Monday, February 23, 2009

Nik Aziz, Lim Eng Guan, Ibrahim Ali


Tanya Nik Aziz apa komennya..dok tak ser tak ser ..lagi ke.. atau sokong - perhatikan lidah ulamak politik.
PAS subahat jika masih bersama Pakatan.

tANYA JUGA yb zULKIFLI - mp kULIM

Dalam hal hal sebegini akhirnya Ibrahim Ali lah juga yang sekali lagi akan menghempaskan songkoknya...harap ke PAS, telor dah masuk ke dalam sejak dua menjak ini - sejak berkawan dengan lembu.

Dan perhatikan contoh bahasa hooolamak..

Kuala Lumpur, 23 Feb - Presiden PAS, YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, menyifatkan pimpinan UMNO yang enggan memansuhkan PPSMI adalah golongan celaka yang akan melenyapkan Bahasa Melayu.

DAP dan PAKATAN hina Islam !?
Oleh HASNURUL MOHAMEDutusanpenang@utusan.com.my
NIBONG TEBAL 23 Feb. – Penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama oleh kerajaan negeri Pulau Pinang mesti dihentikan kerana ia meletakkan Islam sama taraf dengan agama-agama lain.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya berkata, cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain ternyata menghina Islam dan tindakan seperti itu mesti dihentikan.
Katanya, MAINPP berasa cukup tersinggung apabila ada beberapa ahli jawatankuasa (AJK) majlis tersebut terdiri daripada orang Melayu.
‘‘Saya difahamkan ada tiga orang AJK Melayu beragama Islam duduk dalam majlis tersebut yang kononnya mahu menuntut kesamarataan agama.
‘‘Ini sesuatu yang cukup menakutkan kerana agama Islam dipandang sama seperti Buddha yang diasaskan oleh manusia bernama Gautama Buddha, disamakan juga dengan Kristian, Taoism dan Bahai,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika diminta mengulas ucapannya semasa majlis penyerahan Dana Zakat Program Didik Cemerlang Akademik 2009 di Sungai Dua di sini semalam.
Ketika berucap pada majlis tersebut, Shabudin melahirkan rasa kurang senangnya terhadap penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama Pulau Pinang yang bertujuan meletakkan semua agama, termasuk agama Islam sebagai sama rata dengan agama-agama lain.
Majlis tersebut ditubuhkan tahun lalu iaitu selepas kerajaan pakatan pembangkang yang diterajui Ketua Menteri, Lim Guan Eng mula memerintah negeri itu.
Majlis itu dipengerusikan Guan Eng sendiri. Mengulas lanjut, Shabudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Tasek Gelugor berkata, agama Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya.

2 comments:

6ANGKA