun, tiap hari pekak telinga dan bengang kepala di buat nya.

      Dah cakap pasal nak sekat social media pun. Yang dulu nampak liberal. Sekarang nak U turn, flip flop lagi.

      Tun Dol yang "berundur" telah di kenali sebagai PM flip flop. Nih lagi satu on the way.

      Delete
  6. ahjibgor takkan letak jawatan kerana pemimpin bangsat akan membangsatkan bangsanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dia bangsat tak mahu berundur, rakyat tak terima, akan bangsatkan dia tak habis habis sampai merah telinga dia, naik pekak, hiang sombong bongkak, tak lama merangkak nak negotiate "terms for resigning"

      Jangan khuatir Beb, Rosmah mesti dapat Tun, mcm bini Tun Dol jugak. Dia TPM masa tuh, dia yang negotiate dengan Tun Dol dulu tuh.

      Delete
  7. ABANG ADMIN,

    MINTA ADJUSTKAN SIKIT GAMBAR GAMBAR MEMBUKTIKAN BUKAN ROBOT TU - SUPAYA TAK KENA TURUN NAIKKAN MASA KITA MEMBUAT PROVING NYA. TK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya lah KD tolong buang Saya bukan robot tu, nak komen pun susah, kapir dajal dap yahudi bla..bla bla bla pot pet pot pet

      Delete
  8. Himpunan Bersih hujung minggu nih dah di benarkan ke? Setahu aku Bandaraya kata Dataran Merdeka dan Padang Merbok tak boleh di gunakan. Makcik Marina Chin kata peserta boleh bawak kemah untuk tidur atas jalan. Di larang juga. Kamdian Makcik tu kata perserta boleh bawak sleeping bag aje, jangan kemah. Tapi rasa nya, Polis belom kata boleh ke tak.

    Tapi pahal The Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) cakap macam Polis dah benarkan aje. Depa kata "will maintain a neutral stance by monitoring police, Kuala Lumpur City Hall (DBKL) and participants of the upcoming Bersih 4.0 rally this weekend." Kalau Polis belom kasi kebenaran, Suhakam nak "force the issue ke"?
    Mcm Bersih juga? Ape jenis human rights mcm tuh? Tak ikut undang undang, tak hormat pihak berkuasa DBKL, Polis dsb nya.

    Aku tak faham jenis anarkis nih. Kan ada Paceful Assembly Act untuk berhimpun. Ikut saja le. Apa nak cari pasal, riuh rendah mcm nak mengdestabilkan keadaan. Kena sumbat ke lokap, marah. Bedebah.

    ReplyDelete
  9. Suhakam commissioner James Nayagam kata Suhakam expects Bersih 4.0 to have far more participants than its previous incarnations. Awat dia kata incarnations? Apa Bersih boleh jadi tumbuhan atau binatang?

    “We will observe and note the conduct of the authorities; to see if they fulfil their obligation in guaranteeing a peaceful gathering as well as to recognise the right thereof,” he said. Memang lah ada hak, Mamat wei. Tapi pihak lain pun ada hak jugak. Itu pasal Polis tak beri kebenaran dengan sewenang wenang aje.

    Korang tak fikirkan yang Dewan Bandaraya pun nak pakai kawasan Dataran Merdeka dan jalan jalan di sekitar nya. Depa nak buat persediaan meraiikan Hari Kemerdekaan. Ngapa kudut sangat korang? Sekolah mana dulu? Pass tingg ke? Aku tak pass SPM pun tapi tak le nak langgar undang undang. Tu le, Biro Tata Negara pun korang nak kondem. Apa daaaaa ..........

    ReplyDelete
  10. nak buat BERSIH? boleh jer, tapi dengan syarat. setiap sorang peserta BERSIH kena minum secawan clorox untuk memBERSIHkan hati dari kekotoran yang dikhuatiri akan merosakkan tujuan asal BERSIH dilaksanakan. kalau hati dah cukup putih dan BERSIH, buatlah demo tu, tak akan ada sesiapa yang mampu melarang. lagipun buat apa nak melarang orang baik2 dan BERSIH hati melaksanakan hak dia sebagai rakyat, ye tak!

    ReplyDelete
  11. Hahahaha, minum clorox.

    Betul tu bang, clorox cukup membersihkan, putih lebih putih.

    Suruh ahli dan penyokong DAP yang menyertai Berih le - depa pakai unifom putih mcm Kit Siang selalu pakai. Selau kepit Dayana Sophia, tentu kotor bu buusuk. Clorox memang mujarab.

    Tapi celaka Tokong Lim selalu nya tak kasi Wakil Rakyat DAP sertai Bersih. Takut kena tangkap, bicara, kena jel, hilang kerusi Parlimen ke DUN ke. Ultra kiasu lah, kata orang. Ultra kiasu = asyik nak menang, tak mau kalah sekali pun. Mana boleh, Kepal hotak dia.

    ReplyDelete
  12. Tak perlu Bersih, tak perlu itu, tak perlu ini ...tak perlu kena angkat Samad Said bila dia semput tak kat jalan, berhenti terduduk di jambatan. Mcm di Bersih 2.0 dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu kena dengor Sajak Kuning -

      Di tepi jalan di suatu senja
      Suasana nampak tak nampak

      Dari jauh ku pandang kuning
      Ku dekati setapak demi setapak

      Ku awasi, selonggok
      Ku pegang, panas
      Ku ramas, lembik
      Ku cium, bau busuk

      Cilaka, rupa nya tahi orang
      Rakan Bersih buat di malam itu

      Delete
  13. Perhatian!!! Mencari orang hilang berumur 170 tahun. Makanan kegemaran tempoyak. Disyaki telah hilang dan telah manpos kerana tua kerepot nak mampos..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia pergi ke Pahang. Jaga jaga, nanti dia menjelema, di lesing nya kau sampai ke Selat Melaka. hehe

      Delete
  14. Salam KD.
    Walau apapun alasan yg disuakan kepada umum, tetapi, apa yang pasti , esok nilai ringgit merudum lagi begitu juga dengan index saham mungkin esok hit 1520 point lagi..merudum sampai Najib n gerombolannya surrender.

    KD teruskan perjuangan dan jangan putus asa.Setiap keringat adalah perjuangan suci.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KD kawan2 engkau tengah desperate ni silap2 haribulan kosong la..

      Delete
    2. Tak desperate pun, sentiasa ada hujah, tak pakai "hidden hands" pun, tak bikin "immediate transfers", tak lama kamdian flip flop.

      Ingat, selalu flip flop, jadi Pak Lah Tun Dol. Tun Madey kata dia "auto-piloting, flip flopping and sleepy" PM. Najib yang pujuk Tun Dol supaya "berundur", masa dia TPM. Tu pasal TPM Muhyiddin di gugurkan, Najib takut dia sendiri kena pujuk plak.

      Delete
  15. Saya kesian Murid pensyarah itu

    Dia kaji dari 1998 ke sekarang (17 tahun)ini je dia dapat? "kami telah mendapat maklumat beberapa agenda tersembunyi yg amat membimbangkan disebalik semua siri demonstrasi"

    Saya pun mandapat maklumat, tak paya kaji pun.


    "...apabila berlaku huru-hara dlm sesebuah negara di bawah Komanwel dan pihak kerajaan yg memerintah gagal mengawal keadaan sehingga berlakunya darurat merah melebihi 7 hari maka negara itu akan dikembalikan kpd pemerintahan Ratu....."

    Klaus ini kat kepala otak dia je

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...