Monday, October 31, 2011

Najib tutup buku lama...buka buku baru

Alhamdulillah PM sedang berada di Makkah untuk mengejakan haji, rukun kelima Islam bila mampu. Kebiasaannyalah setiap orang yang beriman akan memohon ampun ke atas dosa2nya yang lalu di depan Kaabah dan sudah pasti Najib akan beristiharah meminta ilham bila PRU13 akan di adakan dan seterusnya berdoa untuk menang.
Ramai sebenarnya pemimpin2 Islam dalam mana2 parti politik kalau diukur kepada kereta dan rumah besar mereka sudah lebih dari mampu untuk mengerjakan haji saban tahun, tetapi majoritinya lebih ramai suka melancong keluar negara setiap tahun dengan jumlah pernbelanjaan yang lebih besar dari kos mengerjakan haji. Sudah sewajarnya UMNO perlu mengambilkira calon yang sesuai untuk PRU13 nanti adalah yang bertitle haji kerana sebagai pemimpin, calon itu telah menunjukkan contoh yang baik.

Rata2 calon UMNO terdairi dari mereka yang mampu dan mewah.

Bajet memikat akhirnya jadi bajet makan diri...

Banner atau kain rentang bergantayangan di seluruh negara dengan ungkapan ' TERIMA KASIH NAJIB ATAS BAJET 2012' begitulah lebih kurang tajuknya dari Perlis sampailah ke Johor dan berterusan sampai ke Kelantan.

Itulah antara yang dapat menarik perhatian saya semasa meluangkan masa seminggu ke utara dan pantai timor dalam peerjalanan atas urusan sendiri....

Rakyat mana yang buang tabiat tu agaknya yang sanggup buang masa, tenaga dan duit untuk menggantung kain rentang yang lebih kurang bernilai RM90/sehelai. Rakyat Malaysia sungguh sekata pula tu..ayat yang sama seluruh Malaysia???

Inilah kerja gila dan syok sendiri pemimpin UMNO, Kenapa UMNO? sebab saya tak jumpa kain rentang yang sama dalam bahasa tamil atau cina. Dah sah itu kerja pembodek UMNO yang semakin 'tertekan' menjelang pilihanraya. Kerja Ketua Penerangan UMNO muflis idea...

Masih ingat lagi saya kerja gila yang sama zaman paklah...poster sebesar langit di pelusuk negara dengan Cemerlang, Terbilang dan Temberang...Islam Hadhari, Modal Insan dan entah2 apa lagi...akhirnya masuk longkang dalam PRU12.  Kini kerja gila yang sama berulang....

Bajet 2012 adalah 'bajet mengorat' diperingkat pembentangan dan akhirnya menjadi 'bajet makan diri' di peringkat perlaksanaan, lihat nanti bagaimana semua itu hendak dilaksanakan? Elaun Buku, Elaun Saraan, Yuran persekolahan - pasti ada yang tergelincir dan penyelewengan di peringakt perlaksanaan. Kesannya ada yang tak dapat, ada yang marah, pembangkang akan eksploit...dan hasilnya BN tumbang...

Tunggu dan lihat analisa cabok ini.

Monday, October 24, 2011

Antara akur atau tak ada telur - PILIHANRAYA LAMBAT LAGI.....

PADANG SERAI 24 Okt. – Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah tiada masalah untuk membuat pertukaran kerusi dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain jika ia merupakan sesuatu yang dipersetujui BN pusat.
Pengerusinya, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, beliau akan mematuhi sebarang arahan pucuk pimpinan BN berhubung perkara itu.
Semalam Presiden MIC, Datuk G. Palanivel dilapor sebagai berkata, bahawa MIC berhasrat membuat pertukaran satu daripada kerusi yang diperuntukkan kepadanya di Selangor dengan kerusi di Kedah atau Pulau Pinang.
Ahmad Bashah berkata, bagaimanapun tindakan Presiden MIC itu dirasakan masih terlalu awal kerana tarikh pilihan raya sebenar belum diketahui.

Sunday, October 23, 2011

Kursus 1 Minggu - dapat Sijil Layak Berbohong...

Di negeri mana agaknya ada pengajuran kursus 1 minggu untuk layak mendapat watikah dan sijil Layak Berbohong dan kalau perlu 'title' Ustad boleh digunapakai jika mengadakan ceramah berbau ugama ?? 

Jika ada sesiapa yang tahu, harap maklumkan nama dan alamat penganjurnya, menjelang PRU13 kelak, ramai yang memerlukan watikah tersebut...



Anwar pun dah dapat sijil juga ke? contoh di bawah...

Dakwaan Anwar Ibrahim bahawa 92 peratus daripada 310 projek pembangunan di Sarawak yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin belum dilaksanakan adalah pembohongan terbaru Ketua Pembangkang itu.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas yang bertanggungjawab memantau kesemua projek berkenaan berkata, dakwaan Anwar tidak benar sama sekali kerana sehingga 20 Oktober lalu, 74 peratus atau 228 daripadanya telah siap dilaksanakan.

"Hanya 41 atau 13 peratus projek belum bermula manakala baki 41 lagi sedang dilaksanakan dan dijangka siap dalam masa terdekat.

"Selain itu, 95 peratus daripada projek-projek berkenaan dibuat secara tender, bukannya empat peratus seperti yang didakwa Anwar," katanya pada sidang akhbar khas bagi menjawab dakwaan tersebut.

Portal berita propembangkang, Malaysiakini Khamis lalu melaporkan kenyataan Anwar bahawa kerajaan Barisan Nasional menabur janji palsu berhubung projek pembangunan di Sarawak kerana 92 peratus projek bernilai RM2.3 bilion yang diumumkan dua pemimpin tertinggi itu masih belum dilaksanakan.

Pemantauan terhadap pelaksanaan kesemua projek tersebut dilakukan dari semasa ke semasa menerusi Jawatankuasa Penyelarasan Projek Khas dan Walkabout Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang diketuai Datuk Seri Douglas Uggah Embas.

"Urus setia jawatankuasa khas ini terdiri daripada kakitangan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan kami telah mengadakan mesyuarat setiap bulan untuk mengenal pasti sebarang masalah yang timbul.

"Sebanyak tujuh mesyuarat diadakan setakat ini diikuti tindakan susulan seperti program turun padang dan melawat bahagian yang terlibat seperti Sri Aman, Betong dan Kapit," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Uggah berkata, tender pembinaan Hospital Sri Aman yang baru akan dikeluarkan tidak lama lagi manakala pelaksanaan projek bernilai RM200 juta itu dijangka bermula awal tahun depan.

"Sementara itu, pembinaan Jambatan di Batang Sadong dan dua batang jalan raya di Marudi dan Belaga oleh ATM (Angkatan Tentera Malaysia) menerusi program Jiwa Murni juga sedang giat dilaksanakan," katanya.

http://klboyzwangsa.blogspot.com/2011/10/anwar-membohong-lagi.htm

Saturday, October 22, 2011

Ada bakat...perangai siapa dia tiru


Di Jepun dan kalau berprinsip...
 dah letak jawatan, muka nak simpan mana weiii
http://gelombang-rakyat.blogspot.com/2011/10/bukti-karpal-singh-akui-anak-guan-eng.html#.TqNcLGWdKzo

!! Kenapa tak hentam, awat diam...kenapa tak bawa isu ini dalam ceramah dan media, pusing satu dunia

BAGUS PUNYA UMNO !! Muhyiddin..tu sikit sangat, tambah le lagi

Bodek projek pilihanraya.... Gerenti BN menang

Dua lagi tapak SJKC di Kajang diluluskan - Muhyiddin

22/10/2011 7:50pm

KAJANG 22 Okt. – Kerajaan telah meluluskan dua lagi tapak dengan setiap satu bersaiz 2.02 hektar untuk pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Kajang Utama dan Sungai Long, dekat sini, demikian diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Selain itu, beliau turut meluluskan peruntukan RM3.5 juta untuk pembinaan dua blok baru SJKC Sungai Chua di sini bagi menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat.
"Ini menunjukkan usaha Barisan Nasional (BN) dalam soal pembangunan pendidikan adalah usaha yang bersungguh-sungguh. Kita mahu anak-anak kita berjaya tanpa mengira bangsa,” kata Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, dalam ucapan sempena lawatannya ke SJKC Sungai Chua, di sini, hari ini.
Turut hadir isteri beliau Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, yang juga Timbalan Pengerusi BN Selangor, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai yang juga Pengerusi MCA Selangor.
Dalam sidang media selepas lawatan itu, Dr Chua berkata kerajaan juga akan memberi peruntukan sebanyak RM4.5 juta setiap sekolah bagi mendirikan dua buah sekolah itu.
"Ini bermakna kerajaan akan memberikan tanah dan peruntukan untuk pembinaan dua buah sekolah di kawasan yang pesat berkembang ini dan ia dijangka akan memulakan pembinaan dalam masa terdekat,” katanya.
Muhyiddin pada majlis sama turut menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan anak yatim sempena sambutan perayaan Deepavali Rabu ini. - Bernama

UMNO Kelantan cakap tak serupa bikin...

Bukan sebulan, bukan setahun tapi dah 20 tahun, UMNO Kelantan cakap tak serupa bikin...dengan segela kemungkaran dan kelemahan PAS, Kelantan masih belum dapat ditawan, itu sekadar menggambarkan UMNO Kelantan lebih teruk dari PAS Kelantan dan masih terus ditolak oleh rakyat...

( Ultraman kalau dah boleh terbang kenapa perlu berbasikal... )

KOTA BHARU 22 Okt. - UMNO Kelantan bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada bila-bila masa sahaja.

Ketua Penerangannya, Datuk Dali Hussin berkata, jentera parti sentiasa menjalankan kerja-kerja berkaitan pilihan raya dan dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi PRU-13.

"UMNO Kelantan mempunyai barisan atau jentera parti yang cukup mantap dan sentiasa bersedia bagi menghadapi pilihan raya, kerana kerja-kerja ini (kerja pilihan raya) dilaksanakan tanpa musim, cuma tidak didedahkan sahaja.

"Kita sentiasa komited bekerja untuk parti hingga ke akar umbi bukan saja bila saat menjelang pilihan raya," katanya semasa ditemui pada majlis kesyukuran di kediamannya di sini, semalam.
Menjawab soalan mengenai peluang UMNO merampas Kelantan berikutan beberapa isu rakyat yang gagal diselesaikan oleh kerajaan Pas, beliau berkata, UMNO sememangnya mempunyai kekuatan tersendiri.

"Sasaran kita memang untuk rampas semula Kelantan," katanya ringkas.
Teka-teki PRU-13 begitu rancak diperkatakan orang ramai sejak kebelakangan ini dengan andaian ia adakan diadakan dalam tempoh terdekat walaupun tarikh akhir pembubaran kerajaan ialah pada April 2013.

Dalam pada itu, Dali menasihatkan semua pemimpin politik di negeri ini supaya mengelakkan sebarang perselisihan faham kerana ia hanya merugikan parti.

"Apa yang penting dan perlu ditumpukan ialah gerakan kita untuk menyelami atau memahami aspirasi rakyat ke akar umbi," katanya - Utusan

Friday, October 21, 2011

Sokongan membabi buta ke atas Aziz Bari...

Rektor UIA Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin pada tengah hari Jumaat memanggil satu sidang akhbar bagi membetulkan persepsi dunia luar ke atas apa yang berlaku.

Katanya, tindakan penggantungan yang dikenakan ke atas Dr Aziz Bari sebenarnya bukanlah satu bentuk hukuman tetapi ia adalah sekadar tempoh untuk memberi tunjuk sebab berhubung kenyataan Aziz berkaitan titah Sultan Selangor, Sultan SharafuddinIdris Shah baru-baru ini.

Dr Zaleha juga menjelaskan, penggantungan khidmat Abdul Aziz berkuat kuasa dari 19 sehingga 25 Oktober ini adalah merupakan penggantungan bergaji penuh.

“Penggantungan itu dibuat bagi melicin dan mempercepatkan siasatan tanpa sebarang gangguan bagi mendapatkan penjelasan daripada beliau berhubung kenyataan yang dikeluarkan itu secepat mungkin,” kata Dr Zaleha sambil menegaskan tindakan yang dibuat ketika ini (penggantungan dan penyiasatan) adalah urusan UIA dan tidak mahu campur tangan pihak luar.

Dr Zaleha juga menjelaskan, Peraturan Tatatertib UIA tidak menetapkan apa-apatempoh untuk penggantungan “tetapi apabila beliau (Dr Aziz) sudah menjawab surat tunjuk sebab itu, barulah kita akan memastikan sama ada wujud atau tidak alasan-alasan untuk meneruskan tindakan tatatertib kepada beliau.” (sekiranya ada).

“Peraturan 15 dalam Peraturan Tatatertib Kakitangan UIA memperjelaskanbahawa kebebasan ahli akademik membuat sebarang kenyataan umumhendaklah tidak bercanggah dengan kepentingan universiti,” katanya.

Beliau menambah, siasatan dan surat tunjuk sebab Abdul Aziz selepasitu akan diperbincangkan dalam Tribunal Universiti.

Tuesday, October 18, 2011

Nik Aziz / jijik dengan Guan Eng

Dah tersepit sangat bangsat ni..

Press Statement By bapa kepada cucu Lim Kit Siang In Kuala Lumpur On 18.10.2011.

UMNO Should Act Against Those Trying To Wreck The Life Of My Young Son With Cruel And Barbaric Lies Just To Finish Me Off Politically To Prove That UMNO Is Not A 3D Party That Employs Desperate Dangerous And Dirty Tactics.

Nak salahkan UMNO pulak? Mentaliti babi ! Dia patut hantar anaknya ke Kelantan untuk 'dihududkan' oleh Nik Aziz. 

/ tak jijik ke

Monday, October 17, 2011

Mabuk ketika bertanya saolan di parlimen??...pundek akal

Di dewan yang mulia, tanggungjawab lebih kepada rakyat, bukan kepada perjuangan parti cap ayam tua...
Malang untuk kawasan Subang yang dapat ahli parlimen yang sudah muflis idea untyuk kebajikan pengundi di kawasannya... saolan bodoh yang ditanya nya!!!?

Sivarasa pada sesi soal jawab di parlimen meminta Menteri Luar menyatakan samada tindakan Ratu Elizabeth memakai baju kuning semasa Najib mengadapnya di Istana Buckingham pada 14hb Julai 2011 akan menjejaskan hubungan antara Malaysia dengan UK.

Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan antara lain menjawab, Ratu Elizebeth telah beberapa kali mengenakan pakaian berwarna kuning pada acara2 rasmi termasuklah pada ucapacara perkahwinan cucunya, Putera William...

Mohamed Aziz Sri Gading sifatkan saolan Siva sebagai 'pendek akal' dan Kohilan anggap saolan 'syok sendiri'.

Parlimen wajar mengadakan tapisan kepada ahlinya ketika bersidang, mengelakkan ahlinya mabuk atau ada soalan mabuk dan pundek akal yang diajukan...

Saturday, October 15, 2011

Awie dipelawa masuk PAS..



Kursus seminggu dengan Tok Garu sudah mampu mendapat status 'Ustaz' dan dibolehkan tadah 'tempurung' sambil 'kinzirah'.

Kenapalah awie tak pilih jalan singkat itu..........

Thursday, October 13, 2011

Cikgu Politik Perosak Negara..

http://parpukari.blogspot.com/2011/10/gempar-ribuan-hadir-ke-ceramah-pakatan.html
 PEMBOHONGAN berkaitan jumlah kehadiran yang mendengar ceramah pembangkang. 
 
Sial (gambar) sedang berucap tak siapa nak dengar...berapa tebal agaknya muka dia.
 
Kemerosotan inilah menjadi punca kenapa sekarang Pembangkang akan membuat apa isu termasuk hudud untuk menarik sokongan supaya kembali memeprcayai mereka. 
 
Jika kaum cina pernah menolak DAP selama ini untuk menjadi sebahagian kerajaan kenapa kali ini dan masa akan mendatang 'tidak boleh' melakukannya sekali lagi.

Anonymous said...
Buang la nama Cikgu tu. Beruk macam tu mana layak jadi Cikgu. Perosak bangsa macam Bad Sekor ni panggil je Bad Beruk Mat Yeh.

Wednesday, October 12, 2011

Masa tu Nik Aziz kawan dng cacing, Anwar dah nyanyuk, Najib dah kerepot..

Mahathir: Malays will lose power in 10 years if they don't unite

BANGI: Malays will lose their power in the country in the next 10 years if they do not unite now, said former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad.
He said if the community were to split into different factions, they would become minority groups in the country.
"The minority cannot rule the country in a democratic framework, under which the majority rules," said Dr Mahathir, urging the Malay community to be united based on their Islamic faith.
Dr Mahathir said this in his speech when launching the Ummah Unity and Economy Seminar organised by the Malaysia Islamic Welfare Organisation (Perkim) and Malay Chamber of Commerce here Wednesday.
Dr Mahathir, who is also Perkim president, said Muslims in the country were not taught the importance of uniting when they were young.
He also urged the Malay community not to look forward to receiving "free things" but instead work hard to reap rewards.
He added that Muslims, which were among the poorest communities in the Malaysia, should work hard to be financially stable.

Sambutan hebat Guan Eng di Johor...

Kehadiran LGE ke bumi kubu kuat UMNO, Johor tidak dapat dihalang...

Cubaan menghalang digagalkan oleh ketangkasan dan kelicikan barisan Unit amal PAS, barisan DAP dan PKR.

Petanda buruk buat MCA dan Gerakan Johor untuk 'kehilangan kerusi'.

Satu petanda baik buat kaum Cina di Johor untuk bersatu di bawah lambang roket dan sekaligus memalukan dan memadamkan keegoan Chua Soi Lek yang banyak menuding jari kepada UMNO dan Melayu.

UMNO Johor harus fokus kepada kawasan masing2 daripada terlepas kepada PAS dan bagi kawasan2 MCA, Gerakan dan MIC biarlah mereka bertungkus lumus menjaga kawasan sendiri jika benar mereka setia dan masih mahu kekal  pada BN.

Tuesday, October 11, 2011

Bob Lokman terkencing dalam seluar..


Baca dan nilaikanlah sendiri cerita 'sebelah pihak'. Setakat mana pengetahuan Bob Lokman untuk bertakzirah, sekadar melihat komennya dibawah, nyata dia lebih banyak maki dan perlekehkan pihak berkuasa, cakap besar...ye ke tu...atau terkencing dalam seluar bila diheret.

Baru jadi penceramah temepelan beri komen tak ukur baju di badan, aku rasa kalau KJ kena soalsiasat pun dia tidak bersikap biadap dengan pihak berkuasa macam tu.

Nak mati kerana Islam? Islam yang macamana tu Bob? Kalau perintah Ulil Amri dan Sultan yang simple pun pun tak mahu patuh, susah sangat ke nak apply tauliah? Kecut ke kalau dipanggil untuk temuduga JAIS?


Dulu jahat? Sekarang dah baik? SEBAB? sebab dah masuk PAS?


Minta Bob uruskan diri sendiri, biar kemas, jangan serabaiii..

Ikut petua Wardina - artis kalau tak berilmu jangan komen apa-apa...


Bob pun man ceritanya, menurut beliau apabila selesai sahaja menyampaikan tazkirahnya, beliau didatangi oleh seorang Pegawai Pejabat Agama sambil diiringi beberapa orang penguatkuasa (ada yang berambut merah katanya).
seterusnya Pegawai itu menerangkan bahawa beliau telah melakukan kesalahan. “Apa kesalahan aku?”. tanya bob.
“Encik didapati menyampaikan tazkirah tanpa tauliah dan ini melanggar perintah sultan”. ujar Pegawai tersebut.
Bob yang pada mulanya hanya mendengar kata2 dari pegawai itu terus menjawab “Dulu waktu aku jahat, korang buat tak tahu jer… sekarang bila aku nak jadi baik dan nak ajak orang buat baik, korang tahan-tahan aku pulak… jadi kalau korang nak tangok aku jadik jahat balik korang datang dekat sini, biar aku tunjukkan”. ujar bob. “waktu nie aku tengook sumer kecik jerk…” bob bagitaw aku…..hi3
“Aku sanggup mati malam nie untuk pertahankan Islam, kalau korang pun nak mati jugak datang sini, tapi aku tak tau laa korang nak mati kerana apa”. ujar bob lagi dalam keadaan seorang pun tak berani mendekatinya.
ada sorang pakcik tue cakap “Pertama kali saya tengok pegawai pejabat agama kena maki dengan orang” ujar bob kepada aku.
Adegan seterusnya ialah dibalai polis dimana beliau menyambung “Tazkirahnya” sehinggakan semua senyap tak terkata apa dan akhirnya beliau balik kerumahnya.
“Esok (hari ini) aku akan bagi tazkirah di sebuah surau di Batu Caves plak, ko tengok laa esok pegawai mana plak yang akan kena “tazkirah” dengan aku”. ujar bob di akhir perbualan.

Monday, October 10, 2011

Rosmah masuk dalam...

“Siapa Rosmah Mansor untuk hadir dalam meeting bajet?” kata seorang pengguna akaun twitter, Emmiza.
“Tak boleh beza Mesyuarat Sulit Belanjawan Negara sampai Rosmah boleh hadiri? Prihatin pada negara agak-agak la sampai mesyuarat sulit kewangan negara diketahui Rosmah,” kata pengguna akaun Ikhwan Hafiz pula.Keadilandaily

Kalau nak cari bahan. memang sedap 'isu' ini, tetapi kehadiran Rosmah setakat mana? Setakat dalam majlis ramah tamah atau turut ikut dalam mesyuarat tertutup? Berita tentu tidak detail dalam hal itu? Kena ada penjelasan.

Itu taklimat terakhir, tentu Rosmah tidak dapat memainkan atau mempengaruhi apa-apa peranan, atau sebenarnya pembangkang sudah ketandusan idea hingga perkara itu mahu diperbesarkan???
Apapun, kerajaan, UMNO dan Najib dah tahu betapa 'sensitif'nya isu Rosmah yang dilihat terlibat sama dalam urusan rasmi kerajaan. kalau dah tahu kenapa tidak peka dan membuat penyesuaian, kenapa dibiarkan dan terdedah kepada bahan untuk pembangkang.

Atau semangnya Najib tidak ada 'power' untuk menolak arahan dan permintaan Rosmah?

Apapun, gambarannya ialah kerajaan tidak peka kepada isu???  Penat orang bawahan nak pertahan...last last sekali tibai sama lah..hehehehe

Saturday, October 8, 2011

KPN letak jawatan - sila masuk politik bodoh

Dalam keadaan sekarang Najib patut buat kejutan dengan pindaan perlembagaan dengan menyerahkan kuasanya kepada kaum Cina sebagai Perdana Menteri untuk memerintah negara bagi mempercepatkan keadilan dan memakmurkan ekonomi.

Belanjawan yang lepas adakah ada perbezaan besar yang akan dilaksanakan untuk meningkatkan ekonomi orang Melayu dan mengembangkan syiar dan undang2 Islam pada tempat dan kadar yang sesuai, seolah-olah belanjawan tersebut datangnya dari seorang PM tanpa 'bangsa'.

Ini juga selaras dengan dasar PAS sekarang yang memberi keutamaan kepada kaum Cina dan mempermudahkan dasar kebajikan dilaksanakan.

Masing-masing berkeyakinan, berkiblat, undi kaum cina terpenting dan penentu kepada kemenangan parti masing-masing. Undang-undangg Allah untuk dilaksana kena minta restu kaum Cina terlebih dahulu. Elok sangat kalau kuasa cerai pun diserah kepada kaum wanita  ( isteri ) jika Menteri lelaki sudahpun digelar Datin Sri.

Bukan setakat Presiden kedua-dua parti mencurah rasa kasih dan sayang kepada DAP dan MCA, tetapi Datin Sri Menteri KDN pun cukup sopan dan berlemah lembut dalam soal kepolisian negara.

Polis menghina mahkamah kerana tidak melaksanakan tindakan kepada senarai pemimpin yang dilarang berada di Kuala Lumpur pada hari demonstrasi haram sebaliknya anggota polis yang melakukan sedikit kesilapan dalam tugas mahu didera, disasar dan dijadikan kambing hitam politik polis untuk memutihkan Menteri dayus dan pondan. Ketua Polis Negara elok letak jawatan dan masuk politik.

................

Saranan di atas sangat pendek tetapi berterus terang, pembaca lain mungkin boleh memahaminya...

Apakah hak rakyat berbeza mengikut status?
Undang2 melayan warganegara mengikut berapa banyak duit mereka ada, berapa besar pangkat mereka dan berapa luas pengaruh mereka dan apa bangsanya?

Mahkamah DAP lembek...

DAP tukar hukuman Manoharan kepada amaran keras

08/10/2011 2:53pm

KUALA LUMPUR 8 Okt. - Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP mengetepikan hukuman gantung selama enam bulan yang dikenakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan berhubung kenyataannya tentang bendera Malaysia, kata kenyataan yang dikeluarkan ibu pejabat kebangsaan parti itu hari ini.
Kenyataan itu berkata pada mesyuaratnya malam tadi, CEC membuat keputusan menggantikan tindakan penggantungan itu dengan memberi amaran keras kepada Manoharan setelah mengambil kira bahawa anggotanya itu menunjukkan rasa sesal dengan memohon maaf dan membuang dengan segera komen yang disiarkan dalam Facebooknya.
Jawatankuasa itu membuat keputusan tersebut berikutan rayuan yang dikemukakan Manoharan berhubung penggantungan yang dikenakan terhadapnya oleh jawatankuasa disiplin DAP.
Kenyataan itu juga berkata, CEC bagaimanapun mengekalkan penggantungan selama enam bulan yang dikenakan terhadap ADUN Bentayan, Gwee Tong Hiang kerana perbuatan penyalahgunaan kuasa berhubung dana parti.
CEC menolak rayuan Tong Hiang yang dikenakan penggantungan bermula 27 September lepas, kata kenyataan itu. - Bernama

Friday, October 7, 2011

Statement Lalat yang dah nak jadi Langau

Desprate teruk sangat mamat ni bila katanya belanjawan najib yang begitu colourful dan canggih meniru pembentangan belanjawan pembangkang. Niat belanjawan pembangkang membentang awal pun memang strategi nak kata, tiru dia punya...patutnya bentang selepas najib bentang supaya belanjawan pembangkang nampak lebih baik dan mengtasi.


Anwar yang bermimpi siang malam nak jadi PM sepatutnya 'berccakaplah lagak seorang PM yang penuh keyakinan' dan bukannya gaya pemimpin yang sudah hakprak habis..

 
 KUALA LUMPUR, 7 OKT: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pembentangan Bajet 2012 hari ini sebahagian besarnya mencedok Bajet 2012 Pakatan Rakyat yang diumumkan beberapa hari lalu.

Menurut Anwar mencedok idea Pakatan Rakyat itu boleh, tetapi jangan dicedok dengan penyelewengan, rasuah dan ketirisan yang berterusan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan di lobi Parlimen selepas pembentangan bajet 2012 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang juga Menteri Kewangan petang tadi.

Anwar juga berkata bahawa Najib turut menyentuh sedikit isi kandungan Buku Jingga Pakatan Rakyat

Sebahagian besar dicedok daripada Pakatan Rakyat.

Pembangkang tolak kenaikan elaun ahli parlimen...

Pembangkang sewajarnya menolak kenaikan elaun dan kemudahan ahli parlimen seperti yang dicadangkan oleh Najib dalam belanjawan sebagai protes kepada satu belanjawan menggula-gulakan rakyat demi pilihanraya.

Dalam ketika semua pihak dan UMNO bantai Melayu kerana bergantung kepada subsidi tetapi di belanjawan kali ini Najib beri subsidi dan rasuah secara besar2an kepada rakyat termasuk kaum lain?

Kenapa tidak ada peruntukan khas untuk membina banyak lagi mahkamah syariah, tambahan perlantikan hakim mahkamah syariah dan peruntukan yang besar kepada jabatan ugama untuk  melancarkan lagi perlaksanaan hudud sekurang-kurangnya sebagai perauntukan sokongan kepada usaha PAS Kelantan melaksanakannya sebagai permulaan.


“Menyedari tanggungjawab, tugas dan beban kerja ahli-ahli Parlimen yang semakin bertambah dari hari ke hari dan perlunya kita memupuk budaya politik baru bersesuaian dengan program transformasi politik yang saya umumkan baru-baru ini, maka kerajaan dengan bercadang untuk mengkaji semula elaun dan kemudahan ahli-ahli Parlimen sekalian,” katanya ketika membentangkan Bajet 2012 di Parlimen petang ini.

Bagaimanapun kata Najib, “dengan syarat kedua-dua pihak... parti kerajan dan parti pembangkang mestilah seiya sekata bersetuju.”

Kata Najib, elaun baru itu akan berkuat kuasa pada 1 Januari depan.

Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan kadar kenaikan yang hendak dibawa.


Najib Goes After Voters With Fistfuls of Cash in Populist Elections Budget

Malaysia Chronicle
As expected, Prime Minister Najib Razak unveiled a Budget 2012 stashed with cash goodies aimed to lure voters back to the BN fold, but it was immediately shot down not just by opposition but also by financial experts who gawked at his overly rosy economic projections.
In Budget 2012, Najib forecast GDP growth of 5 to 6% while the deficit was to drop to 4.7% from a projected 5.4% in 2011.
“That’s a pretty bullish outlook relative to the street and relative to ourselves as well. We’re looking at 4 per cent this year and 4.2 per cent next year. Second-half growth has to turn up to 5.5 per cent to average even 5 per cent. So that looks a bit optimistic from my view,” Hak Bin Chua from Merrill Lynch Bank of America told Reuters

Belanjawan - Pembangkang kena hudud..

Umumnya belanjawan 2012 Najib jauh lebih baik daripada yang dijangkakan, satu tamparan bagai satu hukum 'hudud' buat pembangkang. Selepas ini 'isu' akan lebih bersekitaran kepada belanjawan dan ini menyelamatkan PAS dari persaolan 'hudud' yang sudah dirancang 21 tahun tetapi tidak pernah dilaksanakan.

Tiap kali pilihanraya, PAS terpaksa berkobar-kobar  semula tentang hudud kerana bimbang akan dijadikan 'senjata' untuk menikam PAS oleh UMNO .

Seperti gesaan Bari, rakyat PAS mesti sokong semula PAS memerintah di Kelantan adalah satu gambaran PAS kini sudah terhidu 'kemusnahan' dan penolakannya oleh rakyat Kelantan.

Nak tanya papa rock Kelantan, Nik Aziz - air yang bersih dan hudud mana satu yang penting di Kelantan?

Jawapannya: Kedua-duanya sama penting dan kedua-duanya gagal dilaksanakan oleh PAS.


Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Mohamad menegur kerajaan PAS Kelantan kerana tidak pernah serius memberi penerangan kepada masyarakat mengenai hukum hudud sekalipun sudah meluluskan peruntukannya hampir 20 tahun lalu..........

Wednesday, October 5, 2011

...bawa senjata tajam nak basahkan darah orang cina - Mahfuz

"Operasi Lalang tahun 1987 yang menyebabkan ramai yang menjadi mangsa ISA termasuk saya sendiri dan beberapa orang yang ada dalam Parlimen hari ini, ekoran ketegangan kaum yang berpunca daripada kenyataan Najib mewakili Pemuda Umno dan Lim Kim Sai mewakili MCA.

"Berlaku cabar mencabar hingga kepada peringkat nak mengadakan perhimpunan sejuta umat melayu, dibuat road show dengan membuat kenyataan hasut Orang Melayu hadir perhimpunan dan bawa senjata tajam untuk basahkan darah Orang Cina dan bawa mancis api untuk bakar rumah orang cina," katanya.

Tajuddin terus bangun meminta beliau menarik balik kenyataan tersebut namun ditegur oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan menyuruhnya duduk.



Ekoran itu juga Tajudin yang kecewa dengan tindakan Speaker, keluar meninggalkan dewan.

Bercakap pada sidang media di lobi Parlimen selepas itu, Mahfuz sekali lagi menegaskan beliau tidak akan menarik balik kenyataannya itu kerana mempunyai bukti.

"Saya tidak menarik balik kenyataan saya dalam dewan tadi, sebaliknya kalau itu dianggap kenyataan menghasut boleh heret dan dakwa saya di mahkamah.

"Saya hanya menyebut sejarah bagaimana isu salah guna kuasa apabila Menteri Dalam Negeri diberi kuasa dan menyalahgunakan kuasanya," katanya yang pernah menjadi Ketua Pemuda PAS sebelum ini.Hrkh

sebok dengan hudud..

Pemimpin sebok dengan hudud? Tapi bagaimana yang ini? Inikah Islam?





Apakah ada perbezaan dengan yang ini.

Belanjawan: Mat Sabu lebih cerdik dari Anwar

Dah malas nak tulis, kalau tulis pun tak ada isi, low class lagi..

Tapi kan dah cakap, blog ni santai tulis santai baca..jadi tak adalah apa apa nak rasa tekanan atau salah faham dengan sesiapa...ada mood tulis, tak ada mood atau bz, tinggalkan sahaja...ada masa sambung lagi.

Yang menarik sekarang ialah belanjawan terutama belanjawan Anwar yang macam main 'pondok2'..suka mulut mak bapak dia buat belanjawan dan lebih teruk itulah cerminan 'antara kemaruknya' dia nak pegang PM dan Menteri Kewangan yang tak dapat2 selepas terlepas...

Kalau pembangkang menang pun, rasanya lebih baik mat sabu jadi PM dari anwar. Sekurang-kurangnya mat sabu ni merapu dan gelojoh, terhibur juga hati rakyat dengan lawak bodohnya. Kalau Anwar jadi PM, pening rakyat dengan putar dan lidah bercabangnya...masalah sosial gay akan meningkat, penyundalan berganda dan anak2 lelaki remaja terancam...

Jadi, pilih punya pilih, memang najib lah yang terbaik dan paling bagus di malaysia sekarang ni, dia layan rakyat samarata, dia tak ada pilih kasih, pantang minta, dia bagi... baginya melayu dah dapat banyak sejak dulu, apa salah sekarang bagi pula pada kaum lain, itulah keadilan namanya.

Orang UMNO kena faham bahawa najib bukan sahaja Presiden UMNO tetapi juga Presiden dan Pengerusi BN, dia kena utamakan BN, kalau BN kalah apa guna jadi Presiden UMNO yang tidak berkuasa, dalam UMNO itu sahaja yang 'terbaik' yang mampu ada.

PAS pilihan terbaik..malas aku nak ulas, tadi dah sentuhpun hal mat sabu, itulah produk terbaik PAS, dipilih sebagai Timbalan Presiden...takkan nak nafikan cerdik pandai perwakilan yang kebanyakkannya berserban !!

Orang Melayu masih ada pilihan semasa PRU13 nanti, mendiamkan diri, tidak kleuar mengundi? Lu siapa mau kata 'jangan' jika itu pilihan yang dibuat!!??

Monday, October 3, 2011

DAP 'israel kecil'

Ketika rakyat mula tersedar tentang kepincangan UMNO dan kurang ajarnya kaum cina dan india yang tidak ikhlas dalam perkongisan kuasa, mereka dendam dan irihati ketika berkongsi kuasa tetapi mula mengugut dan belot ketika melihat kuasa Melayu makin lemah kerana berpecah.

Bolehkah dibayangkan nanti corak pemerintahan mereka jika kuasa terlepas ke tangan mereka? Apakah Melayu dan Islam mendapat tempat seperti sekarang? Seburuk-buruk UMNO ia lebih bersifat peribadi kepad apemimpin tertentu tetapi umum Islam dan Melayu masih dalam keudukan yang terpelihara.

Seburuk-buruk UMNO, bukan Islam dan bukan Melayu masih bebas dan selesa untuk terus jadi warganegara, sudah berapa banyak pengorbanan yang telah dibuat oleh Melayu???????????????????????????????????  Apakah selalu dengar unkapan terima kasih mereka atau sekadar 'rungutan demi rungutan mereka?

Soal jika mahu Melayu dan Islam termaju dan terhebat ia banyak bergantung kepada  Melayu dan Islam itu sendiri kerana kerajaan UMNO hanya memberi kemudahan dan dorongan awal.

Kekurangan dan kelemahan UMNO ini sepatutnya sudah terisi dan diganti dengan satu perjuangan lain seperti PAS yang dulunya sangat istiqamah dengan perjuangan Islam.

Mmalangnya PAS hari ini lebih teruk dari UMNO pula dari segi 'kerakusan' dan 'kemaruk' kuasa yang berlebihan sehingga sanggup 'berkompromi' dalam beberapa perkara pokok termasuk syubahat dalam soal2 dosa2 besar atau soal2 kemusnahan masa depan ummah.

Amanah rakyat Kelantan kepada PAS juga tidak berbaloi dengan kemunduran dan kemiskinan infrastruktur yang gagal dijalankan oleh pemerintah PAS, mereka lebih sebok dengan 'cakap pandai' di ceramah tetapi 'bisu' dan tidak ada idea untuk bekerja memajukan rakyat. Sememangnya tepat seperti perumpamaan, orang yang bercakap banyak adalah puak yang paling sikit buat kerja.

Jika Israel sangat jijik di kacamata Islam sedunia sewajarnya DAP juga wajar dilihat oleh seluruh umat Melayu dan Islam termasuk PAS sebagai 'Israel Kecil' yang menentang Islam secara terang2an.

PAS tanpa Nik Aziz dijangka lebih baik pada masa hadapan kerana kekuatan musyawarah itu lebih penting dari  fikiran yang datang dari satu kepala, apalagi kalau kepala itu 'kepala angin' dan punya 'hati yang dendam' dan berkawan pula dengan syaitan dan jin. Malangnya kesempatan terbaik di PRU13 ini di sia2kan oleh PAS akibat berkawan dengan israel kecil yang tidak mungkin dapat menawan hati marjoriti pengundi Islam. Mengharapkan undi bukan Islam sekadar menjerumus PAS kepada tunduk dan takut kepada kuasa bukan Islam.

Itukah halatuju PAS?

Sunday, October 2, 2011

Najib jawab Mahathir...

Mahathir menyatakan UMNO akan kalah teruk jika piliharanya dilakukan sekarang kerana dua faktor, pertama kerana UMNO masih berpecah dan hilang semangat dan keduanya UMNO perlu kembali semula kepada perjuangan asal.

Mungkin saranan dan ingatan itu silap dan sedikit pun tidak membimbangkan Najib kerana dia berkeyakinan apa yang dilakukan sekarang memihak kepada UMNO lebih2 lagi ahli2 UMNO sudah tidak punya pilihan kecuali menerimanya sebagai yang terbaik malah sikap komponen sangat2 menyukai semua langkah2 yang dilakukannya.

Dalam ketika Mahathir memperingatkan tentang puak di dalam UMNO, Najib secara spontan menjawabnya dengan memperingatkan pula agar MCA tidak berpecah lebih dari satu seolah-olah menafikan UMNO juga berada dalam kedudukan yang sama.

Bagi Najib, Melayu sudah tidak perlu pergantungan kepada kerajaan, tidak perlu subsidi atau peruntukan khas sebaliknya harus maju bersaing demi maruah tetapi dalam masa yang sama segala bentuk subsidi dan peruntukan khas menjadi-jadi dan makin galak disalurkan pula kepada bangsa yang kononnya bukan subsidi atau muka 'tempel' seperti cina atau india.

Pantang bersuara, Najib cepat2 hulurkan pada sekolah jenis cina atau india dalam segala bentuk erti bantuan malah gereja juga mendapat tempat lewat kebelakangan ini. Apakah ini yang dimaksudkan reformasi atau pembaharuan yang didewa-dewakan Najib?  Dan hari ini Pemuda MCA minta kerajaan memperuntukan tambahan bantuan lagi dan MIC pula minta 5 juta untuk membantu kaumnya?

Dalam ketika Melayu mahu ditolak jauh untuk menjadi bangsa subsidi, kaum2 lain pula akan dimanja-manjakan dan mengambil tempat?  Apakah ini yang Najib maksudkan UMNO kembali kepada perjuangan asal dan sama maksudnya dengan Mahathir.

Walaupun bapa Najib, Tun Razak pernah menjadi Perdana Menteri tidak bererti Najib boleh memerintah negara ini seperti negara ini mak bapak dia punya dan jangan kerana terdesak untuk terus berkuasa, semua dan segala atas nama 'Melayu' mahu dijual murah2.

Ketentuan untuk UMNO dan BN menang kali ini bukan ditentukan oleh undi kaum cina atau india tetapi ditentukan oleh kekuatan penyatuan Melayu...semakin mengikut telunjuk kaum asing dan meminggirkan hak Melayu sekadar memberi keyakinan dan semangat kepada mereka bahawa orang Melayu sudah lemah dan inilah masanya kepala Melayu dipihak-pijak.

Apakah Mahathir akan terus membiarkan UMNO ranap dan musnah di tangan Najib atau bangkit sekali lagi untuk membetulkan keadaan.  Nyata Mahathir sudah tidak mampu untuk kali ini dan akan kecewa dengan segala yang bakal dilihatnya...

Thursday, September 29, 2011

Siapa korek lubang kubur...

Apakah pendirian Najib berhubung hudud dan kuota Melayu seumpama mengorek lubang kubur sendiri ?

Wednesday, September 28, 2011

Smart leader, big eggS

"Hampir semua pemimpin kanan ketiga-tiga parti akan hadir dalam mesyuarat yang bermula jam 9 malam ini kecuali Tuan Guru Nik Aziz yang tidak dapat hadir (mungkin keberatan untuk memberikan kebebasan perbincangan).-harakahdaily"- see, poknik tidak terikat dengan apa-apa keputusan ! 


"KUALA LUMPUR 25 Sept. – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan pemimpin-pemimpin kanan parti itu akan meletak jawatan beramai-ramai sekiranya terdapat usaha meletakkan matlamat menjadi negara Islam atau melaksanakan hukum hudud di negara ini" - see, pemimpin DAP kecut teloq dengan tindakan poknik.

"Kita faham kebimbangannya (Karpal), dan akan kita bincang kerana kita bukan seperti Umno. Kita ada konsensus,"- Anwar - see, Anwar pun bagi statement gay, lembek, lembut - memang sah dia mati pucuk.

" Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata beliau lebih rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam" see, cepat, tegas, jelas dan tepat ( lebih kurang pok nik kata - lu tak mau lu pergi mampus la, wa apa peduli )




Pendekatan Poknik ini akan menyelamatkan Kelantan dari jatuh ke tangan UMNO kerana PAS Kelantan tidak memerlukan bantuan DAP atau undi cina.

Hadi pula memainkan peranan 'kompromi dan sederhana' di peringkat nasional kerana PAS memerlukan bantuan DAP untuk mendapat sokongan di seluruh negara.

Persefahaman dan 'game' bersama ini membuatkan UMNO jauh ketinggalan dan melopong..

Poknik merempit...

Kekuatan PAS kini sudah seperti nyawa2 ikan, kalau tanpa title dan status ulama yang masih tinggal saki baki, PAS tidak lebih seperti UMNO malah lebih teruk kerana barisan pemimpin lainnya hanya seperti kayu-kayu reput yang dimakan anai2 - kalau ada yang seumpama 'jati dan balak' yang bernilai - tolong sebutkan siapa?


Menyedari hakikat itu Tok Garu seperti mat rempit bingkas corner baring, lipat maut menempik dengan tiba2 bahawa hudud akan terus dilaksanakan demi menyelamatkan PAS yang sudah berada di hujung tanduk pada PRU13 kelak.


Nyata gaya 'stunt' yang dilakukan oleh poknik seperti memberi nafas semula kepada PAS.

Jadi, nilaikanlah sendiri keihklasan mereka samada untuk Islam atau untuk survival politik?

#
Kenyataan bersama yang bertaraf anjing kurap yang terjatuh dalam longkang najis selepas terlanggar tembok tetapi menyalahkan tebing.


" Mesyuarat PakatanRakyat juga mempertegaskan bahawa kami tidak akan terheret dengan mainanpolitik terdesak Umno-Barisan Nasional untuk memecah belahkan kesatuan Pakatan Rakyat. Kita percaya penuh di atas kematangan dan kebijaksanaan rakyat untuk menilaisuasana ini."

Walaupun Hadi dan Anwar itu kelihatan macam orang Islam tetapi mereka gagal jinakkan seekor kapir kurap..

Macam Pok Nik, Anu-war juga hipokrik tak baca Utusan...

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekadar ketawa hari ini apabila ditanya berhubung dakwaan bahawa ejen beliau telah diserap ke dalam badan strategik kerajaan untuk menjatuhkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Dengan berseloroh, Anwar berkata dakwaan yang disiarkan Utusan Malaysia itu merupakan satu pujian kepadanya.


"Terima kasih banyak-banyak, Utusan! Setiap hari mereka serang Anwar, (tapi) Anwar tidak nafi atau jelaskan. Tidakkah itu menarik?"

Katanya lagi, beliau tidak membaca akhbar berkenaan dan tidak mengambil serius dakwaan yang ditimbulkan itu.

Aiiikkk...tak baca? tapi tahu pula setiap hari dia diserang utusan.... tidakkah itu paling menarik...

Tuesday, September 27, 2011

cucu dipinggirkan menanti atok bersara...

Umur persaraan kini menjadi perbahasan hangat di kalangan pekerja dan majikan dan yang terbaharu CEUPACS akan minta kerajaan naikkan umur persaraan dari 58 ke 60 tahun. Dan yang terlebih baru pihak swasta juga  minta umur persaraan dinaikkan dari 55 ke 70 atau sekurang-kurangnya 64.

( Isu ini belum lagi diambil secara serius oleh mana2 parti politik untuk dijadikan agenda utama mereka ).

Jika ini diluluskan, bererti pengangguran di Malaysia akan  makin meningkat dan peluang kenaikan pangkat akan terjejas?

Bagaimana agaknya situasi yang berlaku di kauter bank, pejabat pos dan lain2 kaunter apabila nenek2 dan tokwan sedang melayan pelanggan?

Tentulah berlaku banyak kekurangan kakitangan di pejabat kerana ramai yang mendapat cuti sakit kerana mengidap kencing manis dan darah tinggi? Makin lancarkah urusan pejabat?

Dalam ketika pengangguran makin meningkat, membenarkan usia persaraan dinaikkan adalah suatu yang bertentangan dan ini meminggirkan golongan remaja yang terpelajar dan mendedahkan mereka kepada risiko jenayah atas desakan kewangan.

Orang politik wajar campur tangan, mempolitikkan isu ini dan jadikan perjuangan  membela golongan remaja kerana mereka adalah 'golongan pengundi' yang makin penting dan membesar di Malaysia ketika ini.

Mat Sabu wajar menjadi 'hero' sekali lagi...


# Umur persaraan wajar dihadkan kepada persaraan pilihan 50 tahun dan wajib 55 tahun, dan lanjutan setiap  tahun berikutnya mestilah berdasarkan prestasi pekerjaan dan taraf kesihatan.
Dalam keadaan ini seseorang mungkin perlu bersara pada usia 52 tahun jika salah satu atau kedua-dua faktor di atas ada padanya.
Begitu juga dalam situasi lain, seseorang berumur 75 tahun tetapi masih bekerja kerana terus menunjukkan prestasi kerja yang baik dan kekal sihat.
Bukankah itu lebih adil dan dinamik? 

# Terkini: Syabas! DAP telah merestui PAS untuk laksanakan hudud !!??

Monday, September 26, 2011

Bobo piang walaupun dah lama jadi rakyat Malaysia...

Mukaddimah pertama dituju kepada beberapa kaum di Malaysia yang asalnya mendatang (kaum pendatang) yang tidak wajar merasakan mereka sama kerakyatannya seperti kaum asal (bumiputera) walaupun (generasi yang mendatang itu sudah tiada lagi)  mereka merupakan generasi  yang dilahirkan di Malaysia.


Kaum pendatang di Malaysia harus berhenti berfikir untuk menjadi seperti Amerika dan Australia di mana akhirnya kaum pendatang menjadi kaum utama dan kaum asal (asli) dipinggirkan.


Sudah terlambat untuk berfikiran demikian kerana kaum bumiputera di Malaysia tidak 'benarkan' sama sekali dalam apa jua cara sehinggalah mereka betul2 ikhlas dan meninggalkan segala bentuk kebudayaan yang diwariskan dari negara asal kaum pendatang itu sendiri dan mengikut acuan kaum asal di sini, termasuklah hapuskan sekolah2 jenis kaum misalnya, sanggupkah mereka?


Tetapi bukankah mereka menikmati sepenuhnya kesamaan malah lebih berlipat ganda dalam soal kekayaan walaupun tidak mendapat hak keistimewaan? Bukankah itu matlamat mereka? Dan bukankah mereka mahu memelihara dan kekalkanm kekayaan mereka itu dengan selamat? Bagaimana caranya? kalau ada satu undang2 yang lebih baik dari sekarang dapat menjamin keselamatan itu kenapa dharus mereka tentang?


Perjuangan mereka yang tidak ikhlas akan menjadi perjuangan perkauman dan akan mengujudkan rasa perkauman juga di kalangan kaum asal yang bangkit mempertahankannya. Adalah tidak logik untuk menyatakan kaum asal mempunyai sifat perkauman sedangkan mereka telah banyak berkorban membenarkan kaum pendatang menetap di sini dengan kebebasan berugama secara peribadi.


Salah satu ciri keikhlasan yang perlu ujud di kalangan kaum pendatang ialah menghormati ugama dan budaya kaum asal selagi ia membawa kebaikan kepada rakyat, ini termasuklah peraturan dan undang2 yang mahu dilaksanakan iaitu hudud.


Secara amnya hudud ialah hukuman kepada penjenayahan yang berlaku mengikut kaedah Islam yang lebih adil dan baik daripada hukum jenayah buatan manusia yang lebih bertujuan memberi pengajaran dan kegerunan yang secukupnya untuk meminimakan penjenayahan. Nyata ia amat sesuai dilaksanakan sekarang memandangkan penjenayahan di Malaysia makin meningkat dan sudah menjadi 'lazim'.


Tepatnya, hukum hudud merupakan langkah pencegahan jenayah yang sangat berkesan dan semua bentuk jenayah memang dilarang oleh semua ugama dan kaaedah Islam digunakan kerana hanya Islam merupakan satu2nya ugama yang cukup lengkap dari segi perundangan dan perlaksanaannya.


Rakyat Malaysia termasuk kaum asal dan penganut Islam hanya lebih wajar menyuarakan kebimbangan dari segi pentadbiran dan pengurusan dan bukannya ragu atas hukum tersebut. Perdebatan dan perbincangan harus dijurus kepada 'manusa2' yang akan melaksanakannya kerana mereka mempunyai beberapa kelemahan seperti tidak cukup kepakaran atau pengalaman untuk mengendalikannya.


Kalau ktia mengambil contoh mahkamah syariah dan pejabat ugama, rata-rata menunjukkan tidak efisien lebih2 lagi dalam soal kahwin cerai yang melibatkan kelewatan masa dengan karenah birokrasi serta penguatkuasaan yang longgar.


Kelemahan ini perlu di atasi terlebih dahulu sebelum perlaksanaan hukum hudud dijalankan kerana tindakan yang terburu buru hanya akan meninggalkan hasil dan kesan yang lebih lintang pukang dan mengaibkan Islam itu sendiri.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata DAP diibaratkan seperti “budak-budak kecil takutkan hantu” sedangkan hukum hudud yang mahu dilaksanakan itu sebenarnya lebih adil dan tidak membabitkan golongan bukan Islam.
“DAP nak keluar (gabungan pembangkang) pasal apa? Hudud untuk orang Islam dan apa hubungan dia (DAP) dengan orang Islam. Hudud ni bagi setengah orang macam takut hantu lah seperti budak kecil takut hantu. “Tiada sebab juga bagi orang bukan Islam tidak mahu menyokong PAS. Tak sokong pasal apa,” katanya.
Semalam Nik Abdul Aziz berkata hukum hudud itu akan dilaksanakan di Mahkamah Syariah di Kelantan walaupun mendapat tentangan daripada DAP.

Berdasarkan jawapan poknik di atas sekaligus telah menjaswab persaolan mahathir: Hukum hudud hanya dilaksanakan ke atas orang Islam sahaja walapun perlakunya termasuk orang bukan Islam.  Jika kecurian dilakukan oleh dua orang melibatkan seorang Islam dan seorang lagi tidak, hanya orang Islam yang dikenakan hukum hudud, seorang lagi tidak?!

KESILAPAN LALU

  1️⃣ Ramai orang bercakap tentang emas, tetapi tidak semua memiliki emas sebenar. Ada yang aktif mempromosi, berkongsi ilmu, atau berniaga ...