KUALA LUMPUR 11 Sept. - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak akan campur tangan dengan menjadi orang tengah bagi menyelesaikan kemelut dalaman MCA walaupun Naib Presiden parti itu, Datuk Kong Cho Ha memintanya untuk berbuat demikian.
Pendpat Tun M: Jika pergolakan dua parti komponen terbesar BN iaitu MIC dan MCA tidak ditangani dengan berhati-hati, BN akan tewas dalam pilihan raya umum yang akan datang.
Perlu diingat, BN tewas teruk di PRU12 yang lalu atas faktor 'paklah' hingga sekarang masih lagi belum pulih sepenuhnya (BN tewas setiap pilihanraya kecil dan diramalkan tewas lagi di bagan Pinang akan datang)
Tun juga pernah menggesa Samy melepaskan jawatan Presiden MIC bagi membolehkan kaum India kembali menyokong BN tetapi tidak diperdulikan - MIC menerima pukulan teruk di PRU12 yang lalu dan Samy sendiri tewas.
Jika Najib tidak memperduli saranan (campur tangan) ini atau menanti hingga MCA dan MIC sudah menjadi bubur, kelak BN sudah tidak punya barisan yang kuat lagi.
Atau apa yang berlaku kepada MIC dan MCA adalah natijah atas sikap mereka yang secara diam menyokong pembangkang (DAP dan Hindraf) untuk menyusah dan menghentam UMNO dan kali ini Najib ingin lihat mereka terkubur !!!
MCA dan MIC juga bukan lagi boleh di anggap teman setia dalam BN kerana mereka juga mampu mengugut dan melompat keluar menyertai pembangkang dan pergolakan ini membolehkan Najib mendapat Presiden yang mengetuai MCA dan MIC adalah rakan karib BN di PRU13 nanti.